Showing posts with label Masak-masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts

Saturday, November 3, 2012

Main Masak-Masak Lagi!^__^

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


Resepi Blueberry Cheesecake




Bahan-bahan 

500gm cream cheese
3/4 cawan gula kastor
4 biji telur
200ml whip cream (guna separuh-100ml, separuh lagi unuk hiasan kek)
1st esen vanila

Untuk Base:

15-17 keping biskut marie-mesin hingga halus
75gm mentega dicairkan
250gm blueberry pie filling (biasanya dalam mangkuk taufufa tu)

Cara-cara

#Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.

Untuk Based.

#Gaulkan biskut marie yg telah dikisar td bersama mentega cair sehingga menjadi adunan yg boleh dikepal. Jangan terlalu kering nanti berderai. Jangan terlalu basah nanti tak boleh potong. Tekankan ke dalam loyang.
#Selepas diratakan, simpan di lam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Untuk kek

#Putar krim cheese bersama gula kastor sehingga kembang. Masukkan esen vanila. Putar lagi.
#Masukkan telur sebijik demi sebijik. Putar. MAsukkan whip krim. Putar lagi.
#Apabila semuanya sudah sebati blh dituang ke dalam loyang.  
#Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 40 - 45 minit.
#Dah sejuk baru hiaskan dengan whip cream yang dipukul kembang disekelilingnya. Hiaskan bersama-sama blueberry filling di atasnya. Atau blh hiasakn ikut citarasa anda. Sejukkan semalaman. 

Note** Cheesecake perlu dihidang sejuk. Jgn potong masa masih panas kerana ianya akan mengecewakan anda. Selamat mecuba .. (^_^)

Credit to--->Myresepi




Inilah hasilnya^____^


==============

Kalau balik rumah je mesti rasa nak buat kek=.='





~minggu lepas dah buat, baru ni nak update~
Photobucket
 

Wednesday, August 15, 2012

Main Masak-masak:)


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


Resepi Pavlova

Mari kita mulakan dengan bahan-bahan:
~ 4 biji putih telur ayam*BUKAN yang di simpan dlm peti ais tau*
~ Secawan gula kastor
~ 2 sudu besar tepung jagung
~ 1/2 sudu teh cuka makan
~ 1/2 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan Topping :
~Secawan @ 250 ml whipping cream*pastikan Non Dairy*
~Buah-buahan*buah kiwi,anggur etc*

p/s: sila jangan derhaka dengan resepi yang diberi. Nanti tak jadi. haa~

Cara-cara membuatnya :
~Mulakan dengan bismiLLAH dan selawat*InshALLAH, nanti ALLAH sedapkan* 
~Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dengan kadar kepanasan 140 darjah celsius*guna api bawah je*
~Pastu bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius*saya guna suhu 110 darjah celsius*
~ Mula-mula, asingkan dulu putih telor dengan kuning telur.. kita ambik yang putih telur je tau.. kuning telur dengan kulit telor kita takmo..
~ Kemudian, putar putih telur pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telur tu gebu (soft peaks)*putar guna button paling max terus tau, takyah nak bermula dgn kelajuan rendah pun*
[note:kalau nak tau jadi ke tak soft peaks, cuba telangkupkan mangkuk. kalau putih telur tu tak jatuh maka jadilah tu]
~ Langkah seterusnya, dengan kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula kastor sikit demi sedikit *Jangan berenti putar tau, sambil masukkan gula sambil putar*
~ Putar sampai kental.. dalam keadaan mixer masih berputar, masukkan 2 sudu besar tepung jagung tadi ke dalam adunan tersebut*putar dalam 3 minit gitu*
[p/s:sambil putar tu ringan-ringankan lidah berzikir:)]
~Bila dah sebati, stopkan mixer.. kali ni kita dah tak payah pakai mixer dah.. kita gunakan spatula pulak
~ Langkah seterusnya lagi, dengan menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila tadi.
~ Seterusnya.. sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn baking paper.. dan tuang adunan td ke atas baking paper
~ Pastu apa lagi.. masukkan la dlm oven.. letak kat rak tengah-tengah tau.. suhu antara 120 - 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam.. 
[note:Proses pembakaran bergantung jugak pada jenis oven.. lain oven lain cara menggunakannya.. so pandai-pandai la nak agak pavlova tu dah masak ke belum. Nak tau pavlova tu dah masak, kulitnya garing di luar dan lembut di dalam. maksudnya bila kita tekan-tekan permukaan pavlova tu, kita akan rasa lembut-lembut sket..] 
AMARAN: 
*Semasa proses pembakaran, jgn nak mengade-gade bukak tutup oven..
*Bila dah cukup 1 jam, sila JANGAN keluarkan pavlova tu dari oven.. biar jap beliau sejuk dalam oven tu dengan keadaan pintu oven sedikit renggang..

Untuk topping:
~ Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental.. 
~Kemudian letak whipping cream yang siap diputar di atas pavlova tadi.
~Akhir sekali, hias dengan buah-buahan tadi mengikut kreativiti:D
~Untuk lebih sedap, letak dalam peti ais dulu baru makan.


Boleh hias macam ni

macam ni jugak

dan macam ni

===============

Dan yang ini yang hasil dari saya:)AlhamduliLLAH. ALLAH sedapkan!






Photobucket
 

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...