Saturday, June 4, 2011

BarakALLAHulakuma! (✿♥‿♥)

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

*update ringkas*


Hari ini merupakan detik bersejarah(read:kahwin) buat seorang sahabat ana masa sekolah rendah dulu. ALLAH, terasa begitu pantas masa berlalu. Masih terbayang zaman kanak-kanak blackcurrent bersamanya yang penuh fantasi. Berkira-kira siapa yang akan kahwin dulu.Tak sangka kamu mendahuluiku(mode:jeles:p) Tapi maaf sayang, tak berkesempatan untuk meraikan walimahmu. Hanya ini yang mampu kutitipkan buatmu sempena perkahwinanmu^__^



Pesanan untukmu!
(erk..pesanan untuk empunya blog juga!)

  1. Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh TUHAN Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan untuk menjadi pemimpin bagi isteri. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.
  2. Hendaklah berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Manis muka, Halus perkataan, Bersolek setiap hari dan waktu demi suami dan bersikap Manja di hadapannya. Ingat! perhiasan kamu bukan untuk tontonan umum tetapi hanya untuk suamimu..
  3. Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami setiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan sebarang kebencian ditinggalkan.
  4. Jangan banyakkan permintaan atau membebani suami dalam perkara yang tidak dapat disempurnakan oleh suami apatah lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian akan merunsingkan suami.
  5. Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa izin suami dan jangan pula suka membantah jika disuruh. Apabila disuruh eloklah dilaksanakan.
  6. Isteri hendaklah sentiasa ada di rumah ketika suami pulang dari kerja, melainkan kerana terpaksa atau ada hajat besar dan bila-bila suami balik hendaklah disambut dengan baik dan memperkemas diri.
  7. Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.
  8. Jangan suka menceritakan kecantikan perempuan lain atau memuji-muji anak dan isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu kerabat suami.
  9. Hendaklah cermat dalam perbelanjaan hari-hari. Umpamanya jika diberi belanja untuk seminggu, janganlah habiskan kesemuanya. Bahkan hendaklah disimpan sedikit. Wang simpanan itu jangan pula dibelanjakan untuk perkara yang tidak penting bahkan untuk persiapan atau persediaan apabila datang kesusahan kerana barang siapa bercermat akan terselamat daripada kepapaan.
  10. Jangan suka berhutang. Jika terpaksa sebaik-baik beritahu suami dan hutang itu ialah kerana muslihat rumahtangga dan bukan muslihat diri sendiri.
  11. Jangan ceritakan perbelanjaan harian sama ada banyak atau sedikit kepada orang lain.
  12. Hendaklah menyediakan makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami.
  13. Hendaklah suami dan isteri menjaga kesihatan dengan seboleh-bolehnya melakukan senaman dan jaga permakanan dan minuman, kebersihan dan pelihara perasaan yang tenteram.


Pesanan Asma' binti Kharijah Fazari kepada anak gadisnya pada hari perkahwinan anaknya itu.
"Hai anakku, kini engkau telah keluar dari sarang yang dahulu adalah tempat engkau dilahirkan sehingga menjadi besar.
Kini engkau akan beralih ke suatu hamparan dan kediaman yang belum engkau kenali. Dan engkau harus berkawan pula dengan seseorang yang belum engkau mesrai.
Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah untuknya dan dia akan menjadi langit untukmu. Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan dia akan menjadikan engkau sebagai tiangnya.
Janganlah membebaninya dengan pelbagai kesukaran sebab itu akan menyebabkan dia meninggalkanmu.
Janganlah engkau terlalu jauh darinya agar dia tidak melupaimu. Tetapi kalau dia mendekatimu dekatilah ia; dan sekiranya dia agak menjauhmu, jauhilah dia dengan baik.
Peliharalah suamimu itu sungguh-sungguh. Hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Jangan biarkan suamimu mencium sesuatu yang tidak enak darimu kecuali yang harum-harum belaka. Jangan pula dia mendengar sesuatu kecuali yang enak-enak sahaja dan jangan biarkan dia melihat sesuatu kecuali sesuatu yang indah darimu".
Selamat Pengatin Baru buat Ana Nasihah&Suami.
Moga berkekalan hingga ke syurga!

 

Hanya doa untukmu:)
04062011
1:58pm
Photobucket


2 comments:

Syifa' Al-Harits said...

Salamun'alaik sayang..enti ble lagi?hehehe...

Ummu Rumaysa said...

wslm habibati..err..ALLAH lebih Mengetahui^__~

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...