Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ




Berpuasalah atas definisi sebenar iaitu 'meloloskan' diri daripada segala ikatan duniawi dan mengusahakan diri menjadi hamba Rabbani seikhlas mungkin.


"كونوا ربانيين ولا تكونو رمضانيين "

"Jadilah hamba kepada ALLAH, bukannya hamba kepada Ramadhan"

|Moga natijah akhir dari madrasah Ramadhan ini adalah TAQWA|







Beribadahlah seolah-olah ini Ramadhan yang terakhir, 
Photobucket
 

Monday, July 8, 2013

# Note To Self 15#

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ

Kehadapan anda yang bermuka-muka,
Anda yang kononnya sibuk ikut usrah,
Anda yang kononnya dekat dengan ALLAH,
Anda yang yang doplohpat jam disanjung manusia,
Anda yang sentiasa senyum kononnya dah yakin tak mungkin menjejak neraka,
Anda, anda boleh jamin ke senyuman anda ni akan terus kekal hingga ke syurga? Atau senyuman ni terukir sampai mati saja?
Sudahlah.
Anda, anda tahu tak anda buat dosa hari-hari? Tapi anda sedar tak anda nak buat solat taubat pun belum tentu sebulan sekali? Anda kata nak masuk syurga, tapi kenapa tak berperangai macam ahli syurga?
Anda kata anda nak jadi soleh dan ajak orang lain jadi soleh.
Anda kata anda nak tengok Islam tertegak di muka bumi.
Anda bercita-cita tinggi.
Anda, anda tahu tak cita-cita tanpa usaha tu, nama lainnya adalah BERANGAN?
Dan sangat layaklah kalau saya nak kata pada anda, “Boleh jalanlah kau dengan mimpi kau tu.”
Nak sambut macam mana kata-kata saya tu? Nak terus pergi berangan dan teruskan bermimpi? Atau nak pergi mula bergerak dan jadikan angan-angan dan mimpi tu satu kenyataan?
Anda, saya sayang anda. Sebab anda adalah saya.
Sebab itu saya tegur. Sebab teguran ni untuk saya dan anda.

Sekian,
Luahan Hati Anda

~ Mato (via littledaietobe)



|ALLAHumma balighna Ramadhan|


Photobucket
 

Sunday, June 23, 2013

Dakwah Itu Cinta


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


“Memang seperti itu dakwah. 
Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. 
Sampai fikiranmu. 
Sampai perhatianmu. 
Berjalan, duduk, dan tidurmu. 
Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah.
Tentang umat yang kau cintai.
Lagi-lagi memang seperti itu. 
Dakwah. Menyedut saripati energimu. 
Sampai tulang belulangmu.
Sampai daging terakhir yang menempel di tubuh rentamu. 
Tubuh yang luluh lantak diseret-seret. .. 
Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari. 

-------------------------

“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu. Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

— Ust. Rahmat Abdullah


"Barangsiapa yang menganggap enteng beban dakwah ini sehingga lalai dalam persiapannya, baik persiapan ruhiyah, fizikal, wawasan, mental mahupun kewangan, maka ia tadak akan mampu memikulnya sampai bila pun, apakah ia akan meninggalkan dakwah atau dia dtinggalkan dakwah”[Asy Syahid Sayyid Qutb]"








Photobucket
 

Monday, June 10, 2013

Sembuh

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ



Ya, memang setiap penyakit ada ubatnya.

Tapi kekadang cara ALLAH sembuhkan seseorang itu dengan kembalikan dia ke pangkuanNYA.

Mungkin itulah kesembuhan yang abadi, yang hakiki..
yang dinanti selama ini..

T___T

--------------

Dan kini aku tidak lagi memandang sesuatu yang lebih lazat melainkan kesembuhan.  

:")


Dan mungkin segala kesakitan ini akan pergi saat kamu kembali ke sisiNYA nanti

_Waktu 'kesembuhan' itu mungkin makin menghampiri, siapa tahu_



       
   100613
    8.57pm
Photobucket
 

Saturday, June 8, 2013

Mati


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ





tears of taubah

Fikir mati, mati. Tak fikir mati pun mati. 
Bersedia untuk mati, mati. Tak bersedia mati pun, mati 
Takut mati, mati. Tak takut mati pun mati. 
Nak mati, mati. Tak nak mati pun mati.
Orang sakit, mati. Orang tak sakit pun mati.
Orang muda mati. Orang tak muda(baca:tua) pun mati.

Dan bilamana kematian akan menjemput dari segenap penjuru.
Maka pilihan yang kita ada sekarang hanyalah bersedia setiap masa.

------------------

Kematian adalah syarat utama untuk bertemu ALLAH.
Lalu, kubertanya pada diri, 
'Tidak mahukan kau bertemu dengan Kekasih Agungmu?'
:')

Ingatkan aku agar sentiasa mengingati mati. ... kerana itulah ubat hati apabila gundah ditimpa musibah, yang diserang lesu untuk beribadah dan ingin mengalah dalam mujahadah!
Ya ALLAH 'hidupkanlah' mati di hati kami! Amin.|Ustaz Pahrol|

#Perjalanan ini makin ke penghujungnya, maka BERSEDIALAH!#



 
06082013
7:12pm
Photobucket

Wednesday, June 5, 2013

ENGKAU Maha Tahu!


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ



ALLAH.
KAU yang paling tahu.
Apa yang aku mahu.
KAU yang paling tahu.
Apa yang ada di kalbu.

KAU yang paling tahu.

Perkara yang belum aku adu.
KAU yang paling tahu.
Tentang diri aku.

Dan.
Dengan segala pengetahuanMU itu.
Aku tahu.
Kau hanya beri apa yang aku perlu.
Kau hanya beri apa yang terbaik untuk aku.

Untuk aku. 
Pada tepatnya waktu.
menurut kehendakMU.
Bukan kemahuan aku.
Untuk itu.
Terima kasih.
ALLAH, Tuhanku.


(viacengkih)

[Nota:Post asal menggunakkan perkataan Tuhan pada ayat permulaan tapi ditukar kepada ALLAH. Mungkin ALLAH lebih dekat dihati:)]




Photobucket
 

Tuesday, June 4, 2013

Al-Quran Menjawab

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ















Photobucket
 

Sunday, June 2, 2013

Jiwa, Cepatlah Sembuh..

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ

Bila kutitipkan dukaku pada langit
Pastilah langit memanggil mendung
Bila kutitipkan resahku pada angin
Pastilah angin menyeru badai
Bila kutitipkan geramku pada laut
Pastilah laut menggiring gelombang

Tapi
Kan kusimpan sendiri mendung dukaku
Dalam langit dadaku
Kusimpan sendiri badai resahku
Dalam angin desahku
Kusimpan sendiri gelombang geramku
Dalam laut fahamku
Ku simpan sendiri
Kusimpan sendiri api dendamku
Dalam gunung resamku
Kusimpan sendiri

A. Mustofa Bisri

***********************

Jiwa, cepatlah sembuh

Agar getar dan cintaNYA yang tak lagi kau rasa kembali menggema
Jiwa, cepatlah sembuh
Cita-cita menunggu kau bangun lantas membumikan mimpimu yang menjulang itu
Jiwa, cepatlah sembuh
Biar luka nurani yang menanah itu ALLAH langsung yang meniup mesra:')


Supaya kau tahu, cinta ALLAH itu bagai langit yang tak sentiasa cerah, sesekali mendung. Namun tetap tak hilang pesona. Dan yang paling penting setiap kali kau mendongak, ia selalu ada! 





Photobucket

 

Thursday, May 16, 2013

Sakit Pun Ibadah:")

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


Dalam sebuah hadis, ada diceritakan bahawa Rasulullah saw bertanya kepada sahabat: "Siapakah di kalangan kamu yang suka sihat tanpa sakit? 

Jawab sahabat: "Semua kami." Baginda bertanya lagi: "Adakah kamu suka menjadi seperti keldai liar yang mengganas? Tidakkah kamu suka menjadi orang yang ditimpa bala dan orang yang mendapat penghapusan dosa? Demi diriku di bawah kekuasaan-NYA, sesungguhnya ALLAH pasti menguji orang mukmin dengan bala dan apa yang diuji itu tidak lain melainkan untuk memuliakannya."

Sabda Rasulullah lagi bermaksud: "Sesungguhnya, mengerang orang yang sakit itu umpama tasbih, jeritan dan tidurnya adalah ibadah, nafasnya sedekah dan berbalik-balik ke kiri dan kanan itu adalah memerangi musuh, iaitu sama pahalanya."



***************************

Sakit itu sebahagian nikmat. Ia mengingatkan pada mati. Ia mengingatkan pada nikmat sihat. Lebih dari itu, ia mengingatkan pada ALLAH yang Maha Penyembuh.
Kadang-kadang, sakit sekejap kita boleh kata ‘sabar, ALLAH uji.’ Tapi bila dah berlarutan, berpanjangan, tukar-tukar ubat pun tak menjadi, kita ‘hilang sabar’.
Boleh jadi, ALLAH panjangkan tempoh sakit supaya masa untuk ingat padaNYA lebih lama. Boleh jadi, ALLAH rindu kita meminta dariNYA kesembuhan dari kesakitan. Dalam masa sama, itu silibus ‘merendah diri, bertawakkal’ dari ALLAH.
Ingat kisah Nabi Ayub yang menderita sakit sehingga yang tinggal sihat cuma lidah dan hatinya saja? Ingat jawapan Nabi Ayub bila ditanya mengapa baginda tidak berdoa meminta sihat sedangkan baginda seorang Nabi yang makbul doanya?
Jawab baginda:
“Aku malu untuk berdoa pada ALLAH kerana aku baru ditimpa sakit selama dua tahun sedangkan ALLAH memberi aku sihat selama enam puluh tahun.”
Dan kita sebagai hamba sepatutnya malu juga untuk merungut dan ‘hilang sabar’ sedangkan ALLAH dah beri nikmat sihat sekian lama. Tak terhitung juga nikmat lain yang ada.

La Ba'sa Thohurun InsyaALLAH:)

SABAR,
bererti yakin akan ADILnya ALLAH…
bahawa DIA
tak hanya memberi UJIAN,
tetapi juga memberi KEMAMPUAN bagi kita untuk MENGHADAPINYA




Photobucket
 

Sunday, May 12, 2013

Rindu♥

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ 





Kadang-kadang rasa rindu nak menulis(eh,taip!) dengan jiwa, dengan air mata:')



Nota: Bila entri lama dibelek rasa nak nangis, nak gelak, nak muntah hijau pun ada. Entri geli-geleman(tulang rusuk bagai.wek!) memang meloyakan bila umur dah tua-tua gini. Masuk 'tong sampah' la jawabnya. Memalukan betul!-__-'



Menulis, terapi jiwa:)
        
Photobucket
 

Friday, May 10, 2013

Kahwin??Erk.....

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ 



Perkahwinan bukan pil ajaib yang boleh hilangkan keserabutan hati dan hidup. 

Hidup akan berubah jika kita berubah dari kejahilan kepada cahaya ilmu, dari kekurangan kepada menggilap bermacam kemahiran, dari ikut rasa hati kepada lebih matang iman mengawal emosi.

Bertanyalah berkali-kali kepada diri, apa yang akan ku beri pada rumahtangga yang dibina ini..?

Apakah yang akan saya beri pada pernikahan ini...?

Apakah yang kalian mahu beri pada pasangan dan pernikahan selain halal bersentuhan...?

Adakah yang dibayang sekadar hingga akad nikah dan ciuman pertama di dahi..atau sehingga anak-anak yang menangis menuntut tanggungjawab di sekeliling diri..?




**********************

Dua tahun yang lalu, dia 'putus cinta' hingga sakit yang amat, merana, merasa hilang seri kehidupan. Dia bangun mencari semula kekuatan, kemudian bertemu seorang lelaki yang nekad diterima sebagai suami - merasakan suami itu bukan saja mampu memberi kekuatan kepada dirinya tapi mampu merapatkan hubungannya yang renggang dengan ibubapa sendiri. Dia berkahwin dengan harapan hilanglah kesakitan dan keserabutan yang dialami.

Namun rupanya hati lagi pedih dan merasa kehidupan makin tak tenang - setelah kahwin suami sering outstation, dia sendiri sibuk bekerja, kurang kemesraan suami isteri yang dulu diimpikan, apatah lagi nak balik kampung jumpa mak ayah selalu, duit yang dulu dirasa bukan halangan kini menjadi isu yang merenggangkan perasaan dengan pasangan, tinggal pula bersama keluarga mertua yang dikata sering juga menjadi punca pergaduhan dengan suami.

Kebahagiaan pernikahan yang didamba seolah ilusi yang tak mampu tersentuh.

Langkah terasa berat, hidup terasa hambar - apatah lagi menatap gambar gambar kaku ceria famili pasangan muda yang lain di fb, di skrin komputer. Tika pasangan lain dirasa gembira menanti kelahiran anak pertama, dia merasa hati berpasir duka lara dengan anak yang dikandung.

Ini salah satu kisah pasangan pengantin baru yang satu ketika dulu berjuang untuk bernikah. Tika itu keazaman dan dorongan yang kuat kerana berharap ketenangan hidup yang hadir setelah bernikah.

Setelah aku terima nikahnya....?

Di mana ketenangan...? Di mana kebahagiaan..?



***********************
"...Marriage is not the solution to your own deficiencies, nor will it be the solution to all your life problems. Work to develop your own self without expecting marriage to somehow mystically change your life. Marriage can be a great source of support and encouragement for self-improvement, but if we are not personally working on ourselves now, how can we expect that it will be easier with the additional baggage of another individual who is also imperfect?"





Err..kehilangan fitrah nak kahwin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini..Bila baca entri ni makin mengunung rasa tak mau kahwin..oh,perasaan apakah ini?-__-'

Ya ALLAH,ENGKAU Maha Mengetahui, jika sememangnya aku tidak layak untuk semua ini, maka cukupkanlah aku dengan kecintaan yang mendalam terhadapMU. Tenggelamkanlah aku dalam cintaMU, moga tiada satu pun yang dapat memesongkan cintaku padaMU. 



Photobucket
 

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...