Saturday, February 23, 2013

D.U.A.P.U.L.U.H.T.I.G.A



ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


Bertambah usia dalam hitunganku, tapi berkurang pula usiaku dalam hitunganNYA..

~you are older today than yesterday but younger than tomorrow~


"Wahai Tuhanku, Dzat Yang Maha Kekal.
Hanya dengan anugerah dan kemurahanMU yang Agung, telah datang tahun ini dan usiaku bertambah."
 

Ya ALLAH,
Jadikanlah sebaik-baik umurku pada hujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku yaitu hari ketika aku bertemu dengan-MU (di hari kiamat)


*****************
23 ini,
Jangan pernah mendakwa umur ini masih muda untuk beramal,
23 ini, 
Jangan pernah lagi bertangguh untuk bertaubat,
23 ini,
Jangan anggap usia ini terlalu muda untuk mati, 
kerana syarat mati adalah HIDUP bukan tua mahu pun sakit.

23 ini,
Moga terus menambah kecintaan kepada ALLAH dan Rasul,
23 ini,
Moga bertambah-tambah lagi menghidup sunnah-sunnah yang ditinggalkan, 
23 ini,
Moga dapat melipat gandakan lagi amalan untuk bekalan disana,
23 ini,
Moga lebih tabah dan kuat mengharungi tarbiyyah ILAHI,
23 ini,
Moga sentiasa menjadikan sabar dan redha jalan keluar segala masalah,
23 ini,
Moga lebih matang mengurus cabaran hidup,
23 ini, 
Moga lebih banyak sumbangan kepada gerak kerja Islam,
23 ini, 
Moga mampu mengikis karat-karat mazmumah dalam diri,
23 ini,
Moga terus lebih baik dari hari ke hari
23 ini,
Moga akan bergerak 'serius' ke arah baitul muslim[eh!]

Dan sepanjang 23 ini dan sampai baki usia yang seterusnya moga-moga dalam redhaNYA.



along#mak#me#sapik#love:)

"Dan semoga kesejahteraan  dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali". [19:33]




Ingin 'pulang' dengan qalbu salim,
 
23022013
4.33am

Semakin terasa dengan ketuaan diri ini -_-'


Photobucket

Sunday, February 17, 2013

Kamu yang Diuji:")


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


Diuji itu tanda keberuntungan akhirat

Diriwayatkan daripada Jabir RA, bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda :

يَوَدُّ أَهْلُ الْعَافِيَةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حِينَ يُعْطَى أَهْلُ الْبَلاءِ الثَّوَابَ لَوْ أَنَّ جُلُودَهُمْ كَانَتْ قُرِضَتْ فِي الدُّنْيَا بِالْمَقَارِيضِ

'Pada hari kiamat apabila golongan yang sihat melihat orang yang pernah ditimpa bala mendapat pahala yang besar (akibat ujian yang menimpa mereka) maka mereka yang sihat pun berharap agar jika mereka di dunia dahulu dipotong kulit mereka dengan gunting. [riwayat Al-Tirmidzi : 2402]

Di dunia kita merasa dihina dan menderita apabila diuji sedang di akhirat orang yang tidak pernah diuji dan diduga merasa menyesal dan rugi kerana tidak mendapat pahala dan kelebihan tersebut !


='D


===============

Kadangkala bukan senang nak pujuk hati terima ujian ini dengan ikhlas,
Ada masanya lelah juga bila saban masa di tempa dengan tarbiyyahNYA,
Banyak kali juga jatuh kemudian bangun, jatuh lagi kemudian bangun lagi dan begitulah seterusnya,
Pernah juga berdoa' Ya ALLAH jika kematian itu baik untukku maka matikanlah aku' bila rasa tak mampu nak berjalan atas ujian ini..
Kerana saya hanyalah manusia biasa.

Tapi..
Saban masa dan waktu,
ALLAH tak henti-henti pujuk hati ini supaya bertahan
DIA berbicara melalui ayat-ayat cintaNYA
Dan kemudian tertunduk malu padaNYA.

Ya lah,
Padahal ALLAH sedang 'memudahkan' cara untuk menuju ke syurgaNYA,
ALLAH sedang 'memaksa' untuk memberi sepenuh tumpuan kepadaNYA setelah sekian lama  lari jauh meninggalkanNYA,
Seringkali peringatan-peringatan kecil dariNYA kita buat tak peduli,
Maka diujianNYA untuk membawa pulang kepadaNYA.

Bila badan dah mula lesu, fikiran dah tak terurus, hati dah tak kuat dengan ujian. 
Cuba ingatkan diri;
'Wahai diri, mungkin inilah cara ALLAH ingin memimpinmu ke syurgaNYA. ALLAH nak mudahkan kamu masuk syurga'

TT________TT 

ALLAHu musta'an!



ALLAH,sungguh hambaMU ini tidak dapat menyelami segala hikmah yang tersembunyi disebalik semua ini. Tapi hambaMU ini cuma tahu apabila ENGKAU mentakdirkan sesuatu pasti yang baik-baik sahaja yang ENGKAU pilih untuk hambaMU. ENGKAU Maha Mengetahui sedang aku tidak mengetahui apa-apa:") 


Dan sekali lagi ALLAH sedang memujuk hati ini. Terima kasih ALLAH!


17022013
10.03pm

kadang kala menulis dapat memujuk hati ini...


  Photobucket

Friday, February 15, 2013

Saya Ini Sedang Futur..


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ 



Saya ini sedang futur
terbukti dengan alasan-alasan lapuk yang tercipta untuk datang ke program
kuliahlah, kerjalah, lelahlah, letihlah, sibuklah, inilah, itulah

Saya ini sedang futur

mulai malas solat malam, jarang bertafakkur
ba'da subuh, beri salam kanan kiri
lantas kembali mendengkur
apalagi waktu cuti sampai menjelang zuhur

saya ini sedang futur
lihat lemak semakin berkumpul, kerana junkfood dan entah apa-apa lagi
kalau infaq mulai sedikit dan mulai berkurang
apalagi puasa sunnah, perut rasanya pedih

Saya ini sedang futur
sedikit zikir, kebanyakan tidur
belajar, ibadah pun mula hancur
hati sedikit-sedikit jauh dari ALLAH

Saya ini sedang futur
hati keras otak beku
sibuk dengan hal orang sekeliling
diri sendiri tak pernah di ajak bermuhasabah

Saya ini sedang futur
senang duduk dikursi goyang
perut kenyang hati melayang
mulut sibuk mengomen orang
aib sendiri buat tak nampak

Saya ini sedang futur
bangun malam sering ditinggal
otak bebal banyak berkhayal
sudah lupa yang namanya ajal

Saya ini sedang futur
tak lagi pandai bersyukur
senang disanjung
dikritik murung

Saya ini sedang futur
malas mengurus da'wah
rajin pula buat orang marah
sedikit sekali muhasabah
sering sekali meng-ghibah

ya, saya memang sedang futur
mengapa saya futur ??
mengapa tidak ada seorang pun
yang menegur dan menghibur ??
kenapa batas - batas mulai mengendur ??
kenapa diantara kita sudah tidak jujur ??
kenapa ukhuwah diantara kita sudah mulai luntur ??
kenapa diantara kita hanya pandai bertutur ??

ya ALLAH berikan hambaMU ini pedamping
agar aku tak semakin futur
apalagi semakin tersungkur


:')

Adik beradik fillah...
ukhuwah adalah implementasi iman dalam hati...
jika ukhuwah itu rosak,,
kita yakin bukan ukhuwah kita yang bermasalah
tapi kerana iman-iman kitalah yang sedang sakit...

bersegeralah menuju ampunan ALLAH..




Diubahsuai dari: sini




   Photobucket





Sunday, February 10, 2013

Ketika Muslimah Jatuh Cinta.


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ 





Muslimah jatuh cinta?
Tiada yang aneh kerana mereka juga adalah manusia. Bukankah cinta adalah fitrah manusia? Tak bolehkah muslimah jatuh cinta? Mereka juga punya hati dan rasa.

Tapi tahukah kalian betapa berbezanya saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tiada senyum bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada buncah suka dan gembira di dada.

Namun yang berlaku adalah sebaliknya!

Ketika muslimah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat atas sebuah hijab yang tersingkap.

Ketika lelaki yang tidak halal baginya mula bergelayut dalam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta sebenar-benarnya tidak suci lagi.

Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang perit atas sebuah rasa yang tak sepatutnya.

Tiada senyum bahagia, tiada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cintaNYA yang ternoda. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.

Ketika muslimah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut.

Tiada kata-kata cinta dan rayuan, yang ada hanyalah kekhuatiran yang amat sangat akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya.

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh.

Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu walaubagaimanapun caranya. Bahkan jikalau dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan.

Alangkah kasihannya jika muslimah jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan!

Namun ukhti, bersabarlah. Ini ujian dari RABBmu.

Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap.

Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNYA.

Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta RABBmu.

Jangan khuatir kau akan kehilangan cintanya kerana bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika ALLAH tak menghendakinya maka tak akan pernah kalian bersatu.

Ukhti, bersabarlah. Biarkan ALLAH yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik saja.
Kadang-kadang ALLAH memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia bersambung cinta denganNYA..


ALLAH#RASUL#PARENTS :)


Serahkan segala 'rasa hati' ini kepadaNYA untuk disimpan kepada yang selayaknya!




Photobucket
 

Untuk yang Sakit..


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ




 bila sakit, berbaik sangkalah.
jangan hanya mengeluh,
ya ALLAH,
susahnya,
payahnya,
rumitnya,
deritanya.


Ya ALLAH,

moga sakit ini menjadi kafarah,
penghapus dosa-dosa,
yang kian hari bertambah.

Sakit?
berharaplah untuk sihat,
tapi jangan mempersoal mengapa, dan sampai bila.
makan ubat, iktihar, usaha dan tawakkal.
jangan lupa redha.

ALLAH, mudah-mudahan, 
DIA ampunkan dosa.
tambah iman, 
tambah sabar, 
tambah syukur dalam diri.

Sesungguhnya sakit, musibah, ujian itu adalah kafarah dosa.

Sakit?
sabarlah. 
mudah-mudahan, ALLAH bertambah sayang!


_TersenyumMelihatLangit_

kerana ALLAH terlalu sayang, maka dihadiahkan sakit ini:')

  Photobucket

Sunday, February 3, 2013

Perempuan Itu...

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


Aku bukan perempuan kuat.
Akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.
Paling kuat menangis.
Paling goyah dan tumbang di banyak masa.
Tapi aku ada penyakit degil.
Degil untuk kalah.
Degil untuk tewas.
Degil untuk biar jiwa tersepah.
Hari ini aku kongsikan apa yang membantu hari-hari sukar aku.

Titik tolaknya—
Kena percaya janji ALLAH seratus tujuh puluh peratus bila DIA kata “minta— dan AKU bagi”.
Dan jangan sekadar minta sekali.
Kalau sungguh apa yang kita mahu itu yang terbaik untuk kita
Lambat laun sampai juga ke tangan kita.


Kalaulah tak kunjung tiba
Ajarlah hati untuk terima yang ALLAH itu Maha Tahu.
Sesungguhnya DIA pencipta segala.
Dari yang terzahir sehingga ke yang paling dalam hati
Dia tahu kenapa kita mahu apa yang kita mahu.

_Tumblr_




ALLAH yang Maha Cantik hanya akan merencanakan takdir yang cantik sahaja untuk hambaNYA.Kena percaya tu!:)


Apa yang kamu tahu tak sama dengan pengetahuan ALLAH yang Maha Luas itu:')
Photobucket