ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ
Mendengar luahan hati dan pelbagai cerita,
mereka yang telah berumah tangga,
sebenarnya banyak membuka mata.
bila kamu nak belajar bersyukur, dan menghargai,
jangan tunggu sehingga kamu bertemu pasangan hidup.
mulakan sekarang.
bila kamu nak rasa bahagia,
jangan tunggu sehingga setelah kamu berkahwin.
minta dan belajarlah untuk bahagia,
dari sekarang.
bila kamu ingin berubah,
menjadi lebih baik,
maka mulakanlah sekarang.
hatta berseorang,
tanpa pimpinan sesiapa.
hatta keseorangan,
tanpa motivasi dari sesiapa.
mulakan sekarang,
jangan menunggu dan terus menunggu hadirnya pasangan impian.
bukan masalah tentang penantian,
tapi kerana masa hadapan itu rahsia,
dan kita tak akan pernah tahu,
sebanyak mana masa yang kita ada,
walaupun hanya untuk bermula.
mula untuk menjadi lebih baik.
mula untuk lebih menghargai.
mula untuk lebih mensyukuri,
mula untuk belajar bahagia.
so,
kalau ada niat.
nak mula,
mulakanlah sekarang.
jangan tunggu dan tunggu.
tunggu itu,
tunggu ini.
tunggu dapat itu.
tunggu dapat ini.
katalah pada diri,
' wahai hati, kenyataan itu mungkin tak seindah harapan, tahu?'
Bukanlah setiap apa yang aku tulis atau aku petik daripada kata-kata orang lain itu menggambarkan tentang realiti kehidupanku, sebenarnya yang demikian itu hanyalah ayat-ayat yang mengkagumkanku, yang kadang-kadang ayat-ayat itu diperlukan oleh orang-orang selainku…:)