Saturday, March 31, 2012

Puisi: Sufi, Ujian

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ



Ada yang mengatakan ujian ialah kesusahan pada tubuh badan. Kesusahan pada jiwa. Apa untungnya ALLAH menyusahkan jasad dan jiwa. Bukankah itu tidak menambahkan keagungan dan kemuliaan-NYA Apalagi DIA Maha Mengasihani Maha Penyantun.

Pandanglah ujian dengan hatimu
Ujian adalah perbuatan Tuhanmu
Bukan untuk menghancurkan tetapi untuk meneguhkanmu.
 

Bila kamu memperolehi keteguhan baru kamu menjadi pilihan. Bila sudah lulus dan dipilih, DIA bangga memperkenalkan kamu kepada makhluk-NYA. Keteguhan kamu melintasi ujian
Menjadi dalil pilihan-NYA adalah tepat. Inilah keadilan-NYA.
Ujian ditujukan kepada rohani bukan kepada jasad atau jiwa. Tujuannya untuk mengukur tauhid
Bukan sekadar untuk kesabaran
Apakah nilai sabar tanpa tauhid? Bukankah sabar juga bersama si kafir?
Ujian yang diterima dengan iman meneguhkan tauhid. Menambahkan kekuatan pandangan hati. Tidak berkelip memandang kepada TUHAN. Sehingga kepedihan ujian menjadi kemanisan.
Ujian adalah pentas sandiwara
Mempamerkan kebijaksanaan Tuan Pengarah
 Bila engkau diberi watak menderita. Hingga berjaya membuat penonton menangis. Ketahuilah Engkau adalah pelakon penting. Diasuh untuk menjadi bintang bakal menerima ganjaran lumayan.
Apabila engkau menjadi pelakon 
Apa bezanya watak gembira dengan watak duka 
Skrip di tangan Tuan Pengarah.




حسبي الله ونعم الوكيل ولا حول ولا قوة إلا بالله العليّ العظيم


Ada perkara yang ingin kita buang jauh-jauh.
Kita lemparkan ke hujung dunia,
Kita hapuskan dari minda dan ingatan.
Bukan kerana kita membenci.
Tetapi kerana menyedari,
Mengingatinya,
Hanya membuat kita terikat kepada sebuah kesedihan.
Menyimpannya,
Hanya membuat kita terkaku pada sebuah angan-angan.
Bukan membenci.
Bukan berputus asa.
Cuma sedar,
Ada sesetengah perkara,
Memang bukan hak kita. 
;’)







Photobucket
 

Friday, March 30, 2012

Cukuplah Dengan Kesedihan Semalam

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ



Wahai jiwa yang sering merasa sempit di atas bumi ALLAH yang luas, sesungguhnya engkau belum dapat merasa lapang selagi engkau terkurung dalam ruangmu yang sempit itu.

Wahai jiwa yang memilih untuk memperpanjang kesedihan kerana kehilangan sesuatu yang dicintai, sesungguhnya tangisanmu yang terus menerus tidak akan dapat mengembalikannya kembali.

Wahai jiwa yang selalu gusar dengan dosa-dosa yang lepas dan merasa tidak terampun, sesungguhnya rahmat ALLAH itu luas menjangkaui seluruh ciptaan. Kecaplah rahmat tersebut, janganlah engkau terus membuat dosa kerana dosa.

Wahai jiwa yang selalu menyesal dan tidak bertemu jalan kembali, sesungguhnya jalan itu banyak, tinggal lagi engkau harus mencari, melangkah dan berhijrah.

Wahai jiwaku, wahai jiwamu, aku ingin berbicara dengan kalian.
“Orang yang lemah mencari seribu satu sebab untuk bersedih, orang yang kuat mencari seribu satu sebab untuk tidak bersedih.”

Kita bagaimana?

Kesedihan itu adalah sifat manusia yang tidak mampu dibuang terus oleh sesiapapun. Pasti ada detik-detik dalam kehidupan ini yang memunculkannya dan memberikan luka yang begitu dalam.

Rasulullah s.a.w. juga turut mengalami detik kesedihan ketika Abu Talib dan Khadijah pergi meninggalkan baginda. Apatah lagi kita yang punya jiwa tidak sekuat baginda. Pasti ada ketika, kita merasakan hidup ini begitu hampa, harapan tidak terlaksana, impian nampak jauh daripada kenyataan.

Ketika itu, kita merasakan bahawa kitalah orang yang paling malang dan paling layak dikasihani, paling perlu kepada pertolongan dan paling harus diberi perhatian. Benarkah?

Permasalahan utama ketika itu adalah diri, bukan situasi. Ini bukan tentang apa yang datang, tetapi tentang apa yang kita pandang. Persekitaran dan situasi kita mungkin sama, tetapi kaca mata kita berbeza.

Memang manusiawi jika kita bersedih dengan kejadian yang menyedihkan. Namun, jika kita terus menerus bersedih dan berpanjangan, melayaninya dan tidak berusaha merawatnya, maka itu adalah permasalahan besar kita sendiri.

Jika kita menyempitkan pemikiran dalam memandangnya, maka jiwa kita pun akan menjadi sempit. Namun, jika kita membuka pemikiran dan melihat secara lebih besar, jiwa kita pun akan menjadi besar dan semangat kita akan pulih.

Sebenarnya, kita terlalu bersedih kerana kita terlalu pentingkan diri dan melihat permasalahan kita adalah paling besar berbanding orang lain.

Jika kita melayani kesedihan kerana kehilangan orang yang tersayang, maka saudara-saudara kita di Palestin, di Syria, dan di negara-negara lain yang sedang hebat berperang lebih layak bersedih kerana mereka paling banyak kehilangan. Bahkan, ada ahli keluarga yang dibunuh di depan mata, suami-suami mereka dipenjarakan bertahun-tahun, isteri-isteri dan anak-anak perempuan mereka dirogol, dibunuh. Namun, adakah kesedihan itu membuatkan mereka lemah dan berpatah balik?

Jika kita merasa bersedih kerana kekurangan harta, maka saudara-saudara kita yang sedang dilanda banjir, gempa bumi, dan sebagainya lebih layak bersedih kerana harta mereka bukan lagi kurang, bahkan habis musnah. Jika yang dilanda kebakaran, habis seluruhnya hangus dijilat api. Terbandingkah kesedihan kita dengan kesedihan mereka?

Jika kita sedang bersedih kerana merasa dilanda sesuatu yang paling teruk berbanding orang lain, yakinlah, ada orang lain yang lebih layak untuk bersedih, namun tidak pula melayani kesedihan tersebut seperti kita.

Semua orang punya masalah masing-masing, menceritakan kepada manusia ialah salah satu cara meringankan, dan mungkin meluaskan horizon pemikiran jika diceritakan kepada orang yang tepat kerana dia mampu memberikan nasihat yang tepat dan bernas.

Namun, jangan sekali-kali lupa mengadu pada ALLAH yang mendatangkan cabaran kesedihan kepada kita. DIAlah juga yang berkuasa menghilangkannya. Bergantunglah kepada-NYA dan sesungguhnya DIA paling layak menerima aduan. Demikianlah pesan Rasulullah s.a.w.:
“.. Bila engkau meminta sesuatu, mintalah kepada ALLAH, dan bila engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada ALLAH..” (HR Tirmidzi)

Ingatlah, orang yang lemah mencari seribu satu sebab untuk bersedih, orang yang kuat mencari seribu satu sebab untuk tidak bersedih.

Dalam proses penyembuhan luka pada tubuh badan kita, kita mungkin akan mengalami rasa kegatalan di sekelilingnya. Kita merasa dengan menggarunya akan menyelesaikan masalah dan menghilangkan gatal. Namun ternyata luka menjadi berdarah kembali, dan proses penyembuhannya pun bertambah panjang.

Sebaliknya, jika kita memberikan ubat yang betul pada kesan-kesan yang kita rasai, proses penyembuhannya akan lebih baik dan cepat.

Begitu juga luka yang abstrak, yang berkait dengan hati dan perasaan. Memang sakit ketika kehilangan orang yang sangat kita cintai, misalnya, namun jika kita mengembalikan niat untuk ikhlas menerima takdir, kita akan berusaha untuk redha dan mencari jalan untuk merasa tenang dengannya.

Sebaliknya, jika kita melayani kesan-kesan yang hadir bersama proses penyembuhan tersebut, melayani memori-memori dan nostalgia yang tak ke mana, luka kita pasti lebih panjang dan lebih dalam, dan penyembuhannya pun tidak sempurna.

Imam Ghazali pernah berpesan:
“Cintailah apa sahaja yang ingin kamu cintai, tetapi ingat, suatu hari kamu pasti meninggalkannya.”

Benar, jika bukan ditinggalkan mungkin kita yang meninggalkan.

Hakikatnya, jika kita berupaya mengatasi kesedihan-kesedihan yang kita alami, kita sedang hidup dengan lebih produktif. Masa bersedih diganti dengan masa untuk melakukan perkara-perkara yang lebih penting dan membina kegembiraan, ketenangan, dan kebahagiaan. Tidak perlu kita nafikan kesedihan yang datang, cuma kawal dan hadapi dengan lebih matang.

Untuk apa kita berpanjangan menangisi sesuatu yang telah berlaku dan tidak akan berpatah balik kembali sedangkan kita lupa mempersiapkan diri agar tidak bersedih dan menangis di akhirat nanti?

Terimalah kesedihan sebagai sebuah belaian ILAHI untuk kita kembali kepada-NYAsepenuh hati. Kita selalu ingin agar tertunai apa yang kita mahukan, sedangkan ALLAH memberikan apa yang kita perlukan.

Cukuplah dengan kesedihan semalam. Sapulah air matamu, lapangkan dadamu, ikhlaskan hatimu, katakanlah: “Selamat tinggal masa silam yang suram!”

Kembalilah kepada ALLAH dalam segenap keadaan, dan bertawakkallah kepada-NYA. Sesungguhnya, kita menyerahkan urusan pada DIA yang paling memahami kita dan pasti tidak akan mengecewakan orang beriman.
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah ALLAH” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan ALLAH kepadamu.” (Al-Fussilat: 30)


“kadang-kadang,
lebih baik membiarkan kesedihan bertandang,
andai itu yang dapat ‘membawa’ pulang hati kita padaNYA…
daripada,
kegembiraan yang ‘melarikan’ kita jauh dariNYA.
mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘magnet’ yang mendekatkan kita pada ALLAH..
dan mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘parut’ yang mengingatkan bahawa
ALLAH sentiasa ada,
saat kita susah dan senang.”


                                          Dalam kesedihanmu ada ALLAH sebagai penghibur:)
    Photobucket

Saturday, March 17, 2012

Memilih Untuk Redha

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


Tiada lagi air mata,
Untuk ditumpahkan.
Tiada lagi keresahan.
Bertakung di perdu atma ini.
Yang ada hanya redha.

Redha,
Pada setiap ketentuan.
Pada setiap pemilihan.
Pada setiap keputusan.
Kerana aku lebih yakin padaNYA bukan yang lain.



Monolog hati,
17032012
4:20pm
Ghurfati, Mahallah Safiyyah


Photobucket
 

Wednesday, March 14, 2012

Biarkan Ia Berlalu Pergi

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

Mengapa rasa sayang itu susah dibuang?
Mungkin kerana rasa sayang itu bukan terbina sehari dua. 
  Mungkin kerana rasa sayang itu bukan sekelumit, bukan sebesar kuman. 
  Mungkin kerana rasa sayang itu sudah terlalu melebihi. 
  Melebihi apa? 
  Melebihi keredhaan pada ketentuan-NYA. 
  Melebihi kepercayaan pada kehendak-NYA. 
  Ya.
  Mungkin kerana itulah. 
  Jadi, jangan disogok hati itu dengan janji yang tak pasti. 
  Sebaliknya serah saja pada yang HAKIKI. 
  Sesungguhnya DIA lebih mengerti, lebih memahami. 
  Khier, InshALLAH:) 


RABBI,ENGKAU yang ‘menyuburkan’ perasaan ini dan hanya ENGKAU jua  yang mampu ‘menguburkan’ perasaan ini kembali. La haula wala quwata illa biLLAH:)

ALLAH menghapuskan apa jua yang dikehendakiNYA dan DIa juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNYA ada "Ibu segala suratan"(13:39)
And, ALLAH knows best:)
           
Blog ni mcm nak jadi tumblr je^.^

Photobucket
 

Sunday, March 11, 2012

Pain is truly a gift from ALLAH

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

 

With pain,
our life would be more meaningful.
Imagine our life without pain.
We would not have a different view of thinking or experience as before..

With pain,
we can add values in ourselves.
Without pain,
we could not have thought that we can be THAT strong.
SubhanALLAH..

With pain,
we can remember ALLAH.
Without pain, sometimes we could forget him..

With pain,
we can gain Ajr from ALLAH as long as we are SABAR.
Without pain,
we would not have the chance to practice our sabr and improve our iman.

So…
pain is truly a gift from ALLAH.
Alhamdulillah for this pain & suffering..
It makes us turn to YOU, Ya RABB..


And when I am ill, it is He Who cures me(26:80)





Ganjaran Syurga Bagi yang Sabar

Su’airah al-Asadiyyah atau dikenali dengan gelaran Ummu Zufar RA. Walau para ahli sejarah tidak menulis perjalanan kehidupannya secara terperinci, namun dengan keterangan yang sedikit itu kita dapat memetik banyak faedah, pelajaran, serta teladan yang agung dari wanita solehah ini.
Su’airah al-Asadiyyah berasal dari Habsyah atau yang dikenali dengan Ethiopia. Seorang wanita yang berkulit hitam, yang beriman kepada ALLAH SWT dan Rasul-NYA dengan penuh ketulusan. Ia adalah perumpamaan cahaya dan bukti nyata dalam kesabaran, keyakinan dan keredhaan terhadap apa yang telah ditakdirkan ALLAH SWT, RABB Pencipta Alam semesta ini. Dia adalah wanita yang datang dan berbicara langsung dengan pemimpin orang-orang yang ditimpa musibah dan imam bagi orang-orang yang sabar, Rasulullah SAW.
Dialog mereka berdua telah dimaktub dan dinukilkan di dalam kitab sunnah yang mulia. Telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitab shahihnya dengan sanadnya dari ‘Atha’ bin Abi Rabah ia berkata, Ibnu Abbas berkata kepadaku,
“Inginkah engkau aku tunjukkan seorang wanita penghuni syurga?” Aku pun menjawab, “Tentu saja.”
Ia berkata, ”Wanita berkulit hitam ini (orangnya). Ia telah datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata:
“Sesungguhnya aku berpenyakit sawan yang bila sakit maka tanpa disedari auratku terbuka. Doakanlah supaya aku sembuh.”
Rasulullah SAW bersabda:
Jika engkau kuat bersabar, engkau akan memperoleh syurga. Namun jika engkau ingin, aku akan berdoa kepada ALLAH SWT agar Dia menyembuhkanmu.”
Maka ia berkata: ”Aku akan bersabar.” Kemudian ia berkata: ”Sesungguhnya aku (bila sakit maka tanpa disedari auratku) terbuka, maka mohonlah kepada ALLAH SWT supaya auratku tidak terbuka.” Maka Rasulullah SAW pun mendoakannya. (HR Al-Bukhari 5652)
Lihatlah betapa tingginya keimanan wanita ini. Ia berusaha menjaga hak-hak ALLAH SWT dalam dirinya. Meski ditimpa penyakit, ia tidak putus asa akan rahmat ALLAH SWT dan bersabar terhadap musibah yang menimpanya. Sebab dia mengetahui sabar adalah sesuatu yang diperintahkan oleh ALLAH SWT. Bahawasanya tak ada suatu musibah apapun yang diberikan kepada seorang mukmin yang sabar kecuali akan menjadi timbangan kebaikan baginya pada hari kiamat nanti.
Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan diberi pahala tanpa batas.” (QS Az-Zumar :10)
Di dalam musibah atau cubaan yang diberikan ALLAH SWT kepada manusia terkandung hikmah yang agung, yang dengannya ALLAH SWT ingin membersihkan hambanya dari dosa. Dengan keyakinan itulah Su’airah lebih mengutamakan akhirat daripada dunia, kerana apa yang ada disisi ALLAH SWT lebih baik dan kekal. Dan ketika diberikan pilihan kepadanya antara syurga dan kesembuhan, maka ia lebih memilih syurga yang abadi. Akan tetapi di samping itu, dia meminta kepada Rasulullah SAW untuk mendoakan agar auratnya tidak terbuka bila penyakitnya menyerang, kerana dia adalah wanita yang telah terdidik dalam madrasah ‘iffah (penjagaan diri) dan kesucian, hasil didikan Rasulullah SAW, dan menjaga hak ALLAH SWT yang telah memerintahkan wanita muslimah untuk menjaga kehormatan dirinya dengan menutup aurat.
Ya ALLAH bantulah aku untuk memiliki sifat sabar yang sebenarnya dalam melalui ujian-ujian hidup ini dan peliharalah aurat dan keaibanku semasa aku diserang penyakit..ALLAHumma'amin



Jika engkau sabar ganjarannya SYURGA:')

110312
8.26am
Baiti Jannati:)

 Sanah helwah buat sahabatku sayang, Fasihah=)


Photobucket
 

Wednesday, March 7, 2012

ALLAH Sentiasa Memberi yang Terbaik:)

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

Kadang-kadang,
ALLAH berikan kita kekurangan,
Untuk menguji kita dengan kekurangan yang kita ada itu.
Kadang-kadang,
ALLAH duga kita dengan ketidaksempurnaan,
Untuk menduga kita dengan ketidaksempurnaan yang kita miliki itu.
Memang sengaja,
ALLAH memilih kita.
Kita yang tak punya itu dan ini,
Dikelilingi dengan orang yang ada itu dan ini.
Kadang-kadang,
Tak cukup dengan ujian kekurangan,
ALLAH hantar pula insan-insan yang memperlekehkan kita.
Insan-insan yang memperkatakan kekurangan kita,
Mulut-mulut yang mengata tentang ketidaksempurnaan kita.
Dan kadang-kadang,
Yang melukai hati,
Bukan kekurangan yang kita miliki,
Tapi,
Keceluparan mulut-mulut insani yang kata-katanya tajam,
Menghiris hati.
Namun,
Kadang-kadang,
Kerana terbawa emosi,
Kita lupa,
Mereka juga adalah ujian.
Bila kita mengaku redha dan ikhlas,
Dengan ujian dan kekurangan,
Maka adakah mulut-mulut orang yang kurang ilmu,
Akan membuat kita sakit hati,
Membuat kita membenci dan berdendam?
Astaghfirullahalazim.
Moga ALLAH mengampuni kita.
Kita yang diuji.
Dia yang mengeji,
Dan kita yang mungkin terlanjur membenci.


Kita merancang dengan cita-cita, ALLAH menentukan dengan sepenuh cintaNYA






  Photobucket

Saturday, March 3, 2012

Ini Pasti Berakhir

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


Jika dunia hanya sementara, begitu juga kesusahan yang dihadapi. Haruslah kita menyedari bahawa kesempitan dan kesusahan ini tidak kekal selama-lamanya. Ia pasti berakhir suatu masa nanti. Apa yang diminta daripada kita hanyalah BERSABAR sekejap sambil menjaga hubungan dengan ALLAH dan berbaik sangka dengan ALLAH setiap waktu.

Walaupun ada kemungkinan kesusahan tidak akan berarak pergi semasa hidup, namaun kesempitan ini pasti berakhir dengan kematian. Pada saat itu, maut akan membawa kehidupan yang penuh bahagia di syurga ALLAH yang abadi. Bukankah kematian itu syarat utama untuk bertemu dengan ALLAH?ALLAHurabbi 
Nabi s.a.w bersabda: “Andai engkau bertawakal kepada ALLAH dengan sebenar-benarnya, nescaya ALLAH akan memberi rezeki seperti burung. Ia keluar dengan perut kosong pada waktu pagi dan kembali dengan perut kenyang pada waktu petang.(riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Cincin Raja

Sesiapa yang mengenali hakikat dunia, ia tidak akan jatuh cinta kepadanya. Menyedarai kefanaan dunia adalah satu cara untuk mengusir bisiskan syaitan.

Imam Al-Ghazali bercerita dalam Ihya’ Ulum al-Din bahawa seorang raja meminta penasihatnya untuk membuat alat dengan fungsi khas. Alat ini mestilah dapat menghilangkan kesedihan si raja apabila ditimpa musibah, dan menghalang baginda daripada berlagak sombong apabila mendapat kesenangan.

Tidak lama kemudian, penasihat yang bijaksana itu mempersembahkan sebentuk cincin dan meminta baginda untuk selalu memakainya.

Beliau juga berpesan agar si raja memandang cincin tersebut setiap kali berada dalam kesengan mahupun kesedihan. Kata beliau, jika si raja melakukannya, kesedihan itu pasti hilang dan kesombongan tidak pernah akan datang.

Tiada keistimewaan pada cincin itu dari segi bahan ataupun bentukknya. Ia hanya cincin biasa yang dibuat daripada besi. Namun kalimah yang terukir di atasnya sungguh luar biasa.

“Ini pasti berakhir”

Semoga ALLAH membuka hati kita daripada melihat hakikat dunia dan memberi keyakinan untuk hanya mengharap kehidupan akhirat. ALLAHumma’amin.



#Perkongsian daripada Majalah Solusi isu 41(Anekdot, sofhah:29)#


ALLAH nak uji sikit je lagi. SABAR ye(:


Photobucket
 

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...