Saturday, August 23, 2014

Perkahwinan:Tawakkal Tertinggi!


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



Mengelek foto yang sekeping itu, siapa boleh ukur di sebaliknya terkumpul sebuah keberanian? keberanian untuk menetapkan antara keputusan paling besar dalam hidup. keberanian untuk menyertakan segala usaha agar sesuatu yang halal benar-benar terlaksana. keberanian untuk mula mempamerkan seluruh kelemahan pada orang yang asing-seasingnya. keberanian untuk meletakkan posisi diri dalam keluarga yang baru. keberanian untuk membina sebuah keluarga, dan diri sendiri sebagai nakhoda dan juragannya. keberanian untuk memikul tanggungjawab dan amanah. keberanian untuk mula memberi, bukan lagi pada 'diri', tetapi pada 'kami'. untuk keberanian-keberanian ini, padanlah 'mabruk' (tahniah) juga sangat sinonim dengan walimah, sebab ia pastinya bukan sesuatu yang kecil dan mudah. --kak umairah


--------------------------------------------------------------------------------------------

Sesuatu yang menjadi punca kerisauan bila bertekad mahu berkahwin--
kita tak betul-betul kenal dia, dia tak kenal kita macam mana

Kebaikan
Keburukan
Kelemahan
Kekuatan

Semacam satu rasa yang menyelinap masuk ke hati yang paling dalam ini yang
membuahkan resah.

Tapi sebenarnya kerisauan itulah yang 'cantik'. 
Sebab kita mula melepaskan segala kerisauan itu pada satu tempat--
A.L.L.A.H

Meletakkan pergantungan kepada PEMILIK mutlak pasangan kita.

Melepaskan baik-buruk pasangan kepada ALLAH yang Maha Tahu.
DIA lebih Maha Tahu--
Siapa yang paling layak tampung kelemahan-kelemahan kita yang banyak itu.
Dan kelemahan siapa--dengan adanya kita mampu ditutup:')

*Suami pakaian isteri--isteri pakaian suami(dua:satu lapan tujuh)*

Tapi jalan mencapai keyakinan itu tak mudah juga--
Istikharah.
Istisyarah.

Dua proses ini pun tak sikit mudahnya Apatahlagi nak mujahadah--perkara yang paling perlu selepas istikharah dan istisyarah.
Bukan bila dah istikharah dan istisyarah semuan perancangan akan sempurna.
Hujan-petir-ribut-taufan kekadang masa itulah tetiba datang. 
Kalau boleh jangan letak harapan yang terlalu tinggi pada pasangan
*Letak tinggi-tinggi ni kalau jatuh, sakit sangat*

Sebab itu perkahwinan ialah suatu tawakkal yang tertinggi yang kita buat--
Menyerahkan bulat-bulat, baik-buruk--lemah-kuat--kurang-sempurna pasangan pada pergantungan ALLAH.
Tiada lagi istilah 'tersalah pilih'.
Bukan kita dah buat pilihan selepas istikharah dan istisyarah dan tawakkal ke?

Maka,inshaaALLAH itulah teman dakwah kita yang terbaik! 

Masalah, ujian, cabaran lepas kahwin tu  jadikan sebagai sebahagian daripada proses taaruf.
Proses taaruf ni akan sentiasa berjalan  sepanjang tempoh perkahwinan--jangan pernah berhenti.
Sebab kita ni manusia yang sering berbolak-balik;
Dulu kita begini dan begitu--
Akan datang kita macam ni dan macam tu pulak:)

Bila kita dah mula melangkah kerana ALLAH--
Teguhkan juga untuk ALLAH!








Hati yang sedang berkira-kira,
Ummu Rumaysa
23082014
10:31pm

*inshaaALLAH banyak benda yang kita tak dapat faham sebelum kahwin kita akan faham selepas kahwin*



Photobucket
 

No comments:

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...