Sunday, December 26, 2010

Langkahnya Semakin Kaku


Bismillahirrahmanirrahim..

Malam masih muda. Bulan pun masih malu-malu menyimbahkan cahaya.(ala, malu-malu meow pulak bulan ni:p) Tenang suasana malam ini. Nyanyian sang cengkerik memecahkan suasana malam ini. Dalam ketenangan malam pena ditarikan untuk sekian kalinya biarpun dengan langkah yang kaku. Berhadapan pula dengan kemalasan super duper tahap gaban untuk menulis.Mujahadah diperlukan untuk memecahkan tembok kemalasan ini.chayok..chayok:)

Hari-hari tanpa menulis banyak dihabiskan dengan blogwalking. Menjadi silent reader menjadi tabiat biasa bila melakukan blogwalking. Membaca tanpa meninggalkan jejak.heee* Idea yang semakin menumpul ini perlu diasah dengan pembacaan. Makanya, berjam-jam lamanya menghadap screen laptop sehingga biji mata rasa macam nak terkeluar.(hoho..patut la power specs makin bertambah. Power pun sudah mencecah ke angka seribu. Dah rasa macam orang buta kalau tanpa specs.huhu)


Baru setahun lebih blog ini dilahirkan oleh 'umminya'. Tapi umminya sudah tak mampu mencurahkan sepenuh perhatian kepadanya. Tiada lagi belaian manja yang sering diberikan seperti diawal-awal kelahirannya( lalala.. apa yang ana mengarut ni). Diawal-awal kelahiran blog ini ana tiada pengetahuan langsung tentang blog. Bermula dari zero. Teraba-raba ana menekan-menekan apa yang patut untuk menghasilkan blog yang secomel ini..perasan* Tanpa tunjuk ajar daripada hambaNYA tetapi Alhamdulillah ALLAH AL-'ALIM meminjamkan pengetahuanNYA kepada ana walaupun tak diminta. SubahanALLAH, baikkan ALLAH. Kekadang DIA memberi sebelum sempat meminta dan adakalanya DIA menarik nikmat belum sempat kita menikmatinya.



Ana menyelinap masuk dalam dunia blogger tanpa disedari sesiapa. Mengunakan nama pena yang sering berubah-ubah membuatkan tak ramai yang mengenal identiti sebenar hatta kawan sendiri(For information, ana ada lebih daripada tiga nama pena. Banyak tak?hehe) Kelahiran blog ini hanyalah kerana ana mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang penulisan dan sastera.eceh..eceh. Berangan nak jadi penulis la kononnya.sigh* Tapi apa sudah jadi dengan blog ini. Entrinya tak ada pengisian langsung. Ketajaman penanya masih tak mampu menembusi hati-hati pembaca. Muhasabah. Banyak entri yang digunting dan ditampal daripada blogger yang lain. Bilalah agaknya dapat menulis secara istiqamah dengan idea yang diilhamkan oleh ILLAHI.


Ana sebenarnya nak jadikan blog ini sebagai medium dakwah. Walaupun ilmu hanya sekelumit dan amalan masih tempang. Tapi hajat masih belum berkesampaian. InshALLAH suatu hari nanti. ALLAHuakbar! Berangan juga nak biarkan blog ini terus hidup sampai kepada bakal 'ulamak-ulamak' ana nanti.sigh* Boleh la 'ulamak-ulamak' ana baca apa yang ummi mereka selalu merepek dan merapu dalam blog ini.wishful thinking*(semakin kuat berangan sekarang..hoho) Macam blog yang ana suka baca Buatmu Anakku, `Ukaysah & Uwais. (Married student^_^) Kekadang terfikir juga nak jadi blog ini sebagai tempat bersemadinya segala memori andai ana dahulu sebelum antum sekalian:'( Nafas ini hanyalah pinjaman. AL-KHALIQ berhak menghentikan nafas ini walaupun kita masih belum bersedia. Nanti bolehlah jenguk-jenguk lembaran maya ini kalau rasa rindu dengan ana(tu pun kalau rindu. kalau tak rindu kirimkanlah Al-Fatihah dan doa buat ana:)) Ana nak blog ini terus hidup walaupun ana dah lama bersemadi. Makanya, ana dah tinggalkan email dan password blog ini kepada kakak ana. Harapnya ada yang mengupdate blog ini nanti. Ana pernah terjumpa penulisnya dah meninggal tapi ada sahabat-sahabatnya yang masih aktif mengupdate blognya. Harap ada sahabat-sahabat ana yang sudi mengupdate blog ini.( ayat tetiba touching semacam..heee~) 

Misi hibernate lagi 
Entah kali keberapa ana deactivatekan (merosakkan bahasa je kamu ni)facebook . Bila rasa rindu dengan kawan-kawan akaun kembali aktif.hee* Tiada mujahadah untuk melawan. Pada mulanya ana ingin deactivatekan sekali lagi facebook sebab ana rasa dah jauh sangat dengan ALLAH. Tapi bila mengenangkan mad'u ana terpaksa lupakan. Cuma sekarang dah tak nak aktif sangat. Moga ALLAH beri kekuatan. Mungkin sesekali je ana menjenguk laman sosial tersebut untuk melihat perkembangan mad'u. 


 Tak perlu deactivatekn facebook tapi cuba kita mujahadah untuk tidak membuka facebook dalam waktu tertentu mungkin itu lebih mengajar kita untuk  menundukkan keinginan nafsu.  


Nakkan cinta dan kasih sayang ALLAH perlu banyak berkorban. Bersedia berlapar disaat orang lain kenyang. Sanggup meninggalkan tempat tidur untuk bermunajat disaat orang lain sedang lena diulit mimpi. Bukan mudah tapi tiada yang mustahil. ALLAH takkan beri cinta agungNYA kepada hambaNYA yang tak sanggup berkorban keranaNYA. Mujahadah sangat diperlukan untuk dihinggapi cinta ALLAH yang kudus. Ana dah merasai sekarang. Bila ana lafaz kata-kata cinta kepadaNYA terus sahaja diri ini diuji. ALLAHuakbar. Tak kuat rasanya kaki untuk melangkah. Ya, ana akui laluannya terlalu sukar.


Ya ALLAH, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menujuMU. Pimpilah aku menuju cintaMU yang kudus. 



Berkata Ibnu Qayyum:
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak ALLAH swt. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan ALLAH swt. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali ALLAH swt. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan NYA. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNYA serta qadha' dan qadarNYA serta kesenantiasa sabar sehingga menemui NYA. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepada NYA dan bermohon kepada NYA. Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.

Biarpun langkah pena semakin kaku. Moga langkah menuju cinta ILLAHI masih teguh..
Ummu Rumaysa
Baiti Jannati
25122010
9.30am

Nota hati 1 : Minggu ini berada dirumah untuk mencari ketenangan. konon* Baru 2 minggu berada di taman ilmu dan budi tapi dah mengada-gada nak balik:p
Nota hati 2: Ini mungkin post yang terakhir untuk tahun 2010. Tata=)


Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

Saturday, December 18, 2010

Tips Kahwin Awal=)


Tulisan: Ustaz Halim





Jodoh di tangan Tuhan. Demikian kata-kata masyhur masyarakat Melayu disegenap lapisan masyarakatnya, tua atau muda, kaya atau miskin, yang telah berkahwin atau belum. Bagi sesetengah mahasiswa/i, ALLAH mentakdirkan mereka berkahwin sesama mereka ketika masih di menara gading, tempatan atau di luar negara, dalam usia yang masih muda. Saya dan isteri melangsungkan perkahwinan sebelum menyambut ulangtahun ke 20 di Australia dalam tahun 1985. 

Syukur alhamdulillah, setelah 22 tahun berlalu, kerukunan rumahtangga masih utuh dan mahligai yang dibina mekar dari hari ke sehari, tahun demi tahun. Bagi mereka yang bakal atau sedang melayari kehidupan rumahtangga semasa masih menuntut, di luar negara pula beberapa petua kami nukilkan di sini, semoga bermenfaat buat semua sambil berkongsi pahala dalam membina rumahtangga:
 

1- 
Ikhlaskan niat berkahwin semata-mata kerana ALLAH, RasulNYA, hari Akhirat dan berjuang di JalanNYA. Walau berlalu masa berdekad, mengingati Niat yang tulus dari masa ke semasa ini memberi kekuatan dan ketenteraman dalam mengurus keluarga dan menentu hala tuju hidup anak-anak. 

2- 
Sentiasa ingat bahawa cinta datangnya dari hati manusia, sedang hati pula adalah milik ALLAH swt. Kita tidak dapat mencintai seseorang melainkan jika ALLAH kehendakki. Oleh itu sentiasa kita berdoa semoga ALLAH mengurniakan kita cinta kasih kepadaNYA dan RasulNYA, kemudian kepada isteri dan anak-anak. 

3- 
Sentiasa meletakkan diri ingin belajar tentang kehidupan. Ini termasuk ingin mengenali labih lagi tabiat diri kita sebagai seorang suami, tabiat isteri kita sebagai seorang wanita yang sudah tentunya banyak perbezaan dengan diri kita, dunia kehidupan berumahtangga yang hampir merupakan satu organisasi yang diikat dengan kasih sayang dan hormat menghormati, bukan syarikat yang diikat oleh harta dan wang gaji dan lain-lain lagi.

4- Hendaklah pasangan berkongsi visi dan misi, apa yang hendak dicapai atau dituju dalam melayari kehidupan bersama dan bagaimana nak mencapainya. Berapa banyak organisasi dan perjuangan yang ahlinya pecah berantakan lantaran masing-masing di luarnya nampak bertaut, tetapi di dalam diri masing-masing mempunyai kefahaman, keyakinan dan halatuju yang berbeza. Dalam hal ini, theqah dan taat dari isteri terhadap suami, halatuju dan perjuangannya selaku pemimpin keluarga amat penting. Dalam masa yang sama sikap tanggungjawab suami dan kasihnya kepada isteri dan anak-anak mesti mewarnai setiap sudut dan ruang rumah, hati dan jiwa mereka yang dibawah pimpinannya. Kata Hasan Al-Banna, “Hendaklah suami memastikan isterinya menghormati Fikrahnya”. Fikrah maknanya kefahaman, halatuju dan perjuangan. 

5- 
Menghormati mertua dan saudara mara yang berkait darah dengan mereka. Berusaha merapatkan silaturrahim melalui sumbangan wang bulanan walau sedikit atau simbolik, ziarah menziarahi, berhubung dan bertanya khabar, mengaturkan majlis yang mengumpulkan saudara mara yang dekat atau jauh dan sebagainya. Perkahwinan bukan sahaja diantara dua mempelai, bahkan diantara dua keluarga dan sanak saudara.

6- Suami dan isteri bersepakat dalam menentukan masadepan anak-anak, pakaian, persekolahan, bidang pengajian dan jodoh, sepertimana mereka berdua bersepakat dalam budget mingguan, pembelian hartanah, pembahagian keutamaan dan sebagainya.

7- Meletakkan Tarbiyah Anak-anak sebagai keutamaan yang paling teratas di dalam program keluarga dan budget kewangan. Moga Allah merahmati sepasang suami isteri yang berpada hidup sederhana rumah dan kereta demi membayar yuran anak-anak yang mahal di sekolah-sekolah Islam swasta yang mempunyai sistem dan pendidik yang berkualiti. 

Akan berterusan seorang mukmin dan mukminah itu dipegang pada niatnya dalam setiap rancangan dan tindakan, walau berlalu masa yang panjang, tahun demi tahun, dekad demi dekad. "Seorang mukmin dipegang pada syarat-syarat (yang dibuat diawal)nya"“Hanyasanya amalan-amalan itu dengan niat-niat..” (Hadis).
 



Seperti peguam menjaga perjanjian antara dua orang, syarikat atau pihak, di dalam surat yang disimpan rapi. Apabila berlaku sesuatu maka tempat rujuknya ialah niat asal persefahaman antara kedua pihak. Dalam berkahwin, niat bukan di simpan di almari peguam, namum ia tersemat di hati sanubari di setiap mempelai. Apabila melayari kehidupan bersama sebumbung, niat asal akan sentiasa menjadi rujukan hati, sumber semangat, pengubat masalah, penyuluh pelan perancangan, pengingat ketika bersendirian, penjaga ketika berjauhan dan ruh yang mengalir ke dalam jiwa anak-anak bakal pejuang. 

Beruntunglah mereka yang mula mengenal Dakwah, jalan dan tuntutannya sejak masih di bangku sekolah atau sebelum berkahwin. Dia boleh menyemak dan memperbetul kembali niatnya untuk berkahwin. Kepada yang telah berumahtangga, masa belum terlewat untuk memperbaharui niat kehidupan yang berbaki. Ketika aku bertekad berkahwin dalam usia muda, belum mencecah 20 tahun, niat paling utama perkahwinan ialah untuk


(1) memahami Dakwah ini dengan lebih lagi,
(2) bekerja lebih bersungguh dan 
(3) 
menyumbang bakti Dakwah kepada kaum Hawa juga, selepas selama ini hanya mencakupi lingkungan kaum Adam sahaja. 






Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

Friday, December 17, 2010

Ku Biar Pena Berbicara





Bismillahirrahmanirrahim….


Alhamdulillah pena  masih mampu ditarikan seperti biasa biarpun dengan gerak perlahan dan tanpa tujuan yang pasti. Dibiarkan sahaja pena menari-nari mengikut rentak hati diwaktu ini. Entah difahami atau tidak  bicara sepi ini. Biarlah tulisan hati ini hanya menjadi monolog sepi ana bersama Qarin=p  

Sudah memasuki semester kedua. Perjalanan waktu yang terlalu pantas masih tak mampu menyedarkan diri ini dari mimpi yang panjang. Terus terlena dan terleka. Setiap kali semester baru menjengah setiap kali itu juga kekuatan harus dicari. Puas memujuk diri. Ah, kaki  masih longlai untuk menapak. Sangat  benci dengan perangai sendiri. Kekadang merosakkan nawaitu yang dibuat. Air mata masih belum mampu disekat. Manja sungguh kamu ni!dush..dush (kalau ada ubat yang boleh bekukan air mata ni, ana akan telan sekarang.sigh*)

Air matamu bukan untuk meratapi dunia ini. Tapi aliran air matamu hanyalah  untuk menginsafi dosa-dosamu seluas lautan. (Tubna  ya ALLAH..tubna ya ALLAH, tubna  ya ALLAH)

Menapak sahaja di taman ilmu dan bumi, tarbiyyah ALLAH terus menyapa. Sayang sungguh ALLAH kepada kamu! Terus menerus tidak membiarkan kamu terleka. Dihidangkan ujian untuk menarik kamu kembali kedakapanNYA. ALLAHurabbi. Tak pernah dibiarkan dalam kenikmatan yang melimpah. Ada sahaja red flag daripadaNYA. Alhamdulillah kamu masih dalam perhatiaanNYA. Minggu pertama banyak digunakan untuk memujuk diri. Memberi tasji’ kepada diri sendiri. Membelai-belai hati ini untuk menjadi seorang yang tabah walaupun masih gagal. ALLAHuakbar. Moga akhir nanti ALLAH bekalkan ketabahan itu. ALLAHumma’amin.

Pembelajaran sudah bermula. Semester ini masih bersendirian untuk beberapa madah. La tahzan. Dalam sendirianmu ada ALLAH yang setia menemani. Rindu zaman sekolah. Kemana-mana sahaja pasti ditemani . Sekarang semua itu sudah berlalu. Tiada lagi yana, asma, wani mahupun yan menemani di sisi. Segalanya dilalui bersendirian. ALLAH ingin  hapuskan pergantungan kamu  selain daripadaNYA . Kamu sudah tiada sesiapa melainkan ALLAH. ALLAH sebagai pengantungan utama. Tiada lagi yang dapat menolongmu selain DIA. Tiada lagi perlindungmu selain DIA. wALLAHu waliul mu’minin. 

Dalam sendirimu ada ALLAH.. Dalam kesedihanmu ada ALLAH sebagai penghibur. Dalam tangismu ada ALLAH sebagai penenangmu..


Sekali bersahabat selamanya kita bersahabat..Rindu^_~ 

Jangan lagi rasa kamu bersendirian kerana kamu sentiasa ditemani ALLAH. ALLAH memberi sepenuh kepercayaan kepadamu  tetapi kenapa kamu sendiri mengkhianatinya? ALLAH yakin kamu boleh tapi kenapa kamu tak yakin dengan diri sendiri? Yakinlah, semalam ALLAH telah menolongmu. Esok dan selamanya DIA pasti akan menolongmu lagi. ALLAH yang datangkan ujian maka  DIA punya cara tersendiri untuk memujukmu.

 Sesungguhnya ALLAH akan memberikan pahala kepada orang-orang yang sabar tanpa dihitung.” (Az-Zumar: 10)

Duhai diri.
Berjalanlah dengan penuh harapan walaupun hidup tidak selalu bahagia..
Sedekahkanlah satu senyuman walaupun dihatimu tidak lagi mampu bertahan..
Berlajarlah memaafkan walaupun hatimu terluka..
Berhentilah memberi alasan walaupun ingin menyatakan kebenaran..
Hiduplah dalam iman walaupun hari dipenuhi dugaan..
Dan berpeganglah kepada ALLAH walaupun DIA tidak kelihatan..
Bukti kasihNYA kita wujud di dunia pinjaman ini..
Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara..
Yakinlah ALLAH menguji setiap hambaNYA yang mengaku beriman kepadaNYA..
Jangan terlalu berkhayal untuk jadi terbaik kerana hidup tak semudah itu..
Perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdiaan yang hakiki..
Moga lelahmu di hargai ILLAHI walaupun dicemuh insani..


 Jadual sem ni.. satu subjek dah drop.


~KAMU BOLEH~
ALLAHUAKBAR!!




Monolog sepi bersama qarin
Ummu Rumaysa
Ghurfatul Jadid
Mahallah Syafiyyah
7:57am
171210   

Nota hati 1: Sem ni dihalau keluar dari bilik lama. Dari level 1 dicampak ke level 4 di block yang berbeza.  Assobrun jamil(n_n)



Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

Wednesday, December 15, 2010

Riwayat Sohih Hari Asyura

Bismillahirrahmanirrahim...

Sedikit perkongsiaan hasil blogwalking.. Moga bermanfaat ^__^

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
Dan Catatan Peristiwa ini diambil dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Asyura
Dan jika pembaca mengesyaki sesuatu ataupun mempunyai ilmu yang jitu..maka boleh sunting di wikipedia disini - http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hari_Asyura&action=edit&section=2

Walau apa pun peristiwa yang masih menjadi perbahasan ilmiah diantara ilmuan, ulama dan golongan pemikir


HANYA ADA SATU PERISTIWA PENTING IAITU : BERPUASA PADA 10 MUHARRAM


Pada bulan Muharram, terdapat satu hari iaitu pada 10 Muharram yang dipanggil Hari Asyura. Hari Asyura adalah hari yang mulia di sisi ummat terdahulu hinggalah kepada ummat Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam. Pada Hari Asyura (10 Muharram) itu, dianjurkan kita ummat ISLAM agar berpuasa bagi yang menghendakinya.Galakan Berpuasa Pada Hari Asyura (10 Muharram) Walaubagaimanapun...SATU peristiwa yang ingin dikongsi bersama pembaca-pembaca u-jam ialah peristiwa 10 Muharram di zaman Firaun
  • Aisyah rha. telah berkata: “Pada hari Asyura orang Quraish pada zaman Jahiliyah berpuasa, dan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam berpuasa dengannya. Tatkala tiba Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam di Madinah baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam berpuasa, dan memerintahkan manusia berpuasa dengannya, maka tatkala difardukan Ramadhan baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa mahu maka berpuasalah ia, dan barangsiapa tidak mahu, maka boleh meninggalkannya” (HR Bukhari & Muslim)
  • Hadis riwayat Ibnu Abbas ra.: Ibnu Abbas ra. pernah ditanya tentang puasa pada hari Asyura’, dia menjawab: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam berpuasa sehari untuk mencari keutamaan hari itu atas hari-hari yang lain selain pada hari ini. Begitu pula (saya tidak pernah melihat beliau) berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan ini, bulan Ramadan. (HR Muslim)
Asal-usul Puasa Hari Asyura (10 Muharram) dan Galakannya
  • Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata: “Ketika Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tiba di Madinah, beliau menjumpai orang-orang Yahudi melaksanakan puasa hari Asyura. Ketika ditanyakan tentang hal itu, mereka menjawab: “Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan Allah kepada Nabi Musa as. dan Bani Israel atas Firaun. Kerana itulah pada hari ini kami berpuasa sebagai penghormatan padanya.” Mendengar jawapan itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kami lebih berhak atas Musa dari kalian, maka beliau menyuruh para sahabat untuk berpuasa.” (Shahih Muslim No.1910)
  • Hadis riwayat Abu Musa ra., dia berkata: “Hari Asyura adalah hari yang dimuliakan orang-orang Yahudi dan dijadikannya sebagai hari raya. Kemudian Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Berpuasalah kalian pada hari Asyura’ tersebut.” (Shahih Muslim No.1912)
Kelebihan Berpuasa Pada Hari Asyura (10 Muharram)
  • Dari Abu Qotadah al-Ansory ra. bahwa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya mengenai puasa hari Arafah, lalu beliau menjawab: “Ia menghapus dosa-dosa tahun lalu dan yang akan datang.” Beliau juga ditanya tentang puasa hari Asyura, lalu beliau menjawab: “Ia menghapus dosa-dosa tahun yang lalu.” Dan ketika ditanya tentang puasa hari Isnin, beliau menjawab: “Ia adalah hari kelahiranku, hari aku diutus, dan hari diturunkan al-Qur’an padaku.” (HR Muslim)
Tidak terdapat amalan-amalan tambahan yang disyariatkan ISLAM pada Hari Asyura ini. Yang disyariatkan oleh ISLAM berdasarkan sumber yang sahih hanyalah berpuasa pada hari tersebut.

King-Tut


Hari ini 10 Muharram. Hari Asyura. Hari di mana Allah SWT menyelamatkan Bani Israel daripada Fir’aun dan menenggelamkannya bersama tenteranya dalam satu peristiwa dalam Exodus Bani Israel. Melihatkan kezaliman dan kekejaman Fir’aun, akhirnya riwayat dan empayarnya ditamatkan dengan begitu hina sekali.
Proses menuju azab kehancuran dahsyat Firaun ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mempunyai build-up, hype-up ke arah kemuncak kehancuran totalnya melalui Kehebatan Allah SWT yang mampu melakukan apa saja.

Sebelum itu, kita imbas kisah Musa-Firaun sebagaimana diringkaskan dalam Surah An-Naziat.
اذْهَبْ إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى * فَقُلْ هَل لَّكَ إِلَى أَن تَزَكَّى * وَأَهْدِيَكَ إِلَى رَبِّكَ فَتَخْشَى * فَأَرَاهُ الْآيَةَ الْكُبْرَى * فَكَذَّبَ وَعَصَى * ثُمَّ أَدْبَرَ يَسْعَى * فَحَشَرَ فَنَادَى * فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى * فَأَخَذَهُ اللَّهُ نَكَالَ الْآخِرَةِ وَالْأُولَى * إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لِّمَن يَخْشَى
“(Allah berfirman kepada Musa):”Pergilah kamu kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas,” “dan katakanlah (kepada Firaun): “Adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri (dari kesesatan)” “Dan kamu akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar supaya kamu takut kepada-Nya?” Lalu Musa memperlihatkan kepadanya mukjizat yang besar. Tetapi Firaun mendustakan dan mendurhakai. Kemudian dia berpaling seraya berusaha menentang (Musa). Maka dia mengumpulkan (pembesar-pembesarnya) lalu berseru memanggil kaumnya. (Seraya) berkata: “Akulah tuhanmu yang paling tinggi”. Maka Allah mengazabnya dengan azab di akhirat dan azab di dunia. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang takut (kepada Tuhannya).” [79:17-26]

Struggle ini bermula selepas penolakan Firaun terhadap dakwah. Ia berlanjutan lagi apabila Firaun mempersenda dan mencabar dakwah, memanggil konco-konconya dari kalangan ahli sihir, Haman & tentera-tenteranya untuk memfitnah dan menyekat dakwah.
“Firaun berkata kepada pembesar-pembesar yang berada di sekelilingnya: Sesungguhnya Musa ini benar-benar seorang ahli sihir yang pandai,” [26:34] “Dan berkatalah Firaun: “Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu; (yaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta”.” [40:36]

Alangkah buruknya perangai dan cercaan Firaun. Dan Fir’aun pula mencapai ranking taghut No. 1 dalam sejarah apabila mengaku dirinya kuasa paling mutlak di bumi. “Akulah tuhanmu yang paling tinggi” [79:24]. Seolah-olah dia menyeru: “Ya, aku berhak melakukan apa saja; Mendapat semua yang aku mahu. Semua yang tak selari dengan kehendakku dan melawan kehendakku perlu ditentang & dihapuskan”.

Agak menghairankan bagaimana kaum Firaun boleh tunduk dan patuh secara rela kepada Firaun yang zalim ini, bahkan seolah-olah gembira dan memberi sokongan padu terhadap ketuanannya, yang jelas satu pendustaan. Sebenarnya, Allah telah pun mendedahkan strategi Firaun dalam memanipulasi kaumnya.
“Maka Firaun mempengaruhi kaumnya lalu mereka patuh kepadanya. Karena sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik.” [43:54].

Ya, mereka difasikkan, dirosakkan dengan maksiat, disogok dengan kepentingan dan habuan, maka ketika itu mampulah Firaun menjadikan mereka kuda tunggangan dan mereka terus menurut dan setia, kerana sudah sebati dengan kefasikan. “(Musa mengadu:) ...sesungguhnya Engkau telah memberi kepada Fir’aun dan pemuka-pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia, ya Tuhan kami akibatnya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan Engkau… ” [10:88]

Dengan pendustaan dan pelampauan batas oleh Firaun dan konco-konconya yang jelas dan sepakat untuk menentang dakwah, maka Allah memulakan proses kehancuran mereka.
Namun, sebelum itu Allah selamatkan orang-orang yang ingin diselamatkanNya dari kalangan tukang-tukang sihir, tukang sisir, dan isteri Fir’aun. Beruntungnya mereka, tepatlah pilihan mereka yang menerima iman sebagai jalan. Kesudahan mereka kesudahan yang mulia.
“Lalu tukang-tukang sihir itu tersungkur dengan bersujud, seraya berkata: “Kami telah percaya kepada Tuhan Harun dan Musa” [20:70]. Boleh rujuk 20:70-73, kisah cantik berimannya tukang sihir Firaun, dan mendalamnya iman mereka kepada Allah.
pyramid


Azab bermula. Musa menyeru kepada Firaun agar membebaskan Bani Israel, kaum yang telah diperhambakan Firaun berkurun-kurun sebagai tulang belakang untuk membina istana-istana dan piramid-piramidnya. Dakwah Nabi Musa telah menyebabkan Bani Israel bangkit, yakin dan menuntut pembebasan. Habislah projek-projek Firaun. Dengan tulang siapa lagi ingin disiapkan projek-projeknya? Ke belakang siapa ingin disebat cemetinya? Dakwah Musa sungguh mengganggu perjalanan Empayar Firaun yang telah lama bertapak kukuh.
وَلَقَدْ أَخَذْنَا آلَ فِرْعَونَ بِالسِّنِينَ وَنَقْصٍ مِّن الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
“Dan sesungguhnya Kami telah menghukum (Firaun dan) kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka mengambil pelajaran.” [7:130]

Kerana keingkaran Firaun dan kaumnya, Allah menarik nikmat sumber asasi kaum Firaun, yakni air, melalui kemaraunya yang berpanjangan, lantas mengurangkan sumber zat & vitamin mereka, buah-buahan, yang memelihara kesihatan dan kekuatan fizikal mereka selama ini. Krisis bermula; dari segi ekonomi dan kemanusiaan. Sungai Nil menyurut dan Mesir mengering. Hilang sumber air. Bagaimana dengan produk-produk pertanian? Tentunya terjejas teruk. (Kalau di Malaysia, krisis air merupakan satu isu yang sering dibesar-besarkan, kerana impaknya yang begitu sengsara apabila terjadi.) Malah, ditambah pula, dengan berkurangnya makanan, kebuluran pula tersebar dikalangan rakyat. Inilah azab Allah terhadap kaum yang engkar.
فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الطُّوفَانَ وَالْجَرَادَ وَالْقُمَّلَ وَالضَّفَادِعَ وَالدَّمَ آيَاتٍ مُّفَصَّلاَتٍ فَاسْتَكْبَرُواْ وَكَانُواْ قَوْمًا مُّجْرِمِينَ
“Maka Kami kirimkan kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak dan darah sebagai bukti yang jelas, tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa.”[7:133]

Tidak habis dengan itu, disebabkan kekufuran mereka yang berterusan, Allah hantarkan pula taufannya yang dahsyat yang tentunya meng-inflict kehancuran material dan infrastuktur. Kita pada zaman ini juga boleh saja menyaksikan akibat serta damage terhadap kawasan yang dilanda ribut taufan. Sungguh dahsyat.
Seterusnya, muncul pula bala yang sangat tidak diingini mana-mana bangsa. Datanglah belalang, kutu dan katak yang memusnahkan segala agriculture yakni sumber ekonomi utama negara. Serta-merta melemahkan ekonomi & mencacatkan trading dalam dan ke luar negara. Bagimana negara mahu mengharungi kegawatan ini? Bagimana dengan kareer-kareer rakyatnya dan aktiviti ekonomi firma-firma yang telah disetup kerajaan? Bagaimana dengan kutipan cukai? Mesir dilanda krisis ekonomi paling dahsyat dalam sejarah negaranya. Hancur sudah kekuatan ekonomi serta reputasi negara yang selama ini stabil dan menggerunkan sepanjang beberapa dinasti. Kini, ke mana lagi kerajaan Firaun boleh bergantung?
Tambah teruk lagi, kutu dan katak bahkan membawa penyakit-penyakit yang annoying serta menjijikkan. Kutu merupakan ektoparasit yang bertindak sebagai agen penyebar penyakit dikalangan manusia (human disease agent). Malang sekali kepada perumah kutu kerana ia akan membawa kesengsaraan, gatal, malah bertelur pada perumahnya dan akan terus membiak dan merebak. Wabak kutu memang sesuatu yang sengsara. Tambah mengerikan, Mesir dicemari dengan katak-katak yang menggelikan yang berkeliaran di serata negeri. Katak-katak pula terkenal dengan membawa fungus dan penyakit, yang apabila yang bertebaran dengan banyaknya, ditambah dengan pembiakan yang tidak terkawal, ia menjadi disaster kepada masyarakat pengikut Firaun.
egypt-plague

Pencemaran pula berleluasa. Allah menukarkan air dari sungai dan telaga-telaga menjadi darah kemerahan. Tentunya ia tidak mampu dimanfaatkan untuk kerja-kerja pertanian, kebersihan diri dan masyarakat (mandi, basuh baju, sewage), dan bagaimana rakyat Mesir ingin melepaskan dahaga, sesudah ditimpa bermacam-macam bencana. Bagaimana dengan baunya, warnanya, likatnya.. Allahu’a'lam.
Semuanya hancur. Apa lagi yang dimiliki Firaun dan kerajaannya? Sosio-politiknya berubah, buruh-buruhnya sudah resign, projek-projek pembangunan terbengkalai, Nil sudah kering, kebuluran berleluasa, kerosakan material dan infrastruktur, ekonomi dilumpuhkan, epidemik merebak, pencemaran sumber kehidupan. Collapse sudah negara tersebut.

Maka mengalahlah mereka: “Dan ketika mereka ditimpa azab (yang telah diterangkan itu) mereka pun berkata: “Hai Musa, mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu dengan (perantaraan) kenabian yang diketahui Allah ada pada sisimu. Sesungguhnya jika kamu dapat menghilangkan azab itu daripada kami, pasti kami akan beriman kepadamu dan akan kami biarkan Bani Israel pergi bersamamu”" [7:134]
“Maka setelah kami hilangkan azab itu dari mereka hingga batas waktu yang mereka sampai kepadanya, tiba-tiba mereka mengingkarinya.” [7:135]

Namun, mereka tetap kufur. Bahkan, kemarahan mereka terhadap dakwah telah membuak-buak dan memuncak, walapun sudah jelas bukti-bukti kebenarannya. Lalu mendorong golongan pelampau batas ini untuk menjalankan ultimate execution mereka untuk menghancurkan Bani Israel yang beriman. Kerana pelampauan batas maximum ini, berlakukah ultimate execution dari Allah pula di dunia ini.
moses-red-sea

“Kemudian Kami menghukum mereka, maka Kami tenggelamkan mereka di laut disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka adalah orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami itu.” [7:136]

Dan taubat Firaun ketika nyawanya dihujung halqum pastinya tidak berguna lagi, terutama selepas kezalimannya yang terdahsyat dalam sejarah manusia.
حَتَّى إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لا إِلِـهَ إِلاَّ الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَاْ مِنَ الْمُسْلِمِينَ * آلآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ
“..hingga bila Firaun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: “Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (Muslim)”. Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan.” [10:90-91]
“..Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat Firaun dan kaumnya dan apa yang telah dibangunkan mereka.” [7:137]

Maka lenyaplah kerajaan Firaun yang zalim lagi melampaui batas ini sepanjang zaman. Ia tidak mengambil pengajaran dari mu’jizat-mu’jizat yang disaksikan dan dirasainya sendiri. Ia tidak mengambil pengajaran dari kekuasaan Allah yang bahkan dipamerkan secara eksklusif kepada mereka; istimewa, yang hanya diberitakan secara kalam kepada generasi-generasi berikutnya. Malang sekali Firaun dan pengikut-pengikutnya yang tetap kafir dan zalim.
Hari Asyura sungguh layak diraikan dan disyukuri. Hari Asyura menjadi hari kemenangan umat Musa ke atas Firaun yang dihancurkan dengan sistematik. Ia merupakan peristiwa besar yang menjadi simbol kepada harapan, kesabaran dan tawakkal kepada Allah dalam menghadapi Taghut yang kufur dan keterlaluan. Padanya, ada mukjizat yang memenangkan agama Allah dan orang-orang beriman serta menghancurkan sistem Jahiliyyah yang zalim dan tak berperi-kemanusiaan.
Ya, inilah sunnah yang menimpa golongan-golongan taghut dan zalim sepanjang zaman, dari mana-mana generasi, dari mana-mana bangsa. Siapakah agaknya “Fir’aun” pada hari ini? Yang sombong, angkuh, dan perasan ia berkuasa mutlak. Menidakkan dakwah Islam dan berusaha keras untuk melenyapkannya. Bersiap-sedialah “Fir’aun”, kerana tanda-tanda kejatuhan anda semakin jelas.
إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لِّمَن يَخْشَى
“Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang takut (kepada Tuhannya).” [79:26]

Oleh yang demikian berikut adalah Koleksi Hadith Sohih berkaitan Berpuasa pada 10 Muharram.

Sumber: Sohih Muslim
  1. Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:
    Kaum Quraisy di zaman jahiliah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah s.a.w juga berpuasa pada hari itu. Setelah berhijrah ke Madinah, baginda tetap berpuasa dan memerintahkan para sahabat supaya berpuasa pada hari itu. Setelah difardukan puasa bulan Ramadan, baginda bersabda: Sesiapa yang ingin berpuasa pada hari itu berpuasalah dan sesiapa yang tidak ingin berpuasa, dibolehkan meninggalnya.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1897
  2. Hadis Abdullah bin Umar r.a:
    Orang-orang jahiliah berpuasa pada hari Asyura. Rasulullah s.a.w dan orang-orang Islam sebelum diwajibkan berpuasa bulan Ramadan juga berpuasa pada hari tersebut. Setelah puasa Ramadan diwajibkan, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Asyura itu adalah hari-hari Allah. Sesiapa yang ingin berpuasa, berpuasalah dan sesiapa yang tidak ingin berpuasa, dibolehkan berbuka.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1901
  3. Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a:
    Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Yazid r.a katanya: Al-Asy'as bin Qais datang menemui Abdullah ketika beliau sedang makan. Abdullah berkata: Wahai Abu Muhammad marilah kita makan bersama. Dia menjawab: Bukankah hari ini adalah hari Asyura? Beliau kemudian bertanya: Kamu tahu apakah hari Asyura itu? Dia menjawab: Apakah ia? Beliau menjelaskan: Ianya merupakan hari di mana Rasulullah s.a.w berpuasa sebelum puasa bulan Ramadan diwajibkan. Setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan, ia ditinggalkan.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1905
  4. Hadis Muawiah bin Abu Sufian r.a:
    Diriwayatkan daripada Humaid bin Abdul Rahman katanya: Dia pernah mendengar Muawiah bin Abu Sufian r.a menyampaikan khutbah di Madinah pada hari Asyura ketika beliau berkunjung ke kota tersebut, katanya: Di manakah ulama-ulama kamu wahai sekalian penduduk Madinah? Ketahuilah aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda mengenai hari ini, iaitu hari Asyura: Pada hari Asyura ini Allah tidak mewajibkan berpuasa kepada kamu. Tetapi aku sendiri berpuasa pada hari ini. Sesiapa di antara kamu yang ingin berpuasa, berpuasalah dan sesiapa ingin berbuka, berbukalah.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1909
  5. Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
    Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa mereka itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami pada-Nya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kami lebih berhak daripada kamu dan Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian baginda memerintahkan para sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1910
  6. Hadis Abu Musa r.a katanya:
    Hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan menjadikannya sebagai Hari Raya. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Berpuasalah kamu pada hari Asyura tersebut.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1912
  7. Hadis Ibnu Abbas r.a:
    Ibnu Abbas r.a pernah ditanya mengenai masalah berpuasa pada hari Asyura. Beliau menjawab: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sehari pada hari Asyura kerana mencari kelebihan iaitu fadilat yang tidak ada pada hari-hari yang lain selain dari hari ini. Aku juga tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan ini, iaitu bulan Ramadan.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1914
Oleh yang demikian maka artikel ini diberikan tajuk "Riwayat Sohih Hari Asyura" kerana sesuatu yang penting ialah rujukan dari Hadith Sahih MuslimMudah-mudahan ingatan ringkas ini memberikan manfaat buat kita semua, amin.
WAllahu Ta’ala A’lam.

copied from:HERE

Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

Wednesday, December 8, 2010

Untukmu… Sayangku!





Bismillahirrahmanirrahim…




Entri ini khas buat sahabat kesayanganku fid dunia wal akhirah InshALLAH sempena ulang tahun kelahirannya (8.12.2010) yang ke-21(akak, tak pe kan bagi tau..hehe)(n_n)

Akak..
Pada pertemuan yang tidak disangka-sangka ini akhirnya telah mencambahkan benih-benih mahabbah antara kita. Sungguh singkat perkenalaan antara kita tapi jika dilihat dari mata kasar kita  seolah-olah sudah beberapa tahun menyulam persahabatan.SubhanALLAH sungguh hebat perancangan ALLAH.Dicampakan dan dicambahkan benih-benih mahabbah wa rahmah itu ke dalam hati kita . Sehinggakan beberapa kali akak mengulangi ayat  yang sama.

Betul ke ni budak comot(panggilan untuk saya) yang akak jumpe kat café dulu?

Tersenyum.

Memang sukar  nak percaya. Segalanya berlaku tanpa sedar. Sedar-sedar sahaja kita sudah rapat. Berkongsi cerita dan rahsia.=) Baru beberapa minggu kita menghulurkan salam pengenalan tapi sudah banyak perkara kita kongsi.



Akak..
Maafkan saya sepanjang pengenalan kita. Sepanjang saya menjadi ‘bidan terjun’ untuk menjaga akak. Saya tak mampu berikan yang terbaik untuk akak. Selalu sahaja saya kalah untuk menyekat  air mata ini  daripada terus mengalir. Saya tak sekuat akak dan tender-tender sebelum ni. Maaf juga kerana saya selalu tak sabar dengan karenah ‘makhluk’ tu. Akak  cakap saya ni terlalu garang dengan ‘makluk’ tu . Maaf kak:’(. Saya selalu saja gagal menjaga akak disaat penyakit akak menyerang. Walaupun akak telah memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk menjaga akak. Maaf untuk sekian kalinya. Saya bukan seperti yang akak harapkan.

Akak..
Terima kasih  akak diatas segala teguran dan nasihat yang diberi. Akak banyak ingatkan saya kepada ALLAH. Setiap kata yang keluar dari mulut akak semuanya bermakna bagi saya. Rasa tertampar dengan setiap kata-kata akak. Akak telah menjadi wasilah untuk ALLAH menegur perbuatan-perbuatan sumbang saya. Melalui akak juga ALLAH  mentarbiyah saya untuk menjadi hambaNYA yang sabar dan kuat . Akak selalu cakap bila ALLAH uji akak, ALLAH bukan uji akak saja tapi ALLAH juga uji orang disekeliling akak .



Akak..
Doakan saya menjadi sekuat dan setabah akak. Saya tak kuat macam akak bila berdepan dengan ujian.  Akak masih dapat mengukirkan senyuman disaat akak disakiti. Betapa Al-Qawinya ALLAH memberi kekuatan  kepada akak. Saya teringat kata-kata ‘makhluk’ tu masa kami berbual-bual dengannya.

Aku sebenarnya dah tak larat nak kacau budak ni. Dah berapa tahun aku kacau dia tapi dia tetap tak nak ikut kami(murtad..Nauzubillah). Kalau aku masuk dalam badan korang dah lama dah korang ikut kami(lebih kurang macam ni la ‘makhluk’ tu cakap)      

Bila dengar ‘makhluk’ tu cakap saya rasa lega. Akak memang kuat untuk melawan ‘makhluk’ tu. Memang ALLAH pilih akak sebab akak mampu nak lawan semua tu. Saya pun nak jadi kuat macam akak. Kuat untuk melawan segala ganguan.  Akak nak tasji’(^__~)

Untuk akhirnya, saya nak minta maaf di atas segala khilaf  sepanjang kita bersahabat. Saya juga ingin memohon maaf kerana saya jarang-jarang merisik perkhabaran akak. Tapi saya nak akak tahu saya selalu ingat akak. Saya tak pernah lupakan akak. Kenangan bersama akak  selalu bertandang. Kekadang buat saya tersenyum dan adakalanya membuatkan saya menangis. Saya sentiasa mendoakan supaya ALLAH  terus, terus dan terus memberi kekuatan kepada akak untuk melawan penyakit  tu. Akak K.U.A.T.



Sanah Helwah Akak Comot!:)

Moga dengan pertambahan usia ini akan bertambah keimanan
Bertambah matang untuk mengenal hakikat kehidupan sebenar
Dan bertambah kecintaan kepada Yang Maha Esa
Sayang akak, Rindu akak
Lillahi ta’ala. InshALLAH(^__^)





Menulis bertintakan air mata ..berlatar belakangkan lagu Langkah Tercipta=)

Ummu Rumaysa
081210
7:50am
Baiti Jannati 


Nota hati: Makhluk disini bermaksud jin

Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

Monday, December 6, 2010

Meracip Ketabahan




Bismillahirrahmanirrahim…

Pena terhenti sekian lama. Momentum penulisan semakin berkurang. Sering berhadapan kemalasan  tahap  super duper ketika jari jemari mula menyentuh papan kekunci. Untuk kali ini pena ditarikan dengan lenggok yang agak sumbang dan perlahan. Mungkin kerana sudah lama tidak beraksi:p. Selama manakah blog ini bakal bertahan? Soalan dilontarkan pada diri. Namun  minat dalam dunia penulisan masih tersisa. Mana mungkin kegilaan dalam bidang penulisan ini dibiarkan terhenti. Minat ini sudah bercambah sejak di bangku sekolah rendah lagi. Takkan dibiar dinokhtahkan begitu sahaja.

Dalam misi hibernate yang panjang ana tiba-tiba di datangi teguran daripada seorang ukhti. Meminta ana mengurangkan post mengenai cinta. Beliau mengatakan terlalu banyak post ana mengenai cinta. Muhasabah sebentar. Beliau juga mengingatkan ana agar tidak menulis entri berkisar diri sendiri. Tertampar lagi. Ana meraikan tegurannya. Hanya memasang telinga tanpa menyampuk apa-apa. Membiarkan hati ini terus diketuk dengan nasihat. Beliau juga menugur ana supaya melaksanakan selaras apa yang diperkatakan. Syukran:)Ana sentiasa menganggap setiap teguran daripada seorang hambaNYA merupakan teguran langsung ALLAH. Mereka hanyalah sebagai wasilah.

Apabila kita sering diuji dengan apa yang sering didakwahkan, itu petanda ALLAH sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang diperkatakan. Bersyukurlah ALLAH masih mengingatkan kita dalam usaha kita mengingatkan manusia.

Setiap kata-katanya diracip  satu persatu. Ditelan jua biarpun pahit. Mungkin beliau belum dapat memahami diri ini. Biarlah. Ana tak minta difahami kerana ana sendiri kadang-kadang sukar memahami diri sendiri:’( Ana perlu  memahami adat dalam dunia blogger. Bukan semua dapat memahami bicara hati yang cuba dilakarkan diatas sekeping kanvas maya.

Bukan hanya kawan yang membaca blog, lawan juga membaca.(credit to Insyirah Solehah)

Maaf andai butir bicara sepi ini kurang disenangi oleh sesetengah pihak. Ana tak pernah memaksa sesiapa mengikuti tulisan ana ini yang ketajaman penanya tak mampu menembus hati-hati kalian. Maaf. Maaf. Maaf. Ana mengambil masa yang panjang untuk kembali  merenung ke dalam diri. Makanya ana memilih untuk menutup blog ini buat sementara. Bukan berkecil hati tapi mengambil masa untuk memujuk hati untuk menelan setiap teguran. ALLAH masih sudi menyapa hati ini dengan ingatan dariNYA supaya ana tak tersasar dari matlamat perjuangan yang sebenar .



Sabar dan redhalah di atas ujianNYA  kerana ada didikan dan hikmah kepada kita.

Kita sering inginkan yang indah-indah sahaja. Tanpa sedar yang indah itulah yang mengundang padah. Dalam kesenangan itu kadang-kadang membuatkan kita alpa dengan segala bentuk nikmat yang hadir. Kufur dengan nikmat yang diberiNYA. Bila kita dalam musibah mata hati ini yang dulunya buta melihat nikmat ALLAH tiba-tiba celik. Tersingkap segala nikmatnya yang digunakan dilandasan yang salah.

Masalah(takdir) ini memerlukan penjelasan yang panjang dan berliku-liku yang mungkin membuat seseorang tersesat di dalamnya. Di dalamnya terdapat rahsia ketetapan ALLAH yang banyak membingungkan akal manusia.~Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad~       

Cubalah menguntumkan senyuman ketika hatimu sedang menangis. Berjalanlah dengan penuh harapan walaupun hidup  tak selalu bahagia. Disaat ALLAH mengirimkan angin musibah ALLAH sebenarnya mengajak kita kembali muhasabah. Ambillah peluang ini untuk menjahit semula sejadah cinta yang kian tercarik biarpun dengan tangan yang terluka. ALLAH sentiasa menanti kepulangan kita kepadaNYA.

Oh,Tuhan izinkan daku mengulangi janji-janji yang baru.. Taubat nasuha setulus untukMU..

*Pena terhenti

Memikirkan kembali entri-entri sebelum ini yang kurang disenangi oleh sesetengah pihak. Ana ingin menarik perhatian kalian. Tak semua kalam sepi ini hasil tulisan ana sendiri. Ada yang dicopy-paste  dari blog sahabat-sahabat maya. Ana telah meletakkan link. Intabihu jayiddan. Ana gemar melakukan blogwalking untuk menajamkan kembali idea-idea yang kian tumpul. Ketika kekontangan idea ana akan menceduk entri-entri dari blog lain sementara menanti ilham ILAHI..ngeh3 



 Hidup ini untuk bersyukur..
 Syukur pada yang menyakiti kamu kerana dia menabahkan hatimu..
Syukur pada yang tidak mengendahkan kamu kerana dia mengajar kamu berdikari..
Syukur pada yang menipu kamu kerana dia meningkatkan pengetahuan kamu..

Tertarik dengan status fb my roommate (credit to ‘Izzah)

When in time of trouble & difficulties in your life,
Don't ever say, "Oh my God, I've a big problem".
But say, " Hey problem, I've a big God...!"


SubahanALLAH. Terketuk hati. Apalah sangat ujian kita hadapi sekarang. Orang lain mungkin lebih besar ujiannya. Rasulullah kalau dijadikan bandingan bagindalah  yang paling banyak diuji. Namun ujian ALLAH kepada baginda menempa iman baginda sehingga menjadi insan teladan sepanjang zaman. Ujian adalah tapisan untuk meningkatkan keimanan. Makanya, jika rasa tak mampu berdepan dengan ujian  sentiasalah menyakini kita memiliki ALLAH yang Al-Qawi, Al-Jabbar, Al- Mutakkabir. Yakin, kelmarin ALLAH telah menolongmu percayalah esok dan selamanya ALLAH pasti akan menolongmu lagi! Bersangka baiklah dengan ALLAH kerana ALLAH bersama sangkaan hamba-hambaNYA .



Bibir tersenyum:)..hati menangis:'(
Ummu Rumaysa
Baiti Jannati
061210
12:13pm


Nota hati 1: Hati ini terketuk dengan entri Dunia Blogger (Insyirah Solehah) dan Blogger=Daie(Hilal Asyraf). Dua entri yang banyak memujuk hati.  
Nota hati 2: Jantung sedang berdegup kencang menanti result yang bakal keluar petang ini. Moga natijahnya seperti yang diinginkan..Ameen=)





 Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...