Tuesday, May 24, 2011

Kull: 'La Adri!'

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

* katakanlah: ‘saya tidak tahu!’*

Lama sudah rasanya ingin menulis entri ini. Memandangkan idea sering terbantut disaat jemari mula merapati papan kekunci. Dilupakan seketika. Memberi laluan kepada entri-entri lain.  Mencari semula kekuatan itu setelah satu perkara yang terjadi pada diri. Rasanya sangat penting untuk disuarakan di sini. walaupun ana bukanlah insan yang selayaknya untuk menulis tentang ini. Moga ALLAH redha.

Pernah terjadi satu peristiwa dalam  sebuah group di facebook yang dibina bertujuan untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan agama. Ana salah seorang member untuk group tersebut. Al-kisahnya, satu hari seorang ukhti bertanya soalan tentang wudhuk. Adakah sah wudhuk bagi wanita yang ma’zurah(dalam keadaan haid). Bermacam-macam pendapat yang dikemukan sehingga ana sendiri geli hati membacanya. Sikap beberapa group members yang cuba menjadi ‘ustaz/ustazah dunia’ amat-amat mengundang kekesalan dihati. Kalau tidak tahu lebih baik diam daripada mengeluarkan ‘fatwa’ yang jauh menyimpang dari syara’. Fikirkanlah kesannya jika ‘fatwa’ yang dikeluarkan ‘diwala’ orang yang bertanya dan lebih bahaya jika disampaikan pula kepada yang lain. Oleh kerana tidak  mahu melihat ‘orang yang hanya alim dilidah tapi jahil dihati’ terus mengemukankan fatwa-fatwa yang sesat ana lantas menyampuk,

Lau samahti. Sebenarnya tak sah(batal) wudhuk wanita yang ma’zurah. Cuba check semula perkara yang membatalkan wudhuk. Antaranya ialah keluar sesuatu daripada qubul dan dubur. wALLAHu’alam.

Salah seorang yang pemberi fatwa menyerang pendapat ana. Masih cuba menegakkan benang yang basah nampaknya. Kemudian dia mengeluarkan satu statement yang membuatkan ana gelak sampai terguling-guling.  

Darah haid bukan keluar dari qubul ataupun dubur.

La haulawala quwataillah billah. Tepuk dahi. Mahu sahaja ana bertanya status jantinanya memandangkan dia seorang wanita mustahil dia tidak mengetahui hal ini.

Ana kembali menyoal, habis tu keluar dari mana?. Di buang seketika perasaan malu. La haya’  fiddin!

Dia hanya membalas dengan smiley. Mungin malu untuk ditaip.

Ana bertanya lagi, enti sebenarnya faham ke tak maksud qubul dan dubur tu?

Tediam. Tiada lagi balasan. Mungkin dia sudah menyedari kesilapannya.

Alhamdulillah, akhirnya seorang ustaz yang sedang menuntut di Syria  menjawab persoalan tadi seperti yang ana kemukakan tadi. Tapi jawapan ustaz semestinya lebih detail daripada ana. Ustaz menjawab dengan dalil dan diterangkan sekali qawaid al-fiqh. Ustaz tersebut sempat meninggalkan pesan kepada group members yang lain supaya jangan sesekali memberi fatwa kepada sesuatu yang kita tidak punya pengetahuan tentangnya. Jangan menggunakan perkataan ‘kot’ semasa memberi jawapan kepada sebarang permasalahan agama tapi katakanlah, ana la adri!

Intabihu Jayiddan!    

Wudhuk seseorang akan terbatal apabila keluar sesuatu dari qubul dan duburnya yang jelas keluarnya seperti terkeluar ain najisnya atau angin sekalipun angin yang keluar itu adalah pada zakar atau faraj wanita(al-Nawawi,1980:42). Bukan  hanya angin, tahi ataupun air kencing yang membatalkan wudhuk tetapi darah, mazi, wadi, dan apa-apa sahaja yang keluar daripada dua jalan ini akan terbatal wudhuknya secara automatic hatta kayu, ulat, cacing(termasuk juga cacing yang mengeluarkan kepalanya daripada kedua-duanya dan kemudian masuk kembali). Namun, hanya air mani diri sendiri yang keluar pada permulaan sahaja yang tidak membatalkan wudhuk kerana dia diwajibkan mandi yang dianggap lebih besar kewajipannya daripada wudhuk. wALLAHu’alam. Kalau nak bincang secara detail perlu buat entri lain:)
Jangan malu untuk berkata, ‘la adri’

Kerap kali berlaku dimana apa bila ada yang bertanya tentang masalah agama kita akan menjawab dengan jawapan yang entah apa-apa langsung diketepikan disiplin ilmu. Bimbang dilabel ‘bodoh’ sedangkan kita mempunyai degree, master mahupun phD dalam bidang agama. Sampai saat ini ada juga yang masih mengira, jika seseorang tidak tahu, lalu ia terus terang mengatakan “saya tidak tahu“, maka sederet stigma negatif akan menempel kepadanya, seperti kurang pengetahuan, bodoh dan lain-lain. Padahal tidak demikian, beberapa ulama seperti Al Mawardi dan Al Munawi menjelaskan,  antara sifat orang alim, jika dia tidak tahu maka ia terus terang. Sebaliknya sifat orang bodoh, jika ia takut mengatakan kalau dirinya tidak tahu. Jangan malu untuk mengatakan ‘la adri’ kerana kita sememangnya makhluk ALLAH tidak punyai pengetahuan. Kalau pun ada semuanya pinjaman sementara daripada ALLAH Yang ‘ALIM. Justeru, kita perlu lebih meneliti pandangan ALLAH daripada pandangan manusia. Takutlah kepada ALLAH itu perlu ada sebelum mengeluarkan pendapat/jawapan kepada sesuatu masalah. Hanya mahu gah dihadapan manusia sebaliknya dipandang ALLAH adalah hina! . Hidup ini adalah sebuah perjalanan dimana sepanjang perjalanan ini kita mengemis redhaNYA bukan murkaNYA!

Para ulama terdahulu tidak pernah malu berterus terang jika mereka benar-benar tidak tahu. Karena mereka tahu, bahwa kesan berfatwa tidak didasari ilmu adalah berat. Sifat  mereka yang hati-hati inilah yang  menunjukkan bahawa mereka adalah orang-orang yang berilmu. Banyak yang bisa kita tiru dari sifat-sifat baik mereka.

Al Khatib Al Baghdadi mengisahkan bahwa Imam Malik ditanya 48 masalah, hanya dua yang dijawab, dan 30 masalah lainnya dijawab dengan, “la adri“ (saya tidak tahu) (Al Faqih wa Al Mutafaqqih, 2/170).


Kejadian ini tidak hanya sekali. Dirwayatkan juga oleh Ibnu Mahdi bahwa seorang lelaki bertanya kepada Imam Malik, akan tetapi tidak satupun dijawab oleh beliau hingga lelaki itu mengatakan:“Aku telah melakukan perjalanan selama 6 bulan, diutus oleh penduduk bertanya kepadamu, apa yang hendak aku katakan kepada mereka?“ Imam Malik menjawab, “katakan bahwa Malik tidak bisa menjawab!“ (Nukilan dari Al Maqalat Al Kautsari, 398).

Seorang faqih besar Madinah, Imam Madzhab yang dianut ribuan ulama hingga kini, yang madzhabnya menyebar hingga Andalusia tidak segan-segan menyatakan bahwa dirinya tidak mampu menjawab. Tidak hanya beliau, para ulama Madinah juga amat berhati-hati dalam menjawab masalah halal dan haram. Jjika tidak mengetahui masalah, kemudian memaksakan menjawab, sama dengan meletakkan suatu perkara yang bukan syari’at kepada syari’at. Beliau menyatakan:“Tidak ada sesuatu yang paling berat bagiku, melebihi pertanyaan seseorang tentang halal dan haram. Kerana hal ini memutuskan hukum ALLAH. Kami mengetahui bahwa ulama di negeri kami (Madinah), jika salah satu dari mereka ditanya, sekan-akan kematian lebih baik darinya.“ (dari Maqalat Al Kautsari, 399).


See, para ulama’ dan para sahabat memandang berat kepada perkara ni, dan tak terburu-buru waktu nak menjawab (mengeluarkan fatwa etc.), tetapi kenapa kita, tak sampai seminit dah boleh keluar fatwa?


Memetik kata-kata para sahabat dan tabi' tabiin mengenai hal ini:

* Ata' ibn As-Sa'ib pernah berkata, "Saya pernah mengenali orang alim (berilmu) yang takut menjawab soalan yang ditujukan kepadanya kerana bimbang jawapan itu salah."

 * Umar ibn Al-Khattab berpesan kepada para sahabat, "Lebih bersedia seseorang untuk menjawab soalan yang ditujukan kepadanya, lebih bersedia dia untuk masuk ke neraka."

 * Ibn Mas'ud pernah berkata, "Saya percaya sesiapa yang memberi pendapat pada semua perkara adalah tindakan yang tidak wajar."

 * Apabila orang yang paling alim antara yang paling benar, Sa'id ibn Al-Musayyab ingin memberi pendapat, beliau akan berkata, "Ya ALLAH, selamatkanlah aku daripada memberi pendapat yang salah, dan selamatkanlah yang lain daripada kesilapanku."

 * Banyak kali dilaporkan Abu Hanifah berkata, "Saya tidak tahu," walaupun beliau seorang yang bijak dalam menjawab kemusykilan dan menunjukkan kebolehan dalam membuat kesimpulan dalam hukum hakam.

 * Daripada Al-Khatib Al-Baghdadi, Abu Yusuf pernah berkata, "Saya pernah mendengar Abu Hanifah berkata, 'Kerana takutkan azab ALLAH, aku tidak memanfaatkan ilmuku, aku tidak akan memberi fatwa kepada sesiapa yang bertanya. Orang yang bertanya itu akan mendapat manfaat daripada jawapan itu, manakala aku akan bertanggungjawab jika ia salah."

 * Abu Hanifah pernah berkata, "Orang yang memberi fatwa dan mendedahkan ilmu agama sesuka hati tanpa memikirkan bahawa ALLAH akan bertanya, 'Kenapa kamu mengeluarkan fatwa tanpa memiliki ilmu mengenainya?' Sesungguhnya dia meletakkan dirinya dan agamanya dalam bahaya."

 * Imam Malik pula lebih berhati-hati dalam perkara ini. Contohnya, beliau pernah berkata, "Apabila seseorang ditanya satu soalan, dia sepatutnya memikirkan ke mana dia akan pergi di Akhirat kelak, syurga atau neraka, dan mempertimbang bagaimana dia harus menyelamatkan diri daripada azab pada hari itu (Akhirat), kemudian barulah dia boleh menjawab pertanyaan tersebut." 

* Daripada Ibn Al-Qasim, "Aku pernah mendengar Imam Malik berkata 'Aku sedang memikirkan satu pertanyaan selama lebih sepuluh tahun dan sehingga kini masih belum dapat jawapannya."

 * Ibn Mahdi juga pernah berkata Imam Malik berkata, "Aku mungkin akan bertafakur sepanjang malam memikirkan satu soalan mengenai hukum." *
 Mus'ab melaporkan, "Bapa saya menyuruh saya bawa orang yang menghadapi masalah berjumpa Imam Malik untuk penyelesaian. Kemudian, Imam Malik menjawab, "Aku tidak tahu. Tanya orang yang lebih tahu." * Ibn Abu Hassan pernah berkata tentang Imam Malik, "Pernah suatu ketika, Imam Malik ditanya sebanyak 22 soalan mengenai hukum hakam, beliau tidak menjawab lebih daripada dua, dan berkata 'Tiada yang berkuasa dan agung melainkan dengan izin ALLAH'."

 * Kadang kala Imam Malik akan menjawab dengan berkata, "Ilmu lebih luas daripada ini."

 * Pada suatu ketika, Imam Malik berkata sedemikian, ada segelintir berkata kepadanya, "Jika kamu tidak tahu, maka siapa lagi yang lebih tahu?" Beliau menjawab, "Apa yang kamu katakan ini? Kamu tidak kenal aku! Aku bukanlah sesiapa! Apa yang membezakan aku dengan kamu sehingga kamu berbeza daripadaku?" Kemudian beliau berkata (kata-kata daripada Ibn Umar) "Aku tidaklah mengetahui sepertimana kamu sangkakan; aku bukanlah sesiapa! Bangga diri dan terkenal di mata masyarakat itu hanya merosakkan masyarakatnya sendiri, dan hanya sedikit sahaja yang benar-benar berilmu."

 * Mus'ab pernah berkata, "Suatu ketika, Imam Malik ditanya mengenai sesuatu dan beliau menjawab, 'Aku tidak tahu.' Lalu orang yang bertanya yang juga merupakan orang yang berpengaruh berkata, "Ia hanya soalan yang mudah dan aku ingin mengkhabarkan kepada putera tentang jawapannya," Imam Malik menjawab, "Soalan Mudah! Tiada yang mudah dalam ilmu. Tidakkah kamu mendengar firman ALLAH {Sesungguhnya KAMI akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya}{Surah Al-Muzammil,ayat 5}. Ilmu ini tidaklah semudah yang disangkakan, terutamanya apabila ingin mengeluarkan fatwa."

 * Imam Malik juga selalu berkata seperti ini apabila ingin memberi fatwa, "Tiada yang berkuasa dan agung melainkan dengan izin ALLAH." dan {KAMI tidak mengetahui apa dia hari kiamat itu; kami hanya mengira (kemungkinannya) sebagai sangkaan jua, dan kami tidak sekali-kali meyakininya.}{Surah Al-Jathiyah,ayat 32}.

 * Abu Dawud juga pernah melaporkan Imam Ahmad apabila ditanya tentang hukum hakam, beliau akan berkata, "Lebih baik kita tinggalkan perkara bid'ah ini." * Abu Dawud juga pernah berkata, "Banyak kali aku mendengar Imam Ahmad berkata (apabila diminta diberi pendapat) dalam sesuatu perkara , 'Aku tidak tahu.'" * Suatu ketika, seorang lelaki datang kepada Imam Ahmad dan meminta pendapat daripadanya, tetapi beliau berkata, "Aku tidak ada jawapan untuk itu." Kemudian beliau berkata seperti kata-kata Abdullah ibn Mas'ud seperti di atas.

MashALLAH. Jika ulama' tidak malu untuk mengatakan'la adri' kenapa tidak kita. hakikatnya kita lebih-lebih lagi tidak ada pengetahuan berbanding mereka.

Moga ada manfaatnya:)

wALLAHu'alam.

Cebisan ilham dariNYA,
9.58am
24052011



Photobucket

Thursday, May 19, 2011

Hari Bergembira bertukar Menjadi Hari Penyesalan

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥

 Pendahuluan

Bernikah adalah sesuatu yang menggembirakan. Jarang orang tidak bergembira pada hari pernikahan mereka. Masakan tidak, gelaran raja sehari disandang dan dijulang. Bagi pasangan yang sudah lama bertunang, detik persetujuan para saksi semasa majlis pernikahan amatlah melegakan! 

Kadang-kadang, keluar air mata kegembiraan dari pasangan pengantin kerana terlalu gembira telah menyempurnakan sebahagian agama dan menuruti sunnah nabi. Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi :

 النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى 
Nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku.

Namun awas, jangan disangka kegembiraan menuruti sunnah nabi itu membuka jalan ke syurga semata-mata, kerana ia juga mampu mengheret kita masuk ke dalam jurang neraka yang dalam lagi menakutkan, jika ia tidak dilaksanakan seperti yang diperintahkan.

 Menangis bertukar gembira

Perkahwinan dimulakan dengan cinta
 dan disempurnakan dengan tanggungjawab(tanggung didunia, jawab diakhirat!)
Apabila dua merpati sejoli di ijab kabulkan... maka bergembiralah kedua-dua keluarga, dan menangislah sang syaitan. Menangisnya sang Syaitan adalah kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si lelaki dan si perempuan melakukan zina.
Tapi, adakah anda menyangka syaitan yang menangis melihat dua orang yang bernikah itu akan lari merajuk membawa diri? Tidak sama sekali, di hadapan sana ternanti banyak lagi perangkap untuk mereka. Satu persatu perangkap itu mengena, dan tangisan syaitan terhenti dan diganti pula dengan ketawa yang terbahak-bahak!

Sang Syaitan ketawa kerana geli hati melihat si pasangan yang terlalu gembira hingga terlupa segala ajaran agama walaupun kedua-duanya mengaku sebagai pejuang agama. Habis ditolak tepi agama yang selama ini menjadi perjuangan mereka. Syariat diletak tepi, adat yang sesat dijulang tinggi.

Sang Syaitan gelak terbahak-bahak melihat aksi manja si isteri menyuapkan nasi ke mulut si suami yang hanya layak menjadi koleksi peribadi mereka berdua menjadi tontonan semua orang. Habis ditolak tepi perasaan malu. Malah dibanggakan pula kenangan itu dengan meng'upload'kan pula di dalam facebook, untuk tatapan seluruh dunia. Kalau boleh, biar Presiden Amerika Barrack Obama tahu dia berkahwin hari itu dan makan bersuap dengan bangga.

Sang Syaitan bertambah galak gembira ketawa melihat si suami dengan ghairah mencium kepala si isteri tanpa menghiraukan puluhan mata yang menyaksikan adegan sulit ini. Malah bangga pula mengulang adegan ini apabila diminta photographer upahan dari kedai yang berdekatan. Diulang tayang tanpa segan, walaupun si muslimah itu dahulunya terkenal sebagai seorang yang paling pemalu dalam dunia ini.

Sang Syaitan hampir pecah perut suka sambil berguling-guling dengan adegan romantik si suami dan si isteri yang bergambar di tepi pantai, atas pokok, di sawah padi, dalam air, atas katil, tepi rumah dengan pelbagai pose yang difikirkan menarik. Entah mana silapnya, suara lantang si suami yang beriya-iya mahu menegakkan daulah islamiah dalam liqa dan usrah yang dikendalikannya, langsung tidak berbunyi bila gambar isterinya puas di raba oleh kamera orang yang bukan muhrim. Segala sisi bentuk isterinya habis dilapah oleh si photographer yang kemudiannya menguploadkannya di laman web untuk ditatap oleh seluruh isi dunia.

Sang Syaitan kembali suka kerana berjaya memujuk si isteri yang terkenal dengan kepakaran membimbing usrah dan tamrin serta kuat berdakwah  untuk bersolek dengan tebal. Habis hilang prinsip bersolek hanya untuk suami yang dijajanya kesana kemari di alam kampus dahulu. Kening dicukur sedikit, gincu dilanyak atas bibir, eye shadow, blusher, powder, maskara dan segala macam perhiasan bertenggek di mukanya. Itu belum dicampur dengan minyak wangi yang menarik perhatian segala makhluk yang ada di persekitarannya. Bila ditanya mengapa berbuat demikian, jawapan acuh tak acup diberikan.. mak yang suruh. 

Itu belum dikira dengan majlis persandingan serta suasana majlis perkahwinan yang begitu mewah dan membazir.

Syaitan kembali tersenyum gembira.




 Gembira bertukar Menyesal

Kadangkala, apabila sudah menjadi kebiasaan kita melakukan sesuatu perkara, tiba tiba datang pula satu peringatan memberitahu bahawa kebiasaan kita itu tidak benar, menyeleweng dan jauh dari panduan agama... kita akan cepat melenting, marah dan menyampah.

Apatah lagi sememangya selama ini terkenal sebagai juru dakwah yang popular. Berceramah pula di masjid dan surau. Maka pasti si juru dakwah itu segera mencari sebanyak mungkin kitab dan dalil untuk menghalalkan kebiasaan yang dia lakukan itu. Ahh.. mana boleh pendakwah seperti aku ditegur, malulah aku.

Maka dicapailah Mr Google mencari dalil menghalalkan perbuatannya. Bila tidak bertemu, dicarikan pula pendapat-pendapat yang 'gharib/asing' walaupun dari sumber-sumber yang tidak diyakini, asalkan mampu untuk menjadi hujah pelepas dari teguran yang diberikan.

Janganlah bersikap demikian ya akhi wa ukhti. Renungkan seketika majlis perkahwinan itu. Benarkah itu majlis yang dirahmati ALLAH ataupun dibenci oleh ALLAH. Jawablah dengan hatimu berpandukan kepada Nas yang benar lagi sahih. Sengaja tidak ditaburkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam artikel ini (walaupun dalilnya terlampau banyak) supaya anda dapat menilai dengan penuh berhati-hati majlis pernikahan itu dengan hati nuranimu yang suci itu.

Jangan sampai pada suatu hari nanti, kegembiraan yang dinikmati bertukar menjadi satu penyesalan yang tidak terperi. Tetkala seluruh harta, sahabat handai dan kaum keluarga tidak lagi mampu menjadi pendinding dan hujah bagi dirimu... yang ada hanyalah iman yang senipis bawang itu. Mampukah untuk menepis dosa bertimbun yang tiba kerana kealpaan mengikuti arahanNya di hari pernikahan tersebut?

Ingatlah kembali firman Allah dalam Surah Syuaara ayat ke 88 : iaitu di hari dimana tidak berguna harta dan anak-anak. 

Adakah berani kita berbetah pada hari tersebut dengan hujah yang rapuh seperti mengatakan terpaksa mengikut permintaan ibu dan ayah , kaum kerabat serta sahabat handai, walaupun kita tahu permintaan untuk bersolek tebal, bersanding di hadapan orang ramai, adegan mencium, bergambar dengan posing-posing yang sulit, itu semua jauh dari panduan Islam. Namun, jika anda yakin mampu berhujah dan memberikan alasan di hadapan TUHAN RABBUL JALIL silakanlah melakukannya... 

Penutup

Tugas seorang pendakwah ialah menyampaikan ilmu yang dipelajarinya untuk kembali kepada ALLAH. Tidak lebih dari itu. Samada perkara yang disampaikannya mampu mengubah orang yang mendengar dan membaca, itu bukannya kerja pendakwah. Itu kerja ALLAH.

Jangan pula timbul celaan dan kata nista selepas ini kepada orang yang menyampaikan seruan Islam ini, hanya kerana terkena pada batang hidung sendiri. Apatah lagi mengherdik dan memerli dengan kata-kata yang pedih lagi menyakitkan seperti , "Ko tak menikah lagi, bolehlah sembang. Tengok ar nanti bila ko kahwin...Macamana pula gayanya!" sambil tersenyum sinis bercampur geram.

Dan jangan pula bertindak mendoakan agar si pendakwah turut terjerumus dalam dosa yang sama supaya bila si pendakwah itu terbuat dosa yang sama, maka bolehlah diejek dan ditempik sekuat mungkin hingga di dengar seluruh penghuni dunia " Ceh, cakap orang lebih, kau pun sama aje!" dan berlalu dengan perasaan puas dan gembira.... kerana dendamnya telah berbalas.
Sesungguhnya, Aku hanya menyampaikan peringatan dari ALLAH dan risalah-Nya.  Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. (Q 72 : 22)



Moga bermanfaat^__^
Photobucket

Saturday, May 7, 2011

♥♥ Syair Cinta Rabi’ah Al – Adawiyah ♥♥


 ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
♥♥ ...




♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥



♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

♥ ♥



♥~~♥
TUHANku, tenggelamkan aku dalam cintaMU
Hingga tak ada sesuatupun yang menggangguku dalam jumpaMU
TUHANku, bintang-gemintang berkelap-kelip
Manusia terlena dalam buai tidur lelap
Pintu-pintu istana pun telah rapat tertutup
TUHANku, demikian malampun berlalu
Dan inilah siang datang menjelang
Aku menjadi resah gelisah
Apakah persembahan malamku KAU Terima
Hingga aku berhak mereguk bahagia
Ataukah itu KAU Tolak, hingga aku dihimpit duka,
Demi kemahakuasaan-MU
Inilah yang akan selalu ku lakukan
Selama KAU Beri aku kehidupan
Demi kemanusiaan-MU,
Andai KAU Usir aku dari pintuMU
Aku tak akan pergi berlalu
Karena cintaku padaMU sepenuh kalbu

♥~~♥
Ya ALLAH, apa pun yang akan ENGKAU
Karuniakan kepadaku di dunia ini,
Berikanlah kepada musuh-musuhMU
Dan apa pun yang akan ENGKAU
Karuniakan kepadaku di akhirat nanti,
Berikanlah kepada sahabat-sahabatMU
Karena ENGKAU sendiri, cukuplah bagiku

♥~~♥
Aku mengabdi kepada TUHAN
Bukan karena takut neraka
Bukan pula karena mengharap masuk surga
Tetapi aku mengabdi,
Karena cintaku padaNYA
Ya ALLAH, jika aku menyembahMU
Karena takut neraka, bakarlah aku di dalamnya
Dan jika aku menyembahMU
Karena mengharap surga, campakkanlah aku darinya
Tetapi, jika aku menyembahMU
Demi ENGKAU semata,
Janganlah ENGKAU enggan memperlihatkan keindahan wajahMU
Yang abadi padaku

♥~~♥
Ya ALLAH
Semua jerih payahku
Dan semua hasratku di antara segala
Kesenangan-kesenangan
Di dunia ini, adalah untuk mengingat ENGKAU
Dan di akhirat nanti, diantara segala kesenangan
Adalah untuk berjumpa denganMU
Begitu halnya dengan diriku
Seperti yang telah KAU katakana
Kini, perbuatlah seperti yang ENGKAU Kehendaki

♥~~♥
Aku mencintaiMU dengan dua cinta
Cinta karena diriku dan cinta karena diriMU
Cinta karena diriku, adalah keadaan senantiasa mengingatMU
Cinta karena diriMU, adalah keadaanMU mengungkapkan tabir
Hingga ENGKAU ku lihat
Baik untuk ini maupun untuk itu
Pujian bukanlah bagiku
BagiMU pujian untuk semua itu

♥~~♥
Buah hatiku, hanya ENGKAU yang kukasihi
Beri ampunlah pembuat dosa yang datang kehadiratMU
ENGKAUlah harapanku, kebahagiaan dan kesenanganku
Hatiku telah enggan mencintai selain dari ENGKAU

♥~~♥
Hatiku tenteram dan damai jika aku diam sendiri
Ketika KEKASIH bersamaku
CintaNYA padaku tak pernah terbagi
Dan dengan benda yang fana selalu mengujiku
Bila dapat kurenungi keindahanNYA
Dia akan menjadi mihrabku
Dan rahasiaNYA menjadi kiblatku
Bila aku mati karena cinta, sebelum terpuaskan
Akan tersiksa dan lukalah aku di dunia ini
Oh, penawar jiwaku
Hatiku adalah santapan yang tersaji bagi mauMU
Barulah jiwaku pulih jika telah bersatu dengan MU
Oh, sukacita dan nyawaku, semoga kekallah
Jiwaku, KAUlah sumber hidupku
Dan dariMU jua birahiku berasal
Dari semua benda fana di dunia ini
Dariku telah tercerah
Hasratku adalah bersatu denganMU
Melabuhkan rindu

♥~~♥
Sendiri daku bersama CINTAku
Waktu rahasia yang lebih lembut dari udara petang
Lintas dan penglihatan batin
Melimpahkan karunia atas doaku
Memahkotaiku, hingga enyahlah yang lain, sirna
Antara takjub atas keindahan dan keagunganNYA
Dalam semerbak tiada tara
Aku berdiri dalam asyik-masyuk yang bisu
Ku saksikan yang datang dan pergi dalam kalbu
Lihat, dalam wajahNYA
Tercampur segenap pesona dan karunia
Seluruh keindahan menyatu
Dalam wajahNYA yang sempurna
Lihat DIA, yang akan berkata
“Tiada TUHAN selain DIA, dan DIAlah Yang maha Mulia.

♥~~♥

Rasa riangku, rinduku, lindunganku,
Teman, penolong dan tujuanku,
Kaulah karibku, dan rindu padaMU
Meneguhkan daku
Apa bukan padaMu aku ini merindu
Oh, nyawa dan sahabatku
Aku remuk di rongga bumi ini
Telah banyak karunia KAU berikan
Telah banyak..
Namun tak ku butuh pahala
Pemberian ataupun pertolongan
CintaMU semata meliput
Rindu dan bahagiaku
Ia mengalir di mata kalbuku yang dahaga
Adapun di sisiMU aku telah tiada
KAU membuatkan dada kerontang ini meluas hijau
KAU adalah rasa riangku
KAU tegak dalam diriku
Jika aku telah memenuhiMU
Oh, rindu hatiku, aku pun bahagia


Mengimpikan diri persis Rabiatul 'Adawiyah T_T

07052011
8.54am

Photobucket

Friday, May 6, 2011

♥♥ Saat Istikharah Berbicara ♥ ♥

Photobucket

Kes 1

Seorang lelaki telah melakukan istikharah setelah dia minat kepada seorang perempuan, Tiga hari selepas istikharah, dia bermimpi melihat wanita itu tersenyum simpul ke arahnya. Bila diceritakan mimpi itu pada keluarganya, ada yang menganggap bahawa itu bukan hasil istikharahnya, tapi disebabkan dia terlalu berkenan kepada wanita tadi hingga terbawa dalam mimpi.


Kes 2
Seorang lelaki yang tidak pernah melihat wanita yang ingin dipadankan untuknya juga tidak pernah berkenalan dengannya kemudian dia istikharah. Selang beberapa hari, dia berasa hambar dengan wanita tersebut . Bila dinyatakan kepada ahli keluarga, ada yang menyatakan bahawa istikharah kurang tepat sebab belum kenal sedikit pun wanita tadi, dah buat istikharah.


Kes 3
Seorang lelaki selalu berdoa apa sahaja dalam urusan hidupnya, semoga Allah memberi ilham kepadanya dan menjaganya dari kesilapan besar yang boleh menjatuhkan maruahnya, oleh itu dia akan buat apa sahaja keputusan atau tindakan berdasarkan gerak hati. Jika hatinya tenang terhadap sesuatu perkara maka itulah yang akan dilakukannya.


Masalah Istikharah
1. Hadis-hadis berkenaan Istikharah

عن ‏ ‏جابر بن عبد الله ‏ ‏قال ‏
كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يعلمنا ‏ ‏ الاستخارة كما يعلمنا السورة من القرآن يقول ‏ ‏إذا هم أحدكم بالأمر فليرك ركعتين من غير الفريضة ثم ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر ‏ ‏فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به ‏


Maksudnya : Dari Jabir Bin Abdullah r.a. katanya: Adalah Nabi s.a.w. mengajar kami untuk beristikharah dalam semua perkara sebagaimana baginda mengajar kami surah yang ada dalam Al Quran, baginda bersabda : Apabila salah seorang dari kamu berhasrat untuk melakukan sesuatu perkara maka hendaklah dia solat dua rakaat yang bukan fardhu seraya berdoa (selepas salam):


ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر ‏ ‏فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به ‏


 ‏عن ‏ ‏عائشة ‏ ‏عن ‏ ‏أبي بكر الصديق ‏
أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏كان إذا أراد أمرا قال ‏ ‏اللهم ‏ ‏ خر لي ‏ ‏ واختر لي ‏


Maksudnya : Dari Aisyah r.a. meriwayatkan dari Abu Bakr as Siddiq bahawa Nabi s.a.w. apabila hendak melakukan sesuatu perkara, baginda berdoa : "Ya Allah berilah kebaikan padaku dan pilihlah untuk ku."

عن ‏ ‏جابر ‏ ‏قال ‏
قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إذا استشار أحدكم أخاه فليشر عليه ‏


Maksudnya: Dari Jabir r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda : Apabila salah seorang dari kamu meminta nasihat dari salah seorang saudaranya hendaklah (saudara tadi) memberi nasihat (pandangan)


2. Beberapa Salah Faham Dalam Konsep Istikharah


Pertama:
Kebanyakan kita beranggapan bahawa solat Istikharah hanya dilakukan tatkala teragak-agak dalam memilih antara dua perkara. Sebenarnya ini kurang tepat kerana Nabi s.a.w. menyatakan dalam hadis:
إذا همّ أحدكم بالأمر

Perkataan yang Nabi s.a.w. yang digunakan ialah " هم" yang bermaksud hasrat, dan bukannya " تردد" ( teragak-agak). Perkataan " همّ" adalah tahap sebelum " عزم"(keinginan kuat)

Apabila mana-mana individu yang ingin melakukan sesuatu pekerjaan, yang mana dia tiada pilihan lain, ini bermakna dia telah berhasrat (همّ) untuk melakukan perkara tersebut, dengan itu bolehlah dia beristikharah kemudian laksanakanlah perkara tadi. Begitulah sebaliknya, jika dia ingin meninggalkan sesuatu perkara yang tiada pilihan untuknya, maka beristikharahlah dahulu kemudian tinggalkan perkara tersebut


Walau bagaimanapun jikaindividu mempunyai pelbagai pilihan yang dia tidak mampu membuat keputusan, terlebih dahulu dia meminta pandangan yang layak memberi nasihat, kemudian pilihlah salah satu perkara tersebut dan berisitikharah pada satu pilihan tadi.


Kedua :


Ramai antara kita beranggapan bahawa istikharah hanya dilakukan pada perkara tertentu sahaja contohnya dalam bab nikah kahwin, musafir atau perkara yang 'grand', sedangkan dalam Islam, Istikharah ini dilakukan pada semua perkara, kecil atau besar. Berdasarkan sabda Nabi SAW :


(( كان يعلّمنا الاستخارة في الأمور كلّها((


Maksudnya : Adalah dia (Nabi s.a.w.) mengajar kami beristikharah dalam semua perkara (Riwayat Tirmizi)


Ketiga :
Ramai beranggapan bahawa solat istikharah perlu dilakukan dua rakaat secara khusus. Ini juga kurang tepat kerana bersumberkan hadis Nabi s.a.w. :


(( فليركع ركعتين من غير الفريضة.((


Maksudnya : Maka hendaklah dia tunaikan dua rakaat yang bukan fardhu.


Penggunaan perkataan "من غير الفريضة"( yang bukan fardhu) mengambarkan makna umum merangkumi semua solat sunat hatta solat tahiyat masjid. Ini bermakna, jika sesorang melakukan solat sunat tahiyat masjid misalnya, selepas salam dia berdoa dengan doa istikharah yang diajar Nabi s.a.w., maka dia telah dianggap beristikharah kepada Allah.


Keempat :
Ada yang beranggapan bahawa, perlu ada ketenangan terhadap sesuatu perkara setelah beristikharah, bagi membolehkannya melakukan perkara tersebut. Ini juga kurang tepat kerana makna asal istikharah ialah pohon kebaikan dari Allah. Ia juga merupakan salah satu konsep tawakal kepadaNYA sekalipun seseorang itu rasa kurang suka terhadap perkara yang hendak dilakukan.


Sila perhatikan kepada firman Allah s.w.t.:


وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ)) البقرة:216)


Maksudnya: Dan boleh jadi kamu tidak suka sesuatu perakara sedangkan ia baik bagimu dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu perkara sedangkan ia tidakelok untuk kamu, dan Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahuinya.


Salah tanggapan inilah yang menyebabkan ramai mereka di luar sana berkali-kali melakukan istikharah, namun masih teragak-agak untuk membuat keputusan kerana katanya belum tenang hati terhadap perkara tersebut.


Kemungkinan ada dikalangan kita yang dapat punyai naluri membuat keputusan, ada yang tidak, oleh itu lakukanlah salah satu perkara, walau pun tidak ada gerak hati terhadap mana-mana perkara kerana sebenarnya Allah akan mudahkan apa sahaja pilihannya.




Kelima :
Ada yang beranggapan bahawa perlunya ada mimpi setelah melakukan istikharah, lalu banyak kerja yang tertangguh dek menanti mimpi (atau ilham menurut pandangannya). Apa yang perlu dilakukan olehnya ialah lakukan perkara yang perlu disegerakan setelah beristikharah. Sekiranya dia diberi mimpi baik, itulah "nur" yang dilimpahkan oleh Allah s.w.t. terhadapnya, jika tiada mimpi maka tidak sepatutnya dia menanti sekian lama mimpi itu datang.


Inilah beberapa salah faham yang perlu kita perbetulkan atau memberi kesedaran kepada yang masih lagi kurang jelas dalam permasalahan ini. Semoga ada kebaikan hasil dari tulisan ini.


Copied from:HERE




Sanah Helwah buat ex-roommate Cenfos PJ, Feezah, ex-dormmate Cenfos Nilai, Ziema, Abku Gmah and last but not least ex-classmate Ma'ahad SAS(n_n) Kemana-mana pergi mesti akan ada sahabat yang lahir pada tanggal ini(6 Mei). Mugkinkah ini juga jawapan kepada istikharahku? ALLAHu ta'ala'alam=)


 


 Ya ALLAH! Maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...