Saturday, November 17, 2012

Berlalulah Duhai Kesedihan....


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ



Jangan bersedih, meskipun kau merasa sangat  sakit dengan apa yang dikatakan orang lain terhadapmu..
Jangan bersedih, meskipun apa yang dibuat belum membuahkan hasil yang memuaskan untuk dirimu..
Jangan bersedih, meskipun tatkala orang lain memandang rendah terhadap kemampuan yang kau miliki...
Jangan bersedih, meskipun engkau telah banyak kali terjatuh dan tersungkur sehingga hendak menangis..
Jangan bersedih, meskipun banyak onak duri yang menjadi rintangan dalam mencapai apa yang kau inginkan..
Jangan bersedih, meskipun saat itu kau merasa tersisih  dari kehidupanmu..

Kerana ketahuilah, apa yang kau lakukan itu, jika bersedih,  tidak akan membuahkan hasil,
Tidak akan boleh merubah apa – apa pun menjadi lebih baik,
Bersedih tidak akan menghilangkan sakit hatimu,
Bersedih tidak  akan menghasilkan  kerja yang  memuaskan,
Bersedih tidak membuat orang memandang hormat kepadamu,
Bersedih tidak membantumu untuk tidak terjatuh lagi,
Bersedih tidak menghilangkan rintangan yang kau hadapi, dan
Bersedih juga tidak membuat mu boleh  diterima didalam lingkunganmu..

Hidup ini memang penuh dengan cubaan yang harus dihadapi,
Tetapi yakinkanlah dari dalam lubuk hatimu,
Bahawa ALLAH tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya,
Yakinlah setelah gelap pasti terang akan menjelang..

Ujian dan cubaan yang diberikan kepada kita, kepahitan dan keperitan yang kita rasai,
Pasti ada makna disebalik itu semua,
Cuma bagaimana cara kita untuk mensyukurinya..

Jika ini ketentuan ALLAH,
Mari kita cuba tabahkan hati,
kerana pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu…
Kerana kita manusia biasa,
Tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya..
Apakah rahsianya..

Hidup ini terus berputar!
Tiada masa untuk berlengah!
Tiada masa untuk berpatah!
mari kita kuatkan hati yang serapuh kaca ini,
salutkan bersama doa tulus suci,
kerana doa itu tersimpan satu kekuatan,
kekuatan dari yang EMPUNYA segalanya..

Dan pastinya dunia bukan milik kita, untuk kita atur segalanya,
Kerana takdir itu mengatasi tadbir…
Tadbir dari manusia yang lemah,
Takdir dari TUHAN Yang Maha Mencipta,

Simpan segala pahit dan duka, dalam surat kehidupan ini,
Yang penuh sirat pengajaran.
Disebalik yang terjadi pasti ada yang terjanji termateri sesuatu yang pasti jika kau ridha akan ketentuan ILAHI..

******************

Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa ‘Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dpetik di tengah tengah pohon berduri..

Sesungguhnya seorang mukmin itu tidak sepatutnya bersedih terlalu lama.Kerana dia ada ALLAH di sisinya.Dan kesedihan bukanlah cara seorang hamba ALLAH mengabdikan diri kepadaNYA




:')




ALLAH tahu kamu mampu sebab tu ALLAH uji:')

 
Photobucket

Tuesday, November 13, 2012

# Note To Self 8 #



ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


Ujian merupakan pentas bicara dan didikan TUHAN.
merupakan graf jatuh bangun sebuah kehidupan
dan yang pasti..
semua akan melaluinya.

Ujian itu.
Mungkin itu cara ALLAH menyatakan bahawa diri kita terlalu bergantung pada dunia. 
Atau mungkin, itu cara ALLAH mengingatkan kita, agar jangan terlalu bergantung harap pada dunia.

Atau mungkin, itu cara ALLAH memberitahu kita bahawa sudah tiba masanya kita kembali kepada DIA
kerana kita sudah lama melupakan DIA.


Mungkin, ALLAH rindu kita.
terlalu rindukan kita.

:'(





Maafkanlah bila hati ini tak sempurna mencintaiMU ya RABBI!



    Photobucket

Saturday, November 3, 2012

Main Masak-Masak Lagi!^__^

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


Resepi Blueberry Cheesecake




Bahan-bahan 

500gm cream cheese
3/4 cawan gula kastor
4 biji telur
200ml whip cream (guna separuh-100ml, separuh lagi unuk hiasan kek)
1st esen vanila

Untuk Base:

15-17 keping biskut marie-mesin hingga halus
75gm mentega dicairkan
250gm blueberry pie filling (biasanya dalam mangkuk taufufa tu)

Cara-cara

#Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.

Untuk Based.

#Gaulkan biskut marie yg telah dikisar td bersama mentega cair sehingga menjadi adunan yg boleh dikepal. Jangan terlalu kering nanti berderai. Jangan terlalu basah nanti tak boleh potong. Tekankan ke dalam loyang.
#Selepas diratakan, simpan di lam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Untuk kek

#Putar krim cheese bersama gula kastor sehingga kembang. Masukkan esen vanila. Putar lagi.
#Masukkan telur sebijik demi sebijik. Putar. MAsukkan whip krim. Putar lagi.
#Apabila semuanya sudah sebati blh dituang ke dalam loyang.  
#Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 40 - 45 minit.
#Dah sejuk baru hiaskan dengan whip cream yang dipukul kembang disekelilingnya. Hiaskan bersama-sama blueberry filling di atasnya. Atau blh hiasakn ikut citarasa anda. Sejukkan semalaman. 

Note** Cheesecake perlu dihidang sejuk. Jgn potong masa masih panas kerana ianya akan mengecewakan anda. Selamat mecuba .. (^_^)

Credit to--->Myresepi




Inilah hasilnya^____^


==============

Kalau balik rumah je mesti rasa nak buat kek=.='





~minggu lepas dah buat, baru ni nak update~
Photobucket
 

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...