Bismillahirrahmanirrahim….
Dalam sepi
aku berbicara..
Keyboard seakan
memanggil-manggil minta untuk dibelai. Tangan terus merapati keyboard dan terus
memberi sentuhan manja padanya. Otak berputar ligat mencari idea untuk entri
terbaru. Ilham dari ILLAHI untuk sekian kalinya dinanti lagi. Kuntuman doa
dilafaz dalam sepi berulang kali. Mohon diberi ilham seperti selalu dan moga
setiap bait bicara sepi ini ditulis atas tuntunan dariNYA. Selalu berpesan pada
diri bahawa setiap kalimah dalam catatan sepi ini akan menjadi hujah antara
diri ku dengan ALLAH!(asif, muqadimah agak merepek kali ni=p)
Menjejaki usia
20 tahun menuntut 1001 kekuatan. Andai tiada mujahadah yang tinggi pasti akan
tersungkur di lembah kemaksiatan. Nauzubillah. Tangisan sepi semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini.
Semuanya kerana ana merasakan sudah tak mampu lagi menjaga hati ini. Terlalu
sukar. Semakin dipinta dikikis perasaan itu dari pelupuk hati ini semakin
menebal pula perasaan itu datang. Cuba mencari-cari kelemahannya agar hati ini
tidak dibuai dalam cinta yang fatamorgana ini. Masih belum mampu. Dalam sepi
lantas terpancul bait-bait doa dalam esakan penuh syahdu.
Ya ALLAH aku dah
tak mampu menjaga hati ini! ENGKAU hadirkannya di saat aku masih bertatih untuk
menyintaiMU..
Benar. Hati yang
ALLAH amanahkan ini terasa tak mampu lagi ana jaga. Rasanya sudah terlalu kotor
untuk dihinggapi cintaNYA. Walau selalu ana melantunkan ayat-ayat cinta buat
RABB namun tetap jua diuji dengan kehadiran sang kumbang yang cuba-cuba
menghampiri kelopak mawarku. ALLAHurabbi.
Bila ALLAH
datangkan cinta insan pada kita bermakna ALLAH sedang menguji tahap kecintaan
kita padaNYA.
Ana sedar.
Sebenarnya ALLAH sedang menduga lafaz-lafaz cinta yang sering ana lantunkan padaNYA
setiap kali amanahNYA dilaksanakan. Adakah benar atau dusta semata. Diuju
dengan kalam sendiri! Bukan mudah ingin meletakkan cinta kepada ALLAH
sepenuhnya. Sering tarbiyahNYA terlebih dahulu datang menduga. Cinta kepadaNYA bukan sekadar kalam yang meniti
dibibir sahaja tapi mesti dibuktikan menerusi tindakan. Love ALLAH is not
word but verb. Mujahadah yang tinggi sangat diperlukan untuk menepis segala
gelombang cinta palsu.
ALLAH, jangan
biarkan aku keseorangan dalam melawan perasaan ini. Aku ingin cintaMU, aku
ingin redhaMU.
Bercinta selepas kahwin.
Maksud ana di
sini bukanlah untuk menidakkan cinta insan kerana hakikatnya cinta itu fitrah.
Cinta itu sendiri hadiah dari ALLAH. Dicampakkan ke dalam hati setiap hamba-hambaNYA. Ana cuma mengharapkan
‘cinta halal’(cinta selepas kahwin). Bukankah
itu lebih indah? Halal untuk dicintai dan dirindui:) Cinta itu sendiri
boleh menjadi ibadah hati jika kedua-dua hati yang saling bertaut kerana ALLAH.
Cinta dan rindu hanya kerana ALLAH. Tetapi jika cinta itu didasarkan atas nafsu
semata maka cinta yang fitrah sudah bertukar menjadi fitnah. Cinta juga boleh
menjadikan kita syirik kepada ALLAH bilamana kita meletakkan cinta kepada
seseorang melebihi cinta kepada ALLAH, lalu membelakangkan hukum agama
kerananya.
Kaulul
hukama’: Manusia boleh menjadi hamba kepada apa yang dicintainya.
Justeru
berhati-hatilah ketika hendak memberi cinta. Kalau cinta itu tak bermatlamatkan
untuk membina baitul muslim lebih baik jangan berani mencuba. Bila sudah terjerat pasti sukar untuk
melepaskannya. Percayalah! Jika ada sang kumbang cuba merapati, benteng diri
dengan perisai malu. Jangan mudah menyerah. Biarlah kita dikatakan ‘jual mahal’
kerana perempuan solehah itu sememangnya mahal harganya kerana dia mendapat permintaan
yang tinggi di dunia dan akhirat. Kalau
si rijal itu ingin menjadikan kita sebagai sayap kiri perjuangannya,
sepatutunya dia terlebih dahulu memenangi hati ibu bapa kita bukannya kita.
Kalau
betul-betul suka datanglah berjumpa dengan ibu bapa. Tapi malangnya tak berani.
Kalau begitu kenapa berani untuk bercinta sedangkan masih belum bersedia untuk
berkahwin?
Pilihanku
hanya yang beragama.
Imam Nawawi
pernah berkata: Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu tapi jika
hilangkan agama yang ada padamu, maka hilanglah cintaku padamu..
Kata-kata yang
menjadi azimat buat ana dalam membuat pilihan. Baitul muslim yang hendak
didirikan bukan bermatlamatkan nafsu semata. Ianya perlu disempurnakan dengan
tanggungjawab. Tanggung di dunia dan jawab di akhirat nanti!
Perkahwinaan
dimulakan dengan cinta dan disempurnakan dengan tanggungjawab.
Kebelakangan ini
sering diasak dengan persoalan khitbah dan kahwin. Macam-macam persoalan yang
timbul. Sampai tak mampu nak berkata. Hanya mampu tersenyum meraikan soalan
daripada sahabat-sahabat :). Ramai yang
menyangka ana sudah khitbah. Terpulanglah. Hakikatnya, ana sendiri masih
mengislah diri dan sedang berusaha ‘mensolehahkan diri’. Bukankah perempuan yang baik untuk lelaki yang baik?
Sekarang cuba kurangkan sedikit agenda
MENCARI tapi berusahalah MENJADI kerana hanya jauhari yang kenal manikam. jadi
hanya si soleh yang mengenal si solehah.
Telah tercatat jodohmu di luh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika dirimu berada di jalan yang diredhaiNYA. InshALLAH si dia turut berada di landasan yang sama. Lupakan segala kegundahan hatimu, teguhkan dirimu pada cinta hakiki nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki..Nah, pilihan berada di tangan kita. Kita yang perlu mencorakkan diri kita jika pilihan kita adalah lelaki soleh..^__^
Hati
ini milikMU,
Ummu
Rumaysa
Ghurfati
Firdausi
241010
10:09pm
Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..
No comments:
Post a Comment