ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ
Aku bukan perempuan kuat.
Akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.
Akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.
Paling kuat menangis.
Paling goyah dan tumbang di banyak masa.
Tapi aku ada penyakit degil.
Degil untuk kalah.
Degil untuk tewas.
Degil untuk biar jiwa tersepah.
Hari ini aku kongsikan apa yang membantu hari-hari sukar aku.
Titik tolaknya—
Kena percaya janji ALLAH seratus tujuh puluh peratus bila DIA kata “minta— dan AKU bagi”.
Dan jangan sekadar minta sekali.
Kalau sungguh apa yang kita mahu itu yang terbaik untuk kita
Lambat laun sampai juga ke tangan kita.
Kalaulah tak kunjung tiba
Ajarlah hati untuk terima yang ALLAH itu Maha Tahu.
Sesungguhnya DIA pencipta segala.
Dari yang terzahir sehingga ke yang paling dalam hati
Dia tahu kenapa kita mahu apa yang kita mahu.
_Tumblr_
_Tumblr_
ALLAH yang Maha Cantik hanya akan merencanakan takdir yang cantik sahaja untuk hambaNYA.Kena percaya tu!:)
Apa yang kamu tahu tak sama dengan pengetahuan ALLAH yang Maha Luas itu:')
No comments:
Post a Comment