ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ
Menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah
bukanlah semudah memetik dua jari. Letupan belum pasti berbunyi. Hakikatnya
manusia sememangnya penuh dengan kekurangan. Namun tidak menjadi kesalahan
untuk membaiki diri menjadi sebaik-baik hamba ALLAH. Teruslah melangkah
meskipun dalam kepayahan. Kita adalah khalifah. Mengapa perlu diuji dengan
perkara yang mudah. Sedangkan kepayahan itu perkara WAJIB sebelum tiba di
Jannah. Lalu, haruskah mengalah pada takdir yang sering menghadiahkan kita
dengan kesukaran yang membuatkan kita tersujud menangis hiba? Belajarlah tabah
duhai hati seorang perjuang! Tangisan itu pasti tidak sia-sia andai langkahmu
terus teguh menuju jalanNYA.
Berulangkali membaca
mesej yang dikirimkan oleh seorang sahabat beberapa bulan yang lalu. Berbulan
lamanya berada di dalam inbox namun
alhamduliLLAH masih berjaya menyentuh hati ini. Lama menatap. Menyelami tiap
bait kata-kata yang tertera. Mengharap agar menjadi terapi buat hati di kala
ini.
Ledakan
emosi yang adakalanya ‘menganas’ perlu dirawat dengan cara yang paling berhikmah kerana bimbang akan merapuhkan tunjang akidah. Seringkali berhadapan
dengan bisikan-bisikan yang cuba mempertikaikan ujian yang menyinggah.
ALLAHuakbar, lantas cuba menepis bisikan-bisikan tersebut dengan kesaksian yang
pernah di lafazkan ketika di
alam roh yang telah dirakamkan dalam surah
Al-A’raaf ayat 172:
Dan (ingatlah), ketika TUHANmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan ALLAH mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah AKU ini TUHANmu?" Mereka menjawab: "Betul (ENGKAU TUHAN kami), kami menjadi saksi." (KAM lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan TUHAN)"
Tersentap dan berderai air mata. Terasa seolah-olah kembali membuat pengakuan. ALLAH
yang menciptakanmu maka ALLAHlah yang lebih tahu apa yang terbaik buatmu. Mengapa harus dipersoal ribut ujian yang melanda? Seakan kita terlebih pandai mengatur perjalanan hidup ini berbanding ALLAH.
Anologinya
mudah, jika si ibu memaksa anaknya untuk menelan ubat yang sangat pahit untuk
menyembuhkan si anak yang sedang sakit tetapi si anak menangis dan memarahi
ibunya. Lantas, si anak menjerit ‘ibu jahat’. Adakah benar si ibu seorang yang
jahat atau sedang berusaha untuk menyembuhkan anaknya? Jawapannya sudah tentu
si ibu tidak jahat malah bertungkus-lumus ingin melihat anaknya sembuh dari
penyakit.
Begitulah
kita dengan ALLAH. Sering kali ‘menuduh’ ALLAH mendatangkan ujian sengaja untuk
melihat kita menderita dan terseksa. Tetapi kalau kita bersabar dan berusaha
melihat hikmah tersebut dengan dimensi yang tepat maka sudah tentu sikap kita
berbeza. Pandangan mata hanya mampu melihat luaran ujian tetapi mata hati yang
bersih mampu melihat dalaman kepada ujian tersebut. Maka, adakah patut lagi
kita mempersoalkan, mengeluh dan melemparkan tuduhan demi tuduhan kepada TUHAN
Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat seluruh hambaNYA? Sedangkan kedudukan
kita hanyalah sebagai hamba yang tidak mengetahui apa-apa. Astaghfirullah
hal’azim.. Astaghfirullah hal’azim.. Astaghfirullah
hal’azim
Lagi Sayang, Lagi Diuji
Ibn
Ataillah Askandariah pernah berkata: Sesiapa yang menyangka kasih sayang ALLAH
terpisah dalam takdirNYA, maka itu adalah kerana PENDEKNYA penglihatan akal dan
mata hatinya.
Hakikatnya
setiap saat kita diuji. Cuma dalam keadaan kita sedar ataupun tidak. Bila diuji itu satu
aras petanda kita masih dalam perhatianNYA. Satu pendekatan ALLAH untuk mendidik manusia
kerana hakikat hidup ini adalah satu ujian. Apabila sanggup hidup,mesti sanggup
diuji!
ALLAH
sangat rindu sendu tangisan sang hamba lantas dilemparkan ‘batu-batu kecil’
untuk menyedarkan kita kehadiranNYA. Kita punya DIA sebagai tempat mengadu.
Tetapi jika kita masih degil dan alpa, maka tidak mustahil ALLAH akan melempar
kita dengan ‘batu bata’. Jangan tersilap. Bila ALLAH mendatangkan ujian kepada
orang yang derhaka itu bukan petanda ALLAH tidak sayangkan mereka. Malah dalam
keadaan berdosa sekalipun ALLAH datangkan ujian untuk kebaikan. Maka ujian
adalah cara ALLAH membersihkan dosa-dosa mereka. Mendapat keampunan di atas
musibah yang diterima.
Bagi
orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana ALLAH mempunyai
maksud yang baik di sebalik ujian itu. Apabila menerima ujian tidak sekalipun
mereka mengeluh, “Kenapa aku diiuji”. Sebaliknya mereka akan berkata “Aku telah
terpilih”. Terpilih untuk ditinggikan darjat di sisi ALLAH dan terpilih untuk
mendapat ganjaran berganda di sisi ALLAH. SubhanALLAH!
Kerana Sakit Kukenal ALLAH
Rasulullah
SAW bersabda: Barangsiapa sakit semalam, dia bersabar dan rela kepada ALLAH,
maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika
engkau sakit, jangan segera meminta sembuh.
Rasulullah
bersabda lagi: Ketika seorang hamba sakit, ALLAH mengutuskan dua
orang malaikat kepadanya seraya berkata, “lihatlah kalian apa kata hambaKU.
Jika dia berkata ‘Alhamdulillah’, maka diberitahukan kepada ALLAH, DIA lebih
tahu, lalu berkata, “AKU berjanji untuk hambaKU, jika AKU mematikannya,
KUmasukkan dia ke syurga. Dan jika AKU menyembuhkannya, KUganti dia dengan
daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada
darahnya. Dan AKU hapuskan pula keburukannya.”
Terasa
mudah memberi tasji’ kepada insan lain
tapi bila diri sendiri yang berdepan dengan ujian, la haulawala quwatailla biLLAH. T__T Kekadang terasa diuji dengan tasji’ yang diberikan. Muhasabah.
Berdepan
dengan kesakitan sangat menguji. Apatah lagi bila emosi juga turut diganggu.
Dan lagi bertambah-tambah sakit bila orang tidak memahami. Dituduh sengaja
melayan penyakit yang dihadapi.
‘Jangan
layan sangat penyakit tu’
*Menggelegak emosi seketika. Terduduk dan rasa tak mahu
bangun dah*
Berhati-hati
jika ingin bercakap sesuatu sedang kita belum meletakkan diri kita di tempat
orang tersebut. Berhati-hati juga jika ingin mengeluarkan kata-kata kepada
orang sedang sakit. Kemungkinan kata-kata kita itu membuatkan orang yang sakit
itu semakin rebah.
Mungkin
kerana terlalu makan hati dengan kata-kata kita lantas orang yang sakit berdoa
agar ALLAH menimpakan ujian yang sama dengan apa yang dia hadapi kepada kita.
Takut-takut ALLAH uji kita waktu itu dalam
keadaan kita sendiri tidak mampu. Maka berhati-hatilah kerana emosi orang yang
sedang sakit sangat-sangatlah sensitif dan kadang-kadang dia akan bertindak
diluar batas kawalannya.
Bila
diuji dengan kesakitan ini, maka ramailah sahabat-sahabat yang memberi saranan.
‘Pergilah
jumpa ustaz bla..bla..’
‘
Nanti ada masa pergilah kat darul bla..bla.. untuk berubat.’
Senyum. Jauh disudut hati ingin kembali sihat seperti
biasa. Tapi bila mengenangkan penyakit ini ALLAH yang bagi maka hati mula
dipujuk. ALLAH yang datangkan penyakit ini maka DIA juga tahu bila masanya
penyakit ini akan sembuh. Biarlah kasihNYA terus membelai dirinya. Takut mahu minta kesembuhan
kerana hambaNYA ini tidak tahu apa yang tersembunyi di sebalik ujian ini. Selama
21 tahun bernafas dibumi ini berapa kali sangat sakit berbanding sihat. Malu
rasanya, baru diuji dengan ujian yang sekelumit ini terus menadah tangan
meminta kesembuhan.
(Note:
Sufyan Al-Thauri bertanya kepada Rabiatul Adawiyah:“Kenapa kamu tidak memohon
kepada ALLAH untuk menyembuhkan kamu?” Wanita sufi itu memjawab, “kenapa aku
perlu merungut sedangkan ini adalah hadiah ALLAH untukku. Bukankah satu
kesalahan jika tidak mahu menerima hadiah dari TUHAN? Adakah bersahabat namanya
jika kehendak sahabat itu tidak kita turuti?”ALLAHu ALLAHT_T)
Renung
dalam-dalam. Dalam keadaan sakit ini pun masih tak segan membuat dosa. Kalau
sihat mungkin bertambah-tambah tak tahu malu membuat dosa. AstaghfiruLLAH hal ‘azim.
Tidaklah ALLAH menguji seorang hambaNYA di luar kemampuannya dan setiap kali
ujian itu diturunkan sebenarnya ALLAH sudah titipkan kekuatan buat kita.
Biarpun
sering didatangi dengan bisikan-bisikan yang ingin mengoyah akidah ini tapi
setiap kali itu jugalah ALLAH membenamkan sedalam-dalamnya iktikad kepadaNYA. ALLAHuakbar!
Akhirnya tersungkur rebah dihadapanNYA. Ujiannya jika dapat diselami dengan
penglihatan mata hati pasti terasa kemanisannya.
RABBI, jika penyakit ini akan membuatkan aku akan tenggelam dalam cintaNYA maka biarlah kasih sayangMU terus membelai diriku. Kupohon, ENGKAU ajarilah aku erti sabar, redha dan ikhlas menerima ketentuanMU. Tetapi jika penyakit ini akan menjauhkan aku dari mentaqarubkan diri padaMU, maka dengan sifat AS-SYAFIMU maka sembuhkanlah aku.
Ulama’
salaf berkata: Andaikata tidak ada musibah di dunia, tentu kita datang pada
hari akhirat tanpa membawa pahala!
~ALLAH kirimkan angin musibah
untuk
kita kembali bermuhasabah~
Jiwa sufi, fikrah haraki,
04122011
2.47pm
Nota Hati: Entri ini dah berkurun dalam draft. AlhamduliLLAH dengan izin ALLAH dapat juga dipublish. SyukranliLLAH:)
3 comments:
..Daku ada mendengar luahanmu, SAYANG!!!..
terharu*peluk*
Allahuakbar..
Post a Comment