Monday, October 25, 2010

Pilihanku Hanya yang Beragama




Bismillahirrahmanirrahim….

Dalam sepi aku berbicara..

Keyboard seakan memanggil-manggil minta untuk dibelai. Tangan terus merapati keyboard dan terus memberi sentuhan manja padanya. Otak berputar ligat mencari idea untuk entri terbaru. Ilham dari ILLAHI untuk sekian kalinya dinanti lagi. Kuntuman doa dilafaz dalam sepi berulang kali. Mohon diberi ilham seperti selalu dan moga setiap bait bicara sepi ini ditulis atas tuntunan dariNYA. Selalu berpesan pada diri bahawa setiap kalimah dalam catatan sepi ini akan menjadi hujah antara diri ku dengan ALLAH!(asif, muqadimah agak merepek kali ni=p)

Menjejaki usia 20 tahun menuntut 1001 kekuatan. Andai tiada mujahadah yang tinggi pasti akan tersungkur di lembah kemaksiatan. Nauzubillah. Tangisan sepi  semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Semuanya kerana ana merasakan sudah tak mampu lagi menjaga hati ini. Terlalu sukar. Semakin dipinta dikikis perasaan itu dari pelupuk hati ini semakin menebal pula perasaan itu datang. Cuba mencari-cari kelemahannya agar hati ini tidak dibuai dalam cinta yang fatamorgana ini. Masih belum mampu. Dalam sepi lantas terpancul bait-bait doa dalam esakan penuh syahdu.

Ya ALLAH aku dah tak mampu menjaga hati ini! ENGKAU hadirkannya di saat aku masih bertatih untuk menyintaiMU..

Benar. Hati yang ALLAH amanahkan ini terasa tak mampu lagi ana jaga. Rasanya sudah terlalu kotor untuk dihinggapi cintaNYA. Walau selalu ana melantunkan ayat-ayat cinta buat RABB namun tetap jua diuji dengan kehadiran sang kumbang yang cuba-cuba menghampiri kelopak mawarku.  ALLAHurabbi.

Bila ALLAH datangkan cinta insan pada kita bermakna ALLAH sedang menguji tahap kecintaan kita padaNYA.

Ana sedar. Sebenarnya ALLAH sedang menduga lafaz-lafaz cinta yang sering ana lantunkan padaNYA setiap kali amanahNYA dilaksanakan. Adakah benar atau dusta semata. Diuju dengan kalam sendiri! Bukan mudah ingin meletakkan cinta kepada ALLAH sepenuhnya. Sering tarbiyahNYA terlebih dahulu datang menduga. Cinta  kepadaNYA bukan sekadar kalam yang meniti dibibir sahaja tapi mesti dibuktikan menerusi tindakan. Love ALLAH is not word but verb. Mujahadah yang tinggi sangat diperlukan untuk menepis segala gelombang cinta palsu.

ALLAH, jangan biarkan aku keseorangan dalam melawan perasaan ini. Aku ingin cintaMU, aku ingin redhaMU. 

Bercinta selepas kahwin.

Maksud ana di sini bukanlah untuk menidakkan cinta insan kerana hakikatnya cinta itu fitrah. Cinta itu sendiri hadiah dari ALLAH. Dicampakkan ke dalam  hati setiap hamba-hambaNYA. Ana cuma mengharapkan ‘cinta halal’(cinta selepas kahwin). Bukankah  itu lebih indah? Halal untuk dicintai dan dirindui:) Cinta itu sendiri boleh menjadi ibadah hati jika kedua-dua hati yang saling bertaut kerana ALLAH. Cinta dan rindu hanya kerana ALLAH. Tetapi jika cinta itu didasarkan atas nafsu semata maka cinta yang fitrah sudah bertukar menjadi fitnah. Cinta juga boleh menjadikan kita syirik kepada ALLAH bilamana kita meletakkan cinta kepada seseorang melebihi cinta kepada ALLAH, lalu membelakangkan hukum agama kerananya.

Kaulul hukama’: Manusia boleh menjadi hamba kepada apa yang dicintainya.

Justeru berhati-hatilah ketika hendak memberi cinta. Kalau cinta itu tak bermatlamatkan untuk membina baitul muslim lebih baik jangan berani  mencuba. Bila sudah terjerat pasti sukar untuk melepaskannya. Percayalah! Jika ada sang kumbang cuba merapati, benteng diri dengan perisai malu. Jangan mudah menyerah. Biarlah kita dikatakan ‘jual mahal’ kerana perempuan solehah itu sememangnya mahal harganya kerana dia mendapat permintaan yang tinggi di dunia dan akhirat.  Kalau si rijal itu ingin menjadikan kita sebagai sayap kiri perjuangannya, sepatutunya dia terlebih dahulu memenangi hati ibu bapa kita bukannya kita.

Kalau betul-betul suka datanglah berjumpa dengan ibu bapa. Tapi malangnya tak berani. Kalau begitu kenapa berani untuk bercinta sedangkan masih belum bersedia untuk 
berkahwin?   

Pilihanku hanya yang beragama.

Imam Nawawi pernah berkata: Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu tapi jika hilangkan agama yang ada padamu, maka hilanglah cintaku padamu..

Kata-kata yang menjadi azimat buat ana dalam membuat pilihan. Baitul muslim yang hendak didirikan bukan bermatlamatkan nafsu semata. Ianya perlu disempurnakan dengan tanggungjawab. Tanggung di dunia dan jawab di akhirat nanti!

Perkahwinaan dimulakan dengan cinta dan disempurnakan dengan tanggungjawab. 

Kebelakangan ini sering diasak dengan persoalan khitbah dan kahwin. Macam-macam persoalan yang timbul. Sampai tak mampu nak berkata. Hanya mampu tersenyum meraikan soalan daripada sahabat-sahabat :).  Ramai yang menyangka ana sudah khitbah. Terpulanglah. Hakikatnya, ana sendiri masih mengislah diri dan sedang berusaha ‘mensolehahkan diri’. Bukankah perempuan yang baik untuk lelaki yang baik? Sekarang cuba kurangkan sedikit  agenda MENCARI tapi berusahalah MENJADI kerana hanya jauhari yang kenal manikam. jadi hanya si soleh yang mengenal si solehah.

Telah tercatat jodohmu di luh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika dirimu berada di jalan yang diredhaiNYA. InshALLAH si dia turut berada di landasan yang sama. Lupakan segala kegundahan hatimu, teguhkan dirimu pada cinta hakiki nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki..Nah, pilihan berada di tangan kita. Kita yang perlu mencorakkan diri kita jika pilihan kita adalah lelaki soleh..^__^




Hati ini milikMU,
Ummu Rumaysa
Ghurfati Firdausi
241010
10:09pm


 Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

Sunday, October 10, 2010

Bingkisan Ini Buatmu..Sayang!




~Ana titipkan entri kali ini khas buat sahabat fillah, Nurul Azyan sempena hari kelahirannya (10.10.10) Ukhibbuki Fillah, InshALLAH^__*~

Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,

Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup untukmu sekadar ucapan...

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
 Atas nikmat usia,




Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman, 
Dihari lahirmu sahabatku, 

Usiamu ibarat mutiara,
Tiada berganti lagi,
Hiaskan iman bersulam taqwa, 
Agar sempat menuju haruman syurgawi,

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya, 
Atas nikmat usia.



**Sanah helwa ya habibati.. Doaku sentiasa mengiringi perjalananmu..Moga dirimu sentiasa berada dibawah lembayung maghfirahNYA..Syukran di atas tautan ukhuwah selama ini..Syukran juga kerana sangat-sangat memahami diriku yang kekadang bersikap agak pelik(asif, ana sendri pun tak faham dengan perangai sendiri):( Speechless…**




With a bouquet of  L.O.V.E,
 Ummu Rumaysa
Baiti Jannati
091010
11:16pm

Friday, October 8, 2010

Menikmati Belaian CintaMU



 Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, hari ini jari-jemariku kembali menari-nari di atas keyboard.Atas ilham dari ALLAH dapat jua ana melakar coretan inshALLAH berguna buat ana dan antum semua.Lama tak menulis. Sangat rindu untuk menulis sebenarnya!Dek kerana kekangan waktu dan taklifan yang bertimbun hasrat ditangguhkan buat sementara.Menulis seakan sudah menjadi terapi buat jiwa yang sering ditarbiyah ini^___~ Segala yang terbuku dihati akan dilepaskan melalui tulisan tuntas menterjemahkan rahsia disebalik sekeping hati.Kekadang dengan menulis masalah  seakan mengalir ke luar dari diri ini,lantas melenyapkan segala kegundahan hati ini.subahanALLAH, masyaALLAH!

ALLAH yang beri ujian, DIA pasti memujuk dengan cara dan kehendak NYA(credit to ukhti Insyirah)

ALLAHuakbar. Tersentap jiwa ana saat kali pertama membaca ayat di atas. Setiap kali ana diuji, ALLAH pasti hadiahkan sesuatu yang bermakna buat ana. Pasti akan ada bicara-bicara sepi yang merawat jiwa ini. Bagaikan ALLAH yang sedang berbicara! Rasa seluruh jasad kembali bertenaga. Masakan ALLAH ‘menghadiahkan’ ujian diluar kemampuan kita. ALLAH tak pernah menzalimi hamba-hambaNYA.Tapi kita selaku hambaNYA sering menzalimi diri sendiri:’(

Jangan diminta dikecilkan ujian, tapi mintalah diperbesarkan iman untuk menghadapi ujian!

Bersyukurlah apabila dipilih untuk diuji. Bukan semua hambaNYA dapat merasai belaian cintaNYA melalui tarbiyyahNYA. Bila ALLAH datangkan ujian sebenarnya petunjuk kita masih dalam perhatianNYA. Berapa ramai mereka yang hidup dalam kesenangan tanpa melalui jalan-jalan tarbiyyah semakin menjauhi ALLAH? ALLAH tahu bila kita dalam tarbiyyahNYA kita pasti kembali mencariNYA. Manusia. Susah ingat ALLAH, senang lupa ALLAH!Nauzubillah..

“Dan apa saja musibah yang menimpa dirimu, maka yang demikian itu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”
(As-Syura: 30)

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,”kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji? (Al-‘Ankabut: 2)

Hadith dari Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Cubaan apapun yang diberikan ALLAH kepada orang Islam, baik itu berupa kepayahan, kesakitan, kesusahan, kesedihan dan sebagainya, bahkan hingga duri yang mencucuk dikakinya, melainkan ALLAH akan menebus kesalahannya dengan cubaan tersebut.

Anas bin Malik r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Pada hari kiamat nanti akan disediakan timbangan, maka datang para ahli solat, maka pahala mereka diberi dan setelah ditimbang lalu datang orang ahli puasa, maka pahalanya diberi setelah ditimbang, lalu datang ahli sedekah, maka pahalanya diberi dengan cara ditimbang, lalu datang orang yang mengerjakan ibadah haji, lalu pahalanya diberi juga dengan ditimbang, lalu datang pula orang-orang yang pernah ditimpa musibah, maka pahala untuk mereka tanpa dihitung dan tanpa ditimbang. Lalu Rasulullah s.a.w. membaca firman ALLAH:
Ertinya: “Sesungguhnya ALLAH akan memberikan pahala kepada orang-orang yang sabar tanpa dihitung.”
(Az-Zumar: 10)




Ya ALLAH, hambaMU ini kembali datang kepadaMU. Bukan tidak tahan dengan ujianMU tapi ingin  mengadu padaMU tempat aku kembali nanti.Ya RABB, bukan tidak ingin ku meminta kesembuhan daripada penyakit ini. Tapi aku bimbang andai KAU beri kesembuhan padaku adakah masih basah sujudku dengan bait-bait cinta ku kepadaMU. Adakah aku masih merasai belaian cintaMU apabila terlerai kesakitan ini? Masih  basahkah lidah ini dengan tasbih-tasbih sepi sebagaimana di saat kesakitan menyentap jasadku? Oh, TUHAN aku bukan ingin mendabik dada  bahawa akulah hambaMU yang paling tahan ujian. Tapi aku bimbang, bila ENGKAU sembuhkan aku, aku akan jauh,semakin jauh, dan semakin jauh denganMU. Aku pohon disaat ‘belaian cintaMU’ menyentuh jasadku hadiahkanlah aku kekuatan, kesabaran, dan ketabahan disepanjang laluan tarbiyyah ini. Mohon dikurniankan insan-insan yang memahami ‘bicara sepiku’ disaat lidahku kelu. Ya RAHMAN, Aku amat-amat memerlukan sokongan dari insan-insan disampingku untuk aku melawan derita ini. Aku milikMU ya RABB. Bila-bila masa sahaja ENGKAU berkuasa menghentikan nafas ini. Sebelum aku pulang ke pangkuanMU aku ingin meraih keampunaanMU, keredhaanMU ya RAHMAN ya RAHIM..Ameen                 




Dalam 'belaian' cinta,
Ummu Rumaysa 
Baiti Jannati
8 Okt 10
5.51am

 
     

Ya ALLAH! Maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..Ameen