Bismillahirrahmanirrahim...
Sekelip mata, Mesir jadi glamour. Secepat itu juga, Mesir begitu dekat di hati kita. Di Malaysia, kita tidak henti2 bertanya khabar mereka, membaca setiap update terbaru dan menyelongkar setiap sumber yang ada. Kita risau. Kita bimbang. Kita takut kecelakaan menimpa mereka. Sebahagian dari kita mungkin masih lagi berteleku dan menangis di atas tikar sejadah mereka.
Mesir yang bergolak, kenapa kita yang sibuk2 cemas pula?
Tunisia pun bergolak juga beberapa ketika yang lalu, tetapi kita diam saja. Palestin? Gaza ? Bergolak juga, tetapi kita tak menangis pun. Tak Bai? Selatan Thailand? Kita rilek saja. Malaysia sendiri? Kita tak bimbang apa2 pun.
Tiba2 Mesir, kita semua kalut.
Macam mana anak saya? Tolonglah, anak saya ada di sana. Macam mana adik beradik saya? Sepupu sepapat saya? Kaum kerabat saya? Ya Allah..!! Selamatkan mereka!!
Satu dunia mahu kita laungkan kesedihan kita.
Anda yang dihormati. Kesedihan yang terzahir dari lubuk hati kita, air mata yang mengalir di wajah kita, kebimbangan yang membuatkan kita hilang kata2 ; adakah ini semua lahir angkara kejapnya ikatan hati kita dengan saudara seAKIDAH dengan kita , ataupun lahir hanya semata2 kerana mereka mempunyai pertalian darah dengan kita??
Ini persoalan yang menjadi MUHASABAH besar kepada kita.
Sewaktu melihat potret2 berdarah di Palestin, kita tidak merasai kesedihan yang sama seperti sekarang. Sewaktu menatap potret tragedi berdarah di Tak Bai, kita tidak mengalirkan air mata seperti sekarang.
Sewaktu mendengar tentang kezaliman saudara2 kita yang ditahan secara ZALIM tanpa bicara, kita tidak melaungkan kebimbangan seperti sekarang.
Mengapa, apabila bergolaknya Mesir, kita tiba2 bersikap demikian?
Kalau jawapannya adalah kerana di sana ada anak beranak kita. Di sana ada kaum kerabat kita. Di sana ada kenalan2 kita. Maka kita masih sangat2 JAUH dari hakikat persaudaraan yang menjadi pemangkin kepada kemenangan kita.
Menangnya kita adalah atas dasar AKIDAH. Atas dasar IMAN. Atas dasar UKHWAH ISLAMIAH yang begitu teguh, utuh dan kejap antara sesama muslim.
Tidak kira di mana mereka. Siapa pun mereka. Kenal atau tidak kepada mereka. Ada pertalian darah atau tidak dengan kita. Asalkan mereka bergelar MUSLIM, maka mereka WAJIB untuk berada dekat di hati kita.
Saudara. Dalam hadith Baginda Nabi s.a.w disebutkan perumpaan yang begitu meruntun jiwa.
BANDINGAN SEORANG MUKMIN ITU DENGAN MUKMIN YANG LAIN, IBARAT SEBUAH BADAN YANG SAMA, JIKA SATU ANGGOTA TERCEDERA, SEKALIAN ANGGOTA YANG LAIN TURUN MENGADUH SAKIT YANG SAMA.
Nabi menekankan lagi kepada kita.
DEMI ALLAH YANG DIRIKU BERADA DI DALAM KEKUASAANNYA, TIDAK BERIMAN SESEORANG DARI KAMU, SEHINGGA DIA MENGASIHI SAUDARANYA SEPERTIMANA DIA MENGASIHI DIRINYA SENDIRI.
Allah. Alangkah jauhnya kita!
Kena pada orang, kita membisu seribu bahasa. Ah! Mereka aku tak kenal. Aku simpati, tapi yelah, nak buat macam mana.
Yang lain pula berkata ; Mereka hanya mangsa politik. Aku tau mereka dizalimi, tapi aku tak campur politik. Biarpun duduk berdekatan rumah aku , aku buat tak endah saja. Tetapi bila terkena batang hidung sendiri?
Hari ini, Allah bagi tamparan pada kita. Allah lancarkan pergolakan di Mesir. Di mana lebih kurang 11,300 rakyat Malaysia berada di sana. Sebahagiannya anak beranak kita, kaum kerabat kita, kenalan kita. Di Tunisia, mungkin tidak ada yang kita kenal. Maka terbukti, isu Tunisia tidak berapa memberi kesan kepada HATI kita.
Sungguh2 kita HIPOKRIT!!
Saudara2 kita ada di seluruh dunia, tetapi mereka sangat jauh di hati kita. Kerana itu kita tidak hairan apabila Nabi s.a.w mengeluarkan satu statement di dalam Sabdanya : Kamu semua ramai, tetapi ramainya kamu hanya ibarat BUIH2 DI LAUTAN.
Kita memang buih. Buih yang banyaknya tidak ada guna. Rapuh dan senang hancur.
Bagaimana mahu menjadi ummah yang kuat kalau kita masih terikat dengan perasaan keKITAan semata2? Sungguh...Mesir benar2 mengajar kita banyak perkara.
Sekali sekala, kita perlu diTAMPAR juga. Supaya kita mahu sedar dan buka mata. Saya tidak melarang kita sibuk dengan Mesir, risau dengan saudara mara, tetapi biarlah sensitiviti yang SAMA kita tunjukkan kepada beratus ribu isu yang serupa. Bahkan SEBAHAGIAN BESAR nya berlaku di hadapan mata kita sendiri.
Saya terpukul. Benar2 terpukul. Di dalam muhadharah Fiqh Jihad hari ini, Dr Mahmud Khalidi turut menyebut isu yang sama. Saya tidak menghentam sesiapa. Saya menghentam diri saya sendiri yang sangat lemah daya sensitivitinya. Hendak menghulur doa pun terkadang lupa. Hendak menghulur derma pun terkadang mengaduh dompet tak bawa.
Ya Allah, maafkanlah kelalaian dan kealpaan kami. Ampunkanlah segala dosa2 kami, andai ianya menjadi penghijab kepada tibanya saat kemenangan kepada kami. Kami mohon berlindung dari terputusnya rahmat dan kasih belasMu kepada kami. Bantulah kami Ya Allah. Hanya Engkaulah sebaik2 Penolong. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
mereka seAKIDAH dengan kita
mereka JAUH di HATI kita
GAZA : pernah kita MENANGIS kerana mereka..?
anak2 kita, adik beradik kita, kaum kerabat kita, saudara2 kita
depan MATA kita
Nota hati: Doaku sentiasa mengiringi kalian;sepupu ana, ex-classmate ana disana Naim dan Hardy dan kenalan-kenalan fb. Moga ALLAH melindungi kalian. WALLAHuwaliul mukminin^__^

No comments:
Post a Comment