Alhamdulillah. Andai tujuh lautan menjadi tinta untuk meluahkan rasa syukur kepada PEMBERI nikmat ini nescaya tidak cukup. Masakan terbalas hanya dengan ucapan syukur? Maha Pemurah ALLAH melimpahkan rezeki dari tiap penjuru dan kekadang didatangkannya rezeki dari tempat yang tidak disangka-sangka. ALLAHu ALLAH!
Rezeki yang dihidangkan bukanlah didatangkan untuk menjauhkan diri kita dariNYA. Namun, tiap rezeki itu membuktikan kasih sayangNYA kepada kita, hamba-hambaNYA. Tidak diminta balasan yang serupa melainkan mengabdian diri kepadaNYA. Hakikatnya, pengabdian kita bukanlah untuk menambahkan kekuasan yang dimilikiNYA atau sebaliknya tapi kebaikannya kembali kepada kita.
Tiap suruhan dan larangannya sebenarnya untuk kebaikan kita sendiri. DIA yang menciptakan kita, maka DIAlah yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. PENCIPTA lebih mengetahui keperluan apa yang diciptaNYA.
Berbekalkan keinginan yang melonjak-lonjak untuk ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC, plan diatur untuk ke sana walaupun hakikatnya ana berada ‘agak jauh’ daripada tempat berlangsung. Walaupun sudah sedia maklum discount yang ditawarkan tidak berbaloi dengan harga tiket yang perlu dibayar tapi ana tetap membulatkan tekad untuk ke sana. Senarai buku yang ingin dibeli sudah disiap awal-awal supaya mudah proses pembelian nanti. Hanya perlu ‘menyerang’ publisher buku yang ingin dibeli.
Tahun lepas diizinkan ALLAH untuk meninggalkan jejak di book fair. Sampai sanggup tak masuk kelas semata-mata untuk mengikut sahabat ana ke sana (tak nak mengaku ponteng kelas:P)
Alhamdulillah, tahun ini dengan izinNYA pada tanggal 27 April dua belah kaki ini sekali lagi berjaya melangkah masuk ke PWTC di mana tempat berlangsungnya book fair(ayat macam apa jep). Ditemani oleh seorang sahabat fillah, cik azyan dan adik yang merengek-rengek nak ikut. Akhirnya membuli adik untuk membawa buku-buku yang dibeli. Oh, baiknya ana*sigh* Hanya sempat 3 jam sahaja berlegar-legar di sana. Belum puas. Kalau ikutkan hati mahu sahaja berkampung dengan buku-buku=)
Ketika bergaul dengan manusia, apa yang ada hanyalah mengadu domba, mengumpat, berdengki, dan saling membenci. Namun ketika bergaul dengan buku, apa yang ada adalah hikmah, hidayah dan keindahan. masyALLAH!
Tahun ini banyak membeli buku berbentuk self improvement. Selamat mengkhatam dan menghadam! |
Buku-buku yang sempat di'grab'
How Successful People Think
(boleh klik ditajuk buku untuk description)
(boleh klik ditajuk buku untuk description)
Kisah-kisah Ulama’ dan Buku
Kisah 1(Sentiasa Bersama Buku)
Di dalam kitab al-Jawahir wa al-Durar, Imam al-Sakhrawi bercerita tentang gurunya, Ibn Hajar. Perkara yng paling disukai oleh Ibn Hajar adalah mutala’ah, membaca, mendegar, beribadah, dan mengarang kitab. Dia tidak pernah membiarkan waktunya terbuangsia-sia tanpa melakukan perkara-perkara yang disebutkan tadi. Dia terus belajar sehingga sampai waktu makan dan beribadah. Sememangnya, bila ALLAH meginginkan seorang hambaNYA akan suatu perkara yang mulia, maka DIA jugalah yang mencipta segala hal yang mendorong perkara tersebut. Ibn Hajar pernah berkata: “Aku sangatlah hairan terhadap orang yang duduk seronok padahal dia tidak mempunyai kesibukan yang bermakna.”
Kisah 2(Menjual Rumah Hanya untuk Membeli Buku)
Di dalam kitab Dzail al-Tabaqat, Ibn Rajab menyebut riwayat hidup seorang pakar ulama’ nahu, iaitu ‘Abdullah bin Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Ibn Khassyab. Pada suatu hari dia ingin membeli buku yang harganya lima ratus dinar. Padahal waktu itu dia tidak mempunyai wang. Kemudian, dia meminta kepada penjual buku itu agar menunggunya selama tiga hari. Keesokan harinya, Ibn al-Khassyab pun menjual rumahnya. Dia menawarkan rumah itu dengan harga lima ratus dinar. Setelah rumah itu laku dan memiliki wang sebanyak lima ratus dinar, maka dia bertemu kembali dengan penjual buku tempoh hari untuk mendapatkan buku itu.
Kisah 3 (Buku Sentiasa Ditangan)
Kebanyakkan ulama’yang mahsyur, mereka tidak pergi ke suatu tempat melainkan di tangan mereka ada kitab yang mereka baca. Itu tidak lain kerana minat mereka yang luar biasa terhadap membaca. Mereka juga sangat takut jika mereka membuang masa mereka dengan perkara yang sia-sia. Didalam kitab Syiar A’lam al- Nubala disebutkan bahawa Ibn al-Abnusi bercerita tentang al-Hafiz al-Khatib. Dia tidak pernah pergi ke suatu tempat melainkan di tangannya ada sebuah buku untuk dibaca.
ALLAHuakbar! Banyak lagi kisah berkisar kehidupan ulama’ dan buku namun tiga kisah di atas sudah cukup menjentik kecemburuan seterusnya mendorong untuk diri ini membaca, membaca dan terus membaca. Moga istiqamah!
Bagaimana kamu ingin membina akal kamu sedangkan kamu tidak pernah membaca! Kita adalah umat iqra’, maka bacalah supaya kita tidak sesat, tidak tergelincir dan tidak menjadi orang yang hina. Satu ayat yang kita baca mungkin mampu memimpin langkah kita daripada kesesatan ke gerbang hidayah. Mari menyahut seruan iqra’!
wALLAHu’alam, masih berlajar dari AL-‘ALIM
Buku kekasihku,
Baiti Jannati
10:20am
30042011
Ya ALLAH! Maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..