Wednesday, March 26, 2014

Aku Tahu



ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


ALLAH.
Aku tahu
Perjalanan ini masih panjang 
Masih jauh didepan sana

Ada gunung yang perlu didaki
Ada lumpur yang perlu dilangkahi
Ada duri yang perlu direntasi
Ada lautan yang perlu direnangi

ALLAH
Aku tahu
Ada masanya aku akan jatuh
Ada masanya aku akan merangkak
Ada masanya aku akan menangis
Ada masanya aku akan letih

Tapi ALLAH
Aku cuma mohon 
Kelak--rencana apa pun yang akan aku lalui
Aku berharap agar aku bisa bangkit lagi
Kerana aku tahu
Yang ENGKAU takkan pernah tinggalkan aku sendiri
:')   

-Copied-








Photobucket
 

Friday, January 24, 2014

Membeli Hati Perempuan


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ 





Disebabkan terlalu terpengaruh dengan "kalau-nak-nikah-dengan-saya-sila jumpa-wali-saya-sila-datang-rumah". 

Jadinya, si lelaki pun dengan penuh gentlenya pergi rumah si perempuan sebab dah tahu sangat perempuan mudah cair dengan cara tu. (Walaupun hakikatnya tak layak lagi nak nikah) maka si perempuan pun percayalah akan ketulusan lelaki itu. 
Cincin emas jadi pengikat. Biarpun si lelaki masih liar melilau perempuan akan datang. 

Cerdiklah dalam memilih pasangan. Bukan nak hidup sehari dua dengan dia. Jangan gopoh ikut nafsu. Istikharah sampai ALLAH bagi tenang.

Dan perempuan, bodoh tu cuba simpan-simpan sikit.

Apa ?

Weh, aku pun pernah bodohlah dulu. Sebab tu aku berani kata. Pengalaman jadikan kita matang dan bijak.

Batuk seminit.

_ainumsolehah_





Photobucket
 

Monday, January 6, 2014

Keliru



ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ



Terpelosok dalam jiwa yang paling dalam
Buntu, keliru, tak menentu..

Jika penghujung kepada semua ini adalah redha
Maka tiada lain yang ku tagih melainkan pertolongan dariMU








Hati ini seakan kehilangan sesuatuT.T


Photobucket
 

Monday, November 18, 2013

Berhenti



ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ




Aku berhenti
Bukan sebab aku tak mahu
Bukan sebab aku tak perlu

Bukan itu
Bukan ini

Cuma.

Otakku ligat beritahu, " ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk aku "

ALLAH,
Aku tunggu.

:')




Photobucket
 

Thursday, October 17, 2013

Berdosa


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 





Berdosa, berdosa dan terus berdosa..
Yang jadi aku tertunduk malu,
DIA masih memewahkan dengan seinfiniti nikmatNYA.




Izikan aku mengulangi taubatku yang ke sejuta kali?
*basah*

T__T




 ALLAH, jangan tinggalkan aku lagi!
     




Photobucket

Sunday, September 29, 2013

Berserah Diri


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ 



Mereka berkumpul dalam jasadku
Berusaha menjarakkan aku dari MU
Jasadku lemah
Kemampuanku terbatas

:'(






Aku sandarkan segala kelemahan yang aku ada ini 
untuk aku berserah diri sepenuhnya padaMU
:')




Photobucket
 

Wednesday, September 4, 2013

Harapan


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


Pada setiap kegersangan perasaan,
Kekosongan jiwa,
Kelukaan hati,
Kehilangan percaya,

Ada harapan-harapan yang dia telan, hingga kini masih belum kelihatan.




Dan, dia kini sedang menyusun batu-bata iman untuk dijadikan tembok tempat bertahan.
Kembalinya dia kepada sebaik-baik sandaran, TUHAN Pencipta dirinya.. 


+__+



Kau boleh menyadar pada seribu bahu kalau kau mahu,
Tapi kau memilih yang satu itu,
Yang buat kau bersandar sambil air matamu jatuh bertalu,
Dan hati kau pecah beribu.
T_T
[Seksi Ovari, Himpunan Puisi]




Photobucket
 

Sunday, September 1, 2013

Ayat-ayat CintaNYA Memujuk


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ



Ketika seorang tercinta berkata, “Aku akan menemanimu!”; tenteram dan teduh terasa. Bagaimana jika ALLAH berjanji; “InnALLAHa ma’as Sobirin”?
Kala seorang tercinta berkata, “Kubawakan khabar gembira”; terbit harap dan bahagia. Bagaimana jika ALLAH berfirman, “Wa basysyiris Sobirin”?
Jika seorang yang ‘sempurna’ berbisik “Aku mencintaimu”; ah berjuta rasanya. Bagaimana jika ALLAH mengumumkan; “WALLAHu yuhibbus Sobirin”?
Jika sahabat mengelukan, “Selamat ya!”; betapa bangga penuh syukur. Bagaimana jika para Malaikat berseru, “Salamun ‘alaikum bima sobartum”?
— Salim A. Fillah
Moga selalu dekat pada maksud TUHAN.

Kerana ayat-ayat cintaNYA tidak pernah gagal memujuk,
Kadang-kadang rasa bukak twitter 
sebab nak baca kicauan dari Ustaz Salim A. Fillah ni je=D



Photobucket

Wednesday, August 28, 2013

And This Time....

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


And this time the pain cause my tears to fall
Not because of complaining of the pain
And this time the pain cause my tears to fall
Not because of being ungrateful of being sick
And this time the pain cause my tears to fall
Because I am grateful that ALLAH send me reminder through the pain
And this time the pain cause my tears to fall
Because I am reminded of the sins that i have committed
And this time the pain cause my tears to fall
Because I am still able to repent
And this time the pain cause my tears to fall
Because I know ALLAH is cleaning my sins away through this pain
And this time the pain cause my tears to fall
Because I know ALLAH love me much
;’)





Photobucket
 

Sunday, August 25, 2013

Memilih Lagi

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ



4:23am

Sunyi.

Kelam.

Mata masih bugar.
Hati masih memendam sesuatu.
Fikiran masih melayang kesana kemari.
Mungkin masih berteka-teki.

Nafas ditarik dalam-dalam

ALLAH,
Jalan berliku ini kupilih.
Mohon ENGKAU bantu.
Agar tak tersesat lagi.



Masa untuk melepaskan apa yang ada digengaman?




Hurm..masih berkira-kira untuk menutup semua laman sosial yang ada. 
Mungkin hanya Tumblr yang dibiarkan hidup, sebab jiwaku ada di sana:)



Photobucket
 

Saturday, August 17, 2013

Doa


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ



Sekarang ni tengah sibuk isu Mesir.
Rata-rata tengah update isu Mesir.
Tapi jangan pula disebabkan isu Mesir, 
saudara se-Islam di Palestine, Syria, Somalia dan lain-lain dilupakan.
Mereka masih lagi ditindas.
Mereka masih memerlukan doa-doa kita.

Teruskan 'tembak' qunut nazilah buat mereka.

Malaysia?
Bersyukurlah Malaysia masih aman?Eh!

Moga keprihatinan kita tak bermusim.

------------------------

Ah, cemburu, cemburu..
 Melihat para syuhada' Mesir yang 'pulang' dalam keadaan senyum.
Apakah rahsia disebalik senyumanmu?
Engkau sudah melihat kedudukanmu disyurga?

Aku jadi malu denganmu!




Syahid, cita-cita teragung,
          
11:37pm
17082013
Photobucket
 

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...