Sunday, April 29, 2012

#Note to Self 5#

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


ALLAH mahu kita belajar.

Sebab itu DIA berikan kita ujian.
ALLAH mahu kita perbaiki diri.
Sebab itu DIA berikan kita masalah.

Indahnya sangka baik kepada ALLAH SWT.
—————————————-
Air mata memang akan mengalir.
Tetapi kerana sangka baik tadi,
langkahan takkan pernah berakhir.
:')

~Hilal Asyraf~

Anas bin Malik r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Pada hari kiamat nanti akan disediakan timbangan, maka datang para ahli solat, maka pahala mereka diberi dan setelah ditimbang lalu datang orang ahli puasa, maka pahalanya diberi setelah ditimbang, lalu datang ahli sedekah, maka pahalanya diberi dengan cara ditimbang, lalu datang orang yang mengerjakan ibadah haji, lalu pahalanya diberi juga dengan ditimbang, lalu datang pula orang-orang yang pernah ditimpa musibah, maka pahala untuk mereka tanpa dihitung dan tanpa ditimbang. Lalu Rasulullah s.a.w. membaca firman ALLAH:Ertinya: “Sesungguhnya ALLAH akan memberikan pahala kepada orang-orang yang sabar tanpa dihitung.”(Az-Zumar: 10) ALLAH..ALLAH T_T




Photobucket
 

Friday, April 27, 2012

Berundur Setapak..

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ 



Semalam yang berlalu dijadikan sempadan. Hari ini yang masih misteri perlu diisi dengan ubudiyyah semaksimum yang mungkin. Hidup ini adakalanya terlalu misteri untuk ditafsir. Yang diharap tidak mendatang tapi yang tidak diingini itulah yang sentiasa menjengah. ALLAHurabbi..

Tidak semua yang kita mahu akan kita dapat, sepertimana tak semua yang kita miliki sekarang adalah seperti yang kita mahu. Jelas, bukan kita yang mengatur setiap tapak perjalanan hidup ini. Hakikatnya langkah-langkah yang tercipta adalah rencana yang hebat daripada Dzat yang juga hebat iaitu A.L.L.A.H. Walaupun lain yang diminta, lain yang mendatang. Namun sedarlah apa yang DIA beri jauh lebih banyak daripada apa yang diminta. DIA memberi sebelum sempat kita meminta. Tapi jangan lupa adakalanya DIA mengambil semula pemberianNYA sebelum sempat kita menikmatinya.

Waktu yang Ditinggalkan Pergi.

11 minggu berlalu. Cuba menggagahkan diri melalui segala ‘rencah’ hidup yang ALLAH letakkan. ALLAH meletakkan pelbagai ‘perasa’  supaya hidup ini dapat dinikmati dengan keenakkan yang  tak terkata . Pura-pura berlagak kuat dihadapan manusia, namun mustahil sekali berlagak kuat dihadapan ALLAH yang dapat ‘menghidu’ setiap inci kelemahan diri ini. Apatahlagi kekuatan yang dimiliki ini semuanya pinjaman dari DIA. ALLAH..ALLAH..

Ujian apa pun yang datang tanpa meletakkan sabar dan redha pasti akan berganda kepedihan melalui ujian tersebut. Bukan mudah melalui ujian ini bila mana diserang bertubi-tubi dari segenap penjuru(hiperbola je ni:D) Berganda lagi bila berhadapan dengan mulut-mulut yang tak pernah mengerti.

*Jangan layan sangat ‘benda’ tu*
*Jangan ikut sangat cakap ‘benda’ tu*
*Jangan fikir sangat ‘sakit’ tu*

Manusia. Mudah sekali meletakkan penilaian sebelum meletakkan diri sendiri di tempat orang yang diuji. Mungkin ada yang berniat untuk memberikan tasji’ untuk diri ini tapi sebenarnya semua ayat-ayat ini hanya akan melemahkan dan membuatkan ‘makhluk’ ini semakin menguasai diri ini. Bayangkan, dalam keadaan diri yang tengah lemah dapat pula ayat-ayat yang agak melemahkan maka terhasillah diri yang semakin lemah. Bila dalam keadaan begitu mana mungkin dapat melawan ‘serangan’ yang datang. Orang-orang yang sihat mungkin menganggap ayat itu biasa tapi bagi diri yang diuji ini ayat itu sangatlah luar biasa sekali(makan dalam). Sensitive. Serius! Mungkin ada yang menyangka ana tak sedar apa yang berlaku tapi sebenarnya semua yang berlaku dalam keadaan sedar cuma uncontrolled.

Melalui proses tarbiyyah bukanlah dengan melalui jalan-jalan yang sentiasa ditaburi bunga tetapi dengan kesedihan silih berganti, kepedihan yang tak terperi, kesusahan yang sentiasa memayungi, dan pelbagai lagi mehnah menghujani. Tapi, dalam setiap kesusahan ada kesenangan dan dalam kepayahan pasti ada kemanisan. ALLAH, bilamana menghadiahkan ujian, DIA  juga yang pinjamkan kekuatan. DIA juga yang mendengar segala  rintihan. DIA juga yang mengira setiap titis air mata yang tumpah . Dia juga yang memberi pahala setiap kesusahan yang dialami. DIA juga tak pernah sesaat pun meninggalkan kita. Tak pernah lupa menghamparkan kasih sayangNYA dalam kesenangan apatah lagi kesusahan. ALLAHurabbi.

Dalam ALLAH menguji, DIA juga mengirimkan insan-insan yang DIA kuatkan disisi. Pengembur semangat disaat rasa terlalu letih melalui ujian-ujian ini . Air mata  mengalir laju bila mendapat sentuhan tasji’. Rupanya masih ada yang memahami:’) Paling terkesan dengan kata-kata seorang ustaz yang mengubati.

Lebih kurang macam ni ustaz tu cakap:

ALLAH bagi enti sakit ni mungkin ALLAH nak ajar enti untuk amalkan lebih banyak sunnah RasuluLLAH. Mungkin sebelum ni enti ada amalkan tapi mungkin enti tak tahu apa hikmahnya atau kadang-kadang tak istiqamah. So, ALLAH nak enti betul-betul istiqamah dengan amalan sunnah. Cuba check lagi sunnah apa yang enti terlepas pandang. Dalam keadaan begini enti paling kena jaga sunnah sebelum nak tidur(wudhuk etc) Kadang-kadang ALLAH nak tunjukkan hikmah yang tak nampak disebalik sunnah-sunnah yang RasuluLLAH amalkan. Bila sakit begini enti akan nampak. ALLAH tak uji dengan sia-sia. Bukan saja-saja je ALLAH pilih enti untuk diuji tapi ALLAH tahu enti mampu. T_T

 *Ustaz ni macam kasyaf je*^^

 Ok, terdiam . Tunduk . Pandang lantai. Rasa macam kena hempap dengan batu yang besar. Tahan air mata tak nak bagi keluar. Tak macho la kalau menangis!

SubhanALLAH. ALLAH ada saja cara nak pujuk dan hiburkan hati ini. Dikirimkan insan-insan yang memahami sebagai wasilah untuk DIA memujuk.

Hati ini..biar ALLAH sendiri yang pujuk dan hiburkan dengan caraNYA!

Pergiku untuk Kembali

Sem ni banyak betul kena buat keputusan yang besar-besar. Memilih sesuatu yang dua-dua penting. Dari awal sem lagi sudah merasakan kepayahan, namun dibuang jauh-jauh rasa sukar yang menyinggah. Terus mencipta tapak.  Tapi sekuat mana pun cuba bertahan, sekukuh mana perancangan dibuat, ALLAH punya agenda yang lebih hebat. Akhirnya, dengan berat hati ana memohon untuk menangguhkan sem ini walaupun sudah berada diminggu-minggu terakhir.

ALLAHuakbar! Keputusan yang sangat berat yang terpaksa diambil. Berminggu-minggu juga berdepan dengan peperangan emosi memandangkan ana dah plan untuk menghabiskan pengajian dalam masa 3 tahun setengah(yang sepatutnya 4 tahun) tapi ALLAH berkata sebaliknya. La, baks! Kamu berharap yang baik, tapi ALLAH bagi yang TERBAIK!

^.^

Mungkin ALLAH nak bagi peluang untuk kamu mengemaskan lagi perancangan yang disusun.. ALLAH takdirkan kamu berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi membuat lonjakkan yang lebih tinggi dan jauh ke hadapan. Who knows? Perkara yang kamu nampak buruk belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan, kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan.

Inilah hakikat hidup yang dipilih ALLAH untuk kamu. Teruslah bersangka baik kepada ALLAH. DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNYA. Mungkin sekarang kamu tidak tahu kerana ilmu kamu terlalu sekelumit. Namun apabila ALLAH yang MAHA PENYANYANG telah memilih, maka yakinlah kasih sayangNYA sentiasa mendahului murkaNYA.

Yakinlah, kamu hambaNYA, DIA sesekali tidak akan mengecewakanMU!

#Moga ALLAH nilai sebagai pahala setiap kesakitan,kesukaran, dan kepayahan ini. Amin#


ALLAH, bimbinglah diriku,

Untuk bangkit semula,
Meneruskan langkah perjuangan ini,
Cekalkan hati dan semangatku,
Kurniakan ketabahan,
Agar mimpi jadi nyata.
Daku mohon agung kudratMU,
Wahai TUHAN yang SATU..
Segalanya dariMU..    


Tempat hati berbicara,
12.54pm
27042012
Ghurfati H2.1
*bakal ditinggalkan esok.inshALLAH:’( *




Photobucket
 

Saturday, April 21, 2012

Perkongsian: Baitul Muslim= Pembangunan Ummah

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ 

Di'edit' dari tulisan Hilal Asyraf
“Perkahwinan itu hanyalah gerbang, sedang  baitul muslim  adalah alamnya.
Bila dilihat semula, ya. Perkahwinan hanyalah sehari.
Sedang baitul muslim, kemungkinan sampai mati.
Sekiranya kita tidak bercerai.
Dan bila dilihat semula, diri adalah asas kepada baitul muslim, baitul muslim adalah asas kepada masyarakat, masyarakat adalah asas kepada negara, dan negara adalah asas kepada dunia.
Jelas betapa  baitul muslim , dalam rantaian itu, adalah antara asas dalam pembangunan ummah.
Nyata, sekiranya kita hendak membina bangunan tinggi yang kukuh, kita perlu membina dasar yang lebih dalam serta kuat dan ampuh bagi menampung bangunan yang tinggi itu.
Maka, ummah yang baik, adalah yang dibina dari baitul muslim  yang berkualiti. Kerana jelas,  baitul muslim  inilah yang akan menghasilkan manusia, yang akhirnya menjadi masyarakat, mencorakkan ummah.
Justeru, jelas di sini betapa  baitul muslim  kita juga, adalah salah satu daripadanya.
Banyak rumahtangga yang baik, maka semakin ampuhlah ummah.
Banyak rumahtangga yang tidak baik, maka semakin rapuhlah ummah.
Persoalannya, kita mahu menjadi yang mengampuhkan ummah, atau yang merapuhkannya?
Nampak Seronok, Tetapi Ini Tanggungjawab.

Ramai teruja dengan perkahwinan kerana di’sasau’kan oleh perasaan. Cinta bila disalah tafsir, bila diambil dengan tafsiran keduniaan, tafsiran Hollywood dan sebagainya, memang akan kelihatan perkara yang hanya melibatkan perasaan, keasyikan hati dan keindahan jiwa sahaja, hingga menjemput lalai dan alpa.
Tetapi cinta yang sebenar, lebih daripada itu.
Maka mereka yang memahami betapa besarnya peranan  baitul muslim , tidak akan sesekali sambil lewa dalam bercinta. Kerana  baitul muslim adalah barisan utama ummah untuk membangun sebagai ummah yang kuat. Justeru, suami berperanan sebagai pendidik kepada isteri dan anak-anak, agar menjadi ummah yang soleh dan solehah. Begitulah juga isteri, berperanan sebagai pendamping suami, yang mengukuhkannya, yang sentiasa mengingatkannya kepada ALLAH SWT, dan mendidik anak agar membesar menjadi hamba yang memahami Islam serta taat kepada ALLAH.
Bukanlah pengurusan  baitul muslim  ini, semata-mata kewangan.
Ramai orang mudah menyelesaikan masalah kewangan. Minta bantuan Ibu Ayah contohnya, maka masalah kewangan selesai. Tetapi, masalah menjadikan diri kita sebagai pemimpin rumah tangga, yang memimpin ahlinya agar bukan sekadar mengejar akhirat, tetapi memenuhi perintah ALLAH SWT sebagai pentadbir dunia, sebagai khalifah, bukanlah sesuatu perkara yang Ibu Ayah kita boleh tolong lakukan.
Kita yang perlu bina diri kita sendiri. Kita yang perlu berusaha. Kita yang perlu menimba ilmu dan menguatkan keimanan kita.
Inilah dia antara tanggungjawab yang besar, tetapi sering dilupakan, dan tidak pula ditekankan dalam mana-mana sahaja kursus cinta dan perkahwinan.
Sebenarnya hal cinta, perkahwinan dan rumahtangga ini sepatutnya diterapkan semenjak dari tingkatan satu, sebagai salah satu silibus yang mesti ditekankan kepada pelajar-pelajar.
Bukan kahwin awal yang hendak digalakkan. Tetapi kefahaman betapa besarnya peranan  baitul muslim  itu yang mahu ditekankan. Agar, pelajar-pelajar, semenjak tingkatan satu lagi, tidak akan mudah-mudah hendak menjebakkan diri ke alam percintaan. Tetapi akan berusaha memfokuskan diri terhadap pembinaan peribadi, jiwa, dan keimanan.
Ramai memandang enteng alam rumah tangga. Dari satu segi, urusan kewangan, urusan emosi, urusan rumah dan sebagainya, itu sahaja sudah banyak, dan sukar. Lebih berat, urusan hubungan keluarga terhadap ALLAH SWT, dan manfaat keluarga kita kepada ummah, juga sepatutnya berada dalam kalkulasi kita yang ingin berumah tangga.
Kahwin memang mudah. Kita boleh kahwin dengan bajet serendah RM2000 jika mahu. Bahkan lebih rendah daripada itu.
Tetapi  baitul muslim  yang bermanfaat untuk ummah, bukan sesuatu yang mudah.
Justeru, bagi yang memahami perkara ini, cinta bukanlah satu perkara yang ‘asyik’ baginya.
Saya apabila menyebut ‘cinta’, beginilah besarnya makna saya. Berhelai-helai kertas saya karang untuk menjelaskan kefahaman definisi cinta, kemudian rumah tangga pula. Ya. Inilah dia cinta yang saya sering sebutkan.
Bila cinta, mesti mahu bersama ke syurga.
Apakah jaminan yang lebih baik untuk ke syurga, melainkan menjadikan diri bermanfaat kepada ALLAH SWT?
Tidakkah kita membaca firman ALLAH SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah AKU tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada ALLAH dan rasulNYA, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama ALLAH dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) ALLAH akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari ALLAH dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” Surah As-Saff ayat 10-13.

Itulah dia jalan untuk mengelak azab ALLAH SWT, dan mencapai syurgaNYA. Maka, jika benar mahu membawa orang yang kita cinta ke syurga, menjadikan diri bermanfaat kepada pembangunan ummah yang merupakan salah satu perjuangan Islam, adalah caranya.
Tidakkah kita membaca firman ALLAH SWT:
“Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan keluarga kamu, dari api neraka.”Surah At-Tahrim ayat 6.


Penutup: Maka Cinta Yang Melalaikan Itu, Akan Hilang Ditelan Keseriusan Kita.

Orang kata, bercinta mesti angau. Mesti lalai. Mesti alpa. Mesti zina hati.
Cinta yang ditafsirkan dunia, mungkin benar.
Cinta yang sekadar seronok nak kahwin, mungkin benar.
Tetapi bagi pencinta yang memahami betapa besarnya tanggungjawab sebuah baitul muslim  kepada ummah, dan betapa perlunya dia membina peribadinya untuk memikul tanggungjawab ini, maka cinta yang melalaikan itu akan hilang ditelan keseriusan cintanya. Kerana cintanya adalah ingin membawa orang yang dicintainya ke syurga.
Mustahil ke syurga dengan berlenggang sahaja!
Inilah yang sepatutnya ditekankan kepada masyarakat.
Tetapi yang kita sibukkan apa? Kita sibukkan dengan keindahan-keindahan cinta, keasyikannya, warnanya yang berwarna-warni, perasaannya yang mengapung ke langit.
Kita sepatutnya menyibukkan diri kita, dan orang lain, akan tanggungjawab sebuah rumah tangga ini.
Kita bukan kahwin sehari dua kemudian sudah mahu bercerai. Kita bukan hanya mahu melempiaskan nafsu sahaja. Kita sebagai pengejar syurga, kita adalah luar biasa. Kita lebih daripada itu.
Pada saya, inilah dia cinta. Dia akan menilai rumahtangga sama.
Bukan seronok hanya dengan rasa-rasa di dalam jiwanya semata-mata.

Berusaha untuk berada di tangga pertama 
sebelum melangkah ke tangga ke dua dan seterusnya^.^ 

Jangan hanya membayangkan keindahan pelamin. Tetapi bayangkan juga kebusukan lampin!

Berusaha ke arah mampu!^^
Photobucket

 

Tuesday, April 17, 2012

#Note to Self 4#

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ




“kenapa ALLAH ciptakan kita dan dihantar ke dunia? 
dan kita kena hidup dan diuji di dunia ?

mengapa ALLAH tidak hantar kita terus ke syurga?
kalau lahir-lahir kita terus masuk syurga, 
  maka kita akan terbiasa senang, 
  maka kita tak akan rasa betapa NIKMAT nya syurga itu.
kita tak akan rasa pergantungan dengan ALLAH.
kita tak akan rasa untuk berharap pada ALLAH.




sebab apa?
sebab bila dah masuk syurga senang-senang,
kita akan sentiasa rasa senang,
kita tak akan tahu bersyukur.



sebab itu,
ALLAH hantar kita ke dunia, dan diuji dengan macam-macam perkara,
supaya kita belajar rasa bergantung dan berharap pada ALLAH,
supaya kita belajar rasa bersyukur,
supaya di akhirat kelak,
setelah kita belajar rasa derita dan kesusahan di dunia ini,
kita akan rasa betapa nikmatnya bahagia di sana..”
*AkuIslamDotCom*



Bila ALLAH tidak memberikan kita apa yang kita mahukan, ALLAH SWT sebenarnya sedang memberikan kepada kita apa yang sepatutnya kita dapatkan.~Hilal Asyraf~


  Photobucket

Monday, April 16, 2012

#Note to Self 3#

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


Bersyukurlah kerana hidup berseorangan merupakan persediaan di kala masih lapang, hidup bujang adalah ujian (imtihan). Justeru, perbaikilah diri mantapkan iman, jangan kau jadi pemuda-pemudi kasihan.


Jodoh dengan pasangan impian belum tentu datang. Tapi, jodoh dengan KEMATIAN, KUBUR, AKHIRAT dan TUHAN itu pasti 'kan datang walau tidak diundang!
Tak kira kau setuju atau kau enggan. Itu janji TUHAN.

Tidak perlu fokus pada soal hati, tapi fokuslah pada soal mati. Soal hati belum tentu jadi, tapi soal mati pasti terjadi!

Single itu indah. Single adalah perjuangan. Antara nafsu dan iman.

#SyababMusafirKasih(Rusydee Artz)#  

*Suami soleh^.~*
~Jika tidak 'disini',inshALLAH 'disana' nanti:')~


Terlalu menanti JODOH sampai terlupa AJAL sedang MENUNGGU..ALLAHurrabbi!




  Photobucket

Sunday, April 15, 2012

#Note to Self 2#

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


Kenapa hati muslim kena KUAT?
Kerana muslim ada ALLAH.
Kerana muslim percaya pada ALLAH.
Kerana muslim hanya bergantung harap pada ALLAH.

Dan kerana muslim sentiasa YAKIN pada ALLAH.
Dan, bila hati ada ALLAH,
Yakin, percaya dan bergantung kepada DIA,
PEMILIK dan PENENTU
segala-galanya,
Bagaimana mungkin,
hati muslim begitu rapuh dan lemah?

ALLAH yang MAHA KUAT sedang melatih kamu untuk menjadi KUAT:')





  Photobucket

#Note to Self 1#

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


Dalam kehidupan, jangan kita mudah berputus asa.. InshALLAH ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku.. sentiasalah berfikiran positif kerana ALLAH mendugamu bukan kerna DIA mahu menyusahkan dirimu tetapi DIA ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNYA.. 


"Aku BELAJAR menjadi insan REDHA, dalam mengharungi UJIAN yang TIBA..Aku CUBA jadi BAHAGIA, walau HATI sarat PENUH DUKA.. Kerana aku tahu DIA sentiasa DISISI dengan CINTANYA,bersama UJIAN yg sedang ku RASA,DIA sedang MENGAJAR aku dengan 1001 caraNYA

:')

“Kadangkala, ALLAH memang akan menguji kita hingga kita terasa seperti hendak jatuh ke dalam gaung. Semuanya untuk menguji kepercayaan kita kepadaNYA.Persoalannya adalah kepada kita. Sejauh mana kita mampu bertahan dengan ujianNYA. -Hilal Asyraf(Official)- 


Photobucket
 

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...