Monday, May 21, 2012

Rejab:Sayyidul Istighfar

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


Pesanan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre hafizahullahu ta'aala wa ra'aah , Hari Selasa bermula 1 Rejab, jadi malam ini (Isnin) adalah malam 1 Rejab..Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab..

Jadi, esok malam, perbanyakkan doa mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada ALLAH SWT.. Yang paling bagus sekali Istighfar disebut sebagai "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam..Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar..


اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

(ALLAHumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan)

Maksudnya: “Ya ALLAH ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”. (HR Baihaqi)

Jom puasa sunat esok untuk memperbanyakkan lagi amalan kita!..;
)






Photobucket
 

Tuesday, May 15, 2012

Naqbah Day..

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ







Info:
Warna Coklat adalah warna pakaian yang dikenakan oleh entiti zionis Israel ke atas BANDUAN BERANI MATI.


(*Logo di sebelah kanan ertinya "Shabas" dan ia merupakan singkatan bagi "Perkhidmatan Penjara Israel)



Credit to:DoodleDakwah



Photobucket
 

Sunday, May 13, 2012

Qurratun 'ayun ^__^

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


RABBana hablana min ladunka zurriyyatan toyyibah, innaKA sami'ud du'a.

Adik : Ummi,kalau adik nak pakai macam ummi boleh tak...

Abg : Ummi,abang pun nak pakai macam abi boleh tak....

Ummi : Anak-anak ummi nak pakai macam ni sayang... macam ni pun anak-anak ummi sudah cantik dan hensem...kan abi sudah pesan suruh menutup aurat... ummi sudah tutup semua aurat adik dan abang...

Adik : Tapi kenapa ummi tutup muka ummi,nmpak mata je?

Ummi : Oppssss,maksud sayang purdah ye..?

Abang : Kenapa hari-hari abi pakai serban dan kopiah

ummi,abang nak pakai juga.?

Adik : Iye,adik nak pakai macam ummi...

Ummi : SubhanALLAH,kamu anak-anak yang soleh dan solehah sayang...

Adik : Adik nak jaga abi dan abang,adik sayang abi dan abang.. adik tak nak abi dan abang kene seksa nanti sebab adik tak tutup aurat...

Abang : Abang pun nk jaga ummi dan abi.. abang pun nak lindungi adik jugak...

Ummi : Baiklah sayang,nanti ummi buatkan untuk adik dan abang... Nie mesti abi gembira tengok adik dan abang nnti.. Kita tuggu abi balik dari kerja ye sayang.. adik dan abang bagi "Kejutan " kat abi...

Adik : Baik ummi,adik sayang ummi... Terima Kasih..


Abang pun sayangkan jugakankkk... sayang adik sekali...


Ummi : Ummi pun sayang adik dan abang... Sama-sama sayang...

P/s : Jom ulama' kecil ummi,kita tutup aurat ye sayang dan amalkan juga sunnah-sunnah Nabi dalam kehidupan kita... Semoga inilah 'ulama'-ulama' ummi nnti... Jika benar ini bicara kata si ulama' kecilku kelak,tidak dapat dibayangkan perasaan saat itu. Inilah nikmat syurga yang disegerakan. Sungguh! SubhanALLAHi wa bihamdih^_____^



Seolah-olah terdengar bisikan dari ulama' kecil: Ummi..kalau ummi nak dapat anak yang soleh, ummi kena jadi anak,isteri dan ummi yang solehah dulu..*Oh,masih jauh...:(*


*Errkk..jauhnya berangan'=_=*




 "RABBana hab lana min azwajina wa dhuriyyatina qurrata A'yunin waj'alna lil-muttaqina imama."




'Membumikan' impian:)


Photobucket
 

Saturday, May 5, 2012

Yakinlah dengan Langkahmu!

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ




dan saat ingin melangkah lebih jauh.
saat ingin bergerak kepada hubungan yang lebih pasti dan lebih kukuh,

jangan pernah ragu.

jangan pernah membiarkan kerisauan memaku langkahmu di tanah.
jangan pernah membiarkan keraguan membuat kau terpaku dan membatu.


jangan takut,
“andai aku tak mampu membahagiakan dia”
“andai aku tak mampu memberikan segala-galanya pada dia”

bahagia itu,
bukan kita yang beri.
tapi ALLAH.


dan
rasa bahagia itu,
bukan kerana kita, 

tapi dari ALLAH.

dan kita tak akan mampu memberikan segala-galanya.

yang Memberi itu ALLAH.
kita hanya medium pengantara.

bila masanya tiba,
maka jangan takut.
jangan membiar kerisauan tentang kebahagiaan, kesempurnaan dan masa hadapan,

mengaburkan dan memudarkan hasrat kamu.


bahagia, rezeki, masa hadapan,
itu semua milik ALLAH.

maka, bila sedia dan percaya,

selamat melangkah ke arah itu.


----------------------------------------

dan,
tidak pernah salah,
untuk terus berharap,
bahawa bahagia itu akhirnya akan tiba.
dan tidak pernah salah,
untuk tetap berharap,
bahawa kesudahan yang baik itu pasti akan tiba.
bukankah harapan itu doa?
doa yang tetap subur dalam hati.
dan bukankah harapan itu percaya?
percaya yang mutlak pada ILAHI…
;’)








  Photobucket

Thursday, May 3, 2012

Kalam Tentang Wanita

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ





لو خلقت المرأة طائراً لكانت طاووساً
Jika diciptakan wanita (dalam kelompok) burung,
nescaya jadilah wanita itu burung merak

ولو خُلقت حيواناً لكانت غزالة
Dan jika diciptakan wanita (dalam kelompok) haiwan,
nescaya jadilah wanita itu rusa

ولو خُلقت حشرة لكانت فراشة
Dan jika diciptakan wanita (dalam kelompok) serangga,
nescaya jadilah wanita itu rama-rama

ولكـنـها خُـلـقـت بـشـراً
Namun diciptakannya (wanita) sebagai manusia

فأصبحت حبيبة وزوجة وأماً رائعة ،
Maka jadilah wanita tersebut sebagai seorang kekasih,
isteri, dan ibu yang hebat

وأجمل نعمة للرجل على وجه الأرض
Dan (wanita merupakan) nikmat paling cantik
bagi (semua) lelaki di atas muka bumi

فلو لم تكن المرأة شيء عظيم جداً
Maka seandainya wanita bukanlah merupakan
sesuatu yang sangat agung

لما جعلها اللّه حورية يُكافئ بها المؤمن
 Nescaya ALLAH tidak akan menjadikannya sebagai bidadari
yang dihadiahkan kepada seorang mukmin (di syurga nanti)



Photobucket
 

KLIBF'12 *OSEM*

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

*Update sesaje*

Hak milik sementara. Pemilik selamanya hanyalah ALLAH!

AlhamduliLLAH..
ALLAH masih memberi ruang dan peluang untuk sekali lagi berkunjung ke KLIBF '12..
Walaupun kesakitan pada kaki masih mencengkam disebabkan operasi mem'BERSIH' sabtu lepas^^
Natijahnya, balik dari book fair kesakitan bertambah 2x ganda.. La baks! Asalkan dapat grab buku-buku yang nak beli*semangat datang dari rumah*SyukranliLLAH buat sepupuku yang sudi menemani:D

Ok, buku-buku ini akan menjadi peneman sepanjang study leave ni..


Photobucket