Friday, February 24, 2012

Ibu Yang Sekuat Seribu Lelaki

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

~Untuk melahirkah anak-anak yang hebat(jilul quran etc) prosesnya bermula 20 tahun sebelum kelahirannya..erk, subhanALLAHi wabiham dih~



Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun.

Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” ada ayat  yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”
“Ya,” jawab anak itu singkat.
” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz
Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)
“Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya  lebih muda berbanding  murid-muridnya yang ada.
Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “kamu hafal surat An-Nahl?” 


Ternyata anak kecil itu  menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dgn surah-surah yang lebih panjang. “Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?” 


Anak kecil itu kembali mengiyakan dan  membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?” 


“Ya,” jawabnya dengan jujur. 


Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan, “SubhanALLAH wa masyALLAH,tabarakkALLAH” 


Setelah  hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,” Esok, kalau kamu datang  ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.
Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai. 


Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki.  Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”. 


“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.” 






Moga mampu menjadi seperti ini^.^Berusaha kearah mampu..la haula wala quwataiLLAH biLLAH


Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka, 


“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini, “Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti” 


Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya. 


Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah. 


Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.” 


Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang – orang  yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain. 



Ibu si anak cerdas ini,  dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.

Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim). 


Perempuan yang dikenalkan kepada kita dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah   ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin. 



Dalam keadaan kehamilannya yang berat,  ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara. 

Semoga dari kisah diatas dapat kita ambil pelajaran & menjadikan teladan.



               ♥*ღ☆**ღ Moga lahir dari rahim yang sempit ini Ansorullah, Jundullah,                                             
                   Syuhada',Hamalatul Quran, Soleh/Solehah, Wali-waliMU dan Ulama'-                                                               
                                            ulama'MU..ALLAHumma amin ♥*ღ☆**ღ


kredit: http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/ibu-yang-sekuat-seribu-lelaki/#ixzz1nGa7Poop



Moga bukan sekadar angan-angan:),
        
Mode: Tak sabar nak masuk kelas parenting^.~
Photobucket
 

Thursday, February 23, 2012

Melangkah ke Tangga 22


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ



 

20 tahun yang lalu..
Pada usia kamu yang bertambah.
Moga kamu semakin kuat dalam pengharapan.
 Semakin teguh dalam penantian.
Berkongsi keluh kesahmu bukan pada lelaki tapi pada ILAHI…
Bercerita tentang pengharapan bukan pada kekasih tapi pada RABBI…
Pada usia kamu yang bertambah.
Moga kamu semakin yakin.
Bahawa penantian adalah ujian, dan perjalanan adalah pengalaman.
Bersungguh dan semakin teguh dalam istikharah cintamu.
Menanti DIA mengutuskan seseorang.
Mengharap DIA menunjukkan jalan.
Selamat menjejaki tangga 22.

Ya, mungkin ada hikmahnya.. Hikmah-NYA, yang DIA sembunyikan, yang DIA rahsiakan, yang masih DIA simpan dari pengetahuan kita. Yang masih belum mampu kita ‘lihat’ …




Di'edit' dari: 
http://tersenyum-melihat-langit.tumblr.com/?scmmusicplayer=adrianshum#ixzz1lT1reYzo


        Selamat 'Pendek' Umur ,

           
Photobucket



Wednesday, February 22, 2012

ALLAH, Terlalu Sulit

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

Ya ALLAH.
Memang masih terlalu banyak yang harus saya belajar.
Belajar menangani emosi saya.
Belajar melayani kerenah dia.
Belajar bersabar dengan dia.

Ya ALLAH.
Terlalu banyak.
Menilai kembali diri saat berhadapan karenah dia,
Membuat saya merasa sangat malu.
Malu, bila mana, saya tidak mampu melayani dia dengan baik.
Membuat saya terkadang merasa sangat sakit hati.
Sakit hati, bila saya rasa bahawa saya telah menyakiti hati dia.

Dan mungkin kerana itulah,
Saya lebih selesa meminggirkan diri.
Memilih untuk menjauh dan menjarak.

Sebab saya takut,
Bila saya terlalu rapat dengan dia,
Maka saya akan lebih selalu melukai dia.
Bila lebih banyak masa saya terluang dengan dia,
Maka lebih banyak pula tingkah saya yang melukai dia.

Dari dia,
Kekurangan dia, sikapnya, caranya,
Saya belajar banyak benda.
Dan saya sedar banyak perkara,
Terutamanya tentang diri saya sendiri.

Belum pernah saya berurusan dengan sesuatu yang lebih sulit daripada jiwa saya sendiri, yang kadang-kadang membantu saya dan kadang-kadang menentang saya.”
- Imam Al-Ghazali-

****
ALLAH,terlalu sulit..



Kadang-kadang hidup ini kita perlu bersendirian...
Banyak perkara dalam hidup ini penuh berteka teki
Semakin banyak persoalan tentang kehidupan sebenarnya semakin kurang jawapannya.
Kadang-kadang dalam hidup ini apa yang kita inginkan susah untuk diperolehi
Tetapi dalam saat kita tidak inginkan, mudah pula diperolehi...
Perjuangan dalam kehidupan.
Banyak lagi yang perlu kita pelajari disebalik hikmah kehidupan ini...


There is no one who understands us better than ALLAH Taa’laa ♥

Photobucket

Monday, February 20, 2012

Menangislah!

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

Menangislah wahai mata, petanda kau hanya HAMBA! 

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri.Di sana,lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.

Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:
 
“Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu.” 

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
 
“Kenapa engkau menangis?”
 
“Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,”jawabnya .


Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata :

“Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”
 
Ibnu Masud r.a.berkata :
 
“Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.
 
Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :

“Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH.”

Menangislah di sini,sebelum menangis di sana..




ALLAH biar kamu sendiri, Bukan untuk suruh kamu handle semua kesakitan tu sendiri, Tapi untuk kamu kembali pada DIA.T_T

ALLAH..ALLAH..ALLAHu ALLAH


Photobucket
  

Saturday, February 11, 2012

Dan Kerana ALLAH, bersabarlah!

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ 

Dan, kerana ALLAH, bersabarlah.
Walaupun itu sangat melukai hatimu,
dan kerana ALLAH, bersabarlah…

Walaupun itu membuat hatimu luluh dan lelah,
dan kerana ALLAH, bersabarlah…

Bila ada hal membuat kamu ragu-ragu dan keliru,
Namun kerana percaya pada ALLAH, maka bersabarlah..
Dan kerana yakin pada ALLAH, maka bersabarlah…


Dan kerana ALLAH, maka bersabarlah..
Tiada ketentuan yang sia-sia.
Tiada ujian yang melebihi kemampuan.
Tiada duka yang tersembunyi dari pengetahuan-NYA.
Tiada air mata yang kering tanpa diketahui-NYA.

Dan bila kamu sudah kehilangan sebab untuk tetap bersabar,
Maka pujuk hatimu,
Dan kerana ALLAH, bersabarlah…

Saat ujian datang bertimpa-timpa,ALLAH cuma mahu menduga, masihkah kamu sabar dengan kekurangan,dan masihkah kamu redha dengan ketentuanNYA.



Lihat ke langit dan senyum:) ,

Photobucket
 

Sunday, February 5, 2012

Buat Kekasih Sepanjang Perjalanan

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

Ya Rasulullah,
Kala kukuak tabir kasihmu
Yang terlakar kemas dalam dakapan waktu

Aku malu sendiri
Terpatung daku pada hakikat diri

Cuba kuketuk benteng keras di hati
Yang berpalit agam karat mazmumah
Hati, yang kian jauh bermusafir
Jauh dari kenangan kasihmu nan terpatri



Ya Mustafa,
Andai hari ini dikau menjengukku
Pasti menitis air matamu itu
Pasti ceriamu berbuah lesu
Pasti tak terbayang keperitan rajukmu



Diri ini kian lupa
Lupa pada hakikat sebagai khalifah
Yang kau wariskan padaku..
Yang kau wariskan pada umatmu ini



Diri ini mendamba syafaatmu
Mendamba sinar cintamu nan sejati
Namun diri ini mungkir
Mungkir pada janji nan terukir



Ya habibi,
Maafkan daku
Maafkan daku
Maafkan daku



Akan kucari kembali sinar kasihmu itu
Agar sirna zulumat di hati
Agar terungkai resah nan lama bertaut
Agar aku kembali mengikat rantai perjuanganmu



Ya RABBI,
Sampaikan salamku buatnya
Buat kekasihMU itu
Moga kau limpahi hati ini
Dengan baraan semangat berapi
Moga kau penuhi hati ini


Dengan cinta setegar Abu Bakr
Moga kasih ini bertaut kembali…

Tewaskanlah kelemahan ini ya RABBI
Moga warna ceria mujahadah insani
Bersinar kembali



…Pasrah mencari cinta hakiki dalam medan pertempuran nafsu nan tak bertepi…




copied from:here

  

Photobucket
 

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...