Kepada Bakal Zauj,
Andai purdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka. Andai itu lebih menyenangi hatimu.
Andai purdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah. Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasan tercalar.
Kepada Bakal Zaujah,
Andai purdah menjadi pakaianmu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan dikau sesuai dengan malu yang ada pada dirimu. Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka kau memperlihatkan wajahmu. Lelaki yang soleh akan merasa cemburu bila dirimu menjadi perhatian umum. Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kau tidak mahu maka pilihlah lelaki yang lain. Pilihan ditanganmu.
Kepada Bakal Zauj,
Jika kau memilih perempuan yang berpurdah maka kamu harus sentiasa menghembuskan semangat kepadanya agar terus istiqamah untuk berpurdah. Kerana wanita itu bisa berubah dek kerana faktor sekelilingnya.
Kepada Bakal Zaujah,
Andai kamu sudah berpudah, bukan bermakna kamu sudah menyempurnakan semua kewajibanmu. Jagalah akhlakmu demi menjaga kehormatan suamimu.
Kepada Bakal Zauj/Zaujah,
Suami menjadi pakaian kepada isteri dan begitulah sebaliknya. Maka hendaklah kalian menutup keaiban suami/isteri. Jika kamu membuka aib suami/isteri sebenarnya kamu membuka aibmu sendiri.
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya ALLAH menciptakan isterinya; dan daripada keduanya ALLAH memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada ALLAH yang dengan (mempergunakan) namaNYA kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya ALLAH selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)
Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku. Dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..
23 comments:
salam tuan rumah..
minta izin copy paste dlm facebook sy k, harap diizinkan, syukran..jazakillah..
tafdhol..
assalamualaikum...dik...menarik sungguh entrynya....terharu....mohon sharing this info...:)
ukhti... minta izin copy =). Ana nak hadiahkan untuk seorang sahabat yang berpurdah...
Tafdhol2..
perkongsian yang baik. tahniah...
perkongsian yang baik. tahniah...
perkongsian yang ckup bermakna. jazakillah...
menarik...
mohon share
tahniah...
salam ukhti:mintk izin copy n share kat blog ana ye...bagus sangt kata2 ni...
salam ukhti ana nk mtk izin cpy paste ye
tafodholi ya ukhti..no copyright utk sebarkan dakwah..
mahallah safiyyah?
dekat rupanya...
uia jugak kah?:)
wah..gambar abg saya n kak ipar saya pun termasuk skali.. ^^
oh yeke..yang mana satu?
salam. perkongsian yg menarik..:)
Assalamualaikum.. boleh nak tanya apa tajuk lagu dekat SCM Music Player yang no 1 tu. jazakallah..
Wa'alaikumsalam..
ini linknya http://www.youtube.com/watch?v=M2LSBcVzalU
wa'iyaki
eh silap wa'iyaka
Subahanallah, cantiknya ayat di atas sna . ana mohon copy ya.
Post a Comment