Friday, March 29, 2013

*Monolog 2*

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ 



Tersedar bangun dari tidur dengan satu persoalan dan ketidakpastian dalam hati,

'Sekiranya aku benar-benar inginkannya, namun aku tak dapat jua. Bagaimana?'

Terdapat 'suara' lain dalam hati kemudian kembali memujuk,

'Percayalah,anda mampu lakukannya.'

'Tetapi aku takut. Aku takut.'

'Adakah engkau takut pada ketidakpastian itu?'

Aku 'mengangguk' perlahan dalam hati.

'Adakah engkau takut, bahawa bila engkau berusaha dan berusaha, tetapi akhirnya ALLAH tak berikan apa yang engkau mahukan itu?'

Sekali lagi aku 'mengangguk'.

'Maka ketahuilah, engkau takkan dapatkan apa yang engkau mahukan itu selagimana engkau lebih takutkan ketidakpastian itu dari ALLAH SWT, sehingga engkau sendiri sudah tidak yakin bahwa ALLAH akan kabulkan setiap permintaanmu dan janji ALLAH itu adalah pasti! Perbaiki keyakinanmu padaNYA dan bukan usahamu, dan waktu itu baru kamu boleh tenang dan mendapat apa yang kamu mahukan!'

Tangan terketar-ketar. Air mata kembali menitis. Begitu payah rupanya bermujahadah diri sehingga ke akhirnya. Moga-moga hati ini masih ada kekuatan sebelum tumbangnya diri ini ke arah kegelapan kemurkaanNYA yang amat digeruni.










Photobucket
 

Friday, March 15, 2013

#Note To Self 13#


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜ




Tak terbayang bagaimana kalau ALLAH bagi sahaja semua apa yang kita hendak dan apa sahaja yang kita fikirkan baik.


Mungkin tika ini kita tidak mengecap bahagia seperti ini, memperoleh teman sekeliling seperti ini, mendapat kejayaan seperti hari ini atau merasai indahnya anugerah cinta seperti dirasa saat dan ketika ini.

Di sebalik kesedihan kita tatkala tak dapat masuk sekolah yang kita mahu, tak dapat memiliki hati orang yang kita minat, tak dapat bekerja di posisi yang kita idam-idamkan, rupanya ada kebahagiaan besar yang tersembunyi di sebaliknya, yang mana hanya kita rasai hari ini. Sehingga seketika, kita terlupa terus yang kita pernah menangis, kecewa dan bersedih sebelum ini disebabkan apa yang kita sangka sebagai gagal, malang dan buntu.

Hebat kan percaturan ALLAH? Manusia yang berkomunikasi melalui hatinya, terhadap segala percaturan ALLAH ke atas dirinya, akan mengecapi indahnya sebuah kehidupan sebenar. Tiada sedih, tiada duka dan tiada kecewa, sebaliknya yang ada hanyalah baik sangka terhadap apa-apa yang telah ALLAH tentukan buat dirinya.

" Aku ( ALLAH ) sentiasa di sisi sangkaan hamba-hambaKU. Maka hendaklah kamu sentiasa berbaik sangka terhadapKU " [ hadith qudsi ]









   Photobucket

Friday, March 8, 2013

Hati♥



ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ





Aku sandarkan sekeping hati ini bersama PENCIPTAnya.
Seandainya disakiti, dikhianati, dibenci, dihina dan baik ditinggalkan bersendiri. 



Aku yakin. 



ALLAH akan selalu menjaga,memelihara, menyembuhkan, membimbing dan meyakinkan setiap langkah di jalanNYA, adanya ALLAH selalu bersama! =)


Orang yang paling tersiksa dengan musibah diantara kalian adalah yang paling cinta kepada dunia



  
Photobucket

Tuesday, March 5, 2013

*Monolog 1*


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ





“Ummi, boleh tak kalau nak  ada baby, tapi tak nak kahwin?”
Lalu, ummi tersenyum dan berkata, “kamu bukan Maryam, sayang.”
*macam comel je ayat ni*

Dan saya pun berkata dalam hati,
Eh,boleh la..ambil la anak angkat..:P



Geeerrraaaamm. Pipi budak ni macam mintak digigit-gigit je. 
haish,ni rasa macam nak p cari anak angkat ni..



Photobucket
 

Saturday, March 2, 2013

#Note To Self 12#



ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ



Bayangkan Jika ini buku Amal kita, Bagaimana kita tidak menyesal.. jika semua Warna hitam itu adalah Dosa dosa kita.. Dan Kita tidak mampu mengubahnya sedikitpun. Serta Bersiap-siap untuk Kekal di Neraka.. Astaghfirullah.. 
:'(


  Photobucket