Friday, January 1, 2010

Bayu Tahun Baru Menyapa Lagi..



 بسم الله الحمن الرحيم

ِAlhamdulillah kepada PEMILIK nyawaku kerana dgn seinfiniti kasih sayangNYA dapat lagi aku menghirup udara 1 Januari 2010, meninggalkan 2009 dgn pelbagai kisah suka dan duka yg menjadi azimat buatku dalam meneruskan perjuangan sehingga bertemu penghujung titik nokhtah nyawaku.

M'jejakkan kaki ke tahun 2010 membuatkan aku kembali bermuhasabah.Mengimbau kembali detik perjalanan hidupku yg kini sudah menginjak ke usia 20 tahun.Pantas masa berlalu hingga terasa tercungap lelah memburu.Tak sedar aku makin dewasa dibawa waktu.Tanpa aku sedar juga kematian sedang mengintaiku..entah bila aku akn dipanggil kembali pulang bertemu KEKASIH yg abadi!Amalan cuma setitis air lautan akn dibawa bersama utk dipersembahkan kpd AL-KHALIQ.Astaghfirullah,terasa hidupku selama ini disia2kan begitu sahaja, sehingga lupa tujuan aku dihidupkan di atas muka bumi. Memikul amanah yg berat yang tak sanggup dipikul oleh makhluk ALLAH yg lain.

"Sesungguhnya Kami menawarkan amanah kpd langit,bumi dan gunung2,tetapi semuanya enggan memikul amanah itu dan mereka khuatir tdk dapat melaksanakannya,lalu dipikul amanah itu oleh manusia.Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh"(33:72)

Aku kembali berharap, moga angin bayu 2010 menitipkan keinsafan bahawa aku mempunyai tugas penting dibumi ini yg akan dipertanggungjawabkan di mahkamah ALLAH kelak..Tugas 'mensolehahkan' diri juga perlu dipergiatkan lagi bagi menepis segala gelombang hubb dunia yg melalaikan.. kerana keimanan ku pasti diuji  lagi dgn ujian yg akn hadir dari segenap penjuru..Jalan mujahadah perlu diredah walau kepahitan,kesukaran sdg menanti dihadapan..Tapi kerana amanah dan janjimu kau perlu hadapi duhai diri!


Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

No comments:

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...