Friday, December 19, 2014

SatuHariSatuPuisi: Bersunyi-sunyi.


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Semacam mau bersunyi-sunyi
Tinggal aku sama ALLAH sahaja

Berkongsi--
Resahku-keliruku-sukaku-dukaku

Keriuhan ini buat aku makin hanyut 
dalam keangkuhan diri.

Aku percaya--
Bersunyi-sunyi selalu bantu aku yang buntu mencari diri.

Tapi--
Mau bersunyi-sunyi di mana?






13122014
11.11pm
 
Photobucket


SatuHariSatuPuisi:Magis!


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Bersatu.
Bertemu di garis takdir Ilahi

Terkesima.
Terindah selalu hadir dengan caraNYA pada waktu yang tepat--tak terjangka.

Buntu.
Bikin keliru--yang jauh di ufuk dan barat itu pun mampu singgah disatu titik--bertemu.

Lalu.
Langsung perlahan-lahan rasa kagum pada aturan Tuhan.

Magis.
Menundukkan diri-- tanda aku ini terlalu kerdil tanpa campur tangan takdirMU.

ALLAH.
Atas Maha Teratur perancangan ENGKAU aku masih teguh menanti detik-detik itu berlaku.




12122014
9.17am
Photobucket
 

Wednesday, December 10, 2014

#SatuHariSatuPuisi: Perempuan Menulis



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





Memandangkan sekarang makin liat nak menulis, makanya buat cabaran untuk diri sendiri #satuharisatupuisi. Moga bisa bertahan iya!biizniLLAH:D



Photobucket
 

Wednesday, November 19, 2014

Saling Syukur



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


"Tahu, mengapa kita tak boleh terlalu senang berlebihan saat dikurniakan kenikmatan?
Agar kita menjaga yang lain untuk tetap bersyukur.
Kerana, boleh jadi kita menjadi perantara orang untuk kufur nikmat.

Yang hamil, menjaga perasaan orang yang belum hamil.
Yang sudah menikah, menjaga perasaan orang yang belum menikah.
Yang kaya, menjaga perasaan orang yang miskin.
Yang sempurna fizikalnya, menjaga perasaan orang yang memiliki kekurangan fizikal.

Indah.

Kita menjaga diri bukan lantaran orang-orang disekitar kita cemburu.
Kita menjaga diri bukan bererti kita tidak berhak mengekspresikan rasa senang dan syukur kita.
Kita menjaga diri kerana kita ingin sama-sama bersyukur dengan mereka yang belum mendapati nikmat yang sudah kita dapat.

Kerana menjadi perantara syukur bagi orang lain adalah kenikmatan dan kebahagiaan yang sesungguhnya.

Disebalik momen-momen indah yang kita kongsi itu ketahulailah ada yang sedang 'berperang' dengan perasaannya sendiri yang kita sendiri tak pernah rasa lagi. Jangan sampai tunggu ALLAH uji kita dengan perasaan yang sama baru nak faham?


  Photobucket

Saturday, August 23, 2014

Perkahwinan:Tawakkal Tertinggi!


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



Mengelek foto yang sekeping itu, siapa boleh ukur di sebaliknya terkumpul sebuah keberanian? keberanian untuk menetapkan antara keputusan paling besar dalam hidup. keberanian untuk menyertakan segala usaha agar sesuatu yang halal benar-benar terlaksana. keberanian untuk mula mempamerkan seluruh kelemahan pada orang yang asing-seasingnya. keberanian untuk meletakkan posisi diri dalam keluarga yang baru. keberanian untuk membina sebuah keluarga, dan diri sendiri sebagai nakhoda dan juragannya. keberanian untuk memikul tanggungjawab dan amanah. keberanian untuk mula memberi, bukan lagi pada 'diri', tetapi pada 'kami'. untuk keberanian-keberanian ini, padanlah 'mabruk' (tahniah) juga sangat sinonim dengan walimah, sebab ia pastinya bukan sesuatu yang kecil dan mudah. --kak umairah


--------------------------------------------------------------------------------------------

Sesuatu yang menjadi punca kerisauan bila bertekad mahu berkahwin--
kita tak betul-betul kenal dia, dia tak kenal kita macam mana

Kebaikan
Keburukan
Kelemahan
Kekuatan

Semacam satu rasa yang menyelinap masuk ke hati yang paling dalam ini yang
membuahkan resah.

Tapi sebenarnya kerisauan itulah yang 'cantik'. 
Sebab kita mula melepaskan segala kerisauan itu pada satu tempat--
A.L.L.A.H

Meletakkan pergantungan kepada PEMILIK mutlak pasangan kita.

Melepaskan baik-buruk pasangan kepada ALLAH yang Maha Tahu.
DIA lebih Maha Tahu--
Siapa yang paling layak tampung kelemahan-kelemahan kita yang banyak itu.
Dan kelemahan siapa--dengan adanya kita mampu ditutup:')

*Suami pakaian isteri--isteri pakaian suami(dua:satu lapan tujuh)*

Tapi jalan mencapai keyakinan itu tak mudah juga--
Istikharah.
Istisyarah.

Dua proses ini pun tak sikit mudahnya Apatahlagi nak mujahadah--perkara yang paling perlu selepas istikharah dan istisyarah.
Bukan bila dah istikharah dan istisyarah semuan perancangan akan sempurna.
Hujan-petir-ribut-taufan kekadang masa itulah tetiba datang. 
Kalau boleh jangan letak harapan yang terlalu tinggi pada pasangan
*Letak tinggi-tinggi ni kalau jatuh, sakit sangat*

Sebab itu perkahwinan ialah suatu tawakkal yang tertinggi yang kita buat--
Menyerahkan bulat-bulat, baik-buruk--lemah-kuat--kurang-sempurna pasangan pada pergantungan ALLAH.
Tiada lagi istilah 'tersalah pilih'.
Bukan kita dah buat pilihan selepas istikharah dan istisyarah dan tawakkal ke?

Maka,inshaaALLAH itulah teman dakwah kita yang terbaik! 

Masalah, ujian, cabaran lepas kahwin tu  jadikan sebagai sebahagian daripada proses taaruf.
Proses taaruf ni akan sentiasa berjalan  sepanjang tempoh perkahwinan--jangan pernah berhenti.
Sebab kita ni manusia yang sering berbolak-balik;
Dulu kita begini dan begitu--
Akan datang kita macam ni dan macam tu pulak:)

Bila kita dah mula melangkah kerana ALLAH--
Teguhkan juga untuk ALLAH!








Hati yang sedang berkira-kira,
Ummu Rumaysa
23082014
10:31pm

*inshaaALLAH banyak benda yang kita tak dapat faham sebelum kahwin kita akan faham selepas kahwin*



Photobucket
 

Thursday, June 12, 2014

ALLAH Knows:)



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


 
    


Every grain of sand, 
In every desert land, HE knows. 
Every shade of palm, 
Every closed hand, HE knows. 
Every sparkling tear, 
On every eyelash, HE knows. 
Every thought I have, 
And every word I share, HE knows. 
ALLAH knows.

Just remember, no matter where you are 
ALLAH knows :’)






  Photobucket

Sunday, May 25, 2014

Letak Dalam Genggaman




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Apa-apa yang menjadi-kecintaan-kesayangan-kesukaan-kau terhadap dunia ini, 
Letakkan saja dalam genggaman-- 
supaya nanti bila kau harus melepaskan ia pergi-- 
lukanya tak begitu berbekas, 
dan mungkin tak sesukar mana nak membuka genggaman kau tu 

berbanding kalau kau letak dalam hati, 
lukanya bisa tinggalkan parut yang dalam--
nak kikis dari hati ini mungkin luka itu makin merebak-- 
maka terjadilah pula luka yang baru

T___T


ALLAH,letakkanlah kecintaanku pada dunia ini hanya ditanganku bukan dihatiku.








Photobucket
 

Saturday, May 24, 2014

Qiyam..Qiyam..




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


"..karenanya, saya tidak mentolerir untuk tidak bangun malam. sejelek apapun kualitas qiyamul lail tersebut, tetap lebih banyak faedahnya bagi jiwa."

penulis ini benar-benar menyuntikkan semangat dan mengajarkan saya bahawa; andaikan terlewat sedar, ataupun baki waktu yang tinggal (sebelum Subuh) cuma dua puluh minit sekalipun, tetaplah bangkit dan qiyam!



jangan berdalih itu dan ini (qiyam aku qiyam gajah, qiyam aku qiyam dua rakaat, qiyam aku tak khusyuk dan sebagainya - saya selalu sepesimis ini), sebab sehodoh apapun qiyam tersebut, ia tetap masih memberi kesan pada jiwa.  


subhanALLAH!


Kak Umairah
[Tak kenal pun akak ni(rasanya akak kot^^) tapi selalu jadi silent reader.
Kagum dengan penulisan beliau. Banyak membaca. Jeles!]

-----------------------

memakna peluang yang ALLAH bagi--
Tak kira la ALLAH bagi sejam ke, setengah jam atau seminit-dua je untuk qiyam
Bangun je
Jangan beralasan lagi

Sebab--
Kesannya akan nampak pada jiwa kita
Jiwa tenang mungkin?
:')


"Ya ALLAH bangunkn aku pada waktu yang KAU paling suka"



  Photobucket

Wednesday, March 26, 2014

Aku Tahu



ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


ALLAH.
Aku tahu
Perjalanan ini masih panjang 
Masih jauh didepan sana

Ada gunung yang perlu didaki
Ada lumpur yang perlu dilangkahi
Ada duri yang perlu direntasi
Ada lautan yang perlu direnangi

ALLAH
Aku tahu
Ada masanya aku akan jatuh
Ada masanya aku akan merangkak
Ada masanya aku akan menangis
Ada masanya aku akan letih

Tapi ALLAH
Aku cuma mohon 
Kelak--rencana apa pun yang akan aku lalui
Aku berharap agar aku bisa bangkit lagi
Kerana aku tahu
Yang ENGKAU takkan pernah tinggalkan aku sendiri
:')   

-Copied-








Photobucket
 

Friday, January 24, 2014

Membeli Hati Perempuan


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ 





Disebabkan terlalu terpengaruh dengan "kalau-nak-nikah-dengan-saya-sila jumpa-wali-saya-sila-datang-rumah". 

Jadinya, si lelaki pun dengan penuh gentlenya pergi rumah si perempuan sebab dah tahu sangat perempuan mudah cair dengan cara tu. (Walaupun hakikatnya tak layak lagi nak nikah) maka si perempuan pun percayalah akan ketulusan lelaki itu. 
Cincin emas jadi pengikat. Biarpun si lelaki masih liar melilau perempuan akan datang. 

Cerdiklah dalam memilih pasangan. Bukan nak hidup sehari dua dengan dia. Jangan gopoh ikut nafsu. Istikharah sampai ALLAH bagi tenang.

Dan perempuan, bodoh tu cuba simpan-simpan sikit.

Apa ?

Weh, aku pun pernah bodohlah dulu. Sebab tu aku berani kata. Pengalaman jadikan kita matang dan bijak.

Batuk seminit.

_ainumsolehah_





Photobucket
 

Monday, January 6, 2014

Keliru



ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ



Terpelosok dalam jiwa yang paling dalam
Buntu, keliru, tak menentu..

Jika penghujung kepada semua ini adalah redha
Maka tiada lain yang ku tagih melainkan pertolongan dariMU








Hati ini seakan kehilangan sesuatuT.T


Photobucket
 

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...