Sunday, June 17, 2012

Oh, Tentang Cinta Lagi!~

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ



Kadangkala, manusia terlalu sempit di dalam urusan cinta. Hingga tidak bergerak langsung cintanya, menjadi sukar, dan akhirnya tidak berjaya.



Kadangkala, manusia terlalu luas di dalam urusan cinta. Hingga melayang ke mana-mana, menjadi liar, dan akhirnya tidak berjaya mendirikan rumahtangga.

Aku pula sentiasa percaya,
bahawa cinta itu sederhana.
Ada prinsipnya, ada disiplinnya,
tetapi itu semua tidak menghalang cinta untuk mekar,
dan mengakar,
di dalam jiwa.

Namun tidak ramai hendak mengutamakan peraturan yang ditetapkan,
cinta dipandu perasaan dan bukannya keimanan,
membuatkan jalan-jalan cinta yang diambil adalah kotor,
sekaligus mengotorkan cinta,
dan menghapuskan keindahannya.
Hingga cinta kelihatan jijik,
dan tidak dikenali wajah sebenarnya oleh sesiapa.

Aku adalah yang berusaha membersihkannya.
Cinta ada jalannya, bukan diredah semata-mata.
Cinta punya disiplin, bukan sekadar lenggang kangkung bersahaja.
Cinta perlu dipandu keimanan, bukan perasaan membabi buta.
Cinta, mestilah hendak membawa ke syurga.
Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya.

Dan dengan itu semua,
aku bercinta.


*********

Islam mengiktiraf perasaan cinta di dalam hati manusia. Tinggal Islam tidak membiarkannya liar tanpa batas dan peraturannya.

Disiplinnya wajib ada.
Agar cinta tidak sekadar menjadi bicara semata.

~Hilal Asyraf~









Ada 'orang' kat luar tu..tapi saya duk online dalam bilik..*cuak* >.<


Photobucket

 

Monday, June 11, 2012

#Note to Self 6#

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


How can I believe when "lie" just
lies in the centre of "believe"
How can I Love when there is
"over" in "Lover"
How can I be friends with anyone
when we know "end" is there in
"friend"
How can I trust anyone when
there is "rust" in "Trust"
How can I live a life when there is
"if" in "life"?
ALLAH has "ALL" in Him,
therefore, I trust, love & believe in
ALLAH Being The Best of ALL!


Dan kini, waktu yang berlalu telah menjadi bukti,
Mudahnya menabur sebuah janji yang akhirnya tidak ditepati,
Harapan yang digantung melangit tinggi,
Dibalas dengan janji yang didustai. 


Ah,lupakan sahaja si PENDUSTA yang setia ,
Teruskan hidup ini yang masih panjang dan lebih bermakna.


***********
Berhenti berharap pada insani, Terus kekal berharap pada ILAHI!




Photobucket
 

Saturday, June 2, 2012

♥♥~AlhamduliLLAH~♥♥

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


يسألوننـي " كيف حالك ؟"

فأجيب : " الحمد لله."

فيظنون أنني بقمة سعادتي. نَسوا أننا نحمد الله على السرّاء والضرّاء ..

 الحمد لله حين نحزن، الحمد لله حين تضيق بنا الدنيا، الحمد لله حين نبتهج، الحمد لله حين نمرض، الحمد لله حين نرضى بالقدر، الحمد لله حين تنفرج..

الحمد لله على كل حال وفي كل الأحوال


---------------------------


Mereka bertanya kepadaku: "Apa khabar?"
Lantas kujawab: "Alhamdulillah."

Maka mereka menyangka bahawa aku sedang dalam kegembiraan. Mereka lupa bahawa kita bersyukur kepada ALLAH semasa gembira dan dukacita..

Alhamdulillah ketika kita bersedih, alhamdulillah ketika dunia menghimpit kita, alhamdulillah ketika kita ceria, alhamdulillah ketika kita sakit, alhamdulillah ketika kita redha dengan ketentuan, alhamdulillah ketika kita selesa..

Alhamdulillah dalam setiap hal dan keadaan.




حسبي الله ونعم الوكيل ولا حول ولا قوة إلا بالله العليّ العظيم





Photobucket