Thursday, May 16, 2013

Sakit Pun Ibadah:")

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


Dalam sebuah hadis, ada diceritakan bahawa Rasulullah saw bertanya kepada sahabat: "Siapakah di kalangan kamu yang suka sihat tanpa sakit? 

Jawab sahabat: "Semua kami." Baginda bertanya lagi: "Adakah kamu suka menjadi seperti keldai liar yang mengganas? Tidakkah kamu suka menjadi orang yang ditimpa bala dan orang yang mendapat penghapusan dosa? Demi diriku di bawah kekuasaan-NYA, sesungguhnya ALLAH pasti menguji orang mukmin dengan bala dan apa yang diuji itu tidak lain melainkan untuk memuliakannya."

Sabda Rasulullah lagi bermaksud: "Sesungguhnya, mengerang orang yang sakit itu umpama tasbih, jeritan dan tidurnya adalah ibadah, nafasnya sedekah dan berbalik-balik ke kiri dan kanan itu adalah memerangi musuh, iaitu sama pahalanya."



***************************

Sakit itu sebahagian nikmat. Ia mengingatkan pada mati. Ia mengingatkan pada nikmat sihat. Lebih dari itu, ia mengingatkan pada ALLAH yang Maha Penyembuh.
Kadang-kadang, sakit sekejap kita boleh kata ‘sabar, ALLAH uji.’ Tapi bila dah berlarutan, berpanjangan, tukar-tukar ubat pun tak menjadi, kita ‘hilang sabar’.
Boleh jadi, ALLAH panjangkan tempoh sakit supaya masa untuk ingat padaNYA lebih lama. Boleh jadi, ALLAH rindu kita meminta dariNYA kesembuhan dari kesakitan. Dalam masa sama, itu silibus ‘merendah diri, bertawakkal’ dari ALLAH.
Ingat kisah Nabi Ayub yang menderita sakit sehingga yang tinggal sihat cuma lidah dan hatinya saja? Ingat jawapan Nabi Ayub bila ditanya mengapa baginda tidak berdoa meminta sihat sedangkan baginda seorang Nabi yang makbul doanya?
Jawab baginda:
“Aku malu untuk berdoa pada ALLAH kerana aku baru ditimpa sakit selama dua tahun sedangkan ALLAH memberi aku sihat selama enam puluh tahun.”
Dan kita sebagai hamba sepatutnya malu juga untuk merungut dan ‘hilang sabar’ sedangkan ALLAH dah beri nikmat sihat sekian lama. Tak terhitung juga nikmat lain yang ada.

La Ba'sa Thohurun InsyaALLAH:)

SABAR,
bererti yakin akan ADILnya ALLAH…
bahawa DIA
tak hanya memberi UJIAN,
tetapi juga memberi KEMAMPUAN bagi kita untuk MENGHADAPINYA




Photobucket
 

Sunday, May 12, 2013

Rindu♥

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ 





Kadang-kadang rasa rindu nak menulis(eh,taip!) dengan jiwa, dengan air mata:')



Nota: Bila entri lama dibelek rasa nak nangis, nak gelak, nak muntah hijau pun ada. Entri geli-geleman(tulang rusuk bagai.wek!) memang meloyakan bila umur dah tua-tua gini. Masuk 'tong sampah' la jawabnya. Memalukan betul!-__-'



Menulis, terapi jiwa:)
        
Photobucket
 

Friday, May 10, 2013

Kahwin??Erk.....

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ 



Perkahwinan bukan pil ajaib yang boleh hilangkan keserabutan hati dan hidup. 

Hidup akan berubah jika kita berubah dari kejahilan kepada cahaya ilmu, dari kekurangan kepada menggilap bermacam kemahiran, dari ikut rasa hati kepada lebih matang iman mengawal emosi.

Bertanyalah berkali-kali kepada diri, apa yang akan ku beri pada rumahtangga yang dibina ini..?

Apakah yang akan saya beri pada pernikahan ini...?

Apakah yang kalian mahu beri pada pasangan dan pernikahan selain halal bersentuhan...?

Adakah yang dibayang sekadar hingga akad nikah dan ciuman pertama di dahi..atau sehingga anak-anak yang menangis menuntut tanggungjawab di sekeliling diri..?




**********************

Dua tahun yang lalu, dia 'putus cinta' hingga sakit yang amat, merana, merasa hilang seri kehidupan. Dia bangun mencari semula kekuatan, kemudian bertemu seorang lelaki yang nekad diterima sebagai suami - merasakan suami itu bukan saja mampu memberi kekuatan kepada dirinya tapi mampu merapatkan hubungannya yang renggang dengan ibubapa sendiri. Dia berkahwin dengan harapan hilanglah kesakitan dan keserabutan yang dialami.

Namun rupanya hati lagi pedih dan merasa kehidupan makin tak tenang - setelah kahwin suami sering outstation, dia sendiri sibuk bekerja, kurang kemesraan suami isteri yang dulu diimpikan, apatah lagi nak balik kampung jumpa mak ayah selalu, duit yang dulu dirasa bukan halangan kini menjadi isu yang merenggangkan perasaan dengan pasangan, tinggal pula bersama keluarga mertua yang dikata sering juga menjadi punca pergaduhan dengan suami.

Kebahagiaan pernikahan yang didamba seolah ilusi yang tak mampu tersentuh.

Langkah terasa berat, hidup terasa hambar - apatah lagi menatap gambar gambar kaku ceria famili pasangan muda yang lain di fb, di skrin komputer. Tika pasangan lain dirasa gembira menanti kelahiran anak pertama, dia merasa hati berpasir duka lara dengan anak yang dikandung.

Ini salah satu kisah pasangan pengantin baru yang satu ketika dulu berjuang untuk bernikah. Tika itu keazaman dan dorongan yang kuat kerana berharap ketenangan hidup yang hadir setelah bernikah.

Setelah aku terima nikahnya....?

Di mana ketenangan...? Di mana kebahagiaan..?



***********************
"...Marriage is not the solution to your own deficiencies, nor will it be the solution to all your life problems. Work to develop your own self without expecting marriage to somehow mystically change your life. Marriage can be a great source of support and encouragement for self-improvement, but if we are not personally working on ourselves now, how can we expect that it will be easier with the additional baggage of another individual who is also imperfect?"





Err..kehilangan fitrah nak kahwin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini..Bila baca entri ni makin mengunung rasa tak mau kahwin..oh,perasaan apakah ini?-__-'

Ya ALLAH,ENGKAU Maha Mengetahui, jika sememangnya aku tidak layak untuk semua ini, maka cukupkanlah aku dengan kecintaan yang mendalam terhadapMU. Tenggelamkanlah aku dalam cintaMU, moga tiada satu pun yang dapat memesongkan cintaku padaMU. 



Photobucket