الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على نبيه الأنبياء والمرسلين،والهادي إلى صراط المستقيم، وعلى آله المكرمين وصحبة الكريم، ومن تبعهم بإحسن إلى يوم الدين
Sahel bin Abdullah at-Tsauri dikenali sebagai seorang yg soleh dan bijaksana. Kesolehannya bukan dtg sekelip mata tetapi telah dibina sejak kecil oleh bapa saudaranya..Sejak umur sahel tiga tahun lagi, bapa saudaranya Muhammad bin Siwar telah menanamkan asas tauhid dan keimanan ke dadanya..Diajarkannya kepada Sahel mengulang-gulang kalimah yang berbunyi:
اللهُ مَعِيْ، اللهُ نَاظِر إِلَي، اللهُ شَاهِدِي
(ALLAH bersamaku, ALLAH melihatku, ALLAH menyaksikanku)
Dalam usia rebung, Sahel telah dibiasakan menyebut kalimah itu di dalam hati sebanyak tiga kali setiap kali dia berbaring hendak tidur..Kemudian bapa saudaranya menyuruh dia menambah kepada tujuh kali..Seterusnya Sahel diminta mengulang kalimah itu di dalam hati sebanyak sebelas kali menjelang tidur..Walaupun usianya terlalu muda, Sahel dapat merasakan ketenangan dengan menjadikan bacaan zikir dalam hati itu sebagai amalan harian setiap malam..
Waktu umurnya empat tahun, bapa saudaranya berpesan: "Wahai Sahel, jagalah baik2 apa yg pak cik ajarkan kepadamu itu dan amalkanlah sampai kamu masuk ke dalam kubur kerana ada manfaatnya bg kamu di dunia dan akhirat." Kata2 ini membuatkan Sahel tekun mengamalkan zikir itu.. Lebih2 lagi dia sendiri berasa terhibur dan lapang dada setiap kali mengamalkannya..
Kalimah yg diajarkan bapa saudaranya itu telah m'buatkan Sahel sentiasa ingat kepada ALLAH dan sentiasa terasa diperhatikan ALLAH.. Jiwanya telah disemai dgn benih keimanan yg cukup ampuh utk membenteng diri dari perbuatan terlarang.. Sepertimana kata bapa saudaranya pada suatu hari:
" Wahai Sahel, siapa yg ALLAH bersamanya, sentiasa memerhatikannya dan sentiasa menyaksikannya, apakah dia boleh berbuat maksiat lagi? jagalah dirimu dari maksiat."
~wALLAHu'alam~
Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..
No comments:
Post a Comment