Friday, October 23, 2009

AKU PERLU KEMBALI!!



Aku perlu kembali..
Demi meneruskan perjuangan yang belum selesai ini..
Walaupun perdu atmaku ini bersarang seribu kedukaan..
Yang mungkin akan menjadi penghalang perjuangan ku kali ini..

Aku perlu bermujahadah lagi..
Walau jalan mujahadah itu bisa mengundang derita..
Tapi kerana derita itulah engkau akan kuat..
Mengharungi mehnah perjuanganmu..

Demi amanah suci ini..
Kau perlu kembali duhai diri..
Demi cita-cita yang melangit tinggi..
Kau perlu bermujahadah lagi..

Yakinlah..
Engkau tidak pernah keseorangan..
Dalam mengutip butiran-butiran ilmu..
Kerana ALLAH sentiasa bersamamu disepanjang perjuangan ini

Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

kata2 hikmah

1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2. Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5. Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

17. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23. Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27. Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .

30. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat
muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33. "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34. "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35. Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

37. "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38. "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39. "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan"

40. "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41. Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

42. "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan"

43. "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44. "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45. "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

46. "Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"

47. "Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang diwarisi dari nenek moyang"

48. "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.."

49. "Lidahmu adalah bentengmu, jika dikau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika dikau membiarkannya maka ia tidak akan
mempedulikanmu"

50. "Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri"

51. "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52. "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

53. "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora dengan lain ada."

54. "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

55. "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan dikau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan dikau akan mencapai yang tertinggi."

56. "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57. "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

58."Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

59. "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60. "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

61. "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

62. "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan



Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

Thursday, October 22, 2009

Wanita perindu ALLAH



Wanita perindu ALLAH dapat mengawal rindunya pada dunia, kekayaan, kemewahan, pembaziran, kecantikan dan segala isi dunia. Wanita ‘abidah perindu ALLAH dapat mengubah nafsunya daripada nafsu-nafsu jahat kepada nafsu-nafsu yang baik melalui mujahadah. Yakni daripada nafsu marah kepada memaafkan, dengki kepada kasih sayang dan. Maka jadilah wanita ‘abidah itu bagaikan tiang negara yang menyangga sesebuah negara daripada runtuh.

Sebab itu Rasulullah bersabda :
Untuk menjadi wanita ‘abidah, perindu ALLAH, tidak semudah menjadi wanita berkerjaya yang cuma dilatih akalnya. Sedangkan wanita ‘abidah perlukan didikan fizikal, mental dan jiwanya sekaligus. Mereka bukan sahaja diperkenalkan dengan dunia, tetapi juga dengan alam barzakh dan alam akhirat. Bahkan juga dikenalkan dengan ALLAH swt.
Dunia amat perlukan wanita yang tidak lagi menurutkan nafsunya tapi memusatkan perhatian dan rindunya kepada Zat yang paling hampir dengannya dan terus-menerus mengawasi hidupnya, Yakni Zat ALLAH SWT. Sembahyang yang dilakukan merupakan pertemuan dan penyerahan dirinya secara total kepada ALLAH. Ia dirasakan terlalu indah dan amat bermakna. Setiap ucapan dihayati dan dilafazkan dengan penuh kusyuk. Rukun-rukun fi’li dikerjakan dengan komitmen jiwa yang penuh kehambaan. Dan perilakunya sewatu mengadap Allah, seolah-olah takut dan hormat sekali. Maka hasil daripada ucapan dan perbuatan dalam sembahyang, wanita ‘abidah mendapat rasa tawadhuk, tawakkal, rendah diri, takut, cinta, yakin, rindu dan kagum kepada ALLAH kekasihnya. Itulah iman dan taqwa.

Orang yang berakhlak sahaja yang boleh bahagia tatkala ditimpa ujian. Tanpa akhlak, tidak akan ada seorang pun manusia yang dapat merasa bahagia hidup di dunia.
Kerana, hidup ini memang tidak akan lepas daripada ujian. Siapa yang tidak bahagia dunia nescaya tiada harapan untuk bahagia di akhirat.

Gabungan rasa-rasa itu mencetuskan akhlak yang sangat agung; sabar, redha, penyayang, pemaaf pemurah, rendah diri dan lain-lain lagi. Akhlak-akhlak yang mulia ini lebih mahal daripada sijil dan harta-harta duniawi, sebab ia dapat mncegah daripada perbuatan keji dan mungkar .

Bila seseorang itu kenal akhirat dan ALLAH, dunia ini menjadi kecil baginya. Hidupnya tidak lagi untuk memburu dunia tetapi memburu syurga di akhirat. Mereka tidak lagi merindukan kenikmatan sementara tetapi mengalihkan rindunya kepada ALLAH swt. Umur dihabiskan untuk beribadat kepada ALLAH. Apa juga kerja yang dibuat, semuanya untuk dan kerana ALLAH. Dan itulah yang ALLAH minta untuk kita lakukan.



“Dunia ialah perhiasan. Sebaik-baik hiasan ialah wanita solehah.”

“ Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku, matiku adalah untuk ALLAH, Tuhan seru sekalian alam. ”



Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

Friday, October 16, 2009

Buatmu Yang Bergelar Muslimah

Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…


Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki
Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita





Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…                                       

Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…
“Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.” ~Imam Ghazali~

***************************
Wahai wanita solehah..
Jgn risau akn jodohmu..
Krn muslimin yg bijaksana itu..
Tidak akn terpaut pada wanita hanya pada kecantikan atau lirik senyuman..
Pada bicara yang mengoda..
Pada pujuk rayu seorang wanita yg meruntuhkan imannya..
Seseungguhnya lelaki itu adalah pemimpin wanita..
Andai belum sampai jodohmu..
Anggaplah lelaki yg kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bg mmimpin dirimu..
Krn wanita itu pasti ada kekurangan..
dan lelaki yang benar2 layak pasti akan hadir utk melengkapi kekuranganmu itu.. 


 ********************************

Muslimah sejati..
Bukan kerana keayuan wajahnya..
Tapi kecantikan hati..
Bukan krn bentuk tubuh yg mempersona..
Tapi sejauh mana ia menutup tubuhnya itu..
Bukan dilihat pada kerisauannya digoda lelaki..
Tetapi dilihat pada kebimbangannya menjadi punca dosa!!






Ukhtiku,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan…
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…
Ukthiku,
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan…
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan…
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran…
Dari hidup dalam kesesatan
Kerana jangan lupa ukhtiku…
Muliamu bukan pada pangkat, harta dan rupa
Tapi kerana Islam, Iman dan Ihsan…



















::Yang dicari bknlah putera raja,tp biarlah putera agama.Yang diimpi ,biarlah tak punya rupa,asal sedap mata memandang.Yg dinilai bkn smpurna sifat jasmani,asal sihat rohani,smpurna hati. Yg diharap bkn jihad pada semangat,asal perjuangannya ada matlamat.yg datang tak perlu rijal yg gemilang krn ana serikandi dgn silam yg kelam.Yg dinanti bkn lamaran dgn permata,cukuplah akad dan janji setia.Dan yg terjadi andai tak sama kehendak hati,ana redha dgn ketentuan ILAHI::

Friday, October 9, 2009

Bukti kekuasaan Allah- Ayat Al-Quran Petunjuk Gempa Bumi Indonesia


Sepertimana yang kita tahu sebelum ini, gempa bumi di Padang Indonesia telah berlaku. Itu mungkin amaran atau petanda dari Allah untuk hambanya yang peka dan taat kepadanya. Di sini saya kongi bukti kekuasaan Allah. Masa gempa di Indonesia dan kaitan dengan ayat al-quran. Saya mendapat maklumat ini dari salah seorang pembaca di blog saya. Maklumat lanjut sila Klik Sini!

Gempa pertama di Padang pada pukul 17.16.
Diambil dari sini!
Gempa bumi dengan magnitud 7.6 yang melanda Sumatera Barat kira-kira 5.16 petang waktu Indonesia Barat semalam mengakibatkan beberapa bangunan utama di Padang mengalami kerosakan teruk, seperti Rumah Sakit Umum Pusat M Jamil Padang, Rumah Sakit Selasih dan Hotel Rocky.

Kita lihat terjemahan Al-Quran surah ke 17, ayat ke 16. 
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. 
Al-Israa ayat 16. (17:16)

Gempa seterusnya di Jampi pada pukul 8.52
Dipetik dari sini!
Jambi (ANTARA News) - Gempa bumi tektonik berkekuatan 7,0 Skala Richter (SR) yang menggoncang Kabupaten Kerinci, Provinsi Jambi, Kamis pukul 08.52 WIB di 46 Km tenggara Sungaipenuh, di kedalaman 10 Km, merusak lebih dari seribu rumah warga di sejumlah desa di daerah itu.

(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya. 
Al-Anfaal ayat 52. (8:52)

Saya juga mengjumpai secara tidak sengaja ayat al-quran tentang kebinasaan akibat sikap manusia apabila saya merujuk latitude gempa di Mindanau, Filipina.

ALLAH berfirman:
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu. 
( Fussilat 41: 53)







Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

Thursday, October 8, 2009

Anugerahkanlah Rasa Cinta Dan Takut Pada-Mu




Oh Tuhan, berikanlah sedikit rasa cinta-Mu padaku
Semoga seluruh cintaku untuk-Mu

Oh Tuhan, kurniakanlah sedikit rasa takukan-Mu
Padaku semoga ku tidak takut selain-Mu

Ya Allah dengan Rahmat-Mu kurniakanlah


Ya Allah jadikanlah air mataku diwaktu takut dengan-Mu
Pemadam api neraka-Mu jatuhnya air mataku
Menggugurkan dosa-dosaku


Tuhan kalau bukan dengan Rahmat-Mu
Aku tidak akan selamat
Setidaknya jika bukan Rahmat-Mu
Aku tidak akan terlepas dari azab-Mu

Aku lemah bantulah aku
Untuk bermujahadah selalu
Syaitan sering menipu dayaku
Lindungilah aku darinya



Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..Ameen