Tuesday, August 10, 2010

Bulan Cinta, Bulan Rindu

  
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على نبيه الأنبياء والمرسلين،والهادي إلى صراط المستقيم، وعلى آله المكرمين وصحبة الكريم، ومن تبعهم بإحسن إلى يوم الدين 


Monolog sepi ilham ILLAHI..(^_~)
 Sya’ban bakal melambai pergi..Bak patah tumbuh hilang berganti, bulan cinta,bulan rindu Ramadhan bakal menyapa seluruh alam.. Bagai baru semalam aku meratapi pemergianmu lantaran kebimbanganku tak berkesempatan lagi bertemu denganmu..Basah sujudku dengan deraian airmata.. Tak sanggup rasanya melepaskan dikau pergi.. sempat  aku menghitung  amalanku yang sekelumit, adakah mampu melamar mordhotillah? Juga mengenang apakah aku masih istiqamah beribadah bila kau sudah berlalu pergi? Ah, amat rugi diriku andai tarbiyah Ramadhan tidak mampu melahirkan aku hamba ALLAH yang bertaqwa kerana itu mungkin petanda amalanku ditolak..Nauzubillah=( Aku bukan bertuhankanmu Ramadhan tapi ALLAH! Sesungguhnya mereka yang hanya beramal pada bulan Ramadhan seolah-olah bertuhankan Ramadhan bukannya RABBUL IZZATI..
Muhasabah Ramadhan yang lalu .. 
Puasaku, qiamku, sedekahku, bacaan al-Quranku, puasa lidahku, mataku, telingaku, kakiku, dan tanganku bagaimana nilaiannya disisi ALLAH? ALLAH, sesungguhnya semuanya sulit buatku untuk menilai kerana semuanya rahsia yang tersimpan disisiMU..Aku hanya mampu meletakkan prasangka yang baik, ‘mungkin’ ALLAH telah  menerimanya( walau hati ini bersarang resah dan gelisah ) kerana ku tahu ya ALLAH, ENGKAU bersama sangkaan hamba-hambaMU..Terimalah ya ALLAH!
Harapan kembali subur..
Kehadiran Ramadhan 1431H ini bakal kembali ku penuhi dengan amal-amal soleh.. siangnya dengan puasa( puasa makan , minum, anggota dan nafsu ) dan malamnya dengan qiam..InsyALLAH akan ku ushakan dengan bantuan ALLAH..Jadual sepanjang Ramdhan telah ku susun dari awal lagi hanya menunggu untuk direalisasikan melalui tindakan..Moga-moga perancangan dapat dilaksanakan bukan sekadar contengan palsu diatas kertas!
Ya ALLAH yang memiliki segala kemuliaan..
Terimalah kehadiranku hambaMU dibulan Ramadhan ini..       
Dalam keadaan ENGKAU berikan kemuliaan bukannya kehinaan..                                                     
Dan dalam keadaan ENGKAU berikan keampunaan..
Bukanya ENGKAU membiarkan kami menanggung dosa yang tiada kesudahan..
Ya ALLAH, sesungguhnya diriku tergadai kerana amal-amalku..
Maka ENGKAU bebaskanlah aku dengan berkat istighfar dan solatku..                                                                                    
YA RAHIM,
Terasa berat bahuku menanggung beban dosaku..                                                                               
Maka ringankanlah aku dengan berkat sujudku..
Kerana ENGKAU telah bersumpah dengan segala kebesaranMU..                                                        
Bahawa ENGKAU tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud..                                         
Dan tidak mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri dihadapanMU..Ameen           


Salam Penghujung Sya'ban
 Naurah Ansorullah
Ghurfati Firdausi,
M.Syafiyyah,
29 Sya'ban 1430H( 10 Ogos 2010)
1.42pm

Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

No comments:

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...