Sunday, June 12, 2011

Stop Blogging!

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


*catatan terakhir*gedix~


Misi 'uzlah' lagi. Dua minggu je pun. Tapi saja mengedikkan diri buat entri ni. hoho. Inilah masanya untuk membuat segala kotaran yang melekat di hati ini. Mengikis karat-karat dosa yang semakin menebalT_T  Astaghfirullah hal'azim! Tubna ya ALLAH, tubna ya ALLAH! 
 (¯`v´¯) ♥♥♥

`·.¸.·´ ♥♥.........¸.·´
Hingga bertemu lagi..
Jika bukan di sini, di daerah sana nanti!


♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫


RABBi yassir wala tu'assir,
11:48am
12062011

Nota hati : inshALLAH wa biiznillah akan bermusafir bersendirian malam ini. Walaupun tak pernah sampai ke sana dengan bas tapi cuba 'berlagak' berani. ALLAhkan ada:)  WAALLAhu waliun mukminin(ALLAH pelindung orang-orang beriman) Doakan keselamatan ana dan dipermudahkan segala utusan.


Photobucket

Saturday, June 4, 2011

BarakALLAHulakuma! (✿♥‿♥)

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

*update ringkas*


Hari ini merupakan detik bersejarah(read:kahwin) buat seorang sahabat ana masa sekolah rendah dulu. ALLAH, terasa begitu pantas masa berlalu. Masih terbayang zaman kanak-kanak blackcurrent bersamanya yang penuh fantasi. Berkira-kira siapa yang akan kahwin dulu.Tak sangka kamu mendahuluiku(mode:jeles:p) Tapi maaf sayang, tak berkesempatan untuk meraikan walimahmu. Hanya ini yang mampu kutitipkan buatmu sempena perkahwinanmu^__^



Pesanan untukmu!
(erk..pesanan untuk empunya blog juga!)

  1. Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh TUHAN Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan untuk menjadi pemimpin bagi isteri. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.
  2. Hendaklah berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Manis muka, Halus perkataan, Bersolek setiap hari dan waktu demi suami dan bersikap Manja di hadapannya. Ingat! perhiasan kamu bukan untuk tontonan umum tetapi hanya untuk suamimu..
  3. Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami setiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan sebarang kebencian ditinggalkan.
  4. Jangan banyakkan permintaan atau membebani suami dalam perkara yang tidak dapat disempurnakan oleh suami apatah lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian akan merunsingkan suami.
  5. Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa izin suami dan jangan pula suka membantah jika disuruh. Apabila disuruh eloklah dilaksanakan.
  6. Isteri hendaklah sentiasa ada di rumah ketika suami pulang dari kerja, melainkan kerana terpaksa atau ada hajat besar dan bila-bila suami balik hendaklah disambut dengan baik dan memperkemas diri.
  7. Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.
  8. Jangan suka menceritakan kecantikan perempuan lain atau memuji-muji anak dan isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu kerabat suami.
  9. Hendaklah cermat dalam perbelanjaan hari-hari. Umpamanya jika diberi belanja untuk seminggu, janganlah habiskan kesemuanya. Bahkan hendaklah disimpan sedikit. Wang simpanan itu jangan pula dibelanjakan untuk perkara yang tidak penting bahkan untuk persiapan atau persediaan apabila datang kesusahan kerana barang siapa bercermat akan terselamat daripada kepapaan.
  10. Jangan suka berhutang. Jika terpaksa sebaik-baik beritahu suami dan hutang itu ialah kerana muslihat rumahtangga dan bukan muslihat diri sendiri.
  11. Jangan ceritakan perbelanjaan harian sama ada banyak atau sedikit kepada orang lain.
  12. Hendaklah menyediakan makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami.
  13. Hendaklah suami dan isteri menjaga kesihatan dengan seboleh-bolehnya melakukan senaman dan jaga permakanan dan minuman, kebersihan dan pelihara perasaan yang tenteram.


Pesanan Asma' binti Kharijah Fazari kepada anak gadisnya pada hari perkahwinan anaknya itu.
"Hai anakku, kini engkau telah keluar dari sarang yang dahulu adalah tempat engkau dilahirkan sehingga menjadi besar.
Kini engkau akan beralih ke suatu hamparan dan kediaman yang belum engkau kenali. Dan engkau harus berkawan pula dengan seseorang yang belum engkau mesrai.
Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah untuknya dan dia akan menjadi langit untukmu. Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan dia akan menjadikan engkau sebagai tiangnya.
Janganlah membebaninya dengan pelbagai kesukaran sebab itu akan menyebabkan dia meninggalkanmu.
Janganlah engkau terlalu jauh darinya agar dia tidak melupaimu. Tetapi kalau dia mendekatimu dekatilah ia; dan sekiranya dia agak menjauhmu, jauhilah dia dengan baik.
Peliharalah suamimu itu sungguh-sungguh. Hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Jangan biarkan suamimu mencium sesuatu yang tidak enak darimu kecuali yang harum-harum belaka. Jangan pula dia mendengar sesuatu kecuali yang enak-enak sahaja dan jangan biarkan dia melihat sesuatu kecuali sesuatu yang indah darimu".
Selamat Pengatin Baru buat Ana Nasihah&Suami.
Moga berkekalan hingga ke syurga!

 

Hanya doa untukmu:)
04062011
1:58pm
Photobucket


Wednesday, June 1, 2011

♥♫•*•.¸♥Jodoh itu Rahsia ALLAH♥♫•*•.¸♥



ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

Adalah suatu yang wajar jika setiap kita menginginkan jodohnya di kemudian hari seorang yang sempurna di sana sini, akan tetapi apakah setiap orang akan mendapatkannya? Bagaimana jika keinginan itu tidak sekadar angan-angan saja? Bagaimana pula jika ternyata kelak realiti tak seindah mimpi dan angan yang kita bayangkan?

*JODOH ADALAH POTRET DIRI *

Ungkapan ini tidak keterlaluan rasanya kerana bukankah pepatah ada mengatakan, “barang siapa menanam dia akan memetik?” Ertinya dia akan menikmati hasil jerih payah yang dia usahakan. Demikian juga seseorang yg berusaha menjadikan dirinya baik, menjaga dirinya dari hal-hal yang jelek, dan terus berusaha melakukan perkara-perkara mahmudah sewajarnya dia memperoleh kebaikan daripada insan lain hasil percikan kebaikannya. Maka tidak layak kiranya jika kita berharap mendapat jodoh yg ''serba plus'' sementara kita membiarkan diri kita''serba minus'':)
Wajib untk kita selalu ingat bahawa jika kita ingin mendapatkan jodoh yg baik jadikan diri kita baik terlebih dahulu, TUHAN kamu telah berfirman:''Wanita-wanita keji adalah untk laki-lakiyg keji,dan laki-laki yg keji adalah untk wanita yg keji (pula),dan wanita-wanita yg baik adalah untk laki-laki yg baik dan laki-laki yg baik adalah untk wanita-wanita yg baik(pula)''(QS.An-Nur:26).
TUHAN kamu berfirman lagi::
''lelaki yang berzina tidak mengahwini kecuali perempuan yg berzina atau perempun yang musyrik;dan perempaun yg berzina tidak dikahwini kecuali oleh laki-laki yg berzina atau laki-laki yg musyrik;dan yang demikian itu di haramkan bagi orang2 mukmin''(QS.An-Nur:3).

Jika mahukan calon isteri/suami yang rajin bertahajud, kita terlebih dahulu perlu rajin bertahjud. Begitu juga dengan hal-hal lainnya.


Kalau ada yg bertanya : “Mengapa ada isteri nabi yang derhaka, misalnya isetri nabi Luth dan nabi Nuh?” Di sini kita tidak melihatnya dari sisi yang baik untuk yang baik , akan tetapi kita khususnya wanita boleh mengambil elajaran bahawa kita hendaknya bersemangat dalam beramal soleh kerana kedudukan orang yang paling hampir dengan kita misalnya pasangan hidup yang soleh tidaklah menjamin keselamatan diri kita dr azab ALLAH.


Dan jangan lupa terkadang kita diuji dengan orang-orang yang hampir dengan kita. Kalau isteri nabi boleh jadi sedemikian, apakah tidak mungkin terjadi kepada isteri kita? Ketika kita menyedari hal ini, maka sudah semestinya sejak awal lagi kita menjadi yang terbaik dengan harapan akan dijodohkan dengan orang yang terbaik. Bukankah belum tentu pasangan seseorang baik,meski dia tergolong orang yang baik? Apatah lagi jika dia tidak termasuk dalm golongan orang yg baik? Sesungguhnya penglihatan kita sangat sempit tetapi penglihatan ALLAH sangatlah luas!

*BERHENTI BERHARAP*

Dalam segala hal,kita dituntut untk banyak belajar dari orang tua khususnya ibu. Insan yang begitu bersusah payah mendidik agar anaknya mampu memakai pakaiannya sendiri, mengembalikan mainan ke tempatnya semula,tidak membuang sampah di tempat sebarangan, mencuci tangan sebelum dan sesudah makan dan seterusnya. Barulah  kemudian dia besenang hati melihat si kecil tumbuh menjadi anak yang baik dan membanggakan.

Demikian juga seorang suami/isteri bukan hanya mengharap pasangannya menjadi istri/suami yang semakin baik tanpa berusaha membantu pasangannya ke arah itu. Ketika  seorang lelaki dan perempuan bertemu dalam suatu pernikahan, masing-masing datang dengan ‘pakej’ kelebihan dan kekurangan. Kelebihan patut di syukuri, adapun kekurangan jangan disesali.

Bahkan hendaklah diusahakan bersama untuk mengurangi atau menghilangkannya jika mampu.  Jika tidak khususnya apabila berkaitan dengan fizikal maka pancarkan kelebihan-kelebihan baru yg lebih bererti daripada mempersoalkan kekurangan yang tidak mungkin lagi diperbaiki. Jangan pernah berharap calon jodoh yang sempurna kerana hakikatnya memang tidak ada pribadi yg sempurna. Usah dicari titik persamaan tetapi raikkan kelemahan/kebaikan pasangan kerana di dunia ini tiada yang sama melainkan diri kita sendiri.

Ketika melihat ke dalam diri mestilah bersikap jujur. Akuilah bahwa kita adalah hambaNYA yang dha'if. Mungkin segala yang tampak setelah proses ta'aruf syar'i atau seseorang yang sedang kita ‘tanda’ untuk dijadikan pasangan hidup adalah serba indah, tiada cacat celanya. Sedangkan apa yang terjadi disebalik itu tidak sampai ke mata dan telinga kita. Ah, butanya cinta!

*KITA MERANCANG DENGAN CITA-CITA, ALLAH MERANCANG DENGAN CINTANYA*

Bukankah si dia boleh jadi baik bagi orang lain dan tidak baik bagi kita? Tidakkah kita pernah mendengar ada pasangan suami isteri yang bercerai gara-gara lama tidak mendapat keturunan setelah masing-masing menikah. Lebih menyedihkan ada yang dianugerahi keturunan tetapi masih lagi bercerai? Sikap yg terbaik tentu saja kita bertanya kepada yg Maha Mengetahui DIAlah ALLAH Dzat yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu ALLAH berfirman,


'.........Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi km mencintai sesuatu padahal ia buruk bagimu,ALLAH maha mengetahui ,sedangkan kamu tdk mengetahui'' (QS.AL-Baqarah:216).


Ataupun caranya telah diajarkan oleh Rasulullah saw iaitu solat istikharah lengkap dngn do'anya.So, ingin jodoh yg baik? Perbaiki diri, jangan hanya berkhayal dan jangan berharap yang berlebihan. Banyakkan berdo'a,dan jangan lupa bertanya kepada Yang MAHA MENGETAHUI.


Benarkah wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik?



Kalau kita lihat di Al-Qur'an surat An-Nuur ayat 26 memang disebutkan demikian.
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (syurga)"


Tetapi cuba lihat konteksnya di dalam Tafsir Ibnu Katsir jilid 6 Pustaka Imam Syafii halaman 32 dijelaskan bahawa yang dimaksud dengan lelaki yang baik dalam ayat ini adalah Rasulullah saw sebagai manusia yang paling baik sedangkan wanita yang baiknya adalah Aisyah ra sebagai isteri Rasulullah saw. Abdurrahman bin Zaid bin Aslam pun menjelaskan bahawa yang dimaksud ayat ini adalah wanita yang jahat hanya sesui untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat hanya secocok bagi wanita yang jahat. Wanita yang baik hanya layak bagi lelaki yang baik dan lelaki yang baik hanya patut bagi wanita yang baik.




Perhatikan!

Hanya sesuai, hanya secocok, hanya layak, hanya patut, ini tidak bererti wanita yang baik pasti akan mendapat lelaki yang baik atau sebaliknya. Buktinya, pasti semua kenal dengan Fir'aun.



"Sesungguhnya dia adalah orang yang sombong, salah seorang dari orang-orang yang melampaui batas." (QS. Ad Dukhaan:31). Bahkan dengan beraninya, (Seraya) berkata:"Akulah tuhanmu yang paling tinggi". (QS. An Naazi'at : 24).

Tapi cuba perhatikan isterinya !

"Dan ALLAH membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: "Ya RABBku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisiMU dalam firdaus, dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim."(QS. At-Tahrim : 11)

Ternyata, seorang wanita yang baik belum tentu mendapat lelaki yang baik. 

Perhatikan lagi contoh ini !

"Perhatikan bagaimana isteri Nabi Luth dibinasakan, Kemudian KAMI selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan)." ( (QS.Al-A'raaf:83).


See, seorang Nabi mendapatkan isteri yang demikian! Tidak hanya Nabi Luth yang dapat isteri seperti itu, tetapi juga Nabi Nuh !


"ALLAH membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba KAMI; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) ALLAH; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)". (QS. At-Tahrim : 10)

Terbuktilah, seorang lelaki yang baik belum tentu mendapat wanita yang baik!Soleh atau tidaknya seseorang, baik atau tidaknya diri kita, itu urusan kita kepada ALLAH.

Tetapi jika kita mendapat pasangan yang tidak baik maka mungkin itu adalah ujian dari ALLAH swt.

Di dalam Al-Qur'an pun disebutkan, "Hai orang-orang mukmin, sesungguhnya di antara ISTERI-ISTERIMU dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. At Taghaabun : 14)

Juga di dalam Al-Qur'an surat Ali 'Imran ayat 14 " Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: WANITA-WANITA, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAHlah tempat kembali yang baik (syurga)"

Maka sangat baiklah jika kita berdoa. "Ya TUHAN kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (QS. Al Furqaan : 74)

Ada lelaki yang rajin ibadah, malah sering diuji dengan wanita. Siapa menyangka orang yang banyak beribadah berhujung dengan kekecewaan. Kerana mereka mempunyai tujuan, orientasi, motivasi, atau niat yang salah; solat Dhuha agar menjadi kaya, sedekah agar mendapat gaji berlipat atau jadi orang soleh agar mendapat isteri/suami soleh. Padahal setiap solat kita selalu bersumpah, dengan doa iftitah inna shalati wanusuki, wamahyaya, wamamati lillahirabbil'alamin (Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan Semesta Alam).Bahkan di sekitar kita juga banyak contoh yang bisa kita saksikan. Ada wanita solehah, malah mendapat lelaki toleh. 

Dan dijelaskan bahwa segala amal itu tergantung niatnya, setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada ALLAH dan RasulNYA, maka hijrahnya itu kepada ALLAH dan RasulNYA. Barang siapa yang hijrahnya itu kerana kesenangan dunia atau kerana seorang wanita yang akan dikahwininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya (H.R. Bukhari No:01 dan Muslim No:1907)

Jadi, jika ingin beribadah, ya beribadahlah kerana ALLAH swt. Kalau ingin menjadi orang soleh, ya jadilah orang soleh kerana ALLAH swt.

Kita tidak akan RUGI apalagi KECEWA jika segala sesuatu dikerjakan dengan IKHLAS hanya kerana ALLAH swt, bukan kerana wanita yang ingin dinikahi, atau dunia yang ingin dimiliki.

"Tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal (soleh, mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan" (QS.Sabaâ:37)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, mereka diberi petunjuk oleh TUHAN mereka kerana keimanannya, di bawah mereka mengalir sungai- sungai di dalam syurga yang penuh kenikmatan.(QS. Yunus :9)

"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan KAMI berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.(QS.An-Nahl:97)



(¯`v´¯) ♥♥♥
`·.¸.·´ ♥♥.........¸.·´

ALLAH ‘memberi’ setimpal dengan usaha kita!
Semoga bermanfaat...
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫
wALLAHu'alam:)

ƸӜƷ ♥Jika namanya yang ditulis di Loh Mahfudz untuk diri kita,nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dalam diri kita. Tugas pertama kita bukan MENCARI dirinya tetapi MENSOLEHAHKAN diri kita♥ƸӜƷ ♥



Sudah 'dikhitbahkan' dengan kematian:)




11:46am
01062011

Photobucket

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...