Wednesday, February 23, 2011

Untukmu..Duhai Diri!

Bismillahirrahmanirrahim..

Tingkatan hidup diredah biarpun payah. Semua itu satu momen yang perlu dan pasti dilalui semua yang bergelar khalifah. Pahit, manis,masam, masin,kelat bagai satu rencah yang digaul sebati agar mencapai tahap kelazatan yang sempurna dalam sebuah kehidupan. Maha Suci ALLAH., setiap yang dirancang bukan sesuatu yang sia-sia. Di dalamnya terkandung sesuatu yang menajubkan hingga tak mampu melewati akal fikiran manusia. Manusia merancang dan ALLAH juga merancang. Tapi perancangan ALLAH lebih baik. Kembara merentasi belantara kehidupan sudah mencapai 21 tahun. Usia yang sudah matang kiranya. Matang dalam membuat penilaian baik buruk,  dosa dan pahala, serta membezakan laranganNYA dan suruhanNYA. Sudah 21 tahun menyedut oksigen ALLAH secara percuma. Tak pernah diminta bayaran melainkan pengabdian, sujud dan rukuk kepadaNYA.

Dan barangsiapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa tidak bersyukur(kufur), maka sesungguhnya ALLAH maha Kaya, Maha Terpuji((31:12)

Tanpa sedar juga haruman mawarmu mula dihidu sang kumbang yang mencari-cari tempat berhinggap. Maka,  hunuskan duri malumu sebagai perisa agar sang kumbang tak menganggap kamu tak berharga hingga begitu mudah dihinggapi kemudian pergi. Hanya si kumbang yang benar-benar menghargai sekuntum bunga akan menghinggapimu dengan sopan(syara’)

Hari lahir, hari untuk bermuhasabah

Duahi diri, detik demi detik yang kamu lalui sedarkah kamu sebenarnya usiamu semakin habis dan SAKARATULMAUT itu sedang meghampirimu? Kerapkali kamu menundakan taubat dari sehari ke sehari dan dari tahun ke tahun, mengapa kamu masih menunggu? Adakah kamu dapat mengelak daripada maut itu? Adakah kamu berkuasa melepaskan diri daripada masuk ke dalam neraka? Adakah kamu merasa sudah wajar mendapat balasan syurga? Adakah nikmat dan kesenangan telah melekakanmu? Adakah kamu telah binasa kerana kebaikan dan kamu terpedaya dengan dunia dengan panjangnya angan-angan? Tempoh kamu sudah ditentukan dan nafasmu ada batasnya.

Duhai diri! Kamu masih terus-menerus dengan perbuatan sumbangmu, sedangkan setiap hari kamu menghabiskan umurmu sejak dari saat kamu keluar dari rahim ibumu lagi. Seandainya kamu mengetahui berapa lagi umurmu yang masih tersisa, maka kamu akan melupakan angan-angan panjangmu.
Sesungguhnya kematian akan membuka seluruh rahsiamu, hari kiamat akan membuka perkhabaranmu dan seksa akan membuka penutupmu. Apabila kamu melihat aib cela orang lain sementara kamu lupa aib cela dirimu sendiri, maka sesungguhnya kamu sudah sampai tahap lebih MENYUKAI SYAITAN DAN MEMARAHI AR-RAHMAN.Nauzubillahiminzalik.

Perbanyakkan bekalanmu kerana perjalananmu amat panjang dan jauh. Betulkan amalanmu kerana sesungguhnya titian siratNYA amat halus. Ikhlaskan dalam perbuatanmu maka sesungguhnya pemerhatianNYA amatlah teliti. Jika kamu merindui syurga, bersegeralah berbuat amal kebajikan. Jika kamu takut kepada neraka, bertahanlah daripada melakukan kejahatan dan maksiat. Dan jika kamu menahan keinginana nafsumu maka kamu akan mencapai darjat yang tinggi.



Wahai sekalian manusia setiap hari yang baru bumi sentiasa menegurmu dengan kata-katanya: “ Wahai sekalian manusia, engkau berjalan dipermukaanku dan setelah itu engkau akan disimpan didalam perutku. Engkau memakan segala yang diingin ketika berada dipermukaanku, kemudian engkau akan dimakan ulat didalam perutku. Wahai sekalian manusia, aku adalah rumah kesunyian, aku adalah tempat pertanyaan, aku adalah rumah kegelapan, aku adalah rumah kala dan ulat. Maka diamilah aku jangan engkau hindari aku”
(Hadith Qudsi)



SELAMAT PENDEK UMUR WAHAI DIRI..             
SEDARLAH SESUNGGUHNYA KAMU SUDAH ‘DITUNANGKAN’ DENGAN KEMATIAN SEJAK KAMU DILAHIRKAN KEDUNIA INI LAGI. JANGAN TAKUT UNTUK MATI KERANA MATI ADALAH SYARAT UNTUK BERTEMU DENGAN KHALIQMU. BUKANKAH ITU IMPIANMU, BERTEMU DZAT YANG MAHA AGUNG ITU??!!




Pen off,

                
23022011
10.47am

Nota hati: Alhamdulillah keputusan PRK semalam berpihak kepada yang HAQ. Tahniah buat k.Mahirah dan Ustaz Rizwan(IRKHS) 


Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

No comments:

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...