Sunday, September 25, 2011

Takutlah Kalian Sebelum Menempuh Pernikahan..

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


Takutlah jika kalian memasuki perkahwinan dengan jiwa yang miskin

Jiwa yang miskin sering sempit, sering keluh kesah

Tidak menghitung kebaikan pasangan

Tak mampu menghargai pemberian dia yang tersayang

Tidak mensyukuri cinta yang dianugerahkan ILAHI


Takutlah berkahwin jika kalian tipis kesabaran, tipis sangka baik

Takutlah melangkah ke alam pernikahan jika kalian mudah marah kerap merajuk

Mudah lepas cakap, mudah menyalahkan

Takutlah jika kalian punya sikap sukar memberi maaf, sukar memohon maaf


Takutlah kalian dengan sikap yang suka memberontak

Takutlah kalian dengan hati yang keras dan mudah melawan

Takutlah kalian jika kalian sering ego mengakui kesilapan

Takutlah jika kalian ego melakukan perubahan dan perbaikan


Takutlah kalian jika kalian memiliki banyak karakter buruk ini

Kasih sayang hanya mekar setahun, atau sebulan


Bertahun kalian merancang pernikahan

Mudah sahaja pernikahan bergolak andai sifat mazmumah tidak dibersihkan

Takutlah menginjak ke alam pernikahan andai kabur hakikat kehidupan

Takutlah kalian andai ilmu dan buku bukan teman kalian yang sering berdampinan

Takutlah kalian andai ALLAH dan Rasul bukan menjadi tujuan pernikahan


Takutlah kalian jika enggan dan tak pandai menerima peringatan pasangan

Takutlah kalian jika sering tak berhikmah menyampaikan teguran

Takutlah sekarang, jika kalian sering mendahulukan perasaan dari ilmu dan iman

Bersedialah rumahtangga itu menjadi medan pergaduhan

Yang membara dengan kebencian

Yang tak ditembus rahmah dan kasih sayang


Apatah lagi jika roh solat dan quran berjauhan dari sanubari kalian

Pasti.. dengan akhlak yang tak dicantikkan, adalah pasti kepada hambarnya sebuah percintaan

Pasti .. dengan melupakan tuhan, adalah pasti pada kosong peritnyanya sebuah perkongsian kehidupan

Kerana pernikahan itu bahagia dengan akhlak yang baik

Kerana pernikahan itu indah dengan suburnya jiwa mahmudah

Kerana pernikahan itu manis pada kesungguhan membahagiakan pasangan

Dan..

Pernikahan itu bahagia barokah pada hubungan dengan ALLAH yang selalu diteguhkan...



Buku-buku yang HARUS dibaca sebelum berkahwin:

Sudah dikhadam..Alhamdulillah

Belum miliki
~Currently reading this book~





*Berkesempatan kat rumah ni update hari-hari=D*

Photobucket
 

Saturday, September 24, 2011

Minum Cara Sunnah

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ 





Peringatan buat diri sendiri & juga sahabat - sahabat...

"Tiada kejayaan yang paling sempurna melainkan dalam Sunnah Rasulullah s.a.w"

Setiap pekerjaan yang dilakukan mengikut Rasulullah, pasti ada kejayaan yang ALLAH janjikan di dalamnya.

Setiap hari, setiap dari kita akan minum air. Terutama setiap kali selepas makan. Betul tak? Jadi, InsyALLAH sama - sama kita cuba minum dengan cara bagaimana Rasulullah itu minum.

  • Sebaik - baiknya kita minum 15 - 30 minit selepas makan. (supaya mudah cerna makanan yang kita makan tadi kerana kalau kita minum terus, enzyme tadi akan pergi bersama air)
  • Apabila kita minum, peganglah cawan kita tu dengan tangan kanan. (Pegang gelas/cawan dengan tangan kanan, jari kelinking dibawah)
  • Sebelum minum juga, pastikan kita melihat ke dalam minuman kita, takut - takut kalau ada apa - apa ke... Jika ada lalat, tekan dahulu lalat tersebut ke dalam air, kemudian baru dibuangkan. (kerana sayap kiri lalat membawa penyakit, manakala sayap kanan pula penawar)
  • Minum duduk & baca basmALLAH & doa..


Minum susu - اللهم بارك لنا فيه وزدنا منه





Minum manis - وسقاهم ربهم شرابا طهورا



  • Jangan bernafas dalam bekas minuman, & mulakan minum kita itu dengan 3 teguk dahulu... Kemudian baru habiskan.
  • Jika ingin pastikan minuman itu "bersih"(tidak ada apa-apa sihir) setelah baca basmallah & doa, sewaktu teguk pertama kita itu, kita rasa lelangit kita dengan menggunakan hujung lidah. Sekiranya "ada apa - apa" lelangit kita tidak akan berasa geli.


InsyALLAH, setakat itu perkongsian mengenai minum secara sunnah. Sama - sama beramal. Boleh tambah sekiranya ada sebarang perkongsian lain.


COPIED FROM:http://baitilatiqa.blogspot.com/2011/02/minum-cara-sunnah.html


Jom hidupkan sunnah!
*Balik rumah baru dapat update blog. 
Kat kampus tak dapat wireless.SAD =.= 
Nampak gayanya bersawang la blog ni*




Photobucket
 

Friday, September 23, 2011

Sulitnya Menjaga Mata

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


Sulitnya menjaga pandangan mata,
Sulitnya menahan nafsu dan menjaga hati,
Hanya iman dalam diri mampu menolong diri,
Antara kasih kepada ROBBUL'IZZATI dan kemahuan diri,
Menitis air mata tika kemahuan diri tidak dituruti,
Lantas kasih dan takut kepada ILAHI.

Sulitnya menjaga pandangan mata,
Sulitnya menahan nafsu dan menjaga hati,
Usia begini kemahuan itulah ingin dipenuhi,
Mencintai dan dicintai orang dikasihi,
Namun syariat yang suci membatasi,
Semuanya untuk kebaikan diri sendiri.

Sulitnya menjaga pandangan mata,
Sulitnya menahan nafsu dan menjaga hati,
Kugagahi diri menjaga pandangan mata dan hati,
Agar maksiat tidak terjadi,
Agar fitnah dapat dijauhi,
Namun,kadang kala aku tewas dengan nafsu yang menguasai diri,
Lantas kurangnya amalan rukhiah dalam diri.

Sulitnya menjaga pandangan mata,
Sulitnya menahan nafsu dan menjaga hati,
Aku malu padaMU Ya ILAHI,
Saat memandangnya aku membuat dosa terang tanpa sembunyi
Tika dia membalasnya,bertambah malu padaMU Ya ILAHI ,
Kerana aku dan dia tiada ikatan sah suami isteri,
Kerana aku dan dia berdakwah demi Islam dicintai,
Kerana aku dan dia MENGAKU berjuang demi Islam dijulang tinggi,
Kerana aku dan dia mengaku berjuang demi mencari redha ILAHI.

Ya ALLAH ampunkan dosaku,
Ya ALLAH terimalah taubatku,
Ya ALLAH teguhkan imanku dengan firmanMU,
Ya ALLAH teguhkan imanku dengan ketaatanku padaMU,
Tidak sekali-kali kebenaran dan kebatilan dicampuri,
Jika tidak,kecelakaan menimpa diri…

Harapanku, dia juga dibawah jagaanMu
Malah lebih baik dari aku…Amin



Ya ALLAH, sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMU,
Aku buta tanpa bimbinganMU,
Aku tempang tanpa hidayahMU,
Aku hina tanpa rahmatMU.


  Photobucket

Thursday, September 22, 2011

Repost:Adab Memasak




Alhamdulillah, ALLAH datangkan ilham nak kongsi sedikit mengenai adab memasak. Yelah, kita (lelaki  & perempuan) mesti biasa masuk dapur. (^-^) Jadi, biarlah kita jadikan setiap amalan kita itu ibadah kepada ALLAH.  InsyALLAH.

Tambahan, dalam usaha menjaga perut, makanya kita perlu makan makanan rumah. Betul tak? Oleh itu, mari kita memasak dengan cara yang digariskan.

Paling baik kita mulakan dengan berwudhuk & tutup kepala. Melangkah ke dapur dengan membaca 

ربنا اتنا من لدنك رحمة وهئ لنا من امرنا رشدا
( Al-Kahfi : 10 )
Tanak Nasi




Macam biasa, apabila kita nak mulakan step memasak mestilah masak nasi. betul? Maka sewaktu kita menyukat beras, boleh la ringankan mulut untuk membaca

ما عندكم ينفد وما عند الله باق
( An-Nahl : 96 )

Kemudian, ceduk beras dari bekas atau guninya tetapi lakukan tanpa melihat dan yakin bahawa Allah yang memberi rezeki. Selepas itu, sewaktu kita hendak mencuci beras, insyALLAH boleh amal,

الحمدلله الذي اطعمنا خير منه


Then, on la plug.


Masak Lauk

Makanya, bermulalah sesi potong memotong kita... Mulakan dengan basmALLAH. Apabila tangan nak memotong (sayur ke, ikan ke) maka bacalah...


فذبحوها وما كادوا يفعلون
( Al-Baqarah: 71 )

Apabila dah potong2, cuci bersih2, lauk tadi pun mesti kita letak dalam periuk. So, masuk sahaja langkah tangan kita nak letak periuk tu atas dapur, boleh la baca,

فسيكفيكهم الله وهو السميع العليم

And bila kita da letak, masti tangan nak kacau. So, sunnahnya kita kacau dari kanan ke kiri sambil zikir,

ليس لها من دون الله كاشفة


InshALLAH,ALLAH bagi sedap=)

(NOTA TAMBAHAN: Doa buka periuk:ALLAHumma bariklana fihi khoiri minh
Zikir supaya makanan sedap: Selawat 3 kali dan Istighfar 3 kali)

Friday, September 9, 2011

ALLAH tidak pernah meninggalkanmu!

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

ALLAH, ingin kuhentikan langkah ini..
Bagaikan tak mampu untukku bertahan..
Semangat tengelam..
Lemah daya..
Haruskan aku mengalah..
Namun jiwa kuberbisik inilah dugaan..


Diasak dan diasak. Itulah dia keadaan manusia dalam mengharungi kehidupan. Diasak dengan pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasi. Lain manusia lain halangannya. Masing-masing menghadapinya dan ada yang berjaya melepasinya. Tetapi tidak kurang juga yang tersungkur selepas kesukaran menghentamnya.

Tekanan dihadapi dari pelbagai arah. Mula dengan menyerabutkan kepala, kemudian menyerang jiwa dan hati. Akhirnya akal tidak mampu berfikir dengan baik dan hati mula tidak tenang. Rasa sukar. Kadangkala seakan hilang oksigen untuk bernafas.

Rasa tersepit di hujung dunia. Seperti matahari telah hilang cahaya..

Di sinilah kita perlu memujuk diri.



Tenanglah jiwa, damailah hati.

Rasa keperluan untuk berpaut?

Kita rasa gundah sangat. Kita rasa sakit sangat. Kita rasa kita perlukan tempat meluah rasa. Kita rasa kita perlukan ada orang memahami kita. Ya, kita manusia. Bukan android tanpa jiwa.

Tetapi kita tidak mampu menyuarakannya. Adakalanya orang pula tidak mengerti keadaan kita. Mereka hanya suka melihat kita tersenyum, tetapi menjauh apabila kita menitiskan air mata. Lebih buruk lagi, ada pula yang membenci apabila kita gembira, dan bersenang hati apabila kita berduka.

Namun kita adalah manusia. Ingin berpaut. Lemah dan hendak dipapah.

Siapa yang mampu mendengar semua kesedihan kita? Siapa yang hendak memahami?

“Atau siapakah yang mengabulkan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepadaNYA, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada tuhan lain selain ALLAH? Sedikit sekali kamu yang memperhatikannya.” Surah An-Naml ayat 62.

Ya, sekali antara kita memerhatikan, meneliti, akan kasih sayang ALLAH kepada kita.

Rupanya, ALLAH sentiasa ada.

Membuka peluang untuk kita berpaut kepadaNYA.



Tenanglah jiwa

“Demi waktu dhuha, dan malam apabila ia sunyi sepi(berakhir)” Surah Ad-Dhuha ayat 1&2.

Bagaimanakah waktu dhuha? Bukankah telah cerah? Ya. Cerah. Tiada sekelumit gelita ketika dhuha. Itulah dia sebenarnya apabila malam telah pergi.

Tidakkah kita melihat kepada Dhuha? Begitulah juga segala keperitan dan kesengsaraan yang kita hadapi, semuanya akan berhenti sebagaimana berakhirnya malam daN digantikan dengan kecerahan dhuha yang tiada langsung kelam pada waktunya.

“TUHANmu tidak meninggalkanmu, dan tidak pula DIA membenci” Surah Ad-Dhuha ayat 3.

MasyaALLAH…

TUHANmu tidak meninggalkanmu. Dan tidak pula DIA membenci.


Tinggalkanlah resah dukamu semampumu kerana menanggung beban derita boleh membuatmu gila.
Semalam, ALLAH telah menolongmu. Percayalah esok dan selamanya pasti DIA akan menolongmu lagi!
Dugaan, cabaran, ujian, semuanya bukanlah bentuk kebencian ALLAH SWT. Hatta bala bencana yang menimpa juga hakikatnya dalam ruang kasih sayangNYA yang luas. DIA ingin kita kembali kepadaNYA, kerana kembali kepadaNya adalah satu-satunya cara mencapai kebahagiaan.

ALLAH tidak pernah meninggalkan kita. ALLAH 
 itu Yang Maha Besar. ALLAH itu Yang Maha Hebat. ALLAH itu Yang Tiada Tandingan . ALLAH itu Yang Maha Kaya . ALLAH itu Yang Berkuasa Atas Segala-galanya . ALLAH itu Yang Menciptakan Segalanya.


Tidakkah jiwa terasa tenang?



Damailah hati

Tekanan itu milik ALLAH. Cabaran itu datangnya daripada ALLAH. Mehnah dan tribulasi semuanya diatur oleh ALLAH SWT. Tujuannya adalah untuk mendidik kita. Untuk mengangkat kita ke satu darjat yang lebih tinggi. Jika tidak, para Rasul dan nabi tidak akan diuji.

ALLAH ingin memerhatikan siapa antara kita mampu menjadi hambaNYA yang terbaik.

“DIA lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang terbaik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);” Surah Al-Mulk ayat 2.

Tetapi DIA tidak akan menguji tanpa memberikan bantuan dan sokongan.


“Bukankah KAMI telah melapangkan bagimu: dadamu? Dan KAMI telah meringankan untukmu beban, yang memberati tanggunganmu,?” Surah Asy-Syarh ayat 1-3.
Bukankah KAMI yang telah melapangkan bagimu dadamu? MasyALLAH…

ALLAH,ALLAH,ALLAH...

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” Surah Asy-Syarh ayat 5-6.

Maka damailah hati. Selepas kesukaran kita yang sedang kita hadapi ini, percayalah akan ada kesenangan yang menanti.

Percayalah.

Menyedari hakikat betapa kita diuji ini, kita sedang bersama ALLAH SWT, itu akan menambah kekuatan kita. Menyedari betapa kasihnya ALLAH kepada kita, itu akan melapangkan jiwa kita.

Ya. Memang payah apabila manusia lain tidak memahami penderitaan kita. Lebih pahit sekiranya manusia lain itu pula menuntut untuk kita memahami mereka. Tetapi itulah lumrahnya.

Tetapi ALLAH tidak demikian. DIA paling memahami. DIA paling mengetahui. DIA mendengar semua rintihan. DIA memberikan bantuan.

Tenanglah jiwa, damailah hati.

ALLAH akan membalasi kesabaran ini. ALLAH akan ganjari keperitan jiwa ini. ALLAH akan bayar semula kesusahan yang kita hadapi.

Yang perlu kita lakukan sekarang adalah BERSABAR, dan berusaha menghadapi serta menyelesaikan apa sahaja masalah yang menghampiri.



Lagu yang sangat 'dekat' denganku..
Walaupun sudah berulang kali dengar tapi masih mampu menitiskan air mata..



ALLAH sekali lagi berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas!
09092011
10:13am
 *Hari-hari terakhir dirumah*

Photobucket