Tuesday, April 20, 2010

Perjalanan Menuju Tuhan!



Kaki mula mengorak langkah..
Menyusun setiap tapak perjalanan..
Agar perjalanan yg baru bermula ini..
Dapat ditunjangkan atas dasar keikhlasan yg jitu..

Hati ini mulanya bimbang..
Takut,gelisah dan merintih..
Andai aku tak mampu untuk terus thabat diatas perjuangan ini..

Petunjuk ILAHI merungkai segala kegelisahan..
Hati ini mula yakin membina tapak dilandasan ini..
Walau ku tahu duri perjuangan sudah tersedia..
Di sepanjang travelog menuju TUHAN!

Aku bisikan pada diriku..
Kau harus tabah duhai diri..
kerana perjuangan ini menuntut pengorbanan..
Yang harus dibayar dengan harta,masa,air mata dan jua darah..

Bersiap sedialah duhai diri..
M'hadapi mehnah perjuangan suci ini..
Kerana kau kini mengalas tugas..
Menjada mata-mata rantai perjuangn Rasulullah..

Jgn futur dari perjuangan ini..
Biarpun badai datang melanda..
Biarpun ombak tsunami datang menghempas..
Teguhkan kakimu berdiri dilandasan ini..

Pasakkan kedalam dirimu...
Pengorbanan Khadijah..
Haruman syuhada' Sumaiyyah..
Aroma cinta sufi Rabiatul Adawiyah..

Sebagai qudwahmu dalam m'yoroti kembara musafir menuju firdausi!

~Moga air mata yang gugur ketika janji disimpul sebagai bukti kegentaran hatimu memikul amanah dakwah menjadi penyambung rantai perjuangan kekasih ALLAH~

Gambar-gambar ini sekadar mencuit kecemburuan dihatiku..





Mereka-mereka ini adalah muslimat sepertimu..Tidak malukan engkau andai kau katakan yg kau tak mampu memikul beban dakwah yg sekelumit cuma..Ah,Tidak cemburukah engkau!

~NAHNU ANSORULLAH..TAKBIR!~

Friday, March 26, 2010

Saya Sudah Bertunang



Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.


......................................


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)


~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

copied from:here

Friday, February 26, 2010

Melakar Peribadi dgn As-Sunnah



الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على نبيه الأنبياء والمرسلين،والهادي إلى صراط المستقيم، وعلى آله المكرمين وصحبة  الكريم، ومن تبعهم بإحسن إلى يوم الدين

 Hadith2 ini dipetik dr kitab "Syamail Muhammad SAW"karya Imam al-Tarmizi yg tlh m'jadi koleksi resensiku.. =)

FIZIKAL RASULLULAH

"Rasullulah mmiliki prwatakan yg sdg, tdk t'lalu tinggi dn t'lalu pndk.Tubuh baginda menarik.rambut beliau tdk t'lalu kerinting dan tdk pula lurus bergerai.warna kulit beliau b'warna coklat.Ketika b'jalan tubuh baginda tegap"(HR.Tirmidzi, Bukhari, Dn Ahmad)


"Kulit Rasullulah SAW itu putih bersih seolah2 baginda t'cipta dr perak.Beliau juga mmiliki rmbut yg indah dan rapi" (HR Tarmidzi)

"Panjang rmbut Rasulullah SAW smpai disetengah telinga baginda"(HR.Tirmidzi, Muslim, Abu Daud,Nasa'i, Ahmad)

"Pada peristiwa Fathul makkah, Rasulullah SAW msuk kekota Makkah dgn m'genakan serban hitam"( HR Tirmidzi,Abu Daud, Nasa'i, Darimi, Ahmad, Abu Syaikh)

PERILAKU RASULULLAH

"Apb Rasulullah b'jalan tbuh baginda tegap, sperti mnuruni tanah yg landai"(HR.Tirmidzi dan Hakim)

"Qailah mlihat Rasulullah SAW ddalam masjid ,baginda duduk dgn lutut diangkat mnempel perut.Qailah b'kata'ketika saya mlihat Rasul dduk dgn sgt khusyuk, sya gmentar krn khawatir"(HR Tirmidzi, Abu Daud, Bukhari)

"Aku melihat Rasullulah SAW b'sandar ke bantal"(HR Tirmidzi)

"Rasulullah SAW mkn dgn mnggunakan 3 jari baginda.Selepas makan Rasulullah mnjilat 3 jarinya"(HR Tirmidzi, Muslim, Abu Daud, Ahmad)

"Rasulullah SAW mnarik nafas tiga kali saat minum dr sebuah wadah. Baginda b'sabda,' hal ini lbh m'yihatkan dan memuaskan"
( HR Tirmidzi,Muslim, Abu Daud, Nasa'i. Ahmad) 

" Rasulullah SAW mengulangi perkataan baginda sbyk 3 kali agar blh difahami (oleh pndegarnya)"(HR Tirmidzi dn Hakim)

IBADAH RASULULLAH

"Rasululah tidur pada awal malam,kmudian baginda bagun (pd tgh mlm). Ketika waktu sahur tlh tiba, baginda mlaksanakan solat witir,lalu kmbali k'tmpat tidur.Jika baginda mmiliki k'inginan(kpd isteri baginda),baginda m'datanginya.Abb t'dgr azan baginda segera bangkit. Jika baginda sdg b'junub,baginda mandi. Jika tidak,baginda cukup b'wuduk lalu kluar mlaksanakan solat"(HR Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Nasa'i, Ahmad) 

Inilah sbahagian hadith yg m'ceritakan tentang Kehidupan Rasulullah..Tapi hanya bberapa hadith yg dapat ditaip krn kekangan waktu yg m'himpit..Utk m'dapatkan gmbarn ksuluruhan tntg khidupan Rasulullah dptkan kitab SYAMAIL MUHAMMAD SAW terbitan telaga biru=)Moga kita sma2 m'adaptasikn sunnah Rasulullah dlm khidupan seharian kita.InsyALLAH.

~Adakah Aku rntai perjuangnmu ya RASULULLAH??!!~


Tuesday, February 23, 2010

Muhasabah Cinta Di Hari Kelahiranmu..



    Sedarkah olehmu usiamu bakal m'langkah ke angka 20..meninggalkan umur belasan tahun dalam lipatan memori semata..xmungkin berulang lagi!Sedarkah olehmu stp detik yg kau lalui,setiap hari yg b'ganti, stp minggu yg m'datang, stp bln yg berkunjung dan stp tahun yg beredar mnunjukkn detik kematian sedang menghampirimu!

    Aku ingin m'yoalmu lagi ..Byk mana amalan yg bakal m'jadi bekalanmu?Seluas lautan atau setitis air cuma?Selama hidupmu berapa kalikah kau m'capai kkhusyukan dlm solatmu?adakah kau bnr2 ikhlas m'jalankan ibadah puasamu?Adakah hatimu sudah mampu b'interaksi dgn Al-Quran, m'laksanakn tuntutan yg t'kandung didalamnya?Adakan kau telah m'hadirkan hatimu ketika tahajud cintamu didirikan?Masihkan ada sekelumit perasaan riyak disaat tgnmu m'hulurkan sedekah?
Duhai diri..Betapa busuknya amalanmu jika kau m'gatakan solatmu,puasamu,qiammu,baccaan Al-quranmu dan sedekahmu hanya sekadar utk m'dpt p'iktiran manisia dan habuan dunia..Betapa malangnya dirimu disaat amalanmu dibentangkan kau menjadi muflis lantaran riyak,takabur, dan ujub m'gotori amalanmu..

    Tidak mlukah engkau m'bawa bekalan mazmumah dan maksiat m'hadap RABBUL IZZATI..Hamba apa engkau ini??!!Adakah ini balasan yg kau beri kpd TUHAN yg mengurniakan rezeki kpdmu saban hari? Sedarlah engkau..Sejahat2 hambaNYA adlh engkau!!Seandainya manusia dapat m'cium bau dosa2mu, mrk dapat m'lihat dosa2mu sbgaimana yg ALLAH ketahui,nescaya mrk tidak akn dduk berdekatan dgnmu.. Masakan tidak saban hari dosa2 itu terus bertambah sdgkn saban hri umurmu semakin b'kurang sejak engkau dilahirkan oleh ibumu!

    Duhai diri!Jauhilah dr segala maksiat,mk engkau akn m'genal ALLAH,b'laparlah supaya engkau dpt mlihat ALLAH,Dan b'ibadahlah smata2 krn ALLAH supaya engkau smpai kpdNYA..Sucikanlah amalanmu drpd segala macam bntuk riyak spaya ALLAH mmakaikanmu dgn kecintaanNYA, lapangkan waktumu utk m'ingati ALLAH supaya ALLAH m'ingatimu pula dan menempatkan engkau disisi malaikatNYA..

    Kembali ke dakapan RABBmu..Dia sedang setia mnati taubat cintamu yg sering kau tangguh2kan dr hari ke hari..Hisablah dirimu sblm engkau dihisab di mahkamah ALLAH!Moga muhasabah cintamu melakar pelangi di hari kelahiranmu!!Sanah hilwa yaumil milad wahai nafsi.. =) 







Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

Saturday, February 13, 2010

Inna Ma'al 'Usri Yusra

Kejayaan bukan selalu dimiliki dan bukan juga atas usaha semata-mata..soal utama dan pertama KEBERKATAN drNYA..bukan hendak menafikan titik peluhmu..Tapi kamu perlu sedar  adanya ALLAH mengatur segalanya..biarpun selaut ilmu kamu dalami..ia tak akan berharga andai tiada keberkatan dariNYA.
Duhai diri!Hadirkan dalam hati rasa keinsafan..Hanya ilmu menjadi wadah mendekati TUHAN..Luruskanlah niat belajar kerana ALLAH..bukan untuk mencapai kejayaan semata..

"Jika ALLAH menolongmu,maka tiada siapa yg dapat mengalahkanmu..."  

Selamat berjuang menghadapi jihad ta'lim duhai nafsi..ALLAH sentiasa bersamamu disepanjang perjuangan ini!

Inilah jalan perjuanganku..

10/2  : CCT
17/2  : Intro HS
18/2  : Hadith
19/2  : Hadarah
22/2  : Fiqh wa Usul Fiqh

Friday, January 15, 2010

Hati ini Mula Berbicara..

 Ya ALLAH,
Andai khadiran cinta adam hanya utk m'gecewakanku,
Luputkanlh cnta itu terus bertandang ditabir hatiku,
Ya AR-RAHMAN,
Andai kehadiran cinta adam hanya utk menidakkan kegembiraan dalam hidupku,
Luputkanlah cinta itu dibirai pencariaanku,
Ya AR-RAHIM,
Andai khadiran cinta adam hanya utk menghalangaku dr meraih cintaMU,
Padamkan perasaan itu selamanya,
Ya MUHAIMIN,
Andai kehadiran cinta adam hanya utk melalaikan aku daripada mengingatiMU,
Lenyapkanlah cinta itu dr berpaut di hatiku,
Ya RABB,
Aku bukanlah wanita sufi persis Rabiatul Adawiyah,
Namun aku masih dalam pencarian dlm menjejaki cintaMU,
Ku pohan agar nanti KAU hadirkan dalam hidupku seorang adam yg aku redha dan yakin..
AGAMA & AKHLAKNYA!!

~(Hati ini berbisik lagi..mampukan seorang lelaki yg mengetuk pintu kelalaianmu, memimpinmu ke syurga??)tanyalah imanmu..~




Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

Friday, January 1, 2010

Bayu Tahun Baru Menyapa Lagi..



 بسم الله الحمن الرحيم

ِAlhamdulillah kepada PEMILIK nyawaku kerana dgn seinfiniti kasih sayangNYA dapat lagi aku menghirup udara 1 Januari 2010, meninggalkan 2009 dgn pelbagai kisah suka dan duka yg menjadi azimat buatku dalam meneruskan perjuangan sehingga bertemu penghujung titik nokhtah nyawaku.

M'jejakkan kaki ke tahun 2010 membuatkan aku kembali bermuhasabah.Mengimbau kembali detik perjalanan hidupku yg kini sudah menginjak ke usia 20 tahun.Pantas masa berlalu hingga terasa tercungap lelah memburu.Tak sedar aku makin dewasa dibawa waktu.Tanpa aku sedar juga kematian sedang mengintaiku..entah bila aku akn dipanggil kembali pulang bertemu KEKASIH yg abadi!Amalan cuma setitis air lautan akn dibawa bersama utk dipersembahkan kpd AL-KHALIQ.Astaghfirullah,terasa hidupku selama ini disia2kan begitu sahaja, sehingga lupa tujuan aku dihidupkan di atas muka bumi. Memikul amanah yg berat yang tak sanggup dipikul oleh makhluk ALLAH yg lain.

"Sesungguhnya Kami menawarkan amanah kpd langit,bumi dan gunung2,tetapi semuanya enggan memikul amanah itu dan mereka khuatir tdk dapat melaksanakannya,lalu dipikul amanah itu oleh manusia.Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh"(33:72)

Aku kembali berharap, moga angin bayu 2010 menitipkan keinsafan bahawa aku mempunyai tugas penting dibumi ini yg akan dipertanggungjawabkan di mahkamah ALLAH kelak..Tugas 'mensolehahkan' diri juga perlu dipergiatkan lagi bagi menepis segala gelombang hubb dunia yg melalaikan.. kerana keimanan ku pasti diuji  lagi dgn ujian yg akn hadir dari segenap penjuru..Jalan mujahadah perlu diredah walau kepahitan,kesukaran sdg menanti dihadapan..Tapi kerana amanah dan janjimu kau perlu hadapi duhai diri!


Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

Saturday, December 19, 2009

Isu Doa Awal Dan Akhir Tahun


Amalan Berdoa Awal dan Akhir Tahun
PDF
Print
E-mail
Written by al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri   
Thursday, 18 January 2007
oleh: al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri 


  Semalam, 17 januari 2007, dalam satu kuliah untuk muslimat tentang ma`al hijrah, seorang muslimat menimbulkan persoalan: amalan-amalan yang sudah biasa dilakukan oleh orang Melayu sejak beberapa lama tentu ada sandarannya daripada al-Quran dan Sunnah. Contohnya amalan berhimpun malam nisf Sya`ban. Persoalan ini beliau timbulkan apabila saya membangkitkan persoalan amalan baca doa awal dan akhir tahun. Menarik juga soalan dan hujahan ini.

  Ia menggambarkan cara berfikir masyarakat awam. Mereka meletakkan keyakinan penuh kepada ahli-ahli agama. Amalan yang telah dilakukan oleh ahli-ahli agama sejak berzaman tentu ada sandarannya. Ahli-ahli agama yang dimaksudkan oleh saya di sini ialah para imam di masjid dan surau dan mereka yang bergelar “asatizah” ; guru-guru agama. 
 
  Keyakinan tinggi mereka kepada perlakuan ahli agama ini memang tepat. Orang yang jahil tentu bergantung ilmu kepada yang lebih alim. Dalam konteks masyarakat awam tentu mereka menggantungkan kepercayaan ilmu sepenuhnya kepada ahli agama yang hampir dengan mereka. Mereka yakin, ahli agama tentuna merujuk kepada al-Qur’an dan hadith. 
 
  Tinggal lagi persoalan ialah bagi pihak ahli agama itu sendiri. Adakah amalan yang dilakukan adalah berasaskan ilmu dan pengkajian? Dengan merujuk kepada al-Qur’an dan hadis? Merujuk kepada tulisan ulama mu`tabar? Atau berdasarkan ikutan pada perlakuan orang sebelumnya? Ahli agama perlu sentiasa menambahkan ilmu. Perlakuan mereka mesti berasaskan ilmu. Maksud ilmu ialah dengan merujuk kepada al-Qur’an, al-Hadith dan perbahasan tokoh-tokoh ulama.  

   Persoalan yang penting di sini; adakah amalan membaca doa awal dan akhir tahun  dilakukan oleh tokoh-tokoh ulama? Adakah ia sememangnya disebut oleh ulama-ulama besar hatta dalam mazhab Shafi`I?  Saya melihat amalan membaca doa ini hanya dinukilkan dalam buku-buku amalan yang ditulis dan disebarkan secara meluas di alam Melayu. Buku-buku ini pula tidak menyebut sumber rujukan amalan tersebut. Apa hadithnya? Siapakah kalangan ulama silam yang memperakuina? Justeru, masalah sebenarnya ialah pada penulis-penulis buku-buku amalan ini. Mereka sebenarnya hanya mencatatkan amalan itu berasaskan amalan yang telah diterima turun temurun diamalkan di masjid-masjid dan surau-surau. Bukan berasaskan rujukan kepada tulisan ulama muktabar. Di sinilah masalahnya. 
 
  Hari ini rujukan para guru agama lebih meluas. Mereka merujuk kepada tulisan-tulisan ulama-ulama terkenal di zaman silam dan ulama terkenal kontemporari. Mereka mendapati amalan membaca doa awal dan akhir tahun ini tidak disebut oleh para ulama terkenal. Amalan ini tidak pernah berlaku dizaman Rasulullah saw malah pada zaman sahabat. Ia juga tidak diamalkan oleh tokoh=tokoh ulama. Bagimana ia menyerap masuk dan diamalkan di alam Melau? Saya tak ada jawapan bagi persoalan ini. 

  Apa pun, tinggalkan hakikat ini dulu. Kita berpindah pada hakikat yang lebih penting, yang boleh menentukan samada amalan yang dibuat itu tepat atau tidak.  Cukup untuk memahami persoalan ini dengan merujuk sejarah penentuan tahun Islam. Ia hanya berlaku pada zaman Umar iaitu pada tahun ke 17 hijrah. Ia dinukilkan oleh Abu Nu`aim dalam karya tarikh beliau. Sebelumnya umat Islam hanya menggunakan hari dan bulan tanpa tahun. Umar yang berijtihad mencipta tahun berdaarkan peristiwa hijrah Rasulullah saw. Justeru ia dikenali sebagai Tahun Hijri. Umar juga ang berijtihad menentukan Muharram sebagai bulan pertama bagi calendar hijri ini. 

  Ceritanya panjang akan saya bicarakan kemudian. Jadi, kalau penentuan tahun berlaku zaman umar, tentunya penentuan awal tahun juga berlaku zaman Umar. Jika berlaku zaman Umar, amat mustahil amalan membaca doa awal tahun dan akhir tahun berlaku zaman nabi. Juga amat mustahil doa itu dibaca oleh Nabi saw. 

  Justeru, jangan sama sekali menyandarkan amalan tersebut kepada nabi saw. Jangan menyandarkan doa tersebut kepada nabi! Inilah keyakinan yang salah!  Begitu juga dengan amalan membca Yasin dan diniatkan tiga perkara; panjang umur, murah rezki dan mati dalam iman. Tak ada satu nas daripada ulama yang menggesa umat melakukan amalan ini. Apatah lagi sumber Islam iaitu al-Qur’an dan Sunnah. 
Amalan berdoa awal tahun dan akhir tahun serta membaca Yasin dengan tiga niat tadi  tidak pernah dilakukan oleh para sahabat. Bahkan juga para ulama yang mu`tabar. Justeru, kenapa begitu bersemangat untuk melakukan amalan yang tidak dilakukan oleh generasi awal Islam dan tokoh ulama Islam? Baginda bersabda:

 مَنْ أَحْدَثَ فِيْنَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
Maksudnya: “sesiapa yang mengada-adakan di kalangan kami sesuatu yang bukan daripadanya (agama) maka ia tertolak”.  Namun, untuk berhimpun di awal tahun, bagi saya tidak ada kesalahannya. Sememangnya kita sepatutnya berhimpun setiap malam di rumah-rumah Allah. Tapi jadikan malam itu sebagai malam ilmu dengan disampaikan kuliah tentang Islam dan sejarah hijrah Rasulillah saw. Alangkah baiknya. 
 
Tapi, macamana kalau mereka nak lakukan juga? Kata Imam Ahmad; jelaskan kepada umat apa itu sunnah, dan jangan bertekak bertegang leher! Jadi, sampaikan kepada mereka apa yang benar. Jika mereka berdegil, biarkan….mudah-mudahan di kesempatan lain boleh kita betulkan. Jangan pula lari meninggalkan masjid. Jangan jadikan dia sebagai medan perpecahan ummat. Perlakuan membaca Yasin bukannya haram. Tapi keyakinan mereka yang mesti diperbetulkan.




Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

Friday, December 18, 2009

Khutbatul Wada’, sekadar renungan memasuki tahun hijrah 1431 H



Setelah matahari tergelincir, Rasulullah Saw. meminta agar Al-Qashwa', unta beliau, didatangkan. Beliau kemudian menungganginya hingga tiba di tengah Padang Arafah. Di sana telah berkumpul sekitar 124.000 atau 144.000 kaum Muslim. Beliau kemudian berdiri di hadapan mereka me­nyampaikan khutbah haji terakhir beliau yang lebih dikenal dengan haji wada':


Wahai manusia! Dengarkanlah nasihatku baik-baik, karena barangkali aku tidak dapat lagi bertemu dengan kamu semua di tempat ini. Tahukah kamu semua, hari apakah ini? (Beliau menjawab sendiri) Inilah Hari Nahr, hari kurban yang suci.

Tahukah kamu bulan apakah ini? Inilah bulan suci. Tahukah kalian tempat apakah ini? Inilah kota yang suci. Kerana itu, aku mermaklumkan kepada kalian semua bahawa darah dan nyawa kalian, harta benda kalian dan kehormatan yang satu terhadap yang lainnya haram atas kalian sampai kalian bertemu dengan Tuhanmu kelak.
Semua harus kalian sucikan sebagaimana sucinya hari ini, sebagaimana sucinya bulan ini, dan sebagaimana sucinya kota ini. Hendaklah ucapan ini disampaikan kepada orang-orang yang tidak hadir di tempat ini oleh kamu sekalian!

Bukankah aku telah menyampaikan? Ya Allah, saksikanlah!

Hari ini hendaklah dihapuskan segala macam bentuk riba. Barang siapa yang memegang amanah di tangannya, maka hendaklah dia tunaikan kepada yang empunya. Dan, sesungguhnya riba jahiliah adalah batil. Dan awal riba yang pertama sekali ku benteraras adalah riba yang dilakukan pamanku sendiri, Al-'Abbas bin'Abdul-Muththalib.

Hari ini haruslah dihapuskan semua bentuk pembalasan dendam pembunuhan jahiliah, dan penuntutan darah cara jahiliah. Yang pertama kali kuhapuskan adalah tuntutan darah 'Amir bin Al-Harits.

Wahai manusia! Hari ini syaitan telah putus asa untuk dapat disembah pada bumi yang suci ini. Tetapi, ia bangga jika kamu dapat mentaatinya walau dalam perkara yang kelihatannya kecil sekalipun. Kerana itu, waspadalah kalian terhadapnya! Wahai manusia! Sesungguhnya zaman itu beredar sejak Allah menjadikan langit dan bumi.

Wahai manusia! Sesungguhnya bagi kaum wanita (isteri kalian) itu ada hak-hakyang harus kalian penuhi, dan bagi kalian juga ada hak-hak yang harus dipenuhi isteri itu. Yaitu, mereka tidak boleh sekali-kali membawa orang lain ke tempat tidur selain kalian sendiri, dan mereka tak boleh membawa orang lain yang tidak kalian sukai ke rumah kalian, kecuali setelah mendapat izin dari kalian terlebih dahulu. Karena itu, sekiranya kaum wanita itu melanggar ketentuan-ketentuan demikian, sesungguhnya Allah telah mengizinkan kalian untuk meninggalkan mereka, dan kalian boleh menghukum dengan pukulan ringan terhadap diri mereka yang berdosa itu.Tetapi,jika mereka berhenti dan tunduk kepada kalian, menjadi kewajiban kalianlah untuk memberi nafkah dan pakaian mereka dengan sebaik-baiknya. Ingatlah, kaum wanita adalah makhluk yang lemah di samping kalian. Mereka tidak berkuasa. Kalian telah membawa mereka dengan suatu amanah dari Tuhan dan kalian telah halalkan kehormatan mereka dengan kalimat Allah. Karena itu, bertakwalah kepada Allah tentang urusan wanita dan terimalah wasiat ini untuk bergaul baik dengan mereka.

Wahai umatku! Bukankah aku telah menyampaikan? Ya Allah, saksikanlah!

Wahai manusia! Sesungguhnya aku meninggalkan kepada kalian sesuatu, yang jika kalian memegangnya dengan erat, nescaya kalian tidak akan sesat selamanya. Yaitu: Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Wahai manusia! Dengarkanlah baik-baik apa yang kuucapkan kepada kalian, pasti kalian bahagia untuk selamanya dalam hidup kalian !

Wahai manusia! Kalian hendaklah mengerti bahwa orang-orang beriman itu bersaudara. Kerana itu, bagi tiap­-tiap peribadi di antara kalian dilarang keras mengambil harta saudaranya, kecuali dengan izin hati yang ikhlas.

Bukankah aku telah menyampaikan? Ya Allah saksikanlah!

Janganlah kalian, setelah aku meninggal nanti, kembali kepada kekafiran, yang sebagian kalian mempermainkan senjata untuk memancung leher kawannya yang lain. Sebab, bukankah telah kutinggalkan untuk kalian pedoman yang benar, yang jika kalian mengambilnya sebagai pegangan maka aman kehidupan kalian, tentu kalian tidak akan sesat, yakni Kitab Allah (AI­-Quran).

Wahai umatku! Bukankah aku telah menyampaikan? Ya Allah, saksikanlah!

Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kalian itu satu, dan sesungguhnya kalian berasal dari satu bapa. Kalian semua dari Adam dan Adam terjadi dari tanah. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian semua di sisi Tuhan adalah orang yang paling bertakwa. Tidak sedikit pun ada kelebihan bangsa Arab dari yang bukan Arab, kecuali dengan takwa.

Wahai umatku! Bukankah aku telah menyampaikan? Ya Allah, saksikanlah!

Karena itu, siapa saja yang hadir di antara kalian di tempat ini berkewajiban untuk menyampaikan wasiat ini kepada mereka yang tidak hadir!

Tak lama setelah Rasulullah Saw. menyampaikan khutbah tersebut, turunlah firman Allah, Pada hari ini telah Kusem­purnakan bagi kalian agama kalian dan telah Aku cukupkan kepada kalian nikmat-Ku dan Islam telah Aku ridhai menjadi agama bagi kalian (QS AI-Ma'idah [5]: 3).

Mendengar firman Allah tersebut, 'Umar bin Al-Khath­thab pun menitiskan air mata. Melihat hal itu, dia pun dita­nya, "'Umar! Mengapa engkau menangis? Bukankah engkau ini jarang sekali menangis?"

"Kerana aku tahu, selepas kesempurnaan hanya ada ke­kurangan," jawab Umar. Dia telah merasakan suasana perpisahan (wada') bahawa Rasulullah SAW yang sangat dicintainya akan wafat .

(Diceritakan kembali dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari 'Abdullah bin 'Umar dan sebuah kisah yang dituturkan oleh Ibnu Hisyam dalam Al-Sirah Al-Nabawiyyah dalam Teladan indah Rasullulah dalam ibadah, Ahmad Rofi 'Usmani)





Sumber: http://www.zahazan.net

Monday, December 14, 2009

Pakaian Wanita Dari Sudut Mata Lelaki




ALLAH m'jadikan manusia ini berpasangan .malam psgnnya siang,rajin psgnnya malas dan lelaki psgnnya perempuan.Kerana perempuan adalah psgn kpd lelaki,mk ALLAH tlh m'ciptakan bntuk badan wanita itu dpt memikat hati lelaki.Bila berkata tentang terpikat, mk ada hubungkait dgn nafsu. Jadi utk mengawal nafsu, mesti dikawal dgn iman.Utk m'dptkan iman mstilh menurut perintah ALLAH dan RasulNYA dn m'jauhi laranganNYA.

Pada mata lelaki,perempuan ini adalah sinbol(simbol apa, rsenya semua org tau kot).Org lelaki mempunyai imaginasi yg nakal jk tdk dikawal dgn iman.Mk mata lelaki ini akan sntiasa m'jalar apb melihat wanita.Setiap bntuk badan seorang perempuan blh dihayati olh seorang lelaki dgn pelbagai tafsiran2 nakal.

Apabila seorang lelaki terlihat perempuan,mk perkara pertama yg dilihatnya ilh rambutnya.maka akn timbul plbgai tafsiran tentang rambut perempuan berkenaan.Oleh krn itulah wanuta WAJIB menutup rambutnya.

Apb rambut wanita itu tlh ditutup,mk mata lelaki itu akn turun ke bawah melihat bentuk lehernya,mk WAJIBlh bg wanita itu menutup lehernya.Maka mata lelaki itu ak  trun lg melihat dadanya, mk BERKEWAJIPAHLAH wanita itu menutup dadnya dgn melabuhkan tudungnya. Setelah itu mata lelaki akn trun lg melihat bentuk ramping pinggangnya, mk labuhkanlah pakaian spy tdk nmpak bntuk pinggangnya. Maka mata lelaki itu akn melihat bntuk punggungnya, maka WAJIBLAH wanita itu m'besarkan pakaiannya, dan lelaki itu akn melihat bentuk pehanya, mk jgnlah wanita itu memakai kain yg ketat shingga terlihat bntuk pehanya walaupn sedikit. Maka dilihat lg oleh lelaki itu akn bntuk kakinya pula, mk jgnlah wanita itu b'seluar, krn terus terang pihak lelaki bercakap,walupn muslimah itu b'tudung labuh, b'baju labuh, tapi wnita itu memakai seluar, walaupun nampak bsr sedikit, nafsu lelaki akn terusik secara sepontan(masyALLAH takutnya!) 

Mata lelaki ni nakal, setelah tdk nmpak akn bntuk pehanya, maka akn dilihat pula akn kakinya. maka WAJIBLAH wanita itu menolong lelaki itu supaya tdk b'dosa dgn memakai stokin yg warnanya jgn sesekali sama warna dgn warna kulit wanita.Mata lelaki akn kembali ke atas dan melihat pula bntuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutup bentuk tangannya yg indah dr pandngn lelaki. Wahai kaum adam, jgnlah pula kamu melihat mukanya, krn itu akn menimbulkan fitnah. Kecuali jika kamu wahai kaum adam ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup solehah, takut mukanya akn menimbulkan fitnah, mk berpurdahlah kamu, jika itu lbh baik utk kamu.



Tetapi mata lelaki ni ada satu lg jenis penyakit, iaitu mata lelaki akn tertangkap dgn sepontan jika terlihat warna yg menyerlah atau terang. Oleh itu wahai muslimah sekalian, tolonglah jgn memakai warna yg terang2. Jika hendak pakai pun, pakailah utk suamimu sahaja.

Wahai muslimah, jika semua aurat telah ditutup, jgn anggap tugas kita telah selesai, perlulah kita menjaga kehormatan masing2, jgn keluar seorang diri(peringatan utk diri). Mata lelaki pula jgnlah menjalar langsung kpd muslimah, walau muslimah itu tlh menutup aurat.

Dunia sekarang banyak cacat celanya sehinggakan wanita yg memakai tudung masih tidak menutup auratnya secara sempurna. Pesanan utk muslimin, mata kamu itu WAJIB tidak mencuri-curi melihat kpd muslimah krn  ghadul basar(tundukkn pandangan) itu satu perintah dari ALLAH. Adakah kamu terlupa atau buat2 lupa?? wALLAHu'lam..



Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

Saturday, November 28, 2009

Dilema Cinta Ini..

Puas ku coretkan kata cinta..
Beriringan kata seindah bicara..
Duri cintaMU telah kuredahi..
Namun geloranya tetap sama..

Oh Tuhan dimanakah cintaMu..
 Dimanakah rinduMU..
Kemanakah redhaMU..
Dan kemanakah restuMU..

Dilema cinta ini..
Merungsingkan hatiku..
Kuharapkan cintaMU, ILAHI..
Dalam setip sujudku..

Dilema cinta ini..
Merungsingkan hatiku..
Hanya kudapat selama ini..
Hanyalah laknat dariMU..

KumencariMU dalam tahajud cintaku..
Walau pengabdianku tidaklah sehebat Rabiatul Adawiyah..
Tapi aku mempunyai keinginan yang sama..
Mengharap persinggahan cintaMU di kalbuku..







Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...