Saturday, June 5, 2010

Sukarkah Menjadi Srikandi?

الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على نبيه الأنبياء والمرسلين،والهادي إلى صراط المستقيم، وعلى آله المكرمين وصحبة الكريم، ومن تبعهم بإحسن إلى يوم الدين


Pada sang bintang yang bertaburan di langit, semoga cahaya kalian di hujung sana memberi inspirasi untukku terus berfikir dan merasai kehadiran kalian di dalam hati. Indah yang hanya sesekali menerpa kalungan fikiran, bisa menenteramkan pelupuk emosi yang terkadang menemani rembesan air mata hamba dhoif ini.

Pada sang rembulan yang menyinar di hujung sana, terkadang senyum dan kilas cahayamu memberikan tautan indah di hatiku. Saat hati di rundung pilu, segar membugar emosi pada sinar kelam yang diterjemahkan oleh sang awan. Tuhan mencipta untuk di fikirkan. Mahu mengambil 'ibrah si bulan itu, dasarnya berkawah dan penuh debu namun sinarannya mendamaikan bahkan menambat hati yang memandangkan, menyejukkan pandangan, meredakan gelora emosi. Indah yang bukan pada zahirnya tetapi indah pada cahayanya! Subhanallah, moga terus diusahakan diri ke arah Mu, demi cinta Mu.

(Monologku tentang Bulan Bintang sejak akhir-akhir selalu saja menghiasi fikiran lalu diterjemahkan dalam Monolog Sepi yang terkadang kelihatan 'mengada-ngada'. Biar, mahu ku terjemahkan dengan kalam agar suatu hari nanti Bulan Bintang akan merasai apa yang dirasai.)



Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Wahai puteriku sayang, kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya...

Bulan... Cahayamu indah! Indah lagi wajah Penciptamu, moga keresahan jiwa yang terpujuk dengan cahayamu akan terhapus tatkala memandang wajah Penciptamu. Apa aku mampu memandang wajah indah Penciptamu, Pencipta kita?

Hate To Cry!

Air mata tumpah. Tumpah untuk meredakan pelupuk emosi yang terkadang menendang iman, jatuh dan tersungkur lumrah kehidupan. Harus segera bangkit. Kita sendiri yang mesti membantu diri kita. Kita sendiri yang perlu bangun dan kembali berjalan, terus menjahit baju yang terkoyak walau dengan jari yang masih berdarah. Hidup satu medan ujian.

Namun, hati ditebak oleh si ayah yang selalu menjadi punca hati ini menangis... Memandang wajah abi saja bisa buat air mata ana rembes begitu saja. Akhirnya, tangisan itu terzahir juga di hadapan abi. Bukan tiada usaha untuk mengagahkan hati namun tewas dengan kasih sayang abi, isakan tangis dihentikan sejurus merasa abi turut menahan genangan air matanya.

"Maafkan Syirah..."

Lirihku perlahan.

Ana harus kuat.
Ana mesti tabah.

Pada lewat renungan jendela di luar, mengirim salam rindu pada bulan yang tiada... Bintang, hebahkan salamku buat bulan di sana (",)

"Ustaz, berikan ana satu nasihat."

"Nasihat tentang apa? Ana rasakan motivasi ukhti jauh lebih tinggi berbanding ana."

Kerana di hati, memandang tinggi dengan sahabat maka ku jaga adab. Sangat menjaga. Kalau orang lain, sudah muntah bicara "Hak seorang sahabat apabila diminta nasihat, maka kena bagi nasihat." Ana masih suka memeningkan sahabiyah, kadang ana suka bila mereka rasa nak ketuk kepala ana dengan hammer. Ana masih geli hati apabila mereka nak cekik dan sekeh ana sepuas hati. Ana rasa macam nak terguling-guling setiap kali mereka cakap nak gigit dan telan ana hidup-hidup. Ana suka! Bila hidup mereka kucar kacir, ana rasa berjaya buat mereka ribut dengan ana.

"Seseorang itu akan diingati sekiranya dia jadi orang yang PALING baik atau PALING jahat! Kalau setakat biasa-biasa, sekejap je orang lupa." - Cikgu Mohd Akbar, 2001

Ana nak jadi yang PALING nakal, jadi mereka akan mendoakan ana supaya jadi baik, jadi solehah, jadi orang yang dengar cakap, jadi orang yang lembut ^_^

Hakikatnya, hak kita selalu dituntut tetapi hak orang lain sukar sekali kita ingat dan tunaikan. Sedarlah Insyirah, kamu bukan siapa-siapa untuk menuntut hak seorang sahabat selagi belum menunaikan hak kamu sebagai seorang sahabat!

"Bagaimana untuk jadi srikandi yang kuat?"

"Nak jadi srikandi contohi semangat pada Salahuddin Al-Ayubi. Jangan jadi macam sesetengah yang mengaku pejuang agama tetapi hanya ambil pada semangat. Lupa pada punca istiqamahnya iaitu ketaqwaan. Pilihan Salahuddin bukan pada yang hebat di medan perang tetapi yang bangun tahajud di malam hari."

"Subhanallah, dah ramai yang jadi Srikandi Umar dan Srikandi Abu Bakar. Ana mahu jadi Srikandi Salahuddin yang pertama."

"Kalau nak jadi Srikandi Umar bukan ketika berhujah saja tetapi menjadi tikus di malam hari semasa tahajud kemudian menjadi singa di siang hari berdepan dengan manusia. Kalau nak jadi Srikandi Al-Banna kena baca mathurat. Ini tidak, hanya mengambil semangat saja. Katanya pejuang tetapi bila sendirian, solat Subuh pun tidak! Nafsu sendiri pun kalah."

Terdiam. Kekunci ditarikan lagi.

"Ana selalu berfikir kenapa susah sangat, lambat sangat Islam nak menang... Puncanya...."

Tanpa sedar kata-kata itu menerjah lubuk hati.

Benar, sangat benar. Mahu jadi srikandi mahupun mujahid yang mempromosikan Islam, harus mujahadah mengambil ajaran Islam yang sebenarnya. Saat berhujah, berapi dan panas semacam kerana katanya mahu jadi Srikandi Umar, adakah malamnya menikus mengadap Rabb? Umar al-Khattab menikus mengadap Rabb dan menjadi singa di hadapan manusia. Hubungan dengan Allah sangat dijaga, hubungan sesama manusia dipelihara.



Sujudku mendambakan keredhaan Mu,
Hidup matiku hanyalah untuk Mu!

Layakkah aku, seorang Insyirah?

Biarlah jadi Srikandi Insyirah yang sentiasa mujahadah untuk terus menenangkan hati, meredakan pelupuk emosi... Seorang hamba yang sentiasa berhajat kepada Allah tidak pernah menanggalkan rasa dan rindu untuk mengadu pada Allah, Allah segala-galanya. Andai benar hidup hanya untuk Allah, maka mujahadah dan melawan segala bentuk ancaman yang mengintai, mengetuk diri adalah satu bentuk pertarungan yang indah! ^_^

Kalau mahu jadi Srikandi Abu Bakar, maka turutilah kesemua sunnah Rasulullah s.a.w, kerana Saidina Abu Bakar, As-Siddiq itu berusaha keras untuk menuruti setiap sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah sehingga kewafatan Rasulullah, Abu Bakar masih bertanya pada ummul mukminin, Saidatina Aisyah r.a. yang juga puterinya; "Apa lagi sunnah Rasulullah yang belum aku ikuti?" Subhanallah! Kita yang mengaku Srikandi Abu Bakar, mana sunnah yang konsisten diamalkan? Muhasabahlah wahai hati...

Kalau mahu jadi Srikandi Uwais al-Qarni harus bersungguh untuk mentaati ibu selagi mana tidak bercanggah dengan syara'. Mesti berusaha menatang hati seorang ibu walaupun berlawanan dengan kehendak hati kita sebagai seorang anak.

Kalau mahu jadi Srikandi Ali mestilah sentiasa bersangka baik dengan Allah, setiap hajat yang dipohon kiranya tidak dimakbulkan Allah masih tenang dan bersulamkan keyakinan bahawa Allah pasti memberi. Teringat Ramadhan yang lalu, tazkirah yang diberikan berkisarkan tentang Saidina Ali... "Aqidah Saidina Ali ialah 'Allah tidak pernah tidak memberi', bahkan apabila doanya dimakbulkan Allah maka Ali gembira 1x dan sedih 9x kerana apabila Allah tidak memberi itu tandanya Allah menangguhkan pemberian kerana nak beri yang lebih baik." Wallahua'lam.

Kita semua tahu, pengakhiran kehidupan ini adalah kematian, pemutus segala nikmat. Kita di sini sebagai pengembara yang menyusuri arus dunia... Selangkah tersasar boleh sesat beribu langkah. Mujahadahlah! Biar husnul khatimah memeluk erat roh yang terpisah dari jasad, kerana pertunangan dengan kematian itu satu kepastian. Kelangsungan tarikhnya satu misteri yang tidak mampu kita rungkaikan, ia rahsia Allah. Bersiaplah... Mujahadahlah Insyirah!

"Yela 'tunang' ukhti tu tahu menyentap saja..."

Ana seronok dan sangat bahagia setiap kali mereka mengingatkan ana tentang 'tunang' ana. Subhanallah, mesej tersebut memberi kesan juga pada yang membaca.

"Insya Allah, 'tunang' yang itu memang pasti, tak boleh putuskan ikatan. Akan 'berkahwin' cuma tarikh belum tetap lagi."

Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Kerna hilang dari jalan
Menuju redha Mu ya Tuhan

Terima kasih pada yang menyampaikan salam buat debu-debu...
Terima kasih pada abang yang menunaikan hasrat untuk makan coklat kurma (",)

"Nasib baik salam tu 'kum' (buat semua) kalau 'ka' (buat kamu), mati ana!"

Puas nak sampaikan salam pada semua debu kalau setiap debu nak disampaikan salam, entah trilion debu pada satu-satu masa.

Wallahua'lam.

Copied from:HERE

Saturday, May 8, 2010

Bingkisan Buatmu..



الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على نبيه الأنبياء والمرسلين،والهادي إلى صراط المستقيم، وعلى آله المكرمين وصحبة
 الكريم، ومن تبعهم بإحسن إلى يوم الدين


Alhamdulillah..kembara ilmu dibumi gersang sudah b'akhir.bagai mimpi..rasa baru semalam melewati minggu ta'aruf..Usai paper kitabah bumi Nilai terus ditinggalkan menuju ke Melaka(rumah kakak).M'hadapi detik2 perpisahan sememangnya memeritkan..empang air mataku pecah..aku tak dapat menahan kesedihan lagi..lebih2lah b'pisah dgn insan yg byk mendidik aku tentang sabar, tentang nikmat2 yg sering terlepas pandang..Astaghfirullah!Sepanjang perjalanan ke Melaka air mataku tak b'henti m'galir..kenangan b'samanya kembali b'tandang..menambahkan lagi sebak di dadaku..dalam hati ini t'detik, mana mungkin aku akan b'temu lagi dgn insan sepertimu!

Tasji' untukmu..

*Moga dikau terus tabah dalam m'hadapi ujian ILAHI..teruskan p'juangan dibumi Nilai ini..biarpun kau jatuh kali ketujuh bangunlah untuk kali kelapan..dan ingatlah ALLAH sentiasa b'samamu walaupun diri ini tiada lagi disisimu..Usah kau b'sedih kerana hidup ini melelahkan krn ALLAH m'gujimu seiring dgn kemampuanmu..~ALLAH b'samamu,ALLAH m'lihatmu,ALLAH m'yaksikanmu~

Langkah Tercipta

Album : Langkah Tercipta
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

ALLAH…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

ALLAH…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMU ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMU
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMU.. 

Turning Point : Sebuah Perkahwinan



Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, jemari kembali untuk ditarikan bersama semerbak haruman mawar. Sekadar berkongsi picisan buah fikiran yang dhoif dari si kecil yang jahil. Bicara soal perkahwinan seusia 20 tahun, muda sangatkah? Tak apa lah, sekadar buah fikiran dari si kecil, mungkin ada kebaikan dan manfaatnya insya Allah bagi mereka yang sedang menuju ke arah gerbang perkahwinan mahupun yang sedang merangka untuk mencari calon bagi mengisi kekosongan atau buat mereka yang tidak terasa mahu berkahwin. Ayuh, santai-santai saja :)

Dalam hidup ini, apakah perkara yang paling 'besar' dan sangat penting? Ada yang menjawab mahu mengambil jurusan apa semasa di universiti, mahu mengambil aliran apa selesai PMR atau sebagainya. Masing-masing ada perkara 'besar' dalam kehidupan, setapak demi setapak melangkah akhirnya tiba pada perkara yang menjadi turning point seorang hamba (bagi ana lah) iaitu berkahwin.

"Kak, adik tak nak jadi dewasa. Adik takut jadi macam akak, banyak sangat ujian yang akak hadapi, adik nak kekal macam sekarang je."

"Adik... Setiap orang sama ada lelaki mahupun perempuan ada ujiannya. Setiap orang ada ujian."

Sedang cuba berkongsi buah fikiran pada seorang akhawat di hadapan. Entah, dia bimbang benar dengan ana dan ana tahu kerap pula dia mengalirkan air mata untuk 'melepaskan' ana. Ana masih tersenyum, merenung ke dalam matanya.

"Maksud akak?"

"Maksud akak... Mungkin seorang muslimah itu belum bersedia nak kahwin tetapi berderet orang taqdim (melamar), jangan rasa gundah gulana. Kalau tidak bersedia, tolaklah. Dalam Islam, tidak ada istilah kahwin paksa. Bahkan perkahwinan paksa tidak sah dalam Islam."

Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya: "Tidak akan berkahwin seseorang wanita sehinggalah ia meminta, dan tidak akan berkahwin seorang dara sehingga ia meminta keizinan (untuk dikahwini)." Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimanakah cara untuk mengetahui keizinannya?" Baginda SAW menjawab: "Apabila ia diam." [Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya (jilid 2 m/s 434), Bukhari di dalam Sahihnya (jilid 5 m/s 1974) dan Muslim di dalam Sahihnya (jilid 2 m/s 1032)].

Diriwayatkan lagi: Bahawa seorang lelaki telah mengahwini anak perempuannya sedangkan anaknya itu tidak menyukai, lalu ia bertemu dengan baginda SAW dan berkata: "Sesungguhnya bapaku telah mengahwinkan aku dengan seorang lelaki padahal aku tidak menyukainya, dan sepupuku telah pun meminangku." Maka baginda SAW bersabda: "Tiada perkahwinan padanya, kahwinlah dengan orang yang kamu kehendaki." [Riwayat Nasaie di dalam Al-Kubra (jilid 3 m/s 282)].

Daripada Khunsak binti Khizam ia berkata: "Bapaku mengahwiniku padahal aku tidak menyukainya walaupun aku masih dara, lalu aku mengadu kepada baginda SAW perkara tersebut kepada Rasulullah SAW, baginda bersabda: Jangan dinikahinya ketika ia tidak menyukainya." [Riwayat Nasaie di dalam Al-Kubra (jilid 3 m/s 282), dan Tabrani fil Kabir (jilid 24 m/s 251)].

Menyambung kembali kata-kata pada seorang akhawat yang amat ana kasihi.

"Dik, ada juga muslimah yang dah berusia dan sangat ingin berkeluarga (berkahwin) tetapi Allah ujinya dengan tidak ada yang melamarnya. Itu ujian dik. Bahkan muslimin juga sama, ada muslimin yang berhajat pada seorang gadis dan membuktikan kesungguhan betapa seriusnya dalam urusan tersebut dan taqdim melalui orang tengah atau ibubapa gadis tu, tapi gadis tu belum bersedia dan menolak. Itu juga ujian buat lelaki. Bahkan ada lelaki yang tidak berkenan pada seorang gadis yang mengejarnya, itu juga sebuah ujian."

Hidup ini satu ujian. Setiap tingkatan iman ada ujian yang berbeza, ada yang diuji dengan nikmat kemewahan dan kemiskinan, kesihatan dan kesakitan, ketenangan dan kerunsingan. Semuanya ujian, maka anggaplah semuanya ibarat semilir angin lalu yang berlalu... Menenangkan pelupuk emosi dan teruslah berlari kepada Nya, mendakap erat dalam pelukan Nya agar setiap ujian yang hadir semakin membuat kita dekat dengan Nya.

Ketenangan itu dari Allah, maka hampirilah Allah untuk mendapatkan ketenangan tersebut.

Dia, satu-satunya yang Maha Mengetahui segalanya. Ilmu kita terlalu terbatas untuk menafsir perancangan Allah, maka anggap saja ada kebaikan yang jauh lebih baik menanti kita. Bersangka baik dengan Allah.

Buat muslimah, bila lamaran datang... Janganlah gelabah sangat, kalau tidak bersedia maka tolaklah pinangan tersebut. Jika lamaran tidak juga datang-datang, insya Allah ada yang Dia mahu berikan tidak semestinya urusan jodoh, mungkin sesuatu yang lebih baik di sisi Nya.

Buat muslimin, bila lamaran di tolak... Positiflah! Mungkin dirimu belum bersedia untuk memimpin isteri dan anak-anak, maka sentiasa membaiki potensi diri supaya lebih bersedia menggalas sebuah tanggungjawab yang berat di hari kemudian. Kiranya lamaran diterima, maka bersiaplah untuk perpindahan sebuah tanggungjawab. Imam itu bukan sekadar imam solat tetapi imam dalam urusan agama, dunia sehingga akhirat. Beratkan? Maka, berusahalah menjadi yang terbaik walaupun bukan yang terbaik supaya kelak Allah memberikan yang terbaik untukmu.

Ada juga akhawat yang aktif dalam jemaah takut untuk berkahwin sehingga meletakkan pelbagai syarat. Tidak salah, perkahwinan itu sangat besar implikasinya kepada seorang wanita. Memang seorang wanita sangat berhak atas kehidupannya (urusan agama, dunia dan akhirat) bahkan memilih suami itu sama juga kita memilih aqidah. Maka, janganlah kecil hati apabila dikatakan 'terlalu memilih' kerana alam perkahwinan bukan seperti permainan. Ianya sebuah kehidupan yang penuh dengan gelombang!

Cuma, ana tersenyum lebar apabila akhawat mengatakan tidak mahu berkahwin kecuali sudah wajib untuk berkahwin. Muhasabah sendiri, hukum asal perkahwinan itu harus.

"Kenapa tak nak kahwin? Kenapa takut sangat?"

"Ramai yang bila kahwin, futur... Hanya suami yang aktif, isteri tidak lagi melibatkan diri. Blog juga berubah corak. Sebelum kahwin, terhias indah pelbagai tarbiyah dan fikrah. Selepas kahwin, gambar anak demi anak. Dari merangkak, telentang, langkah pertama semuanya di catat. Tiada lagi 'roh' perjuangan."

Senyum lagi.

Husnudzon sajalah. Teringat kata-kata seorang ukhti yang ana kasihi kerana Allah dan Rasul Nya.

"Adik, perkahwinan itu sebenarnya telah mengecilkan skop dakwah. Bila dah kahwin, lingkungan seorang perempuan itu adalah suami dan rumahnya (anak-anak dsb). Bukan lagi sahabat-sahabatnya."

Muhasabah.

Benar, sebuah perkahwinan memberi ruang dan peluang kepada seorang wanita untuk memudahkan urusannya. Gelanggang dakwah yang kononnya kecil (rumah) itu sebenarnya memainkan peranan yang teramat besar. Sebuah masyarakat bermula dengan sebuah keluarga, sekiranya peranan seorang isteri dan ibu dimainkan sebaik-baiknya oleh seorang perempuan, insya Allah akan melahirkan generasi yang berkualiti. Bukankah generasi berkualiti ini akan masuk dalam komuniti masyarakat?

Sekiranya generasi berkualiti asuhan seorang isteri dan ibu yang 'kononnya' futur di jalan dakwah ini istiqamah mentarbiyyah anak-anak dengan acuan Quran dan Sunnah, insya Allah mereka ini bukan saja aset (saham) akhirat bahkan menjadi satu tunas-tunas Islam untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi.

"Percaya tak kalau Syira cakap, mad'u paling memberi ujian dan juga mad'u paling berpotensi adalah isi dalam rumah. Maksudnya ahlul baeyt (ahli keluarga)?"

"Akak percaya!"

"Kenapa akak percaya?"

"Sebab awal dakwah Rasulullah juga bermula dengan keluarga, kemudian barulah secara terang-terangan."


Baiti jannati, sebelum menikmati kediaman syurga yang belum pasti layak didiami, moga taman-taman syurga (rumah tangga yang dilimpahi sakinah, mawaddah wa rahmah) di dunia akan menjadi wasilah untuk menyempurnakan kebahagiaan jiwa. Hidup ini hanya untuk dilalui BUKAN untuk diramaikan!
Ana pandang adik ana... Arh, si kecil itu selalu buat darah ana mendidih. Selalu saja menduga emosi dan bahkan terkadang menduga iman!

Mahu ketawa atau tidak, terpulang. Tetapi, untuk berdepan dengan si kecil ini... Ana TERPAKSA membelek sebuah buku yang mungkin tidak dibaca oleh sahabat seusia ana. "Psikologi : Ibubapa Muslim Profesional Berkualiti".

Dahulu, ana sangat keras. Kalau sekali dua disergah lambat solat kerana asyik melayan TV, maka dengan selamba badak sumbu ana off TV dan tarik simkad Astro. Dengan wajah masam mencuka, adik mengambil wuduk. Muncung mulutnya 2 inci... Solat dengan caranya, kemudian menjeling ana. Biasalah, merajuk.

"Adik tu kecil lagi... Tak boleh la paksa dia macam tu."

Abi menegur cara ana yang keras. Memang keras! Darah muda barangkali.


Sekarang, bila Adik lagho dengan kerja sekolah mahupun lewat menunaikan solat. Mudah saja.

"Adik dah solat?"

"Belum?"

"Kalau belum solat, kene buat apa?"

"Kena solat lah!"

"Pandainya... Habis tu tunggu apa lagi?"

Senyum jer, senyum ada makna tuh! :D

Maka, berlalulah Adik... Solat kerana tahu, kalau belum solat kenalah solat!

Tidak sia-sia ditarbiyyah oleh Allah di dalam rumah, dilatih untuk sabar dengan kerenah Adik. Bukan mudah menghidu emosi dan kelakuannya, bukan mudah untuk menukar moodnya. Semuanya memerlukan skill, tidak sia-sia buku "Psikologi : Ibubapa Muslim Profesional Berkualiti" dihadami. Berguna di masa depan, insya Allah. (",)

Akhawat ku sayang!

Janganlah menganggap perkahwinan itu memutuskan saluran untuk berdakwah. Ianya anugerah Allah kepada muslimah, gelanggangnya kecil tetapi peranannya masya Allah sangatlah besar! Para suami juga, bila 'ditinggalkan' isteri di rumah untuk gerak kerja dakwah usahlah terus membiarkan hatinya kosong, hati yang mekar dengan tarbiyyah tidak selamanya subur kalau tidak digembur dan disirami. :)

Umpama sebatang pokok. Sekali dua disiram, gembur dan baja... Maka suburlah ia. Kalau dibiarkan tanpa siraman, baja dan juga digembur tanahnya, lama kelamaan layu dan matilah ia!

Perlunya suami untuk konsisten (istiqamah) menyampaikan ilmu, menyuburkan hati isteri yang seharian sibuk dengan urusan rumahtangga. Sesekali, hatinya terusik untuk kembali ke gelanggang dakwah di luar tetapi demi kebajikan anak-anak dan cita-cita murni untuk mendidik anak-anak dengan tangan sendiri ditahan saja kemahuan hati, raikanlah hati seorang isteri dengan penyuburan ilmu agar dirinya terus merasa indahnya tarbiyyah hatta rutin hariannya mencongak dan merangka draf pendidikan anak-anak.

Apatah lagi isteri yang bekerja, peranan suami perlu lebih hebat. Tidak sekadar simpati dengan isteri yang kepenatan bekerja kemudian mengurus anak-anak pula, tetapi empati... Turut merasa apa yang dirasakan oleh isteri. :)

"Usia adik muda sangat... Terlalu muda."

Tersenyum lagi.

Tawakkal alaLLAH. Usia 45 tahun saja masih belum cukup matang, lihatlah bagaimana orang yang terlebih dahulu makan garam (patutlah hipertensi!)... Masih belum mampu mengawal emosi, tidak cukup matang!

Penanda arasnya ialah agama.

"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia Nya, kerana Allah amat luas (rahmat dan limpah kurnia Nya), lagi amat mengetahui". [Surah An Nur : 32]

Lelaki yang menjaga hal ehwal agamanya akan berusaha untuk menyempurnakan diri yang tidak sempurna, berusaha menjadi yang terbaik walaupun bukan yang terbaik! Demi sebuah tanggungjawab kerana agamanya... Maka, carilah lelaki yang menjaga urusan agamanya!

Wanita yang menjaga hal ehwal agamanya akan berusaha menyempurnakan diri yang tidak sempurna, berusaha menjadi yang terbaik walaupun bukan yang terbaik! Demi amanah dari Allah dan tanggungjawab sebagai isteri. Isteri yang solehah akan sentiasa berusaha membaiki diri untuk memenangi hati suami...! Maka, carilah wanita yang menjaga urusan agamanya!

Untung pada mereka yang benar-benar memilih kerana agama! Kelak bahtera tersasar laluan dipukul ombak besar, masih tahu memegang kompas kembali ke pangkal jalan. Insya Allah.

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah bersabda : "Tiga orang yang selalu diberi pertolongan Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah, seorang penulis yang selalu memberi penawar & seorang yang menikah untuk menjaga kehormatannya." [HR Thabrani]

p/s : Jangan lupa menyenaraikan list yang PERLU ada pada diri sebelum meletakkan list yang MESTI ada pada pasangan.

copied from:here

Saturday, May 1, 2010

Bukan Untukmu..





Tarbiyyah...

bukan untuk orang yang malas

bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat,
sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

bukan bagi
orang yang memilih program untuk dia ikuti yang
senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

bukan untuk
orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh
Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

bukan untuk orang yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan, tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan
orang lain.

bukan untuk
orang yang cepat mengalah

bukan untuk
orang yang meletakkan qiamullail dan daurah dalam diari
hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara
`penting' yang lain

bukan untuk
orang yang hanya pandai cakap dan menulis, tapi amal kosong

bukan untuk
orang yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu
bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa
tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya
tunggu information


Dakwah...

bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri

bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut
sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu

bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute

bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di
jalan Allah

bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa
berjalan jauh

bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat,
mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak
nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh

bukan bagi orang yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat
atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami

bukan bagi orang yang hanya nak berkawan dengan orang
berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan
orang susah, miskin, dan pakai comot

bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak
beri alasan ini dan itu
. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja,
keluarga tak bagi keluar


Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan
tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus
berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan
anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.


"Amanah ini bukan hak milik, tetapi anugerah daripadaNya"


Tuesday, April 20, 2010

Perjalanan Menuju Tuhan!



Kaki mula mengorak langkah..
Menyusun setiap tapak perjalanan..
Agar perjalanan yg baru bermula ini..
Dapat ditunjangkan atas dasar keikhlasan yg jitu..

Hati ini mulanya bimbang..
Takut,gelisah dan merintih..
Andai aku tak mampu untuk terus thabat diatas perjuangan ini..

Petunjuk ILAHI merungkai segala kegelisahan..
Hati ini mula yakin membina tapak dilandasan ini..
Walau ku tahu duri perjuangan sudah tersedia..
Di sepanjang travelog menuju TUHAN!

Aku bisikan pada diriku..
Kau harus tabah duhai diri..
kerana perjuangan ini menuntut pengorbanan..
Yang harus dibayar dengan harta,masa,air mata dan jua darah..

Bersiap sedialah duhai diri..
M'hadapi mehnah perjuangan suci ini..
Kerana kau kini mengalas tugas..
Menjada mata-mata rantai perjuangn Rasulullah..

Jgn futur dari perjuangan ini..
Biarpun badai datang melanda..
Biarpun ombak tsunami datang menghempas..
Teguhkan kakimu berdiri dilandasan ini..

Pasakkan kedalam dirimu...
Pengorbanan Khadijah..
Haruman syuhada' Sumaiyyah..
Aroma cinta sufi Rabiatul Adawiyah..

Sebagai qudwahmu dalam m'yoroti kembara musafir menuju firdausi!

~Moga air mata yang gugur ketika janji disimpul sebagai bukti kegentaran hatimu memikul amanah dakwah menjadi penyambung rantai perjuangan kekasih ALLAH~

Gambar-gambar ini sekadar mencuit kecemburuan dihatiku..





Mereka-mereka ini adalah muslimat sepertimu..Tidak malukan engkau andai kau katakan yg kau tak mampu memikul beban dakwah yg sekelumit cuma..Ah,Tidak cemburukah engkau!

~NAHNU ANSORULLAH..TAKBIR!~

Friday, March 26, 2010

Saya Sudah Bertunang



Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.


......................................


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)


~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

copied from:here

Friday, February 26, 2010

Melakar Peribadi dgn As-Sunnah



الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على نبيه الأنبياء والمرسلين،والهادي إلى صراط المستقيم، وعلى آله المكرمين وصحبة  الكريم، ومن تبعهم بإحسن إلى يوم الدين

 Hadith2 ini dipetik dr kitab "Syamail Muhammad SAW"karya Imam al-Tarmizi yg tlh m'jadi koleksi resensiku.. =)

FIZIKAL RASULLULAH

"Rasullulah mmiliki prwatakan yg sdg, tdk t'lalu tinggi dn t'lalu pndk.Tubuh baginda menarik.rambut beliau tdk t'lalu kerinting dan tdk pula lurus bergerai.warna kulit beliau b'warna coklat.Ketika b'jalan tubuh baginda tegap"(HR.Tirmidzi, Bukhari, Dn Ahmad)


"Kulit Rasullulah SAW itu putih bersih seolah2 baginda t'cipta dr perak.Beliau juga mmiliki rmbut yg indah dan rapi" (HR Tarmidzi)

"Panjang rmbut Rasulullah SAW smpai disetengah telinga baginda"(HR.Tirmidzi, Muslim, Abu Daud,Nasa'i, Ahmad)

"Pada peristiwa Fathul makkah, Rasulullah SAW msuk kekota Makkah dgn m'genakan serban hitam"( HR Tirmidzi,Abu Daud, Nasa'i, Darimi, Ahmad, Abu Syaikh)

PERILAKU RASULULLAH

"Apb Rasulullah b'jalan tbuh baginda tegap, sperti mnuruni tanah yg landai"(HR.Tirmidzi dan Hakim)

"Qailah mlihat Rasulullah SAW ddalam masjid ,baginda duduk dgn lutut diangkat mnempel perut.Qailah b'kata'ketika saya mlihat Rasul dduk dgn sgt khusyuk, sya gmentar krn khawatir"(HR Tirmidzi, Abu Daud, Bukhari)

"Aku melihat Rasullulah SAW b'sandar ke bantal"(HR Tirmidzi)

"Rasulullah SAW mkn dgn mnggunakan 3 jari baginda.Selepas makan Rasulullah mnjilat 3 jarinya"(HR Tirmidzi, Muslim, Abu Daud, Ahmad)

"Rasulullah SAW mnarik nafas tiga kali saat minum dr sebuah wadah. Baginda b'sabda,' hal ini lbh m'yihatkan dan memuaskan"
( HR Tirmidzi,Muslim, Abu Daud, Nasa'i. Ahmad) 

" Rasulullah SAW mengulangi perkataan baginda sbyk 3 kali agar blh difahami (oleh pndegarnya)"(HR Tirmidzi dn Hakim)

IBADAH RASULULLAH

"Rasululah tidur pada awal malam,kmudian baginda bagun (pd tgh mlm). Ketika waktu sahur tlh tiba, baginda mlaksanakan solat witir,lalu kmbali k'tmpat tidur.Jika baginda mmiliki k'inginan(kpd isteri baginda),baginda m'datanginya.Abb t'dgr azan baginda segera bangkit. Jika baginda sdg b'junub,baginda mandi. Jika tidak,baginda cukup b'wuduk lalu kluar mlaksanakan solat"(HR Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Nasa'i, Ahmad) 

Inilah sbahagian hadith yg m'ceritakan tentang Kehidupan Rasulullah..Tapi hanya bberapa hadith yg dapat ditaip krn kekangan waktu yg m'himpit..Utk m'dapatkan gmbarn ksuluruhan tntg khidupan Rasulullah dptkan kitab SYAMAIL MUHAMMAD SAW terbitan telaga biru=)Moga kita sma2 m'adaptasikn sunnah Rasulullah dlm khidupan seharian kita.InsyALLAH.

~Adakah Aku rntai perjuangnmu ya RASULULLAH??!!~


Tuesday, February 23, 2010

Muhasabah Cinta Di Hari Kelahiranmu..



    Sedarkah olehmu usiamu bakal m'langkah ke angka 20..meninggalkan umur belasan tahun dalam lipatan memori semata..xmungkin berulang lagi!Sedarkah olehmu stp detik yg kau lalui,setiap hari yg b'ganti, stp minggu yg m'datang, stp bln yg berkunjung dan stp tahun yg beredar mnunjukkn detik kematian sedang menghampirimu!

    Aku ingin m'yoalmu lagi ..Byk mana amalan yg bakal m'jadi bekalanmu?Seluas lautan atau setitis air cuma?Selama hidupmu berapa kalikah kau m'capai kkhusyukan dlm solatmu?adakah kau bnr2 ikhlas m'jalankan ibadah puasamu?Adakah hatimu sudah mampu b'interaksi dgn Al-Quran, m'laksanakn tuntutan yg t'kandung didalamnya?Adakan kau telah m'hadirkan hatimu ketika tahajud cintamu didirikan?Masihkan ada sekelumit perasaan riyak disaat tgnmu m'hulurkan sedekah?
Duhai diri..Betapa busuknya amalanmu jika kau m'gatakan solatmu,puasamu,qiammu,baccaan Al-quranmu dan sedekahmu hanya sekadar utk m'dpt p'iktiran manisia dan habuan dunia..Betapa malangnya dirimu disaat amalanmu dibentangkan kau menjadi muflis lantaran riyak,takabur, dan ujub m'gotori amalanmu..

    Tidak mlukah engkau m'bawa bekalan mazmumah dan maksiat m'hadap RABBUL IZZATI..Hamba apa engkau ini??!!Adakah ini balasan yg kau beri kpd TUHAN yg mengurniakan rezeki kpdmu saban hari? Sedarlah engkau..Sejahat2 hambaNYA adlh engkau!!Seandainya manusia dapat m'cium bau dosa2mu, mrk dapat m'lihat dosa2mu sbgaimana yg ALLAH ketahui,nescaya mrk tidak akn dduk berdekatan dgnmu.. Masakan tidak saban hari dosa2 itu terus bertambah sdgkn saban hri umurmu semakin b'kurang sejak engkau dilahirkan oleh ibumu!

    Duhai diri!Jauhilah dr segala maksiat,mk engkau akn m'genal ALLAH,b'laparlah supaya engkau dpt mlihat ALLAH,Dan b'ibadahlah smata2 krn ALLAH supaya engkau smpai kpdNYA..Sucikanlah amalanmu drpd segala macam bntuk riyak spaya ALLAH mmakaikanmu dgn kecintaanNYA, lapangkan waktumu utk m'ingati ALLAH supaya ALLAH m'ingatimu pula dan menempatkan engkau disisi malaikatNYA..

    Kembali ke dakapan RABBmu..Dia sedang setia mnati taubat cintamu yg sering kau tangguh2kan dr hari ke hari..Hisablah dirimu sblm engkau dihisab di mahkamah ALLAH!Moga muhasabah cintamu melakar pelangi di hari kelahiranmu!!Sanah hilwa yaumil milad wahai nafsi.. =) 







Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

Saturday, February 13, 2010

Inna Ma'al 'Usri Yusra

Kejayaan bukan selalu dimiliki dan bukan juga atas usaha semata-mata..soal utama dan pertama KEBERKATAN drNYA..bukan hendak menafikan titik peluhmu..Tapi kamu perlu sedar  adanya ALLAH mengatur segalanya..biarpun selaut ilmu kamu dalami..ia tak akan berharga andai tiada keberkatan dariNYA.
Duhai diri!Hadirkan dalam hati rasa keinsafan..Hanya ilmu menjadi wadah mendekati TUHAN..Luruskanlah niat belajar kerana ALLAH..bukan untuk mencapai kejayaan semata..

"Jika ALLAH menolongmu,maka tiada siapa yg dapat mengalahkanmu..."  

Selamat berjuang menghadapi jihad ta'lim duhai nafsi..ALLAH sentiasa bersamamu disepanjang perjuangan ini!

Inilah jalan perjuanganku..

10/2  : CCT
17/2  : Intro HS
18/2  : Hadith
19/2  : Hadarah
22/2  : Fiqh wa Usul Fiqh

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...