Wednesday, September 8, 2010

Duhai diri..Ramadhan akan pergi sebentar lagi




الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على نبيه الأنبياء والمرسلين،والهادي إلى 
صراط المستقيم، وعلى آله المكرمين وصحبة الكريم، ومن تبعهم بإحسن إلى يوم الدين

Duhai diri,
Sekarang Ramadhan akan beranjak pergi..
Lebih dua pertiga perjalanan bulan suci ini telah berlepas..

Apakah yang kau lakukan sampai detik ini??

Bgaimana dgn solatmu hngga dtik ini?

Ingatkah engkau bahawa kamu telah berjanji akan bertahajud setiap malam..

Menangis,merintih mencari pertolongan RABB Semesta Alam..

Bersimpuh dengan taubat seluruh badan,jiwa dan hati untuk segera kembali..

Tapi diri, lihatlah drimu kini..

Ternyat malam2mu sepi tnpa sujud kepangkuan ILAHI..

Bagaimana dengan ibadahmu?

Sudah brapa kali kau khatam al-Quran,atau kamu hanya membaca beberapa juzuk sahaja pd bln ini..

Kerongkongmu kering drpd ayat ILIAHI..

Lisanmu tak pernah basah drpd lantunan ayat suci Qurani..

Lalu kemanakah ungkapan cnta yg slama ini kau bisik2kan dihati..

Dimana sasaran yg dulu kau jnjikan pd dri sndri..

Duhai diri,

Belum terlambat untuk b'ubah..

Masuklah dlm pelukan ALLAH..

Masih ada beberapa detik yg tersisa

Kobarkn semangatmu,gigihkan hatimu utk melantunkan bait2 kalamullah..

Duhai diri,

Semoga bulan ini, engkau tidak lagi rugi seperti tahun2 lalu..

Kerana redha ALLAH yg ingin digapai,ampunan ALLAH yg ingin dituju..


WAHAI PENDAMBA CINTA ILAHI!!!





Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

0 Tinta Permata: