Thursday, December 29, 2011

ALLAH Merancang Dengan CintaNYA

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ



Sekarang berada di penghujung semester. Bermakna fatrah imtihan nihaie bakal bertandang lagi untuk menduga keimanan, kesabaran dan keikhlasan seorang pelajar:) Kalau nak ikutkan ana dah lepas 2 paper sebelum revision period lagi. AlhamduliLLAH. Walaupun agak ‘terseksa’ juga sehari 2 exam(eh,tiga..satu lagi syafawi, ikhtibar salis). Apa pun perancangan ALLAH yang terbaik. DIA tahu tahap kemampuan ana dan alhamduliLLAH mampu habiskan exam petang itu dengan senyuman. ^_____^ALLAH jua yang tolong dan mudahkan!AsykuruliLLAH.

Exam seterusnya akan bermula 4 hari bulan ni. 2 paper juga*senyum terpaksa*Dua-dua subjek history. ALLAHuakbar. Tapi satu dalam English(Intro to History) satu lagi Arabic(Tarikh Al-Islami wa Hadarah a.k.a Survey). ALLAH rancang cantik sangatkan. Mula-mula tengok jadual risau sangat sebab dua-dua memerlukan pembacaan yang tersangat banyak dan perlu menghafal fakta-fakta sejarah tapi rupanya ALLAH dah letakkan gap yang agak lama sebelum 2 paper tersebut. Bila ALLAH aturkan sesuatu  ALLAH dah lihat tahap kemampuan hambaNYA. Makanya, bila ALLAH yakin kita boleh kenapa kita pula yang tak yakin dengan diri sendirikan?? ALLAH dah cakap kamu BOLEH! Yakin.. yakin dan yakin dengan ALLAH.

Jagalah ALLAH, ALLAH Akan Menjagamu!

Selalunya manusia apabila berada dalam keadaan ‘sempit’ baru sedar dia ada Tuhan. Tapi bila waktu ‘lapang’, ALLAH dibuang jauh-jauh seolah-olah tidak memerlukan ALLAH langsung.  Nauzubillah. Bila hampir dengan peperiksaan barulah kalut mencari ALLAH. Lama bersimpuh berdoa bersungguh-sungguh selepas solat. Subuh pun boleh solat on time(sebelum ni, selagi matahari tak terpacak selagi tu tak bangun. Boleh kata setiap hari qada’ solat subuh. Apa kes?) Musim exam sebelum azan lagi dah bangun. Qiam lagi. AlhamduliLLAH. Tapi alangkah baiknya jika amanah ALLAH itu dilaksanakan bersungguh-sungguh tak kira waktu. Bukan hanya sedar kita adalah hamba ALLAH bila exam tiba. ALLAH…

Biasanya ketika berada diambang peperiksaan perasaan akan bercampur. Takut, bimbang, risau, sedih dan gembira semuanya diadun sebati sehinggakan kadang-kadang kecelaruan emosi menyebabkan tiada perasaan pun nak exam (boleh plak). Bimbang tidak mampu memberikan kejayaan yang terbaik kepada ibu bapa, bimbang tak mampu mengekalkan kecemerlangan yang lalu dan pelbagai lagi kebimbangan yang muncul tiba-tiba ketika musim exam. Tapi yang peliknya perasaan bimbang ini hanya muncul ketika berada di ambang peperiksaan sedangkan ketika peperiksaan masih jauh(read: lambat lagi) tiada langsung kesedaran untuk BERUSAHA. Nikmat dunia dinikmati seperti ‘dunia ini aku yang punya’ tanpa had dan batas. [A reminder to myself  first and foremost]

Kita lupa dalam melalui kehidupan ini perkara yang perlu diambil perhatian ialah hablum minaLLAH wa hablum minannas. Tunaikan hak ALLAH, inshALLAH ALLAH akan jaga hak kita. Begitu juga hubungan sesama manusia. Tunaikan hak mereka, inshALLAH pasti ALLAH tunaikan hak kita juga. What you give, you get back!

Sebagai seorang hamba, yang perlu kita lakukan adalah USAHA dengan SEBAIK mungkin. Maksimakan kemampuan dan keluarkan kelebihan yang ada pada diri, BERAZAM untuk berjaya dan melakukan usaha yang TERBAIK sepanjang proses pendidikan dan peperiksaan. Tawakal kepada ALLAH dengan meletakkan SELURUH pengharapan kepada ALLAH yang pasti akan membantu hamba-hambaNYA. Serahkan hatimu kepadaNYA. NATIJAH(keputusan) itu urusan ALLAH ~Insyirah Solehah~

Ingatlah, kita selaku hamba hanya perlu berusaha yang terbaik dan melaksanakan dengan cara yang terbaik juga. Segala natijah yang bakal kita peroleh diserahkan buat-bulat kepada ALLAH yang Maha Mengetahui perihal baik dan buruk untuk hambaNYA. Bila kita sibuk memikirkan natijah yang bakal kita dapat kita seolah-olah menyibuk urusan ALLAH. Jangan risau ALLAH adalah Tuhan yang tidak pernah menzalimi hambaNYA. DIA tidak pernah mensia-siakan usaha hambaNYA. Bila kita tak dapat apa yang kita nak sebenarnya ALLAH nak bagi apa yang LEBIH baik daripada apa yang kita minta. Maka, sentiasa berbaik sangka dengan ALLAH walau apa pun natijahnya nanti. Khier, InshALLAH:)

Bukan Sekadar Peperiksaan

Peperiksaan bukan sekadar menguji ketajaman fikiran dan tumpuan minda untuk mencerna maklumat yang sudah di’download’kan ke dalam otak. Peperiksaan juga bukan sekadar menguji kepintaran seseorang dalam mengaplikasikan teori yang dihadam kedalam sel-sel otak. Peperiksaan bukan hanya menguji akal(berfikir) tapi hati(iman) juga tidak terkecuali diuji. Dalam fatrah peperiksaan inilah kayu ukur keyakinan kita kepada ALLAH. Hanya hamba yang beriman sahaja tidak berasa risau dan bimbang kerana dia sudah berusaha yang terbaik dan meletakkan seluruh usaha kepada ALLAH tanpa sibuk memikirkan natijahnya nanti. Di dalam hatinya sudah tertanam setiap pemberian ALLAH adalah yang terbaik untuknya.

Sebagai hamba, perlunya kita menilai kembali usaha yang ‘terbaik’ itu andai natijahnya tidak seperti yang kita inginkan. Bukan terus menunding jari ‘menyalahkan’ ALLAH di atas kegagalan kita. ALLAH sesekali tidak bersikap tidak adil dan zalim terhadap hambaNYA. Cuba perhatikan juga hubungan kita sesama manusia. Bagaimana hubungan dengan ibu bapa, bagaimana adab dengan guru dan bagaimana akhlak dengan sahabat-sahabat dan orang sekeliling kita?Adakah kita benar-benar sudah menjaga adab dan akhlak kita dengan ibu bapa, guru, sahabat dan orang sekeliling kita?

Dalam menghadapi peperiksaan ini syariatuLLAH dan sunnatuLLAH perlu digerakkan secara bergandingan.  Memahami dan melaksanakan syariatullah dan sunnatullah adalah penting bagi umat Islam yang menginginkan kejayaan di dunia dan di akhirat. Contoh mudah, 2 orang pelajar, A dan B akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Pelajar A seorang muslim yang sangat menjaga ibadahnya. Manakala pelajar B pula bukan seorang muslim. Dalam persediaan menghadapi peperiksaan, pelajar A meningkatkan lagi amal ibadah sehariannya, berdakwah siang dan malam, halaqah pada setiap malam, bertahajud sampai bengkak kakinya, cuma satu saja yang dia tak lakukan iaitu mengulangkaji pelajaran, sedangkan dia masih ada kesempatan waktu untuk ulangkaji pelajaran. Manakala, pelajar B pula mengulangkaji pelajaran dengan bersunguh-sungguh, hampir setiap malam melakukan ulangkaji pelajaran, berhenti pun hanya untuk makan dan minum, kemudian sambung belajar lagi.


Jadi, antara pelajar A dan B yang manakah akan berjaya akademiknya?


Sudah tentu pelajar B akan mendapat keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang walaupun dia non muslim. Kenapa? Itulah sunnatullah, siapa yang berusaha dia akan dapat..



Daripada contoh di atas, kita dapati bahawa pelajar A memenuhi syarat-syarat syariatullah. Pelajar B pula memenuhi syarat-syarat sunnatullah. Di dalam kes ini, sunnatullah yang telah ditetapkan untuk mendapat kejayaan yang baik dalam peperiksaan ialah dengan mengulangkaji pelajaran dengan sebaik-baiknya. Oleh kerana pelajar B memenuhi syarat sunnatullah ini, dia diberikan kejayaan oleh ALLAH walaupun dia bukan seorang muslim. Jika pelajar A juga melaksanakan sunnatullah, sudah pasti kejayaan pelajar A lebih bermakna. Di mana pelajar A akan mendapat keberkatan dalam kehidupannya atas hasil pelaksanaan syariatullah.

Takutlah fail..’

‘ Tak tahu ana jawab apa tadi. Risaulah…’


Seorang sahabat mengingatkan.

‘ Mintak la dengan ALLAH. Bukan lecturer yang bagi markah. ALLAH yang bagi markah sebenarnya. So, doa banyak-banyak..’

Sentap. 

Ya, kita sering terlepas pandang yang marking kertas kita nanti adalah seorang manusia(lecturer) yang juga milik ALLAH. ALLAH yang mengerakkan segala tenaga lecturer kita untuk membolehkan beliau memberi markah kepada kita . Makanya mintalah dengan ALLAH bersungguh-sungguh agar ALLAH campakkan rasa ketenangan ke dalam hati lecturer kita dan minta ALLAH kaburkan matanya daripada melihat kesalahan kita(biasa buat ye:) Segalanya boleh berubah dengan doa. Teruskan  berdoa. Takdir manusia berada dihujung doanya. Selagi natijah belum diperolehi selagi itu kita mampu berdoa agar ALLAH memberi kejayaan yang terbaik menurut DIA bukan menurut kita. Apa gunanya jika berjaya tapi akan menjauhkan kita kepada ALLAH. RABBI, kurniakanlah kejayaan yang terbaik menurutMU bukan menurutku.

Apabila tamat sahaja imtihan, pelajar-pelajar mula meninggalkan kitab-kitab mereka. Ketahuilah bahawa seorang penuntut ilmu yang tidak membuka kitabnya selama tiga hari, maka dia bukanlah seorang penuntut ilmu. Tapi dia adalah seorang penuntut KEJAHILAN ~Habib Ali b. Muhammad b. Zein~*serius terasa=.=*  

 Jalan-jalan jihad ta'lim(tolong doakan yea)
23/12: Tahfiz/ Tilawah 2 (alhamdulillah khalas)
4/1    :  Intro to History/Survey
8/1    :  Dirasat Li Suwar Mukhtarah
10/1  : Islamic Aqidah
 14/1  : R.a.s.o.k 


p/s: Time exam ni sepatutnya kena lebihkan solat taubat daripada solat hajat. Macam mana ALLAH nak makbulkan hajat kita sedangkan dosa kita menjadi penghijab.   

Selamat ber ‘exam’ semua^_____^




RABBuna yusahil lana,

            
291211
5.51pm

*AlhamduliLLAH, duduk kat rumah ni jarang 'diserang' .Tak nak balik la macam ni:p*


references:
[http://hafidzyusoff.blogspot.com/2009/08/jenayah-aktivis-dakwahantara.html]
[http://niqobgirl.blogspot.com/2011/04/bukan-sekadar-peperiksaan.html]




Photobucket
 

Sunday, December 25, 2011

Ayat Motivasi dari Al-Quran

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

Duhai diri,
Dalam melangkah pergi, terkadang  diuji dengan seribu keperitan, terasa berat untuk melangkah apatah lagi untuk berlari. Namun itu semua hanyalah sementara, kerana selepas malam akan bergantinya siang yang indah. Biarpun pelangi tidak akan selama-lamanya. Namun tak kala mentari terbit kemungkinan di situ akan muncul pelangi indah biarpun pelangi itu bukanlah suatu yang mudah untuk kelihatan hanya ketika bumi ditimpa hujan…

Duhai diri,
Ayat-ayat ini ku tuliskan untukmu.. Ayat-ayat yang penuh dengan peringatan dan hikmah… Ayat-ayat yang diturunan olehNYA kepada junjungan besar untuk disampaikan…
Demikianlah KAMI bacakan kepadamu (Muhammad) sebagai ayat-ayat dan peringatan yang penuh hikmah” – Ali Imran : 58.



Duhai diri, 
  Baca dan tadabbur ayat ini.. 
  Jadikan ayat ini sebagai terapi di kala tarbiyah ALLAH menyapa..
Agar dikau bisa menjadi seorang insan yang tabah…
“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin ALLAH; dan barang siapa beriman kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11 
  “(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “Sesungguhnya kami milik ALLAH dan kepadaNYAlah kami akan kembali”” – InnaliLLAHI Wa inna Ilaihi Rajiun. –al-Baqarah : 156.

Duhai diri, 
  Ketahuilah hakikat bahawa segalanya itu adalah ujian bagimu untuk menguji keimananmu…
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut :1

Duhai diri,
Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buatmu, hanya dikau yang mampu untuk menempuhinya, walaupun terasa berat olehmu…
“ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286. 
“ALLAH tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan ALLAH kepadanya”- at-Talak : 7

Duhai diri, 
  Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu… Bangunlah dikau dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya… Kau adalah insan yang kuat dan gagah … 
  “Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.

Duhai diri,
Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian… Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu… Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…
“Dan mohonlah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45

Duhai diri, 
ALLAH tahu kesedihan hatimu.. 
  ALLAH tahu kau rasa lemah disaat ini.. 
  Namun jika kau bersabar dan redha.. 
  Ganjarannya sangat besar, terlalu besar.. Percayalah!

ALLAH yang MAHA KUAT sedang melatih kamu untuk menjadi kuat. BERBAHAGIALAH!




ALLAH memilihmu,
         
251211
2:45pm

~Alhamdulillah,semalam selamat pulang ke rumah untuk merawat diri:) InsyALLAH akan berada dirumah lebih dari seminggu sebelum final exam tiba~ 

Photobucket
 

Friday, December 16, 2011

Nota untuk Diri

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

Sakit yang datang hanya SEKETIKA diratapi tiada henti,
Nikmat kesihatan yang telah ALLAH berikan selama ini tak pernah pula disyukuri,
Lumrahnya manusia yang terlalu goyah menilai akan makna kehidupan ini,
Manakan bahagia akan berkunjung tiba jika hati sering berburuk sangka dengan apa yang terjadi,
Apatah lagi berburuk sangka kepada PENCIPTA hidup ini..


Terkadang rasa penat menepis persoalan yang tidak jenuh menambat minda,
Adakala punah semangat menadah telinga pada suara yang tidak mampu membina,
Hidup terasa sepi bila bersendirian mengejar pelangi yang jelas jauh disana,
Apapun yang menjadi tembok menghalang perjalanan,
Hidup ini perlu diteruskan,
Jelasnya masa akan terus berjalan,
Sampai detik ketika yang ditetapkan.
(AkuIslam.com)

Rupanya lebih berat menanggung air mata di hati berbanding mengesat air mata di pipi:'(

ALLAH sentiasa memberi yang TERBAIK wahai diri,
  
161212
9.22pm



Photobucket


Wednesday, December 14, 2011

ALLAH Tersangatlah Memahami.

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


Dalam keadaan emosi yang tunggang tebalik. Didatangi pula dengan bisikan yang boleh menggoyahkan akidah ini, ALLAH 'hadiahkan' video ini untuk memujuk  dan mengukuhkan semula sandaran kepadaNYA. Ya ALLAH, jangan biarkan aku sendirian. Sesungguhnya aku tak mampu:'( 


*Tersenyumlah Wahai Hati yang Bersedih*

Saat kita menempuh onak duri,
Derita sekali sekala mencuit hati,
Hati remuk, menangis tak henti,
Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati,
Ketika itu sabar pun sudah tak dikenali lagi,
Dalam terharu,
Air mata tertumpah lagi.

Wahai Hamba ILAHI!
Begitulah kehidupan di dunia, 
Kita sesekali tidak dapat menjangka,
Apa yang ALLAH aturkan untuk kita,
Adakalanya kita tersangat gembira,
Adakalanya kita tersangat suka,
AturanNYA bukan pilihan kita.

Namun,
Jangan risau wahai manusia,
ALLAH itu Tuhan kita,
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangNYA.

Percayalah!
Dia tidak menduga hambaNYA,
Kecuali untuk melihat hambaNYA,
Tersenyum di sana.
Tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa,
Oh indahnya!

Wahai hamba ALLAH!
Jangan bersedih, 
Kerana anda telah melalui kesedihan itu kemarin,
Dan ia sama sekali tidak memberi manfaat pun pada keesokan harinya.

Kesedihan demi kesedihan,
Bakal membuat anda semakin terperuk dalam keputusasaan,
Dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna,
Padahal dunia inilah kesempatan untuk dekatkan diri kepada ALLAH,
Untuk kita meraih syurgaNYA,
Yang tersangat indah.
Serta bebas dari rasa kesedihan.

Gara-gara kesedihan,
Air yang manis terasa pahit,
Makanan yang lazat terasa hambar,
Bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu.

Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir air mata mengalir di pipi,
Lantaran terasa diri begitu kerdil di sisi ALLAH,
Dan begitu berdosanya diri kita di sisi ALLAH.

Wahai hamba ALLAH!
Lihatlah sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu,
Sepanjang hidup dan usia jangan mudah berputus asa.

Senyuman yang kau berikan,
Dan air mata yang kau titiskan,
Simpan...jadikan tauladan,
Segala yang kau pandang dan dengar,
Simpan..buat pedoman.

You don't know anything but ALLAH knows everthing!  

~Ya ALLAH, bantulah aku untuk menyakini, memahami dan merasai keindahan takdirmu~ 

\
Dalam pembaringan,
         
141212
3.01pm

*Kaki tidak mampu lagi untuk menapak, hanya jemari yang mampu untuk digerakkan. 
Terpaksa skip kelas petang ni.*
*Sabar, sabar dan terus sabar dalam penantian*

Photobucket
 

Monday, December 12, 2011

SABAR??Sampai bila?

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

Hate to cry. Tapi air mata ni tak henti-henti keluar dari semalam=.=
Sering kali bila kita menghadapi ujian ungkapan yang pertama keluar dari mulut adalah SABAR.
Selama ini kita rasa mampu bersabar tetapi bila perkataan sabar diungkap menjadikan kita makin TAK SABAR.
Maka terpancullah kata-kata yang agak berbisa" kamu tak berada di tempat saya senanglah nak cakap tentang sabar" 
Sungguh SABAR itu berkait dengan iman. Assobru minal iman!
Tapi kenapa bila diingatkan tentang sabar kita makin tak SABAR?
Berkemungkinan orang yang mengungkapkan perkataan SABAR itu tak pernah pun sabar bila ditimpa ujian. 
Orang yang hatinya bersih akan turut memberi tempias pada orang sekelilingnya melalui kata-kata dan perbuatan.
Mungkin juga orang  yang diminta untuk SABAR itu mempunyai hati yang kotor sehingga nasihat pun sudah tidak dapat menembus hatinya. Nauzubillah.
Apa pun, jangan sekadar mengungkapkan perkataan SABAR tapi ajarlah sekali cara untuk BERSABAR!
Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "SABAR itu umpama sinar matahari" 
Walaupun ia panas membahang, tetapi ia adalah sumber tenaga untuk seluruh alam.
SABAR adalah mentari dalam kehidupan.
Tanpa sabar, kita selamanya dalam kegelapn 
Contohi SABARnya matahari mematuhi hukum tadarruj.
Terbit dari sebelah timur dan naik sedikit demi sedikit untuk tenggelam di sebelah barat. 
Sabar bukan sahaja tuntutan syariatuLLAH tetapi satu sunatuLLAH juga.
Pahat dihatimu 'SABAR itu  terlalu indah'. Percayalah!

ALLAH yang membuat kita mampu tersenyum walaupun dalam keadaan menangis.Tempat bertahan ketikka hendak menyerah.Tempat berdoa ketika hilang tempat mengadu dan ketika semua orang menjauh.Tempat untuk bangkit sekalipun HATI TELAH HANCUR.Tempat untuk tetap mengerti ketika tidak satupun terlihat memberi erti.Kerana ku yakin..Segala sesuatu terjadi mungkin kerana ALLAH lebih memahami diri kita. Wahai diri, bersabarlah. InshALLAH akan selalu ada jalan. ALLAH selalu bersamamu:) 






121211
09:31am


Photobucket
 

Sunday, December 11, 2011

Tetaplah Tersenyum!

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

*Entri ini diedit berlatar belakangkan lagu Segalanya MilikMU*

KAU yang mengutuskan duka,
Dan ENGKAUlah yang mengirimkankan hampa,
Namun padaMU jua diadukan,
Merebahkan keresahan dan tangisan,
Aku tahu inilah kasihMU,
Aku tahu inilah cintaMU,
Ku tahu tiap yang terbaik untukku,
Tak semuanya yang kumahu,
Dan kutahu disegenap ruang rasaku telah KAU titipkan KEKUATAN.

Bila kondisi hari ini masih seperti kemarin di mana harapan belum menjelma menjadi nyata. Tetaplah tersenyum. Bukan bererti ALLAH mengabaikan doa-doamu. Kamu tahu, ALLAH adalah Dzat Yang Maha Mengabulkan doa-doa hamba-NYA.


“Berdoalah kepada-KU niscaya AKU akan mengabulkannya…” (QS Al mu'min:60).

Tak ada yang dapat meragukan janji-NYA. Doa kepada-NYA ibarat sebuah pelaburan yang tidak akan pernah  merugikan pelaburnya. Kerana penjaminnya adalah DZAT YANG MAHA PEMURAH, YANG MAHA BERKUASA atas segala sesuatu. DZAT YANG PENGABUL DOA itu, tak akan pernah memungkiri janji. Tidak akan sia-sia munajat yang mu mohonkan pada-NYA, baik di waktu siang apalagi di sepertiga malam. Ketika lebih banyak makhluk-NYA hanyut dalam dekapan dinginnya malam dan hangatnya selimut tebal.

Bila belum ada perubahan bererti tentang rencana-rencanamu, tetaplah tersenyum. ALLAH lebih mengetahui apa-apa yang baik untukmu. Yakinlah, bahwa:

“Sesuatu yang telah ditentukan oleh ALLAH pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan.” (QS An Nahl:1).

ALLAH Maha Mengetahui bila sesuatu terbaik untukmu, baik dalam sisi masa mahupun keadaannya. ALLAH, PENCIPTA alam raya ini, adalah PENTADBIR yang hebat, yang tidak akan membiarkan kamu terhumban dalam keburukan. Selama kamu yakin akan kekuasaan-NYA, yakin akan kasih sayang-NYA.

Jika semua tak bererti, tak ada kemajuan untukmu. Tetaplah juga tersenyum. ALLAH punya cara sendiri untuk membuatmu sentiasa dekat dengan-NYA. Mungkin, semua ini dibuat-NYA untuk kamu agar kamu sentiasa hanyut dalam sujud-sujud panjang di penghujung malam. Sentiasa larut dalam tangis penuh harap, dalam buaian doa-doa panjang nan khusyuk.

Semua tak akan tersia-sia begitu saja. ALLAH, mencatat setiap upaya yang kamu lakukan dan doa yang kamu panjatkan. Segala sesuatu yang kita buat sekecil mana pun ia akan menuai balasan di sisi-NYA kelak. Niatkan semuanya hanya untuk meraih ridha-NYA, agar perjuangan hebat ini tak hanya bermakna sementara. InsyALLAH kamu akan memetik buahnya kelak, di waktu yang telah DIA tentukan.

Dunia ini fana. Tak ada yang kekal didalamnya. Perjuangan ini, pengorbanan itu ada kesulitannya. InsyALLAH, suatu hari nanti, harapan akan berbuah kebahagiaan. Akan menjelma menjadi kemudahan. Kerana, sekali lagi, ALLAH telah menjamin:

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS Al Insyirah: 5-6)

“ALLAH pasti akan memberikan kemenangan atau mengadakan keputusan yang lain dari sisi-NYA.” (QS Al Maidah:52)

Tetaplah berbaik sangka kepada-NYA. Tetaplah berharap sepenuh hati kepada-NYA. Tetaplah gantungkan rasa setinggi apa pun itu, hanya kepada-NYA. Sekali lagi, hanya kepada-NYA.

“Sesungguhnya, rahmat ALLAH amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (QS Al A'raf: 56)

“…Janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH, melainkan kaum yang kafir.” (QS Yusuf: 87).

Dan, jika akhirnya harapan tidak menjelma seperti yang kamu idamkan, tetaplah terus berbaik sangka kepada ALLAH Yang Maha Mengetahui. Kerana,


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.(QS Al Baqarah: 216).

Duhai diri teruskan berjuang. Demi sebuah azam yang dipancangkan untuk meraih redho ILAHI RABBI. Keep positif thinking, bahawa akan selalu ada jalan keluar terbaik untuk setiap masalahmu. Bersabarlah dengan ujian yang ALLAH berikan, yakinlah pasti akan selalu ada hikmah yang tersembunyi. Jika doa-doamu belum juga terkabul, janganlah hal itu membuatmu merasa berputus asa, teruslah berdoa, teruslah ikhtiar, yakinlah ALLAH pasti akan mengabulkan do'amu disaat yang tepat, atau DIA menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik menurutNYA.

Maka.., tetaplah tersenyum .. sesungguhnya masalah adalah caraNYA mendewasakanmu!



Ya RABBannas, azhibil bas, Ishfi ANTA shafi, la shifa-a ila shifauka. Shifaan la yughadiru saqama.




Hamba ALLAH selama-lamanya,
      
~Aku mohon pilihan terbaik menurutMU bukan menurutku~

Photobucket
 

Saturday, December 10, 2011

10 Penilaian Ketika Melamar Atau Dilamar



ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


*Kerana CINTA harus memilih*

" Saya dikenalkan dengan seorang ‘akh’ ini oleh orang tengah. Kami diberi masa untuk saling berta’aruf. Cuma saya tidak tahu apa ciri-ciri yang perlu saya tahu atau tanyakan tentang dia..”

"Ikutkan memang sudah berkenan, tapi mahu mengenali lebih dalam. Apa sepatutnya yang perlu diketahui sebelum berkahwin? ”
  

" Dalam tempoh dikhitbahkan ( ditunangkan ) ini sebenarnya apa yang perlu kami tahu tentang diri masing-masing? "

Banyak lagi soalan lain. Semuanya berkisar tentang topik yang sama. Sebelum nak hidup bersama, mahu kenal mengenal terlebih dahulu. Bahkan Islam pun sarankan begitu. Tetapi menjadi masalahnya apabila tidak tahu apa yang patut ditanya atau diketahui, walaupun dalam masa yang sama ada juga yang terlebih tanya dan terlebih tahu.

Jadi kali ini, saya kongsikan beberapa perkara yang perlu dijadikan penilaian samada ketika anda dilamar ataupun sewaktu menerima lamaran.
Dalam hadith Nabi s.a.w sebut, pilihlah dalam hal agama. Agama sudah tentulah Islam. Tetapi yang dimaksudkan adalah nilai beragama pada seseorang individu tersebut. Bagaimana komitmen dia dengan amalan wajib dan amalan sunat. Gemar solat di masjid atau di rumah. Begitu juga dengan puasa sunat, sedekah, bermuamalah dengan masyarakat, melazimi kuliah-kuliah agama dan sebagainya. Bahkan kehidupan beragama ini konteksnya luas, mungkin meliputi perkara-perkara lain yang akan saya sebutkan nanti. kerana itu, Nabi s.a.w meng'highlight'kan perkara tersebut.

Kedua:Sahsiah,Akhlak dan Personaliti
Dia orang yang bagaimana. Ini cukup penting. Peribadi luaran kadang kala jauh berbeza dengan dalaman. Ada orang dinilai sebagai garang secara luarannya, walhal dia seorang yang cukup lembut dan bertolak ansur. Begitu juga sebaliknya. Apa yang mencorakkan kesemua ini sudah tentulah agama dalam diri orang tersebut. Maka bab akhlak dan sahsiah perlu dititikberatkan. Perlu diketahui sifat, sikap dan watak orang tersebut. Mungkin dia seorang yang egoistik, sukar berlapang dada atau terlalu lembut sehingga tiada langsung nilai ketegasan padanya. Begitu juga dengan personaliti. Dia seorang yang kemas, selekeh atau biasa-biasa sahaja. Dia seorang yang mengambil berat tentang penjagaan masa atau sekadar sambil lewa. Dia seorang yang suka menolong orang atau mementingkan diri sendiri. Begitulah seterusnya.
Ketiga : Kepimpinan dan Kematangan
Lebih-lebih lagi kalau anda wanita. Bab kepimpinan pada seorang lelaki sangatlah penting untuk diselidiki. Namun sebenarnya, ia adalah soal bagaimana orang tersebut membuat keputusan dan mengambil pendirian dalam hidup. Ia adalah soal kematangan dalam mengambil keputusan. Lebih mudah diketahui tentang ini kiranya orang tersebut terlibat dengan sesuatu persatuan atau pertubuhan. Tetapi yang tidak terlibat, tetap juga perlu dinilai sudut tersebut. Mungkin boleh dilihat dari sudut bagaimana seseorang itu menghadapi masalah. Dia mampu berdikari menyelesaikan sendiri atau masih perlukan bantuan orang, seumpama ibu bapa, sanak saudara dan sebagainya. Boleh juga dinilai ‘keunikan’ pada hidup seseorang itu, maksud saya tentang apa yang dia buat yang tidak sama dengan orang lain buat. Dari situ kita boleh menilai samada dia seorang yang punya prinsip tersendiri ataupun tidak ada prinsip dan cenderung menjadi ‘lalang’ semata-mata.
Keempat : Pergaulan atau Kehidupan Bermasyarakat
Boleh jadi orang tersebut dari jenis ‘hikikomori’, siapa tahu. Boleh jadi juga dia seorang yang peramah, banyak mulut dan mudah didekati. Boleh jadi dia seorang yang gemarkan privacy dan boleh jadi dia seorang yang ‘boleh mati’ jika berada dalam suasana sunyi. Ini penting untuk diketahui bagi tujuan membandingkan keserasian dengan diri anda sendiri. Kata orang, Allah jadikan jodoh itu berbeza lelaki dan perempuan, maknanya kalau si lelaki pendiam si wanita mesti banyak mulut. Begitu juga kalau si lelaki keras, si wanita lebih lembut. Tetapi kata-kata ini sukar juga dibuktikan, kerana di sana ada banyak pasangan yang mana si suami pendiam dan si isteri juga sangat pendiam. Apapun, selidiklah sebaiknya dari sudut pergaulan orang tersebut dan juga kehidupan bermasyarakat.
Kelima : Komitmen Keluarga
Ada orang prinsipnya ‘family come first’ tetapi ada orang tidak. Ada yang terlalu gemar berdikari sehingga keluarga dipinggirkan. Ada yang terlalu tidak pandai berdikari sehingga semuanya masih bergantung pada keluarga. Tetapi rasionalnya menyelidik dari sudut ini adalah, kita sebolehnya mahukan pasangan yang sederhana. Tidak terlalu ‘ketat’ dengan keluarga sehingga langsung tiada ruang berdikari. Tidak juga terlalu renggang sehingga nantinya hidup sendiri-sendiri. Boleh jadi juga apabila mengetahui keadaan orang tersebut dari sudut ini, akan lebih menjadikan anda kenal dengannya. Boleh jadi dia ada masalah keluarga dari kecil, maka di samping anda tahu dan membuat pertimbangan, anda juga boleh fikirkan bagaimana untuk membantu kiranya anda diberi ruang dan peluang.
Keenam : Perancangan Hidup
Ini cukup penting untuk diketahui. Perancangan jangka masa panjang dan juga perancangan jangka masa pendek. Dalam masa yang sama, anda juga seharusnya SUDAH ANDA perancangan-perancangan tersebut. Kemudian barulah boleh di’kembar’kan dan dibandingkan peluang atau masalah yang ada. Di samping itu, anda boleh juga menilai samada orang tersebut jenis yang berperancangan ataupun tidak. Kebanyakan lelaki tidak mempunyai perancangan yang jelas sebelum berkahwin. Bahkan ramai yang fikirnya hanya hari ini dan esok, lusa pula cerita lain. Nilai pula dengan diri anda. Kalau anda ‘anti’ dengan jenis tersebut maka buatlah penilaian sebaiknya. Apapun, bab perancangan calon kita sangat penting untuk diketahui lebih-lebih lagi sebelum kita bersetuju untuk menerima.
Ketujuh : Hobi dan Minat
Kadang-kadang, kalau anda bertaaruf melalui borang, apa yang ditulis tentang hobi atau minat tidak menyeluruh. Kadang-kadang, ia seolah sekadar ‘mengisi ruang kosong dengan jawapan yang betul’. Tetapi seseorang itu boleh diketahui hobi atau minatnya dengan lebih jelas dan ‘jujur’ di luar borang mahupun kertas. Selidiki tentang apa yang orang tersebut suka buat di masa lapang atau tidak lapang. Mungkin terlibat dengan gerakan tertentu, pertubuhan tertentu, kumpulan tertentu dan sebagainya. Selidik juga tentang kecenderungan. Ini penting. Dia seorang yang cenderung kepada motosikal, atau pengembaraan, atau penulisan, atau penternakan dan sebagainya. Kecenderungan ini pula perlu dinilai samada memberi kesan besar kepada anda dan perancangan hidup ataupun tidak.
Kelapan : Pantang Larang atau Prinsip
Di atas telah saya sebutkan tentang prinsip hidup, namun ini mungkin lebih kepada pantang larang. Contohnya, dia seorang yang pantang kalau menunggu orang lebih dari 10 minit. Reaksi biasanya adalah, dia akan terus batalkan pertemuan atau perjanjian yang dibuat. Itu tentang dia. Mungkin juga pantang larang dari segi keluarga. Ini juga perlu diketahui. Mungkin keluarganya jenis yang ada pantang larang tertentu. Contohnya, pantang bermenantukan orang Kelantan. Ini berlaku. Contoh lain, pantang anak-anak membuat keputusan sendiri walaupun melibatkan hidup mereka. Atau, pantang anak-anak berkeluarga dan berpindah keluar dari rumah ibu bapa. Sebaiknya, perkara-perkara seperti ini anda tahu dan faham terlebih dahulu.
Kesembilan : Poligami atau Monogami
Meskipun fitrah lelaki itu adalah poligami dan fitrah wanita pula adalah monogami, namun tidak bermakna keduanya akan beroleh hidup seperti itu. Dan tidak juga bermakna keduanya bersetuju merealisasikan fitrah seperti itu. Ada lelaki memang meletakkan syarat supaya membenarkan dirinya berpoligami. Ada wanita memang meletakkan syarat supaya tidak dimadukan, dan sebagainya. Kalau anda wanita dan dilamar, sebaiknya tanyakan dan ketahui pendirian lelaki tersebut tentang hal ini. Tetapi haruslah diingat, bahawa kata-kata, pengakuan mahupun janji-janji lelaki itu tidak menjadi jaminan bahawa dirinya tidak akan berpoligami pada masa akan datang. Itu cerita tentang takdir, ALLAH sahajalah yang Maha Tahu.
Kesepuluh : Demand pada Pasangan

Ketahui apa yang dia mahukan dari pasangan. Bukan sekadar luaran tetapi juga dalaman. Ada orang secara luarannya dia mahu yang putih, tinggi, hidung mancung dan sebagainya. Ada juga yang secara dalamannya, dia mahukan pasangan yang memahami, murah senyuman, aktif, suka bergurau, berfikiran jauh dan sebagainya. Segala demand orang tersebut sebaiknya anda tahu untuk dijadikan penilaian. Mungkin ada antaranya yang bersifat boleh dilengkapi dan ada juga yang tidak boleh dilengkapi. Mudahnya, demand orang tersebut dari segi rupa paras, karier, sikap, sifat, kelemahan, kelebihan dan sebagainya.

Penutup
Buat akhirnya, suka saya berpesan, bahawa berkenalan sebelum kahwin tidak akan sama dengan berkenalan selepas kahwin. Namun kepentingan untuk kenal sebelum kahwin tetap ada, meskipun tidak menyeluruh. Apa yang saya kongsikan di atas, mungkin antara beberapa perkara yang dirasakan paling penting untuk diberi perhatian. Moga ALLAH tunjukkan jalan dan berikan panduan.
Sekian.

                                                              myilham.com:  من شبكة الإنترنت

                                                            RABBI yasir wala tu'asir,

                                                   



                  Photobucket