Friday, February 25, 2011

PURDAH:Kepada Bakal Zauj/Zaujah



Kepada Bakal Zauj,
Andai purdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka. Andai itu lebih menyenangi hatimu.
Andai purdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah. Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasan tercalar.

Kepada Bakal Zaujah,
Andai purdah menjadi pakaianmu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan dikau sesuai dengan malu yang ada pada dirimu. Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka kau memperlihatkan wajahmu. Lelaki yang  soleh akan merasa cemburu bila dirimu menjadi perhatian umum. Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kau tidak mahu maka pilihlah lelaki yang lain. Pilihan ditanganmu.

Kepada Bakal Zauj,
Jika kau memilih perempuan yang berpurdah maka kamu harus sentiasa menghembuskan semangat kepadanya agar terus istiqamah untuk berpurdah. Kerana wanita itu bisa berubah dek kerana faktor sekelilingnya.

Kepada Bakal Zaujah,
Andai kamu sudah berpudah, bukan bermakna kamu sudah menyempurnakan semua kewajibanmu. Jagalah akhlakmu demi menjaga kehormatan suamimu.

Kepada Bakal Zauj/Zaujah,
Suami menjadi pakaian kepada isteri dan begitulah sebaliknya. Maka hendaklah kalian menutup keaiban suami/isteri. Jika kamu membuka aib suami/isteri sebenarnya kamu membuka aibmu sendiri.



“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya ALLAH menciptakan isterinya; dan daripada keduanya ALLAH memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada ALLAH yang dengan (mempergunakan) namaNYA kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya ALLAH selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)



25022011
9.35am
Mahallah Safiyyah


Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku. Dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

Wednesday, February 23, 2011

Untukmu..Duhai Diri!

Bismillahirrahmanirrahim..

Tingkatan hidup diredah biarpun payah. Semua itu satu momen yang perlu dan pasti dilalui semua yang bergelar khalifah. Pahit, manis,masam, masin,kelat bagai satu rencah yang digaul sebati agar mencapai tahap kelazatan yang sempurna dalam sebuah kehidupan. Maha Suci ALLAH., setiap yang dirancang bukan sesuatu yang sia-sia. Di dalamnya terkandung sesuatu yang menajubkan hingga tak mampu melewati akal fikiran manusia. Manusia merancang dan ALLAH juga merancang. Tapi perancangan ALLAH lebih baik. Kembara merentasi belantara kehidupan sudah mencapai 21 tahun. Usia yang sudah matang kiranya. Matang dalam membuat penilaian baik buruk,  dosa dan pahala, serta membezakan laranganNYA dan suruhanNYA. Sudah 21 tahun menyedut oksigen ALLAH secara percuma. Tak pernah diminta bayaran melainkan pengabdian, sujud dan rukuk kepadaNYA.

Dan barangsiapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa tidak bersyukur(kufur), maka sesungguhnya ALLAH maha Kaya, Maha Terpuji((31:12)

Tanpa sedar juga haruman mawarmu mula dihidu sang kumbang yang mencari-cari tempat berhinggap. Maka,  hunuskan duri malumu sebagai perisa agar sang kumbang tak menganggap kamu tak berharga hingga begitu mudah dihinggapi kemudian pergi. Hanya si kumbang yang benar-benar menghargai sekuntum bunga akan menghinggapimu dengan sopan(syara’)

Hari lahir, hari untuk bermuhasabah

Duahi diri, detik demi detik yang kamu lalui sedarkah kamu sebenarnya usiamu semakin habis dan SAKARATULMAUT itu sedang meghampirimu? Kerapkali kamu menundakan taubat dari sehari ke sehari dan dari tahun ke tahun, mengapa kamu masih menunggu? Adakah kamu dapat mengelak daripada maut itu? Adakah kamu berkuasa melepaskan diri daripada masuk ke dalam neraka? Adakah kamu merasa sudah wajar mendapat balasan syurga? Adakah nikmat dan kesenangan telah melekakanmu? Adakah kamu telah binasa kerana kebaikan dan kamu terpedaya dengan dunia dengan panjangnya angan-angan? Tempoh kamu sudah ditentukan dan nafasmu ada batasnya.

Duhai diri! Kamu masih terus-menerus dengan perbuatan sumbangmu, sedangkan setiap hari kamu menghabiskan umurmu sejak dari saat kamu keluar dari rahim ibumu lagi. Seandainya kamu mengetahui berapa lagi umurmu yang masih tersisa, maka kamu akan melupakan angan-angan panjangmu.
Sesungguhnya kematian akan membuka seluruh rahsiamu, hari kiamat akan membuka perkhabaranmu dan seksa akan membuka penutupmu. Apabila kamu melihat aib cela orang lain sementara kamu lupa aib cela dirimu sendiri, maka sesungguhnya kamu sudah sampai tahap lebih MENYUKAI SYAITAN DAN MEMARAHI AR-RAHMAN.Nauzubillahiminzalik.

Perbanyakkan bekalanmu kerana perjalananmu amat panjang dan jauh. Betulkan amalanmu kerana sesungguhnya titian siratNYA amat halus. Ikhlaskan dalam perbuatanmu maka sesungguhnya pemerhatianNYA amatlah teliti. Jika kamu merindui syurga, bersegeralah berbuat amal kebajikan. Jika kamu takut kepada neraka, bertahanlah daripada melakukan kejahatan dan maksiat. Dan jika kamu menahan keinginana nafsumu maka kamu akan mencapai darjat yang tinggi.



Wahai sekalian manusia setiap hari yang baru bumi sentiasa menegurmu dengan kata-katanya: “ Wahai sekalian manusia, engkau berjalan dipermukaanku dan setelah itu engkau akan disimpan didalam perutku. Engkau memakan segala yang diingin ketika berada dipermukaanku, kemudian engkau akan dimakan ulat didalam perutku. Wahai sekalian manusia, aku adalah rumah kesunyian, aku adalah tempat pertanyaan, aku adalah rumah kegelapan, aku adalah rumah kala dan ulat. Maka diamilah aku jangan engkau hindari aku”
(Hadith Qudsi)



SELAMAT PENDEK UMUR WAHAI DIRI..             
SEDARLAH SESUNGGUHNYA KAMU SUDAH ‘DITUNANGKAN’ DENGAN KEMATIAN SEJAK KAMU DILAHIRKAN KEDUNIA INI LAGI. JANGAN TAKUT UNTUK MATI KERANA MATI ADALAH SYARAT UNTUK BERTEMU DENGAN KHALIQMU. BUKANKAH ITU IMPIANMU, BERTEMU DZAT YANG MAHA AGUNG ITU??!!




Pen off,

                
23022011
10.47am

Nota hati: Alhamdulillah keputusan PRK semalam berpihak kepada yang HAQ. Tahniah buat k.Mahirah dan Ustaz Rizwan(IRKHS) 


Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

Thursday, February 3, 2011

Menyahut Seruan Iqra’


Bismillahirrahmanirrahim..

Terlalu sedikit daripada umat ini membaca. Dan daripada sedikit yang membaca itu sedikit sahaja yang memahami. Daripada sedikit memahaminya, sedikit pula ynag menguasainya. Dan daripada sedikit yang menguasainya lebih sedikit yang mengamalkannya. Inilah reality yang sangat menyedihkan. Sebab itulah umat ini tidak bangun. Bacalah.. kerana membaca itu anak kunci kepada ilmu. Manakala ilmu pula imam kepada amalan. Dan amalan itu seterusnya membawa kepada taqwa. ALLAH telah memilih kalimah iqra’ untuk mentarbiah umat Muhammad kerana amalan itu adalah first thing first yang mesti dilakukan untuk menjadi hambaALLAH dan khalifah di muka bumi.

Dalam lima ayat pertama dalam surah yang pertama diturunkan kalimah iqra’ telah diulang dua kali. Inilah menunjukkan betapa pentingnya membaca dalam kehidupan manusia. Maha suci ALLAH, DIA membuat sesuatu yang remeh-temeh dalam pengulangan ini. Namun ALLAH tidak hanya mendorong tetapi DIA juga yang mengatur bagaimana proses membaca itu harus dilakukan. Dalam lima ayat pertama dalam surah al-‘Alaq itu juga mengadungi dua syarat agar membaca mencapai matlamatnya:

Pertama: “Bacalah dengan RABBmu yang telah menciptakan”. Ertinya bacalah sesuatu yang diredhai dan disukai oleh ALLAH swt. Jangan membaca sesuatu yang dimurkaiNYA. Membaca mesti didasari oleh niat kerana ALLAH untuk memberi kebaikan kepada alam dan seluruh penghuninya.
Kedua: “ Bacalah dan RABBmulah Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia dengan pena. DIAlah yang mengajar manusia dengan pena. DIAlah yang mengajar manusia apa yang tidak  diketahuinya”. Makanya jangan angkuh apabila mendapat ilmu daripada membaca kerana ilmu datang daripada ALLAH. 

Siapa kamu pada masa akan datang dicorakkan oleh buku apa yang kamu baca yang kamu baca hari ini.

Dengan membaca seseorang akan dicorakkan ke arah yang lebih baik. Bangsa yang berjaya adalah bangsa yang membaca kerana dengan membaca kita telah komited untuk belajar. Satu tugas sepanjang hayat, dari buain hingga ke liang lahad. When you stop learning you stop leading Setiap orang adalah pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin kepada diri sendiri. Jadi orang yang membaca bukan setakat membaca tetapi dia sedang memimpin. Leaders are learners. 

Seorang penulis zionis telah menulis sebuah buku tentang perancangan dan modus operandinya untuk menghancurkan umat Islam. Perbuatannya itu dikritik oleh rakan seperjuangannya kerana ia telah membocorkan rahsia perancangan mereka. Penulis zionis itu dengan selamba menjawab “ Jangan takut…orang Islam tidak akan membaca buku saya!”

Rasa tertampar dengan kata-kata penulis zionis itu. Tapi itulah hakikat umat Islam hari ini. Biarpun seruan membaca itu menjadi wahyu pertama kepada Rasulullah SAW tetapi seruan itu hanya menjadi ‘seruan bisu’ tanpa tindakan apa-apa. Megenang kembali sejarah bagaimana ana boleh ‘bercinta dengan buku’:D. Masa zaman-zaman jahiliyah dulu ana sangat suka baca komik. Kreko dan Arena menjadi bacaan wajib setiap bula(tak pernah beli pun.baca yang abang je:P)  Novel-novel memang tak layan la walaupun dikelilingi kawan-kawan yang suka baca novel. Tapi ana berkongsi hobi dengan seorang kawan baik ana, wani. Dah la seludup komik kat budak-budak asrama(banin pulak tu).Terukkan? Alhamdulillah tak pernah kantoi dengan ustaz/ustazah. Pernah diperli oleh seorang banin, “ Patut la ‘solehah’, suka baca komik rupanya” 
Kreko:D
Team Medical Dragon=)
Sangat terkesan dengan kata-kata banin tersebut. Sampai sekarang seakan terngiang-ngiang lagi suara beliau. Tapi tak insaf pun masih meneruskan hobi. Bila dah habis sekolah baru berhenti baca komik. Walaupun keinginan itu masih tersisa:p. Tak salah baca komik tapi memandangkan ada banyak buku yang lebih penting untuk dibaca maka ana buangkan minat tu. Alhamdulillah sekarang lebih gemar membaca buku-buku ilmiah yang banyak menyentuh soal akhirat. Alhamdulillah ALLAH cepat-cepat tarik ana ke landasaan sebenar. Ya ALLAH terlalu banyak nikmat dan kasih sayang ENGKAU kepadaku. Terima kasih ya RABB!  







                                                           
Baiti jannati
03022011
3:50pm


Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

glitter-graphics.com

Tuesday, February 1, 2011

Mesir Bergolak : Kenapa Kita Yang Sibuk Cemas?


Bismillahirrahmanirrahim...

Sekelip mata, Mesir jadi glamour. Secepat itu juga, Mesir begitu dekat di hati kita. Di Malaysia, kita tidak henti2 bertanya khabar mereka, membaca setiap update terbaru dan menyelongkar setiap sumber yang ada. Kita risau. Kita bimbang. Kita takut kecelakaan menimpa mereka. Sebahagian dari kita mungkin masih lagi berteleku dan menangis di atas tikar sejadah mereka.

Mesir yang bergolak, kenapa kita yang sibuk2 cemas pula?

Tunisia pun bergolak juga beberapa ketika yang lalu, tetapi kita diam saja. Palestin? Gaza ? Bergolak juga, tetapi kita tak menangis pun. Tak Bai? Selatan Thailand? Kita rilek saja. Malaysia sendiri? Kita tak bimbang apa2 pun.

Tiba2 Mesir, kita semua kalut.

Macam mana anak saya? Tolonglah, anak saya ada di sana. Macam mana adik beradik saya? Sepupu sepapat saya? Kaum kerabat saya? Ya Allah..!! Selamatkan mereka!!

Satu dunia mahu kita laungkan kesedihan kita.

Anda yang dihormati. Kesedihan yang terzahir dari lubuk hati kita, air mata yang mengalir di wajah kita, kebimbangan yang membuatkan kita hilang kata2 ; adakah ini semua lahir angkara kejapnya ikatan hati kita dengan saudara seAKIDAH dengan kita , ataupun lahir hanya semata2 kerana mereka mempunyai pertalian darah dengan kita??

Ini persoalan yang menjadi MUHASABAH besar kepada kita.

Sewaktu melihat potret2 berdarah di Palestin, kita tidak merasai kesedihan yang sama seperti sekarang. Sewaktu menatap potret tragedi berdarah di Tak Bai, kita tidak mengalirkan air mata seperti sekarang.
Sewaktu mendengar tentang kezaliman saudara2 kita yang ditahan secara ZALIM tanpa bicara, kita tidak melaungkan kebimbangan seperti sekarang.

Mengapa, apabila bergolaknya Mesir, kita tiba2 bersikap demikian?

Kalau jawapannya adalah kerana di sana ada anak beranak kita. Di sana ada kaum kerabat kita. Di sana ada kenalan2 kita. Maka kita masih sangat2 JAUH dari hakikat persaudaraan yang menjadi pemangkin kepada kemenangan kita.

Menangnya kita adalah atas dasar AKIDAH. Atas dasar IMAN. Atas dasar UKHWAH ISLAMIAH yang begitu teguh, utuh dan kejap antara sesama muslim.

Tidak kira di mana mereka. Siapa pun mereka. Kenal atau tidak kepada mereka. Ada pertalian darah atau tidak dengan kita. Asalkan mereka bergelar MUSLIM, maka mereka WAJIB untuk berada dekat di hati kita.

Saudara. Dalam hadith Baginda Nabi s.a.w disebutkan perumpaan yang begitu meruntun jiwa.

BANDINGAN SEORANG MUKMIN ITU DENGAN MUKMIN YANG LAIN, IBARAT SEBUAH BADAN YANG SAMA, JIKA SATU ANGGOTA TERCEDERA, SEKALIAN ANGGOTA YANG LAIN TURUN MENGADUH SAKIT YANG SAMA.

Nabi menekankan lagi kepada kita.

DEMI ALLAH YANG DIRIKU BERADA DI DALAM KEKUASAANNYA, TIDAK BERIMAN SESEORANG DARI KAMU, SEHINGGA DIA MENGASIHI SAUDARANYA SEPERTIMANA DIA MENGASIHI DIRINYA SENDIRI.

Allah. Alangkah jauhnya kita!

Kena pada orang, kita membisu seribu bahasa. Ah! Mereka aku tak kenal. Aku simpati, tapi yelah, nak buat macam mana.

Yang lain pula berkata ; Mereka hanya mangsa politik. Aku tau mereka dizalimi, tapi aku tak campur politik. Biarpun duduk berdekatan rumah aku , aku buat tak endah saja. Tetapi bila terkena batang hidung sendiri?

Hari ini, Allah bagi tamparan pada kita. Allah lancarkan pergolakan di Mesir. Di mana lebih kurang 11,300 rakyat Malaysia berada di sana. Sebahagiannya anak beranak kita, kaum kerabat kita, kenalan kita. Di Tunisia, mungkin tidak ada yang kita kenal. Maka terbukti, isu Tunisia tidak berapa memberi kesan kepada HATI kita.


Sungguh2 kita HIPOKRIT!!

Saudara2 kita ada di seluruh dunia, tetapi mereka sangat jauh di hati kita. Kerana itu kita tidak hairan apabila Nabi s.a.w mengeluarkan satu statement di dalam Sabdanya : Kamu semua ramai, tetapi ramainya kamu hanya ibarat BUIH2 DI LAUTAN.

Kita memang buih. Buih yang banyaknya tidak ada guna. Rapuh dan senang hancur.

Bagaimana mahu menjadi ummah yang kuat kalau kita masih terikat dengan perasaan keKITAan semata2? Sungguh...Mesir benar2 mengajar kita banyak perkara.

Sekali sekala, kita perlu diTAMPAR juga. Supaya kita mahu sedar dan buka mata. Saya tidak melarang kita sibuk dengan Mesir, risau dengan saudara mara, tetapi biarlah sensitiviti yang SAMA kita tunjukkan kepada beratus ribu isu yang serupa. Bahkan SEBAHAGIAN BESAR nya berlaku di hadapan mata kita sendiri.

Saya terpukul. Benar2 terpukul. Di dalam muhadharah Fiqh Jihad hari ini, Dr Mahmud Khalidi turut menyebut isu yang sama. Saya tidak menghentam sesiapa. Saya menghentam diri saya sendiri yang sangat lemah daya sensitivitinya. Hendak menghulur doa pun terkadang lupa. Hendak menghulur derma pun terkadang mengaduh dompet tak bawa.
Ya Allah, maafkanlah kelalaian dan kealpaan kami. Ampunkanlah segala dosa2 kami, andai ianya menjadi penghijab kepada tibanya saat kemenangan kepada kami. Kami mohon berlindung dari terputusnya rahmat dan kasih belasMu kepada kami. Bantulah kami Ya Allah. Hanya Engkaulah sebaik2 Penolong. Amin Ya Rabbal 'Alamin.


mereka seAKIDAH dengan kita

mereka JAUH di HATI kita

GAZA : pernah kita MENANGIS kerana mereka..?

anak2 kita, adik beradik kita, kaum kerabat kita, saudara2 kita

depan MATA kita


Nota hati:  Doaku sentiasa mengiringi kalian;sepupu ana, ex-classmate ana disana Naim dan Hardy dan kenalan-kenalan fb. Moga ALLAH melindungi kalian. WALLAHuwaliul mukminin^__^