ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ
Sekarang berada di penghujung semester. Bermakna fatrah
imtihan nihaie bakal bertandang lagi untuk menduga keimanan, kesabaran dan
keikhlasan seorang pelajar:) Kalau nak ikutkan ana dah lepas 2 paper sebelum
revision period lagi. AlhamduliLLAH. Walaupun agak ‘terseksa’ juga sehari 2 exam(eh,tiga..satu
lagi syafawi, ikhtibar salis). Apa pun perancangan ALLAH yang terbaik. DIA tahu
tahap kemampuan ana dan alhamduliLLAH mampu habiskan exam petang itu dengan
senyuman. ^_____^ALLAH jua yang tolong dan mudahkan!AsykuruliLLAH.
Exam seterusnya akan
bermula 4 hari bulan ni. 2 paper juga*senyum terpaksa*Dua-dua subjek history. ALLAHuakbar.
Tapi satu dalam English(Intro to History) satu lagi Arabic(Tarikh
Al-Islami wa Hadarah a.k.a Survey). ALLAH rancang cantik sangatkan.
Mula-mula tengok jadual risau sangat sebab dua-dua memerlukan pembacaan yang
tersangat banyak dan perlu menghafal fakta-fakta sejarah tapi rupanya ALLAH dah letakkan gap yang agak lama sebelum 2 paper tersebut. Bila ALLAH aturkan sesuatu
ALLAH dah lihat tahap kemampuan hambaNYA. Makanya, bila ALLAH yakin kita
boleh kenapa kita pula yang tak yakin dengan diri sendirikan?? ALLAH dah cakap
kamu BOLEH! Yakin.. yakin dan yakin dengan ALLAH.
Jagalah
ALLAH, ALLAH Akan Menjagamu!
Selalunya manusia
apabila berada dalam keadaan ‘sempit’ baru sedar dia ada Tuhan. Tapi bila waktu
‘lapang’, ALLAH dibuang jauh-jauh seolah-olah tidak memerlukan ALLAH langsung. Nauzubillah. Bila hampir dengan peperiksaan
barulah kalut mencari ALLAH. Lama bersimpuh berdoa bersungguh-sungguh selepas
solat. Subuh pun boleh solat on time(sebelum ni, selagi matahari tak terpacak
selagi tu tak bangun. Boleh kata setiap hari qada’ solat subuh. Apa kes?) Musim
exam sebelum azan lagi dah bangun. Qiam lagi. AlhamduliLLAH. Tapi alangkah
baiknya jika amanah ALLAH itu dilaksanakan bersungguh-sungguh tak kira waktu.
Bukan hanya sedar kita adalah hamba ALLAH bila exam tiba. ALLAH…
Biasanya ketika
berada diambang peperiksaan perasaan akan bercampur. Takut, bimbang, risau,
sedih dan gembira semuanya diadun sebati sehinggakan kadang-kadang kecelaruan
emosi menyebabkan tiada perasaan pun nak exam (boleh plak). Bimbang tidak mampu
memberikan kejayaan yang terbaik kepada ibu bapa, bimbang tak mampu mengekalkan
kecemerlangan yang lalu dan pelbagai lagi kebimbangan yang muncul tiba-tiba ketika
musim exam. Tapi yang peliknya perasaan bimbang ini hanya muncul ketika berada
di ambang peperiksaan sedangkan ketika peperiksaan masih jauh(read: lambat
lagi) tiada langsung kesedaran untuk BERUSAHA. Nikmat dunia dinikmati seperti ‘dunia
ini aku yang punya’ tanpa had dan batas. [A reminder to myself first
and foremost]
Kita lupa dalam
melalui kehidupan ini perkara yang perlu diambil perhatian ialah hablum
minaLLAH wa hablum minannas. Tunaikan hak ALLAH, inshALLAH ALLAH akan jaga hak
kita. Begitu juga hubungan sesama manusia. Tunaikan hak mereka, inshALLAH pasti
ALLAH tunaikan hak kita juga. What you give, you get back!
Sebagai seorang hamba, yang perlu kita lakukan adalah USAHA dengan SEBAIK mungkin. Maksimakan kemampuan dan keluarkan kelebihan yang ada pada diri, BERAZAM untuk berjaya dan melakukan usaha yang TERBAIK sepanjang proses pendidikan dan peperiksaan. Tawakal kepada ALLAH dengan meletakkan SELURUH pengharapan kepada ALLAH yang pasti akan membantu hamba-hambaNYA. Serahkan hatimu kepadaNYA. NATIJAH(keputusan) itu urusan ALLAH ~Insyirah Solehah~
Ingatlah, kita selaku
hamba hanya perlu berusaha yang terbaik dan melaksanakan dengan cara yang
terbaik juga. Segala natijah yang bakal kita peroleh diserahkan buat-bulat
kepada ALLAH yang Maha Mengetahui perihal baik dan buruk untuk hambaNYA. Bila
kita sibuk memikirkan natijah yang bakal kita dapat kita seolah-olah menyibuk
urusan ALLAH. Jangan risau ALLAH adalah Tuhan yang tidak pernah menzalimi
hambaNYA. DIA tidak pernah mensia-siakan usaha hambaNYA. Bila kita tak dapat
apa yang kita nak sebenarnya ALLAH nak bagi apa yang LEBIH baik daripada apa
yang kita minta. Maka, sentiasa berbaik sangka dengan ALLAH walau apa pun
natijahnya nanti. Khier, InshALLAH:)
Bukan
Sekadar Peperiksaan
Peperiksaan bukan
sekadar menguji ketajaman fikiran dan tumpuan minda untuk mencerna maklumat
yang sudah di’download’kan ke dalam otak. Peperiksaan juga bukan sekadar
menguji kepintaran seseorang dalam mengaplikasikan teori yang dihadam kedalam
sel-sel otak. Peperiksaan bukan hanya menguji akal(berfikir) tapi hati(iman)
juga tidak terkecuali diuji. Dalam fatrah peperiksaan inilah kayu ukur
keyakinan kita kepada ALLAH. Hanya hamba yang beriman sahaja tidak berasa risau
dan bimbang kerana dia sudah berusaha yang terbaik dan meletakkan seluruh usaha
kepada ALLAH tanpa sibuk memikirkan natijahnya nanti. Di dalam hatinya sudah
tertanam setiap pemberian ALLAH adalah yang terbaik untuknya.
Sebagai hamba,
perlunya kita menilai kembali usaha yang ‘terbaik’ itu andai natijahnya tidak
seperti yang kita inginkan. Bukan terus menunding jari ‘menyalahkan’ ALLAH di
atas kegagalan kita. ALLAH sesekali tidak bersikap tidak adil dan zalim
terhadap hambaNYA. Cuba perhatikan juga hubungan kita sesama manusia. Bagaimana
hubungan dengan ibu bapa, bagaimana adab dengan guru dan bagaimana akhlak
dengan sahabat-sahabat dan orang sekeliling kita?Adakah kita benar-benar sudah
menjaga adab dan akhlak kita dengan ibu bapa, guru, sahabat dan orang
sekeliling kita?
Dalam menghadapi
peperiksaan ini syariatuLLAH dan sunnatuLLAH perlu digerakkan secara
bergandingan. Memahami
dan melaksanakan syariatullah dan sunnatullah adalah penting bagi umat Islam
yang menginginkan kejayaan di dunia dan di akhirat. Contoh mudah, 2 orang
pelajar, A dan B akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Pelajar A seorang
muslim yang sangat menjaga ibadahnya. Manakala pelajar B pula bukan seorang
muslim. Dalam persediaan menghadapi peperiksaan, pelajar A meningkatkan lagi
amal ibadah sehariannya, berdakwah siang dan malam, halaqah pada setiap malam,
bertahajud sampai bengkak kakinya, cuma satu saja yang dia tak lakukan iaitu
mengulangkaji pelajaran, sedangkan dia masih ada kesempatan waktu untuk
ulangkaji pelajaran. Manakala, pelajar B pula mengulangkaji pelajaran dengan
bersunguh-sungguh, hampir setiap malam melakukan ulangkaji pelajaran, berhenti
pun hanya untuk makan dan minum, kemudian sambung belajar lagi.
Jadi, antara pelajar A dan B yang manakah akan berjaya akademiknya?
Sudah tentu pelajar B akan mendapat keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang walaupun dia non muslim. Kenapa? Itulah sunnatullah, siapa yang berusaha dia akan dapat..
Daripada contoh di atas, kita dapati bahawa pelajar A memenuhi syarat-syarat syariatullah. Pelajar B pula memenuhi syarat-syarat sunnatullah. Di dalam kes ini, sunnatullah yang telah ditetapkan untuk mendapat kejayaan yang baik dalam peperiksaan ialah dengan mengulangkaji pelajaran dengan sebaik-baiknya. Oleh kerana pelajar B memenuhi syarat sunnatullah ini, dia diberikan kejayaan oleh ALLAH walaupun dia bukan seorang muslim. Jika pelajar A juga melaksanakan sunnatullah, sudah pasti kejayaan pelajar A lebih bermakna. Di mana pelajar A akan mendapat keberkatan dalam kehidupannya atas hasil pelaksanaan syariatullah.
Jadi, antara pelajar A dan B yang manakah akan berjaya akademiknya?
Sudah tentu pelajar B akan mendapat keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang walaupun dia non muslim. Kenapa? Itulah sunnatullah, siapa yang berusaha dia akan dapat..
Daripada contoh di atas, kita dapati bahawa pelajar A memenuhi syarat-syarat syariatullah. Pelajar B pula memenuhi syarat-syarat sunnatullah. Di dalam kes ini, sunnatullah yang telah ditetapkan untuk mendapat kejayaan yang baik dalam peperiksaan ialah dengan mengulangkaji pelajaran dengan sebaik-baiknya. Oleh kerana pelajar B memenuhi syarat sunnatullah ini, dia diberikan kejayaan oleh ALLAH walaupun dia bukan seorang muslim. Jika pelajar A juga melaksanakan sunnatullah, sudah pasti kejayaan pelajar A lebih bermakna. Di mana pelajar A akan mendapat keberkatan dalam kehidupannya atas hasil pelaksanaan syariatullah.
‘Takutlah fail..’
‘ Tak
tahu ana jawab apa tadi. Risaulah…’
Seorang sahabat mengingatkan.
Seorang sahabat mengingatkan.
‘ Mintak
la dengan ALLAH. Bukan lecturer yang bagi markah. ALLAH yang bagi markah
sebenarnya. So, doa banyak-banyak..’
Sentap.
Ya, kita sering
terlepas pandang yang marking kertas kita nanti adalah seorang
manusia(lecturer) yang juga milik ALLAH. ALLAH yang mengerakkan segala tenaga
lecturer kita untuk membolehkan beliau memberi markah kepada kita . Makanya
mintalah dengan ALLAH bersungguh-sungguh agar ALLAH campakkan rasa ketenangan
ke dalam hati lecturer kita dan minta ALLAH kaburkan matanya daripada melihat
kesalahan kita(biasa buat ye:) Segalanya boleh berubah dengan doa. Teruskan berdoa. Takdir manusia berada dihujung doanya.
Selagi natijah belum diperolehi selagi itu kita mampu berdoa agar ALLAH memberi
kejayaan yang terbaik menurut DIA bukan menurut kita. Apa gunanya jika berjaya tapi
akan menjauhkan kita kepada ALLAH. RABBI, kurniakanlah
kejayaan yang terbaik menurutMU bukan menurutku.
Apabila tamat sahaja imtihan, pelajar-pelajar mula meninggalkan kitab-kitab mereka. Ketahuilah bahawa seorang penuntut ilmu yang tidak membuka kitabnya selama tiga hari, maka dia bukanlah seorang penuntut ilmu. Tapi dia adalah seorang penuntut KEJAHILAN ~Habib Ali b. Muhammad b. Zein~*serius terasa=.=*
Jalan-jalan jihad ta'lim(tolong doakan yea)
4/1 : Intro to History/Survey
8/1 : Dirasat Li Suwar Mukhtarah
10/1 : Islamic Aqidah
14/1 : R.a.s.o.k
p/s: Time exam ni sepatutnya kena lebihkan solat taubat daripada solat hajat. Macam mana ALLAH nak makbulkan hajat kita sedangkan dosa kita menjadi penghijab.
p/s: Time exam ni sepatutnya kena lebihkan solat taubat daripada solat hajat. Macam mana ALLAH nak makbulkan hajat kita sedangkan dosa kita menjadi penghijab.
Selamat ber ‘exam’ semua^_____^
RABBuna yusahil lana,
291211
5.51pm
*AlhamduliLLAH, duduk kat rumah ni jarang 'diserang' .Tak nak balik la macam ni:p*
[http://hafidzyusoff.blogspot.com/2009/08/jenayah-aktivis-dakwahantara.html]
[http://niqobgirl.blogspot.com/2011/04/bukan-sekadar-peperiksaan.html]
2 comments:
Selamat menduduki peperiksaan. Nasihat saya, janganlah belajar kerana untuk menghadapi peperiksaan kerana itu tidak semestinya membuahkan mutiara ilmu. Belajarlah keranaNya demi ilmu, sekalipun mungkin peperiksaan itu tidak memihak kepadamu, ilmu itu insyaAllah akan tersemat dihatimu. Belajarlah kerana ilmu,
barakallahufikum~
SyukranliLLAH atas nasihat..
Post a Comment