Wednesday, July 11, 2012

Dunia Memerlukan Senyumanmu:)

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


               

Tersenyumlah wahai hati
Mengapa terus menerus larut dalam tangisan?
Tangismu itu hanya akan membuat hatimu tercabik-cabik dan murung.

Tersenyumlah wahai hati
Cukuplah kau berasa pilu!
Sudah
Cukup sudah sedihmu
Tiada guna kau tangisi pada perkara yang sudah terjadi

Cuba lihatlah matamu yang membengkak!
Cuba lihatlah hatimu yang sesak!
Tak kesian kah?
Tak kesiankah pada matamu yang indah itu?
Tak kesiankah pada hati yang bening itu?

Dunia memerlukan senyumanmu
Bukan tangismu!
Tersenyumlah wahai hati
Tersenyumlah wahai penduka
Sambutlah kembali harimu dengan senyum manismu
Dengan senyum ceriamu

Mana senyummu?
Ayuh, tersenyumlah agar dunia pun tersenyum untukmu!

Perkara yang membuatkan hatimu sakit
Tiada guna disesali
Tiada guna ditangisi
Tataplah masa depan
Bukan masa lalu
Positifkan dirimu

Sekalipun engkau rasa seolah tidak mampu tersenyum
Tersenyumlah !
Kerna ALLAH masih melimpahkan nikmat yang tidak terkira kepadamu
Dampingilah ALLAH agar engkau terus kuat tersenyum.

Sebenarnya,
ALLAH sayang padamu
dan bumi juga rindu pada senyuman manismu
Tersenyumlah :)

             


Menangis tak salah pun, yang salahnya ialah menyalahkan takdir dan bersangka buruk pada ALLAH. Yakinlah, ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita. Apapun, semoga kita cukup cubaan dan dugaan untuk menjadikan kita kuat menghadapi cabaran. Think positive okeh. moga ALLAH redha :)

==============

Kita mahukan yang baik, tetapi ALLAH bagi yang TERBAIK..Sweetkan ALLAH^____^


"Perjalanan kita ni jauh lagi, jauuuuh sangat. Kalau kita terjatuh dalam perjalanan tu pastu tak nak bangkit kembali memang tak kemana lah kita. So, kalau jatuh, bangkitlah !, jatuh tu pun bukan selalu , kadang - kadang je ^^"[saya genggam pepatah ni, biarpun jatuh kali ketujuh,bangunlah untuk kali kelapan!]




Photobucket

Bersabarlah..Biar 'Tangan' ALLAH yang Berkerja!

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

Bersabarlah.........
Waktu yang kau nantikan akan tiba
Sungguh..
ALLAH memiliki anugerah-anugerah pada masa-masa kehidupanmu
Bersiap-siaplah untuk menerimanya
Jika masa itu telah memihakmu


Percayalah.....
ALLAH akan memberimu disaat yang tepat
Tak usah kau menitiskan airmata ataupun bersedih kerananya
Bila apa yang diharap belum jua memihakmu
Tetaplah genggam SABAR dihatimu

Ingatlah! ....
Akan janji ALLAH
DIA akan selalu memberimu yang terbaik
Yang terbaik!
Yang terbaik!
Yang Terbaik!
Dan akan memberi apa yang kita perlu
Tak selalu memberi apa yang kita inginkan!


Bersabarlah.... 
Tetaplah bertahan,terus berharap
Kerana ALLAH selalu disisimu
Tingkatkan kualiti dirimu
Tingkatkan kualiti ibadahmu
Tingkatkan keilmuanmu
Agar engkau mengerti
Agar engkau mengetahui
disebalik rahasia-NYA

Bersabarlah....
Usah kau bersedih hati ataupun melemah
Ingatlah!
ALLAH tidak pernah mengajarkan kita untuk menjadi manusia yang lemah
Justeru ALLAH mengajarkan kita untuk tetap kuat dan kukuh!
Dan tahukah sayang....
Betapa besar pahala orang-orang yang sabar itu?
ALLAH akan memberikan pahala TANPA BATAS
Diluar sangkaan kita




Maka besabarlah .........
Jika masanya telah tiba
Kebahagiaan itu akan kau raih jua
Percayalah......
Tetaplah berharap penuh pada-NYA!
 Tegarkan hati........
Melangkah dan berjuanglah

****************
************************************

Sebagai orang yang beriman,saat kita diberi ujian dan cubaan maka larilah dalam pelukan  ALLAH dengan SABAR

bila mungkin ada luka cuba tersenyumlah. Bila mungkin tawa cuba bersabarlah .Kerana air mata tak abadiakan hilang dan berganti!

Ya benarlah,semua akan berganti. Bahkan ujian itu sendiri kan berganti,bahkan tangis itu kan berganti. Kerana memang tak ada duka yang Abadi..tak ada ujian yang Abadi. Semua akan silih berganti,seiring Waktu yang berjalan. Selama kita tetap SABAR,SABAR,S ABAR menjalaninya.....
Sungguh..
ALLAH memiliki anugerah-anugerah pada masa-masa kehidupanmu
Bersiap-siaplah untuk menerimanya
Kerana ALLAH akan terlebih dulu  menguji seberapa besarkah kesabaran kita sebelum ia melimpahkan kebahagiaan-NYA

Sebelum ia limpahkan Anugerah terindah-NYA
 Sesuai Dalam FirmanNYA:

“Dan sesungguhnya KAMI benar-benar akan menguji kalian agar KAMI mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kalian.”
(Muhammad:31)

Diriku.......
Orang yang diberi cubaan dan ujian harus sentiasa bersabar kerana sabar merupakan kunci dari segala persoalan
Sifat sabar harus selalu melekat pada diri kita selama hidup di dunia,kerana dengan cara inilah kita akan KUAT Bertahan,Tabah menjalani.......InsyALLAH

Dan orang sabar itu akan mendapatkan pahala tanpa batas dari ALLAH Swt
Ingatlah ini:

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar:10)


Maka........
Bersabarlah diri
Bersabarlah hati
Bersabarlah duhai jiwa
Kerana Inilah Jalan Terbaik yang Harus kita tempuh iaitu BERSABAR

#Bersyukurlah,jika kita ditimpa ujian, Sesungguhnya dibalik itu, Terselip Kasih sayang ALLAH,sebelum DIA melimpahkan kebahagiaan-NYA padamu~


Ingat hadith ini selalu:
" Barang siapa yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar)
Maka ALLAH akan Menjadikannya seorang yang Sabar"
(H.R Bukhari)


:'(







Dan, kerana ALLAH tetaplah bersabar:')


Oh ya..nak promote tumblr saya..jemput datang^.^[klik:sini]
 

Photobucket


Alkisah Rumah Tangga di Facebook


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ




“SUAMI saya outstation lah dua hari. Rindunya kat dia nanti…,” antara kata-kata yang sering dipaparkan dalam ruangan mana-mana status di laman sembang yang popular terutamanya laman sosial Facebook (FB). Fenomena menulis ayat-ayat ‘cinta’ di samping memuat turun gambar yang agak keterlaluan untuk dipaparkan kepada umum dilihat kian menjadi-jadi dari semasa ke semasa.
Apakah rahsia rumah tangga sama ada di ambang bahagia atau sebaliknya perlu dijadikan tatapan ramai? Sedangkan apa yang dilalui pasangan itu adalah rahsia yang perlu tersimpan rapi dalam kamus hidup suami isteri. Situasi itu pastinya menimbulkan kesan negatif kelak tidak kiralah pada diri sendiri atau masyarakat sekeliling.
Mengundang keghairahan
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus dalam kuliahnya di sebuah masjid sekitar Shah Alam baru-baru ini berpandangan bahawa, kemungkinan besar insan yang memuat turun gambar di FB mahu berkongsi kasih sayang dan kebahagiaan mereka dengan orang lain.
Hukumnya haram, menyiarkan gambar senyum sana senyum sini adalah fitnah. Nescaya mengundang dan menaikkan nafsu orang yang melihatnya. Tidak elok bukan, walaupun individu yang bergambar itu mempunyai perhubungan yang sah di sisi Islam.
“Ingatlah lafaz ini – aku terimalah nikahnya dengan mas kahwin tersebut itu maknanya aku terimalah dia menjadi isteri ku halal bagi ku mengikut garis syariat, yang pakai tudung pun apa kurangnya, senyuman dengan pelbagai aksi. Itu semua bagi menarik perhatian ramai dan akhirnya jadilah ia suatu perkara yang tidak elok,” ulasnya dalam ceramah tersebut.
Menurutnya, FB adalah medium yang banyak manfaatnya jika digunakan sebaiknya antaranya mujahidin pembela agama ALLAH SWT di Chechnya mengaplikasikan penggunaan FB untuk menentang pencerobohan tentera Rusia, mereka menggunakan bahasa isyarat dalam FB yang tidak boleh dikemas kini tentera musuh, namun masyarakat kini bertindak sebaliknya.
Itulah yang berlaku apabila dunia berada di akhir zaman. Sementara itu, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nabilah Yusof berkata, tidak boleh mengharamkan penggunaan FB kerana ia adalah medium yang mempunyai kebaikan dan keburukan kepada pengguna. FB boleh dianggap sebagai pengikat (silaturahim). Laman sosial itu dilihat bermasalah apabila penggunanya tidak mengemudi FB kepada perkara sepatutnya.
Rahsia rumah tangga
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi ALLAH pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu.” (Riwayat Muslim).
Melihat kepada hadis di atas jelas menunjukkan janganlah beria-ria memuat turun gambar mahupun menaip status yang bukan-bukan di FB yang menjadi ikutan berjuta orang. Cukuplah jika anda dan pasangan tahu apa yang berlaku. Kegembiraan atau kedukaan usah dipertontonkan kepada orang lain kerana pada anda ia adalah perkara baik namun, bagaimana jika individu itu tersalah menilai.
Nabilah mengulas mengenai tindakan sesetengah pasangan yang hangat mempamerkan kisah cinta dan aktiviti mereka di FB dilihat kurang wajar kerana ia mengundang timbulnya perasaan meluat dan gejala negatif.
“Sebagai contoh, si isteri meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan suaminya, lalu dipaparkan di FB. Apabila kenalannya memberi komen yang berunsur mengapi-apikan, pasti pertengkaran akan wujud sekali gus merosakkan hubungan yang tersedia rapuh.
“FB ini bersifat serampang dua mata, digunakan dari aspek kebaikan maka baiklah jadinya jika tidak parah yang menimpa. Sekarang ini kita lihat isteri tak puas hati dengan suami, si suami pula geram dengan isteri, lepas ini ada pula anak melepaskan kemarahan pada ibunya dengan post di FB,” katanya kepada Rehal.
Menurutnya, perkara yang mahu dipaparkan di FB perlu ditapis, jangan semua benda mahu dikongsi, sifat malu itu perlu. Jangan berfikiran semua orang akan senang dengan tindakan yang dilakukan.
Alternatif terbaik
Islam adalah agama yang sangat menjaga umatnya, setiap perkara yang berlaku hendaklah diselesaikan berlandaskan kaedah dan cara berdasarkan hukum dan tuntutan syariat. Nabilah menegaskan, sebagai manusia yangdikurniakan akal fi kiran waras, kita hendaklah tahu menyalurkan kemahuan ke landasan yang betul.
“Usah diikutkan kemarahan atau keghairahan yang tersemat di jiwa, melainkan apabila menghadapi saat-saat getir di mana bantuan daripada pihak tertentu diperlukan. Mungkin mula-mula post gambar atau update status di FB, si polan berkenaan tak rasa apa-apa, tapi sampai satu hari dia sendiri akan rasa malu dengan perkara yang dilakukan, sampai saat itu barulah menyesal,” ulas anak kelahiran Johor ini.
Menurutnya, banyak alternatif yang boleh digunakan untuk menzahirkan kata cinta kepada pasangan.
Usahlah dihebohkan secara melampau-lampau. Ramai juga suami isteri yang hampir bercerai disebabkan tersilap mengemudi medium sosial itu, pekalah dengan keadaan masyarakat sekeliling bukan semua boleh menerima cara kita kerana setiap manusia itu berbeza.


--->**Fikir-fikirkahlah sensitivity kami yang belum kahwin ni..woha!**<---

phew~



            ---->*LayarMinda*<----



 

Friday, July 6, 2012

Countdown Untuk Merebut Sijil Taqwa~





ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

*Syaaban to do list*

*Masih belum terlambat rasanya*


*Okeh kita ulangkaji tentang puasa Ramadhan*



"Allahumma Balligna Ramadhan"

Countdown | 14 days.


*Ok,nampak sangat tahap kemalasan menulis yang super duper di sini. Habis semua main tampal je:D*


              
Photobucket
 

Thursday, July 5, 2012

Puisi:Sepi



ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


Dalam sepi ..

banyak perkara ditemui...
ada jiwa yang merintih..
dan berkeluh kesah
mengenang pahit manis
kehidupan,,

Sepi buat kita mengelamun
terkenang masa silam yang indah..
ada darai air mata
ada senyum dan tawa
mereka berkata..sepi itu indah

namun hati ku berbisik
sepi itu adalah kerinduan
ada pilu yang mendera
ada lara yang menyaluti jiwa..
kerana dalam sepi
rindu kian membara

bergelodak didanau kalbu
mengalir butiran jernih yang memilu
lalu rebah dimuara sendu...
kerana sepi itu adalah rindu

Seindah Janji


#ViaFb#



Photobucket
 

Wednesday, July 4, 2012

Doodle:Tragedi Sya'aban?

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ








Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre berpendapat, jika ditanya pada saya, mengenai amalan2 pada malam Nisfu Sya'aban, ada yang mengatakannya bid'ah dan terus meninggalkannya. Pada saya, bid'ah hasanah tidak salah untuk diamalkan, sekiranya amalan2 itu membuatkan diri kita terus dekat dengan ALLAH Ta'ala.. [read more: here]



------>Credit to:DoodleDakwah<-------





Photobucket
 

Sunday, June 17, 2012

Oh, Tentang Cinta Lagi!~

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ



Kadangkala, manusia terlalu sempit di dalam urusan cinta. Hingga tidak bergerak langsung cintanya, menjadi sukar, dan akhirnya tidak berjaya.



Kadangkala, manusia terlalu luas di dalam urusan cinta. Hingga melayang ke mana-mana, menjadi liar, dan akhirnya tidak berjaya mendirikan rumahtangga.

Aku pula sentiasa percaya,
bahawa cinta itu sederhana.
Ada prinsipnya, ada disiplinnya,
tetapi itu semua tidak menghalang cinta untuk mekar,
dan mengakar,
di dalam jiwa.

Namun tidak ramai hendak mengutamakan peraturan yang ditetapkan,
cinta dipandu perasaan dan bukannya keimanan,
membuatkan jalan-jalan cinta yang diambil adalah kotor,
sekaligus mengotorkan cinta,
dan menghapuskan keindahannya.
Hingga cinta kelihatan jijik,
dan tidak dikenali wajah sebenarnya oleh sesiapa.

Aku adalah yang berusaha membersihkannya.
Cinta ada jalannya, bukan diredah semata-mata.
Cinta punya disiplin, bukan sekadar lenggang kangkung bersahaja.
Cinta perlu dipandu keimanan, bukan perasaan membabi buta.
Cinta, mestilah hendak membawa ke syurga.
Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya.

Dan dengan itu semua,
aku bercinta.


*********

Islam mengiktiraf perasaan cinta di dalam hati manusia. Tinggal Islam tidak membiarkannya liar tanpa batas dan peraturannya.

Disiplinnya wajib ada.
Agar cinta tidak sekadar menjadi bicara semata.

~Hilal Asyraf~









Ada 'orang' kat luar tu..tapi saya duk online dalam bilik..*cuak* >.<


Photobucket

 

Monday, June 11, 2012

#Note to Self 6#

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


How can I believe when "lie" just
lies in the centre of "believe"
How can I Love when there is
"over" in "Lover"
How can I be friends with anyone
when we know "end" is there in
"friend"
How can I trust anyone when
there is "rust" in "Trust"
How can I live a life when there is
"if" in "life"?
ALLAH has "ALL" in Him,
therefore, I trust, love & believe in
ALLAH Being The Best of ALL!


Dan kini, waktu yang berlalu telah menjadi bukti,
Mudahnya menabur sebuah janji yang akhirnya tidak ditepati,
Harapan yang digantung melangit tinggi,
Dibalas dengan janji yang didustai. 


Ah,lupakan sahaja si PENDUSTA yang setia ,
Teruskan hidup ini yang masih panjang dan lebih bermakna.


***********
Berhenti berharap pada insani, Terus kekal berharap pada ILAHI!




Photobucket
 

Saturday, June 2, 2012

♥♥~AlhamduliLLAH~♥♥

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


يسألوننـي " كيف حالك ؟"

فأجيب : " الحمد لله."

فيظنون أنني بقمة سعادتي. نَسوا أننا نحمد الله على السرّاء والضرّاء ..

 الحمد لله حين نحزن، الحمد لله حين تضيق بنا الدنيا، الحمد لله حين نبتهج، الحمد لله حين نمرض، الحمد لله حين نرضى بالقدر، الحمد لله حين تنفرج..

الحمد لله على كل حال وفي كل الأحوال


---------------------------


Mereka bertanya kepadaku: "Apa khabar?"
Lantas kujawab: "Alhamdulillah."

Maka mereka menyangka bahawa aku sedang dalam kegembiraan. Mereka lupa bahawa kita bersyukur kepada ALLAH semasa gembira dan dukacita..

Alhamdulillah ketika kita bersedih, alhamdulillah ketika dunia menghimpit kita, alhamdulillah ketika kita ceria, alhamdulillah ketika kita sakit, alhamdulillah ketika kita redha dengan ketentuan, alhamdulillah ketika kita selesa..

Alhamdulillah dalam setiap hal dan keadaan.




حسبي الله ونعم الوكيل ولا حول ولا قوة إلا بالله العليّ العظيم





Photobucket
 

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...