ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ
Sesekali ingatan
kepada peristiwa lepas menyapa di benak. Seringkali jua diri ini menepis
sapaannya. Mungkin kerana sukar untuk menerima sebuah hakikat kebenaran.
Dikhianati…tercalar nilai kepercayaan pada sebuah persahabatan. Namun ALLAH Maha Mengetahui, apa yang terbaik buat hambaNYA…mungkin jua kerana itu DIA terus-menerus mengingatkan memori silam yang pedih dan pahit itu. Tujuannya hanya
satu…berfikir!
Seketika diri ini termangu, merenung maksud tersirat disebalik yang tersurat… Apakah ia sekadar mengingatkanku agar jangan mudah mempercayai orang lain? Itu ada benarnya, tapi bukan keseluruhannya. Bila tak berhasil menemui jawapannya, maka ia dibiarkan berlalu begitu sahaja. Mungkin sekadar perasaan pada sebuah lamunan yang tak berkesudahan.
Dalam tak sedar,bayangan itu masih menyinggah…menarik diri, hati dan fikiran ini untuk mencari rahsia yang tersembunyi…hikmah yang terselindung. Pasti ada mesej yang ingin disampaikan.
Pada-MU ya ALLAH ku adukan segala…
Merintih,merayu,mengharap belas kasihNYA.
Agar ditunjukkan jalan kebenaran dan keselamatan.
Agar dugaan ini berjaya diharungi. Kerana menjadi mukmin bertaqwa itu matlamat hidupku, Menempa Syurga abadi itu cita-citaku. Berikanlah aku petunjuk Ya ALLAH,
Agar jalanku terang disuluh cahaya melalui lorong berliku ini.
Peliharalah daku Ya MUHAIMIN, Agar langkahku terhindar dari dosa dan noda.Tatkala hal yang sama diungkit lagi oleh pihak lain, diri kembali terpaku lantaran mata dan hati jauh mengimbau… mengapa setiap kali dibicarakan,hati ini akan sakit? Bukan sakit yang biasa,tapi sakit kerana pedihnya hati menanggung beban.Bagaimana dapatku hapuskan beban ini Ya ALLAH?
Ya ALLAH, apakah aku ada menyimpan dendam di balik kisah ini? Ya ‘AZIZ, seandainya ikhlas itu adalah syaratnya, maka kini aku ikhlaskan seluruh jiwa ragaku menerima cubaan ini.
Ya RAHMAN, jika redha itu adalah solusinya,maka bersaksilah bahawa kini aku berlapang dada menerima takdirMU… Cukuplah sakit ini mendera hati dan perasaanku… Jangan biarkan ia berlarutan, sebaliknya balutilah ia dengan keampunanMU
Agar terubat luka semalam dengan sentuhan kasih dan sayangMU
Ya ALLAH ENGKAU lindungilah aku, Bekalkanlah daku dengan limpahan iman, Agar tabah menghadapi dugaan, Agar tidakku terhenti di pertengahan,Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci,Agar terbitlah kembali mentari pagi,Setelah malamku berkalut benci
Moga di akhirnya hasanah yang diperoleh. Mungkin ini rahmatNYA. Dalam ujian yg kecil, DIA ajarkan banyak perkara…. Di sinilah aku mempelajari erti sabar, ikhlas, redha dan lain-lain. Namun apa yang paling berharga adalah nilaian terindah dalam membina hubungan dengan ILAHI. Mudah-mudahan sentiasa dalam rahmat dan redhaMU…
Hakikatnya, pengalaman lalu bukanlah untuk diri hilang percaya pada yang lain tetapi mengajar erti kasih sayang sesama insan. Perlu memahami dan menghormati hak sesama manusia. Tak dinafikan lagi, tarbiyah ALLAH sangat dalam maksudnya, halus penyampaiannya tetapi indah perasaanya. Moga kita dikurniakan hikmah agar bisa menyingkap siratan makna disebalik setiap suratan ujian.

Adakalanya hidup bersendirian itu merupakan satu nikmat kerana pada ketika itu hati akan menjadikan RABB sebagai peneman. ALLAH teramatlah dekat. Lebih dekat dari urat leher kita. Namun dek kerana adanya peneman-peneman lain kita kadangkala lupa akan kehadiranNYA disisi kita yang menanti doa-doa kita untuk dimakbulkanNYA, yang menanti zikir tanda ingatan kita padaNYA, yang menanti munajat kita di sepertiga malam, yang rindukan titis air mata taubat padaNYA. Ya ALLAH, pahatlah cintaMU dihatiku ini agar aku tidak lagi bimbang dan takut dengan segala kemungkinan yang akan mendatang.
No comments:
Post a Comment