Amalan Berdoa Awal dan Akhir Tahun |
|
|
|
Written by al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
|
|
Thursday, 18 January 2007 |
|
oleh: al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Semalam,
17 januari 2007, dalam satu kuliah untuk muslimat tentang ma`al hijrah,
seorang muslimat menimbulkan persoalan: amalan-amalan yang sudah biasa
dilakukan oleh orang Melayu sejak beberapa lama tentu ada sandarannya
daripada al-Quran dan Sunnah. Contohnya amalan berhimpun malam nisf
Sya`ban. Persoalan ini beliau timbulkan apabila saya membangkitkan
persoalan amalan baca doa awal dan akhir tahun. Menarik juga soalan dan
hujahan ini.
Ia
menggambarkan cara berfikir masyarakat awam. Mereka meletakkan
keyakinan penuh kepada ahli-ahli agama. Amalan yang telah dilakukan
oleh ahli-ahli agama sejak berzaman tentu ada sandarannya. Ahli-ahli
agama yang dimaksudkan oleh saya di sini ialah para imam di masjid dan
surau dan mereka yang bergelar “asatizah” ; guru-guru agama.
Keyakinan
tinggi mereka kepada perlakuan ahli agama ini memang tepat. Orang yang
jahil tentu bergantung ilmu kepada yang lebih alim. Dalam konteks
masyarakat awam tentu mereka menggantungkan kepercayaan ilmu sepenuhnya
kepada ahli agama yang hampir dengan mereka. Mereka yakin, ahli agama
tentuna merujuk kepada al-Qur’an dan hadith.
Tinggal
lagi persoalan ialah bagi pihak ahli agama itu sendiri. Adakah amalan
yang dilakukan adalah berasaskan ilmu dan pengkajian? Dengan merujuk
kepada al-Qur’an dan hadis? Merujuk kepada tulisan ulama mu`tabar? Atau
berdasarkan ikutan pada perlakuan orang sebelumnya? Ahli agama perlu
sentiasa menambahkan ilmu. Perlakuan mereka mesti berasaskan ilmu.
Maksud ilmu ialah dengan merujuk kepada al-Qur’an, al-Hadith dan
perbahasan tokoh-tokoh ulama.
Persoalan
yang penting di sini; adakah amalan membaca doa awal dan akhir tahun
dilakukan oleh tokoh-tokoh ulama? Adakah ia sememangnya disebut oleh
ulama-ulama besar hatta dalam mazhab Shafi`I? Saya
melihat amalan membaca doa ini hanya dinukilkan dalam buku-buku amalan
yang ditulis dan disebarkan secara meluas di alam Melayu. Buku-buku ini
pula tidak menyebut sumber rujukan amalan tersebut. Apa hadithnya?
Siapakah kalangan ulama silam yang memperakuina? Justeru, masalah
sebenarnya ialah pada penulis-penulis buku-buku amalan ini. Mereka
sebenarnya hanya mencatatkan amalan itu berasaskan amalan yang telah
diterima turun temurun diamalkan di masjid-masjid dan surau-surau.
Bukan berasaskan rujukan kepada tulisan ulama muktabar. Di sinilah
masalahnya.
Hari
ini rujukan para guru agama lebih meluas. Mereka merujuk kepada
tulisan-tulisan ulama-ulama terkenal di zaman silam dan ulama terkenal
kontemporari. Mereka mendapati amalan membaca doa awal dan akhir tahun
ini tidak disebut oleh para ulama terkenal. Amalan ini tidak pernah
berlaku dizaman Rasulullah saw malah pada zaman sahabat. Ia juga tidak
diamalkan oleh tokoh=tokoh ulama. Bagimana ia menyerap masuk dan
diamalkan di alam Melau? Saya tak ada jawapan bagi persoalan ini.
Apa
pun, tinggalkan hakikat ini dulu. Kita berpindah pada hakikat yang
lebih penting, yang boleh menentukan samada amalan yang dibuat itu
tepat atau tidak. Cukup
untuk memahami persoalan ini dengan merujuk sejarah penentuan tahun
Islam. Ia hanya berlaku pada zaman Umar iaitu pada tahun ke 17 hijrah.
Ia dinukilkan oleh Abu Nu`aim dalam karya tarikh beliau. Sebelumnya
umat Islam hanya menggunakan hari dan bulan tanpa tahun. Umar yang
berijtihad mencipta tahun berdaarkan peristiwa hijrah Rasulullah saw.
Justeru ia dikenali sebagai Tahun Hijri. Umar juga ang berijtihad
menentukan Muharram sebagai bulan pertama bagi calendar hijri ini.
Ceritanya
panjang akan saya bicarakan kemudian. Jadi, kalau penentuan tahun
berlaku zaman umar, tentunya penentuan awal tahun juga berlaku zaman
Umar. Jika berlaku zaman Umar, amat mustahil amalan membaca doa awal
tahun dan akhir tahun berlaku zaman nabi. Juga amat mustahil doa itu
dibaca oleh Nabi saw.
Justeru,
jangan sama sekali menyandarkan amalan tersebut kepada nabi saw. Jangan
menyandarkan doa tersebut kepada nabi! Inilah keyakinan yang salah! Begitu
juga dengan amalan membca Yasin dan diniatkan tiga perkara; panjang
umur, murah rezki dan mati dalam iman. Tak ada satu nas daripada ulama
yang menggesa umat melakukan amalan ini. Apatah lagi sumber Islam iaitu
al-Qur’an dan Sunnah.
Amalan
berdoa awal tahun dan akhir tahun serta membaca Yasin dengan tiga niat
tadi tidak pernah dilakukan oleh para sahabat. Bahkan juga para ulama
yang mu`tabar. Justeru, kenapa begitu bersemangat untuk melakukan
amalan yang tidak dilakukan oleh generasi awal Islam dan tokoh ulama
Islam? Baginda bersabda:
مَنْ أَحْدَثَ فِيْنَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
Maksudnya: “sesiapa yang mengada-adakan di kalangan kami sesuatu yang bukan daripadanya (agama) maka ia tertolak”. Namun,
untuk berhimpun di awal tahun, bagi saya tidak ada kesalahannya.
Sememangnya kita sepatutnya berhimpun setiap malam di rumah-rumah
Allah. Tapi jadikan malam itu sebagai malam ilmu dengan disampaikan
kuliah tentang Islam dan sejarah hijrah Rasulillah saw. Alangkah
baiknya.
Tapi,
macamana kalau mereka nak lakukan juga? Kata Imam Ahmad; jelaskan
kepada umat apa itu sunnah, dan jangan bertekak bertegang leher! Jadi,
sampaikan kepada mereka apa yang benar. Jika mereka berdegil,
biarkan….mudah-mudahan di kesempatan lain boleh kita betulkan. Jangan
pula lari meninggalkan masjid. Jangan jadikan dia sebagai medan
perpecahan ummat. Perlakuan membaca Yasin bukannya haram. Tapi
keyakinan mereka yang mesti diperbetulkan.
|
Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..