ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ
ALLAH, ingin kuhentikan langkah ini..
Bagaikan tak mampu untukku bertahan..
Semangat tengelam..
Lemah daya..
Haruskan aku mengalah..
Namun jiwa kuberbisik inilah dugaan..
Diasak dan diasak. Itulah dia keadaan manusia dalam mengharungi kehidupan. Diasak dengan pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasi. Lain manusia lain halangannya. Masing-masing menghadapinya dan ada yang berjaya melepasinya. Tetapi tidak kurang juga yang tersungkur selepas kesukaran menghentamnya.
Tekanan dihadapi dari pelbagai arah. Mula dengan menyerabutkan kepala, kemudian menyerang jiwa dan hati. Akhirnya akal tidak mampu berfikir dengan baik dan hati mula tidak tenang. Rasa sukar. Kadangkala seakan hilang oksigen untuk bernafas.
Rasa tersepit di hujung dunia. Seperti matahari telah hilang cahaya..
Di sinilah kita perlu memujuk diri.
Tenanglah jiwa, damailah hati.
Rasa keperluan untuk berpaut?
Kita rasa gundah sangat. Kita rasa sakit sangat. Kita rasa kita perlukan tempat meluah rasa. Kita rasa kita perlukan ada orang memahami kita. Ya, kita manusia. Bukan android tanpa jiwa.
Tetapi kita tidak mampu menyuarakannya. Adakalanya orang pula tidak mengerti keadaan kita. Mereka hanya suka melihat kita tersenyum, tetapi menjauh apabila kita menitiskan air mata. Lebih buruk lagi, ada pula yang membenci apabila kita gembira, dan bersenang hati apabila kita berduka.
Namun kita adalah manusia. Ingin berpaut. Lemah dan hendak dipapah.
Siapa yang mampu mendengar semua kesedihan kita? Siapa yang hendak memahami?
“Atau siapakah yang mengabulkan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepadaNYA, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada tuhan lain selain ALLAH? Sedikit sekali kamu yang memperhatikannya.” Surah An-Naml ayat 62.
Ya, sekali antara kita memerhatikan, meneliti, akan kasih sayang ALLAH kepada kita.
Rupanya, ALLAH sentiasa ada.
Membuka peluang untuk kita berpaut kepadaNYA.
Tenanglah jiwa
“Demi waktu dhuha, dan malam apabila ia sunyi sepi(berakhir)” Surah Ad-Dhuha ayat 1&2.
Bagaimanakah waktu dhuha? Bukankah telah cerah? Ya. Cerah. Tiada sekelumit gelita ketika dhuha. Itulah dia sebenarnya apabila malam telah pergi.
Tidakkah kita melihat kepada Dhuha? Begitulah juga segala keperitan dan kesengsaraan yang kita hadapi, semuanya akan berhenti sebagaimana berakhirnya malam daN digantikan dengan kecerahan dhuha yang tiada langsung kelam pada waktunya.
“TUHANmu tidak meninggalkanmu, dan tidak pula DIA membenci” Surah Ad-Dhuha ayat 3.
MasyaALLAH…
TUHANmu tidak meninggalkanmu. Dan tidak pula DIA membenci.
Tinggalkanlah resah dukamu semampumu kerana menanggung beban derita boleh membuatmu gila. Semalam, ALLAH telah menolongmu. Percayalah esok dan selamanya pasti DIA akan menolongmu lagi! |
ALLAH tidak pernah meninggalkan kita. ALLAH itu Yang Maha Besar. ALLAH itu Yang Maha Hebat. ALLAH itu Yang Tiada Tandingan . ALLAH itu Yang Maha Kaya . ALLAH