Sunday, January 22, 2012

Puisi Takdir

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


Detik demi detik berlalu,
Kuredah satu persatu,
Walaupun adakalanya aku sendiri keliru,
Percaturan hidup yang tak pernah menentu.

Adakalanya aku teramat gembira,
Ada masanya aku terlalu kecewa,
Lalu ku tersedar itulah kasih sayangNYA,
Tanda DIA tidak pernah melupakan hambaNYA.


Puas kupujuk hati ini,
Agar redha menerima takdir ILAHI,
Sungguh DIA merancang yang terbaik buatmu diri,
Cuma kau sesekali tidak mengerti.

Pelupuk hati ini seakan bersuara,
Meminta takdir disegera,
Lupakah doa yang sering kau pinta,
Agar DIA PENUNTUN langkah-langkah yang tercipta.

“Ya ALLAH jangan biarkan nasibku ditentukan olehku walau sekadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih singkat daripada itu”

Diriku, redha itu terlalu indah,
Andai keyakinan kepada janji-janji ALLAH terus teguh,
Bertapak utuh tanpa rapuh,
Bersama paduan SABAR yang tak pernah runtuh.

:')
Jangan pernah lelah dalam berdoa,
JanjiNYA memperkenankan segala yang dipinta,
Di beri dalam bentuk yang tak disangka-sangka,
Jangan nanti kau tertunduk malu lantaran sudah berburuk sangka kepadaNYA.

Kau katakana kau beriman,
Tapi kala ujian menyapa kau salahkan TUHAN,
Itu aras petanda iman,
Beriman hanya di lidah tapi tidak di perbuatan.

Sesulit mana jalan yang ditempuhimu,
Ingat kebersamaan ALLAH bersamamu,
Di setiap langkah dan hela nafasmu,
Tak pernah sesaat meninggalkanmu.

Wahai diri,
Selangkah kau menghampiri, seribu langkah pula DIA mendekati,
Biarpun dosa-dosamu menggunung tinggi,
Tak pernah jemu menanti taubat yang hakiki.




Kala hati bersuara,
        
20012012
4.50am
Baiti Jannati,
 Pahang



  Photobucket