Thursday, November 5, 2009

Jauhi Maksiat Zahir


 
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Imam Ghazali r.h berkata bahawa agama itu terbahagi kepada dua iaitu pertamanya meninggalkan maksiat yang ditegah dan keduanya mengerjakan segala yang disuruh. Lazimnya, berbuat taat dan menurut segala perintah adalah lebih mudah berbanding dengan meninggalkan perkara yang dilarang. Kerana itulah Nabi S.A.W bersabda : " Orang yang berhijrah itu adalah seseorang yang meninggalkan kejahatan dan orang yang berjihad ialah seseorang yang memerangi hawa nafsu."

   Individu yang berbuat maksiat adalah mereka yang mengkhianati ALLAH dan mengkufuri nikmat yang dianugerahkan ALLAH kepadanya. Ini kerana anggota tubuh badan adalah satu nikmat dan amanah ALLAH kepada hambaNYA. Sekiranya hamba tersebut menggunakan anggota tersebut kepada perlakuan maksiat dan mungkar, ia telah menyalahi fitrah kejadiaannya sendiri. Inilah yang dikatakan sebagai 'kufur nikmat'.

   Oleh itu, hendaklah setiap individu muslim yang benar-benar beriman(mukmin) dan bertaqwa(muttaqin) kepada ALLAH menjaga seluruh anggota yang tujuh iaitu memelihara MATA, TELINGA, LIDAH, PERUT, KEMALUAN, TANGAN, dan KAKI. Ini kerana neraka Jahannam itu terdiri dari tujuh pintu dan tidak terhumban ke dalamnya anak Adam melainkan maksiat anggota yang tujuh itu..~wALLAHua'lam~




Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

No comments:

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...