Monday, January 31, 2011

Istimewa: Khas untuk yang demam




Demam. Kesian. Tambah kalau demam panas, plus pening-pening kepala. Badan pun jadi lemah, rasa tak kuat dan tak bertenaga.
Oh ya, sebelum apa-apa, saya dah sihat alhamdulillah. Cuma mungkin saya tetap pening-pening kepala sedikit kerana saya press diri saya overclock kerana overwork. Tapi itu biasalah untuk saya. Orang ingat saya tanya fasal demam di Facebook sebab saya masih demam.
Sebenarnya, saya tanya fasal demam, untuk cari apa penawar demam secara tradisionalnya.
Sebab ada orang tak sihat-sihat demamnya.
Maka ini istimewa untuk yang demam.
Kalau dia tak larat bangun, maka yang sihat di sisinya, sila tolong bacakan untuk dia ya. 

Sakit: Satu hadiah.

Sakit satu hadiah. Percaya?
Saya percaya. Kadangkala, bibir kita lama tidak menyebut nama ALLAH SWT. Tetapi semasa sakit, nama itu akan kita sebut. Kadangkala bukan sekali, tetapi berkali-kali. Kan?
Sakit, adalah hadiah daripada ALLAH agar kita kembali hampir kepadaNYA.
Kita sebagai manusia biasa, memang memerlukan sedikit ‘ujian’ untuk kita kembali kepada Yang Mampu Menyelesaikan Segala Ujian. Tidak begitu?

“Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada ALLAH dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata…”Surah Luqman ayat 32.

“Dan jika ALLAH mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan DIA sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”Surah Al-An’am ayat 17.
Tetapi tidak ramai yang memerhati.

Demam: Cara melegakannya.

Ah, demam. Macam mana hendak melegakan demam?
Pilihan pertama saya adalah: Bangun dari katil, dan berusaha keluarkan peluh. Lawan. Cergaskan tubuh. Banyak minum air masak. Saya buat yang ini, tak pernah fail. :-)
Pilihan kedua(cadangan orang): Minum teh limau dengan madu. Nak lebih mujarab, tambah halia.
Pilihan ketiga(cadangan orang): Minum sup panas dan makan bubur ayam panas.
Pilihan keempat(cadangan orang): Blend timun buat jus, kemudian minum. Menyejukkan dalaman tubuh. 
Pilihan kelima(Cadangan orang): Minum air kelapa.
Pilihan keenam(cadangan bakal doktor): Minum jus oren. banyakkan liquid dan vitamin C.
Pilihan ketujuh(Cadangan orang): 100Plus tambah dengan Panadol ActivFast.
Pilihan kelapan(Cadangan orang): Makan kurma dan selawat.
Pilihan kesembilan(Cadangan orang): Minum barli plus apricot.
Pilihan kesepuluh(kesimpulan cadangan-cadangan yang ada): Makan je semua di atas ini. 
Pilihan kesebelas(cadangan umum): Pergi jumpa doktor, check, ambil ubat.
Ha… susah-susah saya buat survey di facebook.
Inilah dia semua cadangannya.
Moga ada yang membantu.

Ada orang di dalam dunia ini, yang saya sakit apabila mereka sakit.

Ada beberapa manusia di dalam dunia ini, yang saya akan sakit apabila mereka sakit.
Jadi, saya harap, untuk orang-orang yang dimaksudkan ini, jagalah kesihatan.
Saya cukup sihat apabila kalian sihat. Walaupun mungkin ketika itu saya kesakitan.

Jadi, jaga diri, jaga kesihatan ya. Walaupun saya tahu mungkin orang-orang ini tak peduli pun saya sihat ke saya sakit. Tapi saya peduli. Kalau saya sakit, kalau saya tak sihat, kalau saya risau sangat, saya susah nak buat banyak kerja. Jadi, orang-orang yang saya sayang kena sihat-sihat sentiasa. 

Atamanna laki, an tata’afiina qariiban, ya qurratu ‘aini.

Kepada semua, jaga kesihatan.

Kita sebagai hamba ALLAH, banyak kerja.
Kalau sakit, kita tak boleh nak buat banyak kerja, dan kualiti kerja kita jadi berkurangan.
Kita tidak mahu demikian bukan?

Semoga ALLAH redha dengan kita semua.

copied from:Langit Ilahi


Nota hati 1: Apapun ujian yang datang itu petanda kita masih dalam perhatiannya. Ujian menempa keimanan. Makanya jangan sesekali mengeluh. Tapi biasakan lidah menyebut ALHAMDULILLAH setiap ujian dan cubaan yang datang. ALLAHkan ada=) 
Nota hati 2: Apapun ubat yang ditelan amalkan membaca bismillah diikuti dengan waiza maridtu fahu yashfin(apabila aku sakit DIAlah yang menyembuhkanku (26:80)) Selamat beramal^__^









Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..


glitter-graphics.com

Saturday, January 29, 2011

Merungkai Cinta Ilahi

1.Tawadhu'

Sifat tawadhu' kata Ustaz Hj Hambali bukanlah di amal dan di bawa dalam peribadi kita sampai kita di hina oleh masyarakat.Namun begitu sifat tawadhu' itu perlulah di amal dan di bawa ke mana mana bukan memilih keadaan/tempat.Contohnya,bila kita berjumpa dengan golongan yang tertentu kita membawa sifat tawadhu' tetapi bila kita berjumpa dengan 1 golongan yang lain kita letakkan di tepi sifat tawadhu' itu atas sebab tertentu.Ini satu konsep yang salah dalam pada kita meletakkan diri untuk beramal.
Rasmi padi,semakin berisi semakin tunduk ke bumi.

Nota :
Tawadhu’ adalah sifat yang dituntut oleh Islam. Tawadhu' yang diertikan oleh Imam Hassan Al-Basri ialah seseorang itu tidak melihat dirinya lebih daripada orang lain. Tawadhu' lawannya takabbur, sombong dan riak. Tawadhu' ini sentiasa akan membuatkan diri seseorang itu menerima kebenaran tanpa ada sebarang takabbur. Di antara ciri-ciri tawadhu' ialah kita menerima kebenaran daripada sesiapa pun samada orang miskin, kaya, tua atau muda.

Jika dilihat atau diamati makna yang selalu kita faham bila di sebut tawadhu',ia kerap dikaitkan dengan sifat rendah diri.Merendah diri itu sendiri bukanlah membawa maksud kita ini merasa merendah diri sehingga menjadikan diri kita terhina dan dipinggirkan di tengah-tengah masyarakat. Maksud Tawadhu' di sini adalah mengambil jalan tengah yakni sederhana di antara dua perkara yang membinasakan. Iaitu antara terlalu melebih-lebihkan dirinya yang mengakibatkan sombong dan merasa rendah diri yang membawa kesan ke arah kekurangan dan kehinaan diri.

Tawadhu' juga boleh diertikan dengan meletakkan sesuatu pada tempat yang selayaknya dan memberikan sebarang hak kepada orang yang sememangnya berhak menerimanya.

2.Harga sebuah pengorbanan.
Dalam beragama,bukan bilangan/jumlah menjadi ukuran.

Di kisahkan oleh Ustaz Hj Hambali,di mana ketika ramai ummat Islam membuat persediaan menuju ke medan perang di zaman Rasulullah,ada seorang sahabat tidak mempunyai apa apa untuk di infaqkan bagi menjadi bekal tentera muslimin.Lalu sahabat tadi telah bekerja di sebuah ladang yahudi dengan mengambil upah menyiram tanaman di kebun tersebut.Dengan tangannya yang kudung,sahabat tadi berusaha juga untuk mengambil air dari telaga yang ada.Air yang dapat di cedok terus sahaja di siram pada tumbuh tumbuhan di kebun berkenaan.Setelah selesai kerjanya,sahabat Nabi tadi pun mendapat upah segenggam kurma.Segenggam kurma tadi di bawa kehadapan RasuluLlah SAW untuk di infaqkan ke jalan Allah.Walaupun hanya segenggam kurma,RasuluLlah SAW telah menerima infaq sahabat tadi lalu RasuluLlah SAW meletakkan kurma tadi paling atas dari sekalian harta infaq yang lain atas maksud besarnya nilai pengorbanan sahabat Nabi tadi walaupun dengan keadaan peribadinya yang serba kekurangan.

3.Di sebalik tabir miskin dunia.

Sekali ketika ustaz Hj Hambali berada di India,apa yang ustaz ceritakan adalah rumah kebanyakan penduduk India di sana menampal tinja lembu (najis lembu) pada dinding dapur.Ini bertujuan untuk mengeringkan tinja lembu tadi.Apabila tinja tadi kering,ia di jadikan bahan api untuk memasak.Semua sedia maklum,kebanyakkan tempat di India adalah tanah datar tanpa sebarang tumbuhan.Jadi amat sukar untuk mencari kayu api untuk di jadikan bahan bakar.Sebagai gantinya tinja lembu tadi di guna pakai.Malah ada kedai runcit yang menjual tinja lembu tadi kepada orang ramai sebagai maksud yang sama.Mungkin kita di Malaysia pergi ke kedai kerana kehabisan gas untuk memasak namun jika di India mereka ke kedai kerana 'gas' asli mereka telah kehabisan stok.Sama keadaan tetapi berbeza suasana.
Manafaat/mudharat pada setiap kejadian makhluk
adalah di bawah kuasa ALlah SWT.

Masjid mereka juga dalam keadaan yang amat sederhana.Beratapkan daun yang di anyam dan berlantaikan tanah sahaja.Namun penduduk di sana walau dalam keadaan serba kekurangan dan kedhaifan tapi mereka sentiasa taat pada perintah Allah SWT.

Sesungguhnya kata ustaz,apabila kita melihat orang miskin/dhaif,secara semulajadi hati kita akan berasa simpati terhadap mereka dan terbit rasa syukur dalam diri kita.

Contohnya,

Apabila kita menunggang motosikal,kita kadangkala tidak bersyukur dengan apa yang ada pada kita apabila kita melihat di sisi kita sebuah kereta mewah yang menjalar menyelusuri jalan yang sama.Namun apabila kita berselisih dengan seorang tua yang hanya berbasikal tua,nak tak nak hati kita akan timbul rasi simpati dan kasihan belas kepada orang tua tadi.Secara tidak langsung akan timbul rasa syukur dalam hidup kita.

Kata ustaz lagi,itu hanya baru melihat keadaan orang yang miskin.Bagaimana agaknya kalau kita bergaul dan berdamping dengan mereka.Tentu lebih banyak hikmah dan pengajaran yang kita dapat ambil.Sebab itulah ustaz berpesan,sunat kita bergaul dengan orang miskin sebagai usaha dan cara untuk kita sentiasa bersyukur dengan keadaan kita sekarang.

4.Ikhlas.

Dialog 1.
A : Sedap betul suara ko azan tadi.
B : Alhamdulillah :)

Dialog 2.
A : Ada orang kata azan ko tadi macam @$!#!!!
B : Apa?????

Renung situasi di atas.Ustaz Hj Hambali mengingatkan hadirin yang mendengar kuliahnya bahawa,orang yang ikhlas dalam beramal,akan sama sahaja perasaan mereka samada di puji mahupun di caci.Ini kerana mereka beramal betul betul kerana Allah SWT.

5.Sangka buruk.

Ustaz Hj Hambali mengingatkan lagi,untuk mengelakkan dari orang bersangka buruk terhadap kita,kita hendaklah dengan sedaya upaya mengunci diri kita dari melakukan apa jua perbuatan/amalan yang boleh menyebabkan orang boleh bersangka buruk terhadap kita.Sepertimana kita menjaga segala macam harta kita dari di curi orang,dengan menyimpan harta berkenaan di tempat yang selamat,begitulah juga dengan amalan dan tingkah laku kita.

6.Ilmu dan kefahaman.

Ustaz menegaskan di mana,dalam kita menuntut ilmu ada 2 golongan yang akan terhasil.Golongan pertama adalah orang yang hanya mendapat ilmu sahaja manakala golongan kedua adalah orang yang mendapat ilmu dan mendapat kefahaman dari ilmu berkenaan.Ilmu itu kata ustaz satu perkara dan kefahaman tentang ilmu itu adalah satu perkara yang lain.

Wallahua’alam.

Semoga perkongsian dapat memberi manafaat kepada pembaca dan dapat memberi peringatan kepada diri ku sendiri.



Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..


Monday, January 24, 2011

Cara Kenal Keaiban Diri





Biasa saja kita mengungkapkan keaiban orang lain sama ada sengaja atau tidak. Namun adakalanya kita perlu menyelak tabir diri, mencari berapa banyak keaiban yang ada pada diri. Jadi mari kita kenal keaiban itu dengan beberapa cara.


1. Hampirkan diri pada guru atau orang berlimu yang dapat menyingkapkan sifat-sIfat buruk yang bersarang dalam diri manusia. Guru akan memberitahu keaiban diri seseorang dan cara-cara mengubatinya.


2. Hendaklah mencari rakan karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lebih pengetahuan agamanya. Teman sebegini akan memerhatikan tingkah laku temannya dan jika terdapat perbuatan yang tidak elok, dia segera mengingatinya.


3. Hendaklah berlapang dada apabila menerima teguran atau nasihat orang lain yang bersangkutan dengan perlakuan atau sifat aib yang terdapat dalam diri seseorang.


4. Hendaklah sentiasa bergaul dengan orang ramai. Lantaran sebarang perkara tercela yang dilihat pada orang lain akan menimbulkan pertanyaan kepada dirinya-adakah perkara tersebut ada pada diri aku? Kerana setiap mukmin adalah cermin kepada mukmin yang lain.


5. Sebelum melelapkan mata di malam hari, muhasabahlah diri berapa banyak kebaikan dan keburukan di buat. Timbangkan yang mana lebih banyak dibuat.


Sesungguhnya tabiat dan sifat manusia di ala mini sama sahaja dalam menurut hawa nafsu, setiap sifat yang ada pada orang lain, tidak mustahil terdapat pada diri sendiri. Malah mungkin dahsyat daripada itu. Sebaik-baiknya telitilah diri sendiri dan bersihkan diri daripada mencela orang lain. Ingatlah, tiada cara yang lebih utama untuk mendidik diri selain mengenal keaiban diri terlebih dahulu. Wallahua’lam.






Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

Saturday, January 15, 2011

Wahai Daie Jangan Merajuk


 Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah pena masih dapat ditarikan setelah sekian lama terhenti. Sekian lama membiarkan lembaran maya ini tanpa contengan. Rasa rindu untuk terus membiarkan jemari ini menari mengikut irama hati. Biarlah tak mampu difahami oleh semua hambaNYA asalkan ALLAH memahami, ALLAH mengetahui setiap bait bicara sepi ini. Moga ALLAH menuntun setiap langkah jari jemari ini=) 

Entri pertama untuk 2011. Agak ketinggalan daripada sahabat-sahabat lain yang sangat bersemangat untuk mengupdate blog. Tahniah! Ana tak  sesemangat antum untuk menulis. Hampir sahaja berniat menutup terus blog ini kepada umum lantaran serangan yang datang daripada segenap penjuru. Jemari bagai longlai untuk mencipta langkah. Makanya ana mengambil keputusan untuk menutup blog ini buat sementara untuk kembali merenung ke dalam diri. Menelan satu persatu setiap tuduhan biarpun pahit. ALLAH yang mendatangkan ujian punya cara tersendiri untuk memujuk hati ini^_^

Belajar untuk senyum disaat hati sedang menagis. Pandang pokok,  senyum pada pokok. Pandang awan, senyum pada awan(alhamdulillah ana pakai 'topeng' tak la nampak macam orang gila bila senyum kat pokok dan awan=p)Hakikatnya tak sukar untuk berlagak kuat dihadapan makhluk-makhlukNYA. Tapi amat sukar sekali untuk berlagak kuat di hadapan AL-KHALIQ yang mengetahui setiap inci kelemahan diri ini. ALLAHurabbi. Kita kelihatan hebat dimata manusia bukan kerana pangkat, rupa dan segala-galanya yang kita miliki tapi kerana ALLAH masih sudi menutup aib-aib kita. Jika ALLAH menyingkap aib kita nescaya seluruh manusia berasa jijik untuk memandang. Sedarlah!

Langkah terhenti seketika. Bila ana mengambil keputusan untuk menutup blog ini buat sementara ada sahabat-sahabat yang berkecil hati kerana tak diinvite untuk menjadi reader. Maaf. Sebenarnya ana tak invite sesiapa pun. Hanya dibuka kepada author=)Dunia blogger ini tak setenang yang disangka. Sering berhadapan dengan kritikan yang seakan membunuh semangat diri ini yang masih merangkak untuk menulis. ALLAH, bagai ingin dihentikan sahaja langkah ini. Tak mampu dan sudah letih:'(Sekali lagi menyelongkar laman sesawang Hilal Asyraf. Kembali membaca tulisan beliau yang pernah memujuk hati ini untuk terus menulis, menulis dan menulis (Blogger=Daie)Ya, blogger boleh disamakan sebagai daie. Seorang daie tak boleh sama sekali merasa letih dengan tugas menyeru dan membaiki diri. 

Janganlah kita anggap blog kita sebagai ’satu tempat mengajar orang lain’, tetapi lihatlah blog kita sebagai ’satu medan memperbaiki diri, dan mengajak orang lain ke arah yang sama’(credit to Hilal Asyraf)
 
 Ingat kembali perjalanan dakwah Rasulullah SAW. Ujian yang baginda hadapi semasa berdakwah. Dicaci, dilempar dengan batu, dituduh sebagai gila, dituduh sebagai ahli sihir. Tapi  baginda tak pernah penat untuk menyeru. Qudwah yang ditunjukkan baginda seharusnya dijadikan ikutan buat seorang daie hari ini. Jangan sesekali berniat untuk lari dari taklifat ini. Ingat, barangsiapa yang mengucapkan ' tiada Tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH' maka dia adalah seorang daie. Ujian adalah tapisan iman. Mehnah dan tribulasi dalam berdakwah tidak dapat tidak akan ditempuhi oleh seorang yang mengelarkan dirinya sebagai daie. Bagai sudah menjadi adat. Tidaklah kamu dianggap sebagai daie kalau tidak melalui jalan-jalan berliku disepanjang tugas menyeru. Perjalanan dakwah ini panjang dan meletihkan. Orang yang memegang tali perjuangan ini bagai mengenggam bara api. Andai terus digenggam hancur luluh jiwanya. Namun andai dilepaskan maka hancurlah dunia. Jangan takut untuk berjuang kerana hidup ini untuk berjuang dan mati untuk kehidupan yang hakiki.

Ya QAWI, teguhkan kakiku untuk terus berada di jalan dakwah ini.


Singkap kembali kisah Nabi Yunus yang kecewa dengan kaumnya, lantas baginda meninggalkan kaumnya. ALLAH kemudiannya mencampakkan Nabi Yunus dari kapal yang dinaikinya ke dalam perut ikan nun. Semasa berada dalam perut ikan nun baginda lantas tersedar akan kesilapan yang dilakukan. Baginda pantas menyesali dirinya dengan sebenar-benar penyesalan. Kisah Nabi Yunus ini telah dirakamkan dalam al-Quran surah Anbiya' ayat 87:

Dan (ingatlah kisah) Zunnun (Yunus) ketika dia pergi dalam keadaan marah, lalu dia menyangka Kami tidak menyulitkannya, maka dia berdoa dalam keadaan yang sangat gelap"Tiada Tuhan selain ENGKAU, maha suci ENGKAU. Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim"

Tidakkah kamu melihat teguran langsung daripada ALLAH bilamana Nabi Yunus merajuk dengan kaumnya lantaran seruannya tidak diendahkan. Ambillah ibrah daripada kisah ini. Apa yang kamu lakukan ini adalah kesinambungan daripada tugas-tugas yang pernah dilakukan oleh utusan ALLAH. Hakikatnya kamu bukanlah pemula tapi kamu hanyalah penyambung rantai mata-mata perjuangan anbiya'. Wahai daie, bukan kesenangan hidup yang kamu kejar. Bukan kerehatan badan yang diharapkan.Tapi kesukaran, kesulitan dan kepahitan yang perlu dilalui. Dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir. Makanya, Islam tak tertegak dengan jalan yang bertaburan dengan bunga tapi ianya disirami dengan air mata dan juga darah. Persiapkan dirimu untuk menghadapi dugaan sebagai daie. Jangan lagi berkecil hati andai seruanmu tidak didengari! Jadikan doa Nabi Yunus ini sebagai pembasah bibir disaat menghadapi tekanan dan dugaan.

Lailahilla anta subhanaka inni kuntum mina zalimin 


Hakikatnya ujian itu adalah didikan ALLAH yang paling sempurna kepada hambaNYA. DIA mendatangkan kesusahan bukan bererti MENJATUHKAN. DIA datangkan kesenangan bukan untuk MENINGGIKAN. Namun keduanya untuk menguji tahap keimanan dan meningkatkan ketaqwaan iaitu sebagai pembeza darjat antara hamba disisiNYA.

Jemari mula menari,
Ummu Rumaysa
Baiti jannati
15012011
5.00am


Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

Wednesday, January 5, 2011

Saya Sudah Letih:'(





Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...