Sunday, February 17, 2013

Kamu yang Diuji:")


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


Diuji itu tanda keberuntungan akhirat

Diriwayatkan daripada Jabir RA, bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda :

يَوَدُّ أَهْلُ الْعَافِيَةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حِينَ يُعْطَى أَهْلُ الْبَلاءِ الثَّوَابَ لَوْ أَنَّ جُلُودَهُمْ كَانَتْ قُرِضَتْ فِي الدُّنْيَا بِالْمَقَارِيضِ

'Pada hari kiamat apabila golongan yang sihat melihat orang yang pernah ditimpa bala mendapat pahala yang besar (akibat ujian yang menimpa mereka) maka mereka yang sihat pun berharap agar jika mereka di dunia dahulu dipotong kulit mereka dengan gunting. [riwayat Al-Tirmidzi : 2402]

Di dunia kita merasa dihina dan menderita apabila diuji sedang di akhirat orang yang tidak pernah diuji dan diduga merasa menyesal dan rugi kerana tidak mendapat pahala dan kelebihan tersebut !


='D


===============

Kadangkala bukan senang nak pujuk hati terima ujian ini dengan ikhlas,
Ada masanya lelah juga bila saban masa di tempa dengan tarbiyyahNYA,
Banyak kali juga jatuh kemudian bangun, jatuh lagi kemudian bangun lagi dan begitulah seterusnya,
Pernah juga berdoa' Ya ALLAH jika kematian itu baik untukku maka matikanlah aku' bila rasa tak mampu nak berjalan atas ujian ini..
Kerana saya hanyalah manusia biasa.

Tapi..
Saban masa dan waktu,
ALLAH tak henti-henti pujuk hati ini supaya bertahan
DIA berbicara melalui ayat-ayat cintaNYA
Dan kemudian tertunduk malu padaNYA.

Ya lah,
Padahal ALLAH sedang 'memudahkan' cara untuk menuju ke syurgaNYA,
ALLAH sedang 'memaksa' untuk memberi sepenuh tumpuan kepadaNYA setelah sekian lama  lari jauh meninggalkanNYA,
Seringkali peringatan-peringatan kecil dariNYA kita buat tak peduli,
Maka diujianNYA untuk membawa pulang kepadaNYA.

Bila badan dah mula lesu, fikiran dah tak terurus, hati dah tak kuat dengan ujian. 
Cuba ingatkan diri;
'Wahai diri, mungkin inilah cara ALLAH ingin memimpinmu ke syurgaNYA. ALLAH nak mudahkan kamu masuk syurga'

TT________TT 

ALLAHu musta'an!



ALLAH,sungguh hambaMU ini tidak dapat menyelami segala hikmah yang tersembunyi disebalik semua ini. Tapi hambaMU ini cuma tahu apabila ENGKAU mentakdirkan sesuatu pasti yang baik-baik sahaja yang ENGKAU pilih untuk hambaMU. ENGKAU Maha Mengetahui sedang aku tidak mengetahui apa-apa:") 


Dan sekali lagi ALLAH sedang memujuk hati ini. Terima kasih ALLAH!


17022013
10.03pm

kadang kala menulis dapat memujuk hati ini...


  Photobucket

No comments:

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...