Monday, January 30, 2012

Tersenyum Melihat Langit:)

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ 

Menarik nafas panjang
Dongak ke langit lengang
Hitam
Kelam
Namun tidak suram

Bulan
Penerang
Bintang
Bertaburan


Aku
Senyum melihat langit
Mata pejam
Menghayati
Tenang


Senyum lebar
Aku pasti
Esok
Masih ada sinar



Hidup yang dirundung masalah ibarat langit malam yang kelam. Hadapi sahaja dengan redha , kerana esok masih ada cahaya. Siapa tahu , pelangi turut kunjung tiba :)

Tidak sedikitpun yang ALLAH akan ambil dari kita, kecuali ALLAH ganti dengan yang lebih baik dan lebih banyak lagi kepada kita. Asalkan kita mahu BERSABAR dan REDHA atas segala ketetapanNYA. Janganlah kita bersedih atas suatu musibah atau kesulitan, kerana setiap musibah atau kesulitan yang ditakdirkan ALLAH kepada kita, merupakan suatu ujian yang telah disiapkan kebaikan dan pahala yang sangat besar.  Ya ALLAH, ampunilah dosaku.. Aku telah lupa pada janji-janjiMU dan janji-janjiku padaMU.

#Via Tersenyum Melihat Langit# 






Erk..rasa macam nak bukak account tmblr pulak..

Photobucket
 

Wednesday, January 25, 2012

Ucapan Tahniah&Doa Dari Jauh^.~

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

Tahniah dan takziah:D
  
Buat roommateku, Bihah, 
Moga dipermudahkan dan dilancarkan urusan esok.
*mesti tengah nervous+excited kan?*
Sorry, hari tu kononnya nak pergi sangat walimah kamu tapi tetiba tak jadi pulak^^
Doa dari jauh je la yang termampu..
*Hadiah tuntut buka sem nanti ye*
BarakALLAHulakuma..

Moga baitul muslim yang dibina kekal hingga ke syurga!


Mabrook by Irfan Makki


Today smiles all around
Both of you shinning with facing so bright
These memories will always remain
Deep in your hearts brightening the darkest night
We always pray your everyday
Will be blessed with joy
May all your dreams come true
Look now, happiness is all around
Your love has brightened up the night sky
Your loved ones are gathered here just to say
Oh .. Congratulation !!
Ya ALLAH tu mehruban do tera noor do dil yahan hay manzoor rasullullah ke
sunnat hay ummr bhar bamaney khuda key ya hayn
We always pray your everyday
Will be blessed with joy
May all your dream come true
Look now, happiness is all around
Your love has brightened up the night sky
Your loved ones are gathered here just to say
Oh .. Congratulation !!mabrook x3 congratulations to you
mabrook x3 congratulations to you
mabrook x3 congratulations to you
mabrook x3 congratulations to you
mabrook x3 congratulations to you
Look now, happiness is all around [all around]
Your love has brightened up the night sky
Your loved ones are gathered here just to say
Oh .. Congratulation !!
mabrook x3 congratulations to you
mabrook x3 congratulations to you

Nurul Nabihah & Mohd Fadzil



:')
          
*Baru dapat tau best friend masa kat Cenfos PJ dah bertunang. Tahniah Ilham!
Sorang demi sorang kena 'ambik'..adeh *


Photobucket
 

Sunday, January 22, 2012

Puisi Takdir

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


Detik demi detik berlalu,
Kuredah satu persatu,
Walaupun adakalanya aku sendiri keliru,
Percaturan hidup yang tak pernah menentu.

Adakalanya aku teramat gembira,
Ada masanya aku terlalu kecewa,
Lalu ku tersedar itulah kasih sayangNYA,
Tanda DIA tidak pernah melupakan hambaNYA.


Puas kupujuk hati ini,
Agar redha menerima takdir ILAHI,
Sungguh DIA merancang yang terbaik buatmu diri,
Cuma kau sesekali tidak mengerti.

Pelupuk hati ini seakan bersuara,
Meminta takdir disegera,
Lupakah doa yang sering kau pinta,
Agar DIA PENUNTUN langkah-langkah yang tercipta.

“Ya ALLAH jangan biarkan nasibku ditentukan olehku walau sekadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih singkat daripada itu”

Diriku, redha itu terlalu indah,
Andai keyakinan kepada janji-janji ALLAH terus teguh,
Bertapak utuh tanpa rapuh,
Bersama paduan SABAR yang tak pernah runtuh.

:')
Jangan pernah lelah dalam berdoa,
JanjiNYA memperkenankan segala yang dipinta,
Di beri dalam bentuk yang tak disangka-sangka,
Jangan nanti kau tertunduk malu lantaran sudah berburuk sangka kepadaNYA.

Kau katakana kau beriman,
Tapi kala ujian menyapa kau salahkan TUHAN,
Itu aras petanda iman,
Beriman hanya di lidah tapi tidak di perbuatan.

Sesulit mana jalan yang ditempuhimu,
Ingat kebersamaan ALLAH bersamamu,
Di setiap langkah dan hela nafasmu,
Tak pernah sesaat meninggalkanmu.

Wahai diri,
Selangkah kau menghampiri, seribu langkah pula DIA mendekati,
Biarpun dosa-dosamu menggunung tinggi,
Tak pernah jemu menanti taubat yang hakiki.




Kala hati bersuara,
        
20012012
4.50am
Baiti Jannati,
 Pahang



  Photobucket

Saturday, January 21, 2012

Buat Yang Berbaitul Muslim

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

Buat yang 'berbaitul muslim':
Ab se'usrah', Khairana(19 Jan)
Classmate, K.Nad(20 Jan)
Ab se'usrah' & juga roommate, Bihah(26 Jan) 


 


Indah sekali ketika dua hati bersemi dalam naungan ILAHI
Menjadi raja sehari , yang didampingi ratu pujaan hati'
Bidadari yang diturunkan ALLAH SWT hanya untuk sang raja sehari itu

Senyum ikhlas merekah, tersungging dibibir sang raja dan ratu sehari itu
Raja dan ratu itu, telah siap membentangkan, layar kapal untuk mengarungi luasnya lautan keluarga

Sungguh indah melihat raja dan ratu itu bersanding, diatas tahta Cinta ILAHI
Kebahagiaan yang tak terperi, tak ternilai oleh kilauan intan berlian, tak bisa dihitung dengan rumus matematik
Wajah cerah bercahaya, menyiratkan kebahagiaan yang tulus
Cinta dan sayang berpadu pada waktu dan tempat yang tepat

Ketika cinta dan sayang dinaungi oleh cinta Illahi, sungguh indah kulihat mereka disana
Berbahagialah telah mendapat cinta yang diredhai oleh-NYA
Raja dan ratu sehari itu telah siap mengarungi kehidupan berdua
Kehidupan yang penuh Keredhaan ALLAH SWT, penuh dengan Nur kasih-NYA, menjadi madrasah bagi putera puterinya kelak

Walaupun lautan itu , tidak akan selamanya dalam keadaan tenang, pasti ada badai, taufan yang menerpa.namun kala dihadapi berdua dengan berpadu pada Compas ILAHI

BARAKALLAHU LAKUMA WA BARAKA' ALAIKUMA WAJAMA' A BAINAKUMA FI KHOIR
Semoga ALLAH menjadikan keluarga yang akan dibina menjadi keluarga yang sakinah ma waddah wa rahmah .keluarga yang penuh akan naungan Cinta kasih-NYA
Rumah yang terang dengan Nur kasih-NYA

Ya ALLAH.....
Semoga hambaMU ini , bisa secepatnya(read:bersedia) mengikuti langkah sahabatku, yang akan menapaki sunnah Rasul-MU untuk menggenapkan sebagian Dien-MU
Ya ALLAH mudahkanlah diri ini menggapainya , menggapai mahligai Impian indah dalam Ikatan Suci bernama pernikahan ^__^


Aamiin ya Robbal Aalamiin





     Jangan  lelah berdoa,
            



Photobucket
 

Tuesday, January 17, 2012

Penawar Hati

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


Tika ini,
Langkah terasa payah,
Nafas terasa lelah,
Hati teramat gelisah,
Menghadapi ujian YANG MAHA ESA..

Kalbuku,
Yakinlah pada janji AR-RAHIM,
Kau tak pernah sendiri,
Tidak mungkin jua terasa sunyi,
Mustahil jua tandus tanpa cinta,
Kerana kasih NYA sentiasa ada buatmu…

Nuraniku,
Tabahlah kau menjamah getir ujian buatmu,
Teguhlah kau terus berdiri,
Kerana kau pasti mampu hadapinya,
Itu janji ALLAH yang Esa…


Perdu atmaku,
Biar perih terasa mengejar cinta Yang Esa,
Dari terleka mencari fatamorgana yang fana,
Berimanlah ini terbaik untukmu,
Segala tersurat sudah,
Kerana DIA KHALIDmu,
Maha mengetahui segala sesuatu,
Pasti ada sebabnya setiap kisah hidupmu….

 
~~Hidup ini indah bila rasa 'ALLAHkan ada'~~



Tenangkan hatiku dengan janji-janjiMU,

Photobucket
 

Sunday, January 1, 2012

Hari ini Tahun Berganti Lagi..

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


*AlhamduliLLAH diberi kesempatan lagi untuk menyedut bayu 2012*


Detik..demi detik, hari demi hari,hingga bulan demi bulan telah mengusung banyak cerita, suka..duka.. Menjadi warna nyata dalam hidup kita, tapi biarkan semua menjadi kenangan yang terpahat. Kini tahun baru telah menyambut kita, saatnya kita mengemas kegagalan menjadi kejayaan, kita buka lembar kisah baru dengan semangat dan keceriaan. Tanpa lupa meletakkan pergantungan kepada YANG MAHA KUASA.


♥.•*´¨`*•. (`'•.¸♥ ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥
Yang dulu menjadi lama, 
Yang kini menjadi baru, 
  Yang hidup akan mati, 
  Yang kekal cuma YANG MAHA ESA.
♥.•*´¨`*•. (`'•.¸♥ ¸.•'´) .•*´¨`*•.<♥




Selamat menjejaki tahun 2012^^
   
*Tahun baru ni disambut dengan final exam..hip..hip..horey^.~*
~Standard kita bukan dean/deen's list, tapi standard kita adalah SYURGA ALLAH~
Go for it!!
Photobucket