Bismillahirrahmanirrahim..
Terlalu sedikit daripada umat ini membaca. Dan daripada sedikit yang membaca itu sedikit sahaja yang memahami. Daripada sedikit memahaminya, sedikit pula ynag menguasainya. Dan daripada sedikit yang menguasainya lebih sedikit yang mengamalkannya. Inilah reality yang sangat menyedihkan. Sebab itulah umat ini tidak bangun. Bacalah.. kerana membaca itu anak kunci kepada ilmu. Manakala ilmu pula imam kepada amalan. Dan amalan itu seterusnya membawa kepada taqwa. ALLAH telah memilih kalimah iqra’ untuk mentarbiah umat Muhammad kerana amalan itu adalah first thing first yang mesti dilakukan untuk menjadi hambaALLAH dan khalifah di muka bumi.
Dalam lima ayat pertama dalam surah yang pertama diturunkan kalimah iqra’ telah diulang dua kali. Inilah menunjukkan betapa pentingnya membaca dalam kehidupan manusia. Maha suci ALLAH, DIA membuat sesuatu yang remeh-temeh dalam pengulangan ini. Namun ALLAH tidak hanya mendorong tetapi DIA juga yang mengatur bagaimana proses membaca itu harus dilakukan. Dalam lima ayat pertama dalam surah al-‘Alaq itu juga mengadungi dua syarat agar membaca mencapai matlamatnya:
Pertama: “Bacalah dengan RABBmu yang telah menciptakan”. Ertinya bacalah sesuatu yang diredhai dan disukai oleh ALLAH swt. Jangan membaca sesuatu yang dimurkaiNYA. Membaca mesti didasari oleh niat kerana ALLAH untuk memberi kebaikan kepada alam dan seluruh penghuninya.
Kedua: “ Bacalah dan RABBmulah Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia dengan pena. DIAlah yang mengajar manusia dengan pena. DIAlah yang mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya”. Makanya jangan angkuh apabila mendapat ilmu daripada membaca kerana ilmu datang daripada ALLAH.
Siapa kamu pada masa akan datang dicorakkan oleh buku apa yang kamu baca yang kamu baca hari ini.
Dengan membaca seseorang akan dicorakkan ke arah yang lebih baik. Bangsa yang berjaya adalah bangsa yang membaca kerana dengan membaca kita telah komited untuk belajar. Satu tugas sepanjang hayat, dari buain hingga ke liang lahad. When you stop learning you stop leading Setiap orang adalah pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin kepada diri sendiri. Jadi orang yang membaca bukan setakat membaca tetapi dia sedang memimpin. Leaders are learners.
Seorang penulis zionis telah menulis sebuah buku tentang perancangan dan modus operandinya untuk menghancurkan umat Islam. Perbuatannya itu dikritik oleh rakan seperjuangannya kerana ia telah membocorkan rahsia perancangan mereka. Penulis zionis itu dengan selamba menjawab “ Jangan takut…orang Islam tidak akan membaca buku saya!”
Rasa tertampar dengan kata-kata penulis zionis itu. Tapi itulah hakikat umat Islam hari ini. Biarpun seruan membaca itu menjadi wahyu pertama kepada Rasulullah SAW tetapi seruan itu hanya menjadi ‘seruan bisu’ tanpa tindakan apa-apa. Megenang kembali sejarah bagaimana ana boleh ‘bercinta dengan buku’:D. Masa zaman-zaman jahiliyah dulu ana sangat suka baca komik. Kreko dan Arena menjadi bacaan wajib setiap bula(tak pernah beli pun.baca yang abang je:P) Novel-novel memang tak layan la walaupun dikelilingi kawan-kawan yang suka baca novel. Tapi ana berkongsi hobi dengan seorang kawan baik ana, wani. Dah la seludup komik kat budak-budak asrama(banin pulak tu).Terukkan? Alhamdulillah tak pernah kantoi dengan ustaz/ustazah. Pernah diperli oleh seorang banin, “ Patut la ‘solehah’, suka baca komik rupanya”
Sangat terkesan dengan kata-kata banin tersebut. Sampai sekarang seakan terngiang-ngiang lagi suara beliau. Tapi tak insaf pun masih meneruskan hobi. Bila dah habis sekolah baru berhenti baca komik. Walaupun keinginan itu masih tersisa:p. Tak salah baca komik tapi memandangkan ada banyak buku yang lebih penting untuk dibaca maka ana buangkan minat tu. Alhamdulillah sekarang lebih gemar membaca buku-buku ilmiah yang banyak menyentuh soal akhirat. Alhamdulillah ALLAH cepat-cepat tarik ana ke landasaan sebenar. Ya ALLAH terlalu banyak nikmat dan kasih sayang ENGKAU kepadaku. Terima kasih ya RABB!
Baiti jannati
03022011
03022011
3:50pm
Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..
1 comment:
Errrmmm.... Sy berminat nk dptkan komik teem meducal dragon tu... Kat mana ada.
Ini email sy..
norsyahirahmatsai@gmail.com
Post a Comment