Monday, September 10, 2012

DIA Masih Menguji:')

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


hidup yang disulami air mata, ketawa, canda, ujian dan cabaran,
yang terkadang mengecewakan dan melukakan,

itu adalah lebih baik dilalui,
berbanding mimpi yang indah,
namun kosong dan lompong,
tiada erti.
indah hanya khayalan yang tak pasti.
‘terjaga’ segalanya hilang dan pergi.
yang tinggal mungkin hanya air liur basi dan memori yang berbaki.

sedang hidup.
walau perit dijalani,
ia adalah realiti yang pasti.
larilah atau sembunyi,
ia adalah hakikat yang pasti.
tidurlah atau berjaga,
suka atau benci,
semua hakikat perlu diterima dengan lapang hati.
dan perubahan perlu dilakukan dengan tangan sendiri.
dan setiap yang tinggal adalah sesuatu yang sangat beerti dan istimewa.
pengalaman, dan pengajaran yang tak sama seperti yg dimiliki insan lain.
sesukar mana pun kehidupan,


percayalah bahawa hidup yang menyakitkan itu lebih baik dari mimpi yang sangat indah sedang ia pasti dan tak punya erti.

==============

Semester baru yang sepatutnya bermula hari ini terpaksa ditangguhkan lagi untuk sementara. Bersangka baiklah. Perancangan ALLAH tiada yang sia-sia!

Tiada apa yang perlu dirisaukan. ALLAHkan selalu ada:)
[tak mau study leave dah]

ALLAH menghampakan hambaNYA?

Tidak sama sekali!


    ALLAH, I need YOU,

           


Photobucket
 

Tuesday, September 4, 2012

Soal Jodoh


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


Bila ada yang bertanya,

bila nak kahwin?
bila nak merasa makan nasi minyak ni?

Bagi saya soalan itu tidak patut ditanya dan layak dijawab oleh sesiapa. Hatta seseorang itu telah pun mempunyai tarikh pernikahan. Jika perancangan kita seiring dengan perancangan ALLAH maka terjadilah. Jika sebaliknya, ALLAH sedang aturkan yang lebih baik . Soalan tentang jodoh sama seperti kita bertanyakan tentang kematian 'bila awak nak mati?' *kasar kan?*Jodoh, ajal, dan rezeki ALLAH dah susun kemas-kemas. Keyakinan itu perlu ada. Jangan meminta cepat, apa yang ALLAH lambatkan, dan jangan meminta lambat apa yang ALLAH cepatkan.

===================

Urusan jodoh ini kena serah bulat-bulat[petak-petak,segi-segi. boleh belaka] kepada ALLAH(tanpa menafikan usaha). Sebagaimana tawakal seekor burung keluar di pagi hari mencari makan dan pulang di waktu petang dengan perut yang kenyang. Sebagaimana kita tak pernah takut tentang rezeki kita[apa yang nak makan]bila bangun dari tidur begitu juga dengan soal jodoh. Jangan risau jodohmu ALLAH dah sediakan. Kalau tak di dunia, inshALLAH di syurga nanti=)

=================   

Bila 'sakit' ni ramai la yang memberi saranan

'biasanya orang yang sakit macam ni lepas kahwin akan sembuh'
'kawan akak ada sakit macam adik juga, lepas je kahwin alhamduliLLAH sembuh. Try ikhtiar dengan kahwin'
'nak sembuh tak?kahwin la cepat-cepat'

=.=

Pernah juga seorang sahabat yang diuji dengan penyakit yang sama mengatakan beliau sudah sembuh selepas berkahwin dan menyarankan saya mengikut jejak langkahnya.

*Peluh besar*

Kalau la jodoh tu boleh 'dipanggil' dengan memetik jari mungkin dah lama saya buat kot. Tapi 'memanggil' jodoh bukan semudah itu. Perlu ada usaha, doa, tawakal. Saya tidak mahu kahwin hanya untuk sembuh. Takut-takut ALLAH hilangkan sakinah, mawwadah wa rahmah yang ALLAH dah janjikan dalam perkahwinan. Sedangkan perkahwinan itu perlu jelas matlamatnya kerana perkahwinan sangat berkait rapat dengan urusan akhirat. Ia boleh jadi destinasi syurgakah atau nerakakah kita.     

Bila mereka menyarankan begitu, saya hanya mampu menjawab

Biarlah kesembuhan itu datang bila mana ALLAH kata kesembuhan itu adalah yang terbaik untuk saya. Tak kira lah dengan cara macam mana pun.

Jodoh tu Rahsia ALLAH. Tak perlu tergesa-gesa. ALLAH tahu kemampuan seseorg sama ada sudah bersedia atau belum untuk berumahtangga. Bersangka baiklah dengan ALLAH
"bila ALLAH kata belum, bukan bermaksud tidak akan. bila ALLAH kata ya, bukan bermaksud tanpa ujian. tapi, bila ALLAH kata "Berdoalah!!", nescaya DIA akan perkenankan :)"


Bila ALLAH kata inilah masanya, masa tu akan saya kahwin. inshALLAH:)




Hati mula menjawab,
   
04092012
5.16am


Photobucket
 

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...