Monday, September 5, 2011

Buat Hati..♥♥

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ



✿..HATI, KAU KENA KUAT..✿



¸¸.•» HATI...kau kena kuat, jangan cepat mengalah..jangan cepat melatah, kalau kau kuat, insyALLAH..tidak ada apa-apa yang boleh buat kau goyah..

¸¸.•» HATI..jangan kau taksub dengan cinta dunia..cinta itu sementara, mungkin kau tidak bisa dapat cinta sesama manusia, tapi penuhkanlah cinta itu hanya untuk Penciptanya.. 

¸¸.•» HATI..jangan kecewa..manusia lain mungkin tidak tahu apa yang kau rasa tapi ALLAH sentiasa ada..sentiasa bersedia untuk kau kembali kepadaNya..

¸¸.•» HATI..ALLAH tidak akan uji kau kalau DIA tahu kau tidak mampu untuk menghadapinya...ALLAH tahu kau kuat, setiap kali kau jatuh akibat kekecewaan dunia, bangunlah kau menghadapNYA..DIA uji kau kerana mahu kau sentiasa sedar, yang cinta kau itu hanya milikNya..

¸¸.•» HATI..kau jangan menangis..kau jangan sedih..ALLAHkan ada..

Nota : Hati yang KUAT akan memandang segala-galanya secara positif, menTAFSIRkannya secara positif dan BERTINDAK secara positif..ya ALLAH, berikanlah aku hati itu untuk meneruskan PERJALANAN ini..amin..


Ramai yang silap dalam mentafsir segala tindak-tandukku. Mungkin ada yang terasa, tak kurang juga yang menyimpan dendam kepadaku. Ketahuilah, segala keputusan yang diambil aku terlebih dahulu sudah 'bertanya' kepada PENTADBIR hidup ini.
Ya RABBI, jangan biarkan nasibku ditentukan oleh diriku dalam kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih singkat daripada itu. Sesungguhnya ENGKAU MAHA MENGETAHUI sedang aku tidak memiliki apa-apa pengetahuan tentangnya..
 

 
Bersabarlah dengan apa yang sudah ALLAH rencanakan untukmu,
05092011
9:08am

*Harap tiada yang kempunan nak datang beraya rumah ana tahun ini=D*

Photobucket
 

3 comments:

Syifa' Al-Harits said...

Ukhtiku sayang,

~ Ku doakan langkahmu seorang muslimah, jua seorang mujahidah..dan semangatmu makin membara..bersama harapan dan cita-citamu yang tinggi itu..Ku tahu, niatmu untuk menegakkan agama ALLAH, dengan caramu tersendiri..Ku doakan langkahmu semakin gagah..beserta harapan dan tawakal pada penciptamu..Ku yakin, diri adalah penegak kebenaran, di akhir zaman ini.. ~

..inilah doaku, buatmu.. Tanda kasihku padamu..

Ummu Rumaysa said...

ALLAHUmma'amin..syukran ya habibati..Sayang kamu lillahita'ala..x sbar nak jumpa^^

Syifa' Al-Harits said...

Syukran aidhon..LOVE YOU, FILLAH..

Rindu jgk nak jumpa..!

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...